Assalamualaikum wbt,
Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda sihat walafiat disamping keluarga tercinta.
Seperti yang dijanjikan, Fiza nak menyambung cerita dari kesinambungan entri-entri Fiza sebelum ni.
Pada orang lain yang dah duduk sekian lama di Lembah Klang, mungkin Lembah Klang terutamanya Bandaraya Kuala Lumpur tidak menarik bagi mereka untuk diselusuri.
Bagi Fiza, walaupun Fiza dah bermastautin di Lembah Klang selama 17 tahun ( 5 tahun di Kuala Lumpur dan 12 tahun di Selangor ), masih banyak lagi tempat yang belum kami explore.
Buktinya, Dalam masa sehari pada cuti 1 Muharam yang lalu, kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk menikmati keindahan Allah. Kami mulakan explorasi Lembah Klang kami di air sungai yang indah ciptaan Allah di Air Terjun Serendah. Kemudian explorasi diteruskan dengan melakukan aktiviti lasak di Gua Damai Extreme Park Batu Caves. Dari sungai kami ke bukit bukau dan diteruskan pula ke Bandaraya Indah Kuala Lumpur. Nak tahu explorasi kami sebelum ni sila KLIK LINK di bawah.
PENGALAMAN MENARIK MANDI-MANDA DI AIR TERJUN SERENDAH
EXPLORASI ROCK CLIMBING DI GUA DAMAI EXTREME PARK YANG MENGUJAKAN
Malam di Kuala Lumpur
Selepas selesai solat Maghrib di Masjid Batu Caves berdekatan dengan Gua Damai Extreme Park explorasi kami diteruskan di Bandaraya Kuala Lumpur pula ye.
Tak letih mereka ye. Seharian dari pagi sampai petang sehingga malam masih bertenaga dan cergas ber'explorasi'.
Cantik pulak pemandangan KLCC dari Kampung Baru. Waktu ini adalah misi untuk mencari makan malam. En suami, En. bard parking kereta di lorong Jalan Kampung Baru berhampiran Kedai Nasi Lemak Beratur.
Memandangkan kami sekeluarga tak begitu berminat nak makin nasi lemak waktu malam, jadi kami terpaksa berjalan dalam 1 km ke simpang hadapan untuk ke food court.
Kebetulan di situ ada event Makan-makan satu Malaysia. Ada pula pertunjukkan wayang kulit.
Wayang Kulit dari belakang pentas.
Wayang Kulit dari depan pentas.
Tok Dalang cekap memainkan Wayang Kulit.
Syukur Alhamdulillah, dalam seumur hidup saya tak pernah saya menonton Wayang Kulit secara life. Begini rupanya Tok Dalang memainkan peranan dan pelbagai watak. Bukan senang ye. Tangan Tok Dalang sangat cekap untuk mengubah setiap watak yang dilakonkan supaya memenuhi jalan cerita yang nak disampaikan.
Anak-anak Fiza lah beruntung sebab kecik-kecik lagi mereka dah kenal bagaimana Wayang Kulit. Boleh dikatakan explorasi family kami kali ini seperti Lawatan sambil belajar di Lembah Klang gayanya.
Dinner kami malam itu sambil ditontonkan dengan Wayang Kulit.
Selepas dinner kami pusing-pusing menyusuri malam di Kota Metropolitan Kuala Lumpur ni. Macam pelancong pulak kami dilayan cik abang #JomMariBercutiPrestige
Dah lama tak singgah Masjid Kampung Baru ni. Dulu-dulu masa duduk kat Wangsa Maju ada jugak pernah singgah sini. Dah berubah sungguh, renovate habis. Cantik sangat. Memandangkan hari pun dah malam, kami hanya lalu saja dan lihat dari tepi jalan saja. Insya Allah, suatu hari nanti kami akan singgah solat pula di sini.
Dataran Merdeka
Sebelum dinner tadi kami sempat melawat Dataran Merdeka atas permintaan anak-anak.
Ada lampu warna-warni di sini
Bangunan ini sangat bersejarah. Lupa pulak namanya. Maaf gambar kurang memuaskan kerana diambil sewaktu kenderaan bergerak.
Sekitar Dataran Merdeka sedang melalui proses pengubahsuai. Jadi, jalan di sekitarnya agak sesak.
Kesian kat anak-anak saya. Nama saja mereka anak kelahiran Kuala Lumpur dan Selangor, tapi Dataran Merdeka pun mereka tak kenal. Dah lama mereka memujuk ayah dan ibunya ke Dataran Merdeka. Baru kali ini kami tunaikan, itu pun kami pandu lalu je. Memandangkan jalan di hadapan Dataran Merdeka itu ditutup (khas untuk pejalan kaki riadah di sini), jadi anak-anak agak kecewa kerana tak dapat melihat Dataran Merdeka dari arah dekat.
Photo atas tu Bangunan Sultan Abdul Samad yang sangat bersejarah. Bangunan ini bina sejak tahun 1894 lagi. Lamakan? Tapi struktur bangunannya tetap utuh sehingga sekarang.
Explorasi di Kuala Lumpur adalah destinasi terakhir kami seharian menyusuri Lembah Klang...
Fuhhh!!! explorasi yang sangat menarik dibawakan khas oleh #JomMariBercutiPrestige yang sangat awesome.
Next Explorasi kemana kita pula ye?
Sekiranya anda suka dengan entri saya sila tekan button SHARE dan LIKE supaya ramai yang dapat manfaatnya.
Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian saya ini.
------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan Maria menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini Maria menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!
Love,
Hafizah
Shaklee ID : 961265
019-211 8757 (Telegram/Whatsapp)
FB: hafizahmahfoz
PAGES : Purplehomeshoppe
~Design Your life Not By Default~
No comments:
Post a Comment