Friday, November 13, 2015

WAJIB BACA : MENGHARAP DIPIMPIN TANGAN COMEL YANG DIHAYUN DALAM BUAIAN SUATU KETIKA DULU

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard? saya doakan anda dalam lindungan Allah swt.

Entri kali ini saya nak share satu kisah yang saya rasa wajib dibaca oleh sahabat-sahabat kesayangan saya.

Kisah ini saya dapat dari salah satu Whatsapp group. Tetiba saya rasa saya wajib share supaya anda dapat mengambil ikhtibar.


impikan pimpinan tangan si kecil

=========================================

Diceritakan oleh Abang Ghani Haron (pencerita asal)

Bersama saya dalam bilik wad kelas 1 ada 3 orang tua belaka.Seorang darinya bukan pesara tetapi masuk ke wad ini atas dasar anaknya pegawai kerajaan.

Dalam perbualan kami,dia begitu seronok bercerita mengenai kejayaan anak anaknya. Dia berpuashati dengan pencapaian mereka dan berjawatan besar.

Petang itu dia diberitahu boleh keluar hospital. Seronoknya bukan main. Segera dimaklum kepada seseorang, mungkin anaknya untuk menjemputnya balik. 

Proses keluar hospital memang lama. Sementara menunggu anaknya datang, kami bersembang. Bila misi menyerah surat keluar hospital dan surat ambil ubat, anaknya belum juga muncul. Mungkin sibuk, maklumlah orang penting.

Hampir sejam menunggu, tetiba muncul seorang lelaki dipintu bilik dan menyebut nama orang tua itu.Saya sangkakan anaknya, tetapi bila ditanya siapa dia oleh orang tua tersebut, saya terperanjat juga. Kata lelaki itu,"Saya pemandu teksi, tadi ada satu panggilan minta saya datang ambil pakcik disini oleh anak pakcik.Dia tidak dapat datang kerana sibuk."

Berubah air muka orang tua itu. Dia diam tidak berkata apa. Dia mengambil beg dan menghulur pada driver teksi tersebut dengan wajah yg redup. Ketika bersalam dengan saya dan yg lain, dia hanya berupaya menyebut mohon maaf. 

Di mata tuanya jelas tergenang air mata. Pemandu teksi itu menjinjing beg dan sebelah kanan memegang tangan lelaki tua itu melangkah bagai anak kecil bertatih.

Di hati lelaki tua ini tentu mengharap yg memimpinnya berjalan ialah tangan comel yg dihayun dlm buaian puluhan tahun lalu,bukan tangan pemandu teksi. Saya mengekori mereka ke pintu bilik dan hilang di selekoh menuju lif.

Kegembiraaan dapat keluar hospital bagai hilang disambar sewah bila yg muncul adalah pemandu teksi, sedangkan yg diharap anak atau cucu yg bergembira menyambutnya pulang.

Kekecewaannya jelas terbayang, apalagi bila mengenang dia bercerita kehebatan pencapaian anaknya. Sesibuk mana kita, sepenting mana tugas kita, ingatlah, ayah tidak pernah gagal menjemput anaknya dari tadika, dari sekolah rendah dulu, tidak kira hujan panas, tidak kira sesibuk mana.

Tugas lain ditangguh kerana menghantar dan mengambil anak disekolah tiap hari, tetapi kita jangan gagal menjemput ibu ayah yg kembali dari hospital, dari perjalanan, dari klinik, dari majlis kerana itu hanya berlaku sekali sekala sedangkan bertahun mereka berulang ke tadika dan sekolah rendah tanpa gagal.

Semua orang akan setuju bahawa bila bercerita mengenai kejayaan anak, semua ayah akan berbangga dengan anaknya dari berbagai aspek. Janganlah dihampakan sanjungan ini dengan sesuatu yg mengecewakan.

Sesungguhnya setiap ibu ayah yg tua tidak sangat mengharap kemewahan hidup tetapi mengharap kasih sayang anak dibalas seperti mereka mengasihi dan membela mereka waktu kecil.

Bukan driver menjemput yg diharap,tetapi anak atau cucu, walaupun driver teksi boleh membawanya balik tetapi jika anak yg membawanya, itu lebih diharapkan.

Ingatlah jika seluruh isi dunia ini, kemewahan yg dimiliki nak ditukar dengan harapan seorang ayah dan kegembiraaannya, walaupun hanya sekadar menjemputnya balik, tidak akan sama nilainya. Satu gurisan tajam pada hatinya, tiada dapat ditukar walau dengan seluruh harta yg kita miliki.

Bila menyentuh hal ibu bapa, jangan pandang ringan, jangan buat mudah, walau perkara remeh. Bila hati mereka tersentuh, memang pun mudah tersentuh ketika usia senja ini, kesannya berat.

Dalam quran Allah menyebut 'jangan kamu berkata uuh!' dalam maksud menolak permintaan mereka, seolah perintah taat kpd permintaaan ibubapa adalah mandatory, tidak ada pilihan.

Jika adapun hanya satu iaitu mohonlah maaf. Jangan memandai menunai permintaan mereka secara yg mereka tidak sukai walaupun kita nampak hebat.

Ibubapa lebih sukakan sentuhan anak, memimpinnya, membawanya dari sentuhan orang lain. 

Ibubapa mungkin lebih mengharap anak yg menyuapkan seperti dulu mereka menyuapkan, dari bibik atau misi yg menyuapkan.

Apa yg saya nak sebut disini ialah bila hal berhubung ibubapa,kita tidak elok mengguna wakil, pekerja, pesuruh, tunaikan sendiri walau sesusah mana. 

Kemewahan tidak dapat mengganti apa yg diharap oleh ibu dan ayah kpd seorang anak,walaupun kekadang ibu bapa seperti redho tetapi jauh dihatinya tuhan yg mengetahui.Berhentilah memberi alasan.

~kredit to abdghaniharon

===============================================

Bila saya baca kisah ini sebak dan menitis air mata saya, tak tahu kenapa?

Bila bab hantar anak ke sekolah, sanggup EL semata-mata nak hantar anak ke pertandingan nasyid. Hantar tadika, ambik tadika...itu semua telah saya lalui.

Begitu juga ibu dan bapa saya sebelum ini. Prosesnya sama saja. Lebih sedih bila bapa saya dah tiada dan saya selalu merindui emak yang masih di kampung. Hanya phone call lah mengubat rindu saya dengan mak setiap hari.

Sekiranya anda rasa kisah ini boleh beri manfaat kepada rakan anda yang lain, mohon tekan button SHARE dan LIKE, supaya ramai lagi rakan-rakan anda dapat manfaat dan iktibar.

Salam sayang,
Hafizah
~ibu 5 anak
~anak mak yang bongsu

0 comments:

Post a Comment