Sunday, November 15, 2015

HI-TEA COLOR BLOCK YANG PALING HAPPENING DI PUFFY DUFFY

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat yang dikasihi sekalian? Saya doakan anda sihat dan ceria disamping keluarga tercinta.

Hujung-hujung minggu ni apa yang anda lakukan?

Bila weekdays sibuk dengan tuntutan kerja. Jadi time weekend la masa untuk bersosial. Tak pun diisi dengan aktiviti bersama keluarga. Kadang-kadang join mana-mana kuliah di masjid-masjid atau di surau.

Alhamdulillah hari ini 14/11/2015 saya dan geng muslimah LEP together-gether di Puffy Duffy, Cyberjaya.

Hi-Tea di Puffy Duffy ni dah lama dirancang oleh AJK dan geng muslimah LEP sejak sebulan yang lalu.



Kad Jemputan Hi-Tea telah diedarkan sejak sebulan yang lalu

Perancangan yang rapi ini hanya dilakukan melalui wassap group saja. Almaklumlah kami para muslimah ni menghadapi kekangan masa yang sangat kritikal.

Kepada surirumah, sibuk dengan aktiviti rutin harian rumahtangga. Manakala, yang bekerja sudah tentu tak ada masa nak meeting dek dengan kesibukan urusan kerja.

Hanya wassap group lah yang menyambung silaturahim kami.

Kami bertolak secara konvoi dari surau Al-Mustaqim pada jam 2.30 petang. Ramai di antara kami pool kereta. Saya menumpang kereta Kak Ani, yang turut bersama-sama saya Ustazah Faridah, Aida dan Azie. Rumah kami dekat-dekat. Eloklah tu pool kereta.

Lagipun kami ni tak pernah ke sana. Jadi bila sesat tu ramai yang boleh tunjuk arah.

Saya pun bukak google map.

Di sini rupanya Cafe Puffy Buffy

Bila konvoi tu confidentlah sikit nak sampai sini ye, dengan harapan orang yang di hadapan tau arah di tuju.

Sesampai di Cafe Puffy Duffy kami di sambut oleh urusetia yang cun melecun.

Urusetia yang ceria menyambut kedatangan kami

Daftar je dah dapat goodies. Lucky draw no saya 27. 


Bestnya hadiah lucky draw banyak betul.Ini semua hasil sumbangan ahli group Muslimah LEP. Kami kira macam main tukar-tukar hadiah la gitu.

Sebelum majlis bermula jom kita selfie-selfie dulu. Dalam ramai-ramai ni ada juga yang belum kenal. Jom kenal-kenal.


Ini la geng muslimah yang pool satu kereta tadi. Kami pun jiran sebelah-sebelah je. Dari kiri Azie, Ustazah Faridah, Kak Ani, Aida dan saya. Comel lote mak mak ni....hehehehhehee..



Ini pun group happening. Geng surau semua nih.



Apalah yang digelakkan Kak Ana tu. gumbira sungguh.



Lagi geng surau.


Alahai...comel-comel belaka. Yang kecik berreben biru tu laaaagiii comel.



Selfie dengan diorang pulak. All my lovely friends.


Selfie again dengan Kak zu.



Meja yang paling happening dan pening....hahahhahaha

OK syyyy.....

Majlis dah nak bermula. Emche dan mai dah..


Pn Hafizah selaku MC majlis memulakan majlis dengan bacaan Al-fatihah.


Majlis dimulai dengan kata alu-aluan dari Kak Normah selaku penggerak utama majlis ini. Siap pantun lagi tuuu....cayalah kak Normah.


Panjang tu pantun kak normah. Berkerat-kerat pantun.



Antara juadah yang disediakan di sini...hmmm...maveles..


Beratur kak...beratur..


Pilih-pilih mana yang berkenan di hati. Tapi ingat ye jangan terlebih kalori pulak.


Speghati dan nasi goreng seafood menu utama.



Beberapa desert yang saya ambil. Takut jugak ni nak makan ni. Kot la berat naik balik. Tapi belasah je la, balik karang telan le Omega Guard agen pemecah lemak kegemaran saya tu.



Yummyy!!! kek coklat moist. Dulu my feveret ni. Tapi sekarang feveret juga. tapi jamah je ...



Sesenduk speghati, sesenduk nasi goreng seafood, ayam goreng dan mushroom sup dengan roti. mavalesss yaaa..



Sambil-sambil makan selfie sikit.

Kami juga dihadiri oleh tetamu special iaitu Ustazah Syarifah selaku ustazah tetap kelas kuliah dhuha setiap 2 minggu sekali di Surau Al-Mustaqim. Kami sangat berbesar hati kerana ustazah dapat turut serta memeriahkan majlis kami ini. Very sporting la ustazah.

Sambil-sambil makan kami mendengar tazkirah ustazah Syarifah.






Khusyuk nampaknya mereka mendengar tazkirah ustazah.





Amboi laaa...panjangnya muncung cik Tina. Aliwati nak tertidur ke dengar Kak Ida n Kak Aiza sembang?



Candid lagi. Control ayu Ustazah Faridah.


Ok giliran saya pulak ke depan. Apa pulak saya buat?



Aduhai muka tak boleh belah.


apsal muka herot ni.

Bukan apa. Waktu ni saya diberi amanat mendeklamasikan sajak. Dah lama tak bersajak dan berpuisi. Seingat saya last saya bersajak kat sekolah-sekolah dulu lah. Lama tu tak asah bakat.

Kalau anda nak tahu, malam sebelum majlis pengajur minta saya bersajak. Ya Allah, mulanya berat juga nak turut serta memandangkan belum karang lagi sajak ni. Nak karang sajak bukan boleh on the spot leh dapat idea.

Alhamdulillah, pagi sebelum event selepas subuh Allah beri ilham kepada saya tetiba je. Macam ada suara berkata, buat apa susah-susah nak karang sajak Fizah. Baca la sajak yang kau dengar hampir setiap pagi kat radio ikim tu.

Oh ya, baru saya teringat, saya suka satu puisi ni. Setiap pagi on the way ke opis saya selalu diperdengarkan puisi ini dah saya sukakannya. 

Meh saya share di sini dan saya jamin anda pasti suka juga. Lagipun lepas saya deklamasikan puisi ni, ramai yang minta sharekan dalam wassap group. Okla, saya share sini jugak.

PEREMPUAN

Perempuan
Duhai...
Siapakah kau ini...?

Jika jadi anak, ia adalah
Bidadari kecil ayah bunda
Permata yang siang malam dijaga keduanya.

Jika jadi pasangan, ia
Adalah kesenangan terindah
Syurga untuk
Pasangannya di dunia

Jika jadi orang tua
Wahhhh....
Syurga itu telah berpindah
Di telapak kakinya
Ia bawa ke mana-mana

Nabi pun bilangnya sebagai tiang
Tatkala kehidupan
Adalah bangunan

Ya, engkaulah tiang itu
Engkaulah perempuan.

Maka, 

sebagai tiang kau
Harus kuat tak tergoyahkan

Sebagai sandaran kokohmu
Adalah karang di lautan

Tidak rentan diterjang
Angin dan badai

" tapi aku tak sekuat itu..." katamu
"Aku tak berdaya menghadapi kebrutalan duniaMu..."

"Zaman semakin
Menggerusku, bebannya
Melumatku hingga luluh"

"Aku begitu lemah, aku tertindas,
Aku teraniaya...." katamu pula

Tunggu....
Wahai perempuan

" Perempuan adalah tiang negara
Jika perempuan baik,
Baiklah negaranya,
Jika perempuan rusak
Hancurlah negaranya"

Engkaulah tiang
Dalam bangunan rumahtanggamu

Engkau sandaran bagi dinding,
Pintu, atap dan jendela

Nabi selalu benar
Memilih istilah kata

Karena di rumahmu
Semua urusan bertumpu

Ada ALLAH 
Dalam hidupmu

Yang siap menanggung segala keluh

Ada ALLAH
Dalam harimu

Sumber kekuatan
Yang penuh

Ada ALLAH
Dalam hatimu

Jika kau serahkan
PadaNYA segala sesuatu

Ia akan menjaganya
Hingga utuh...

Dalam tiap
Gerimis kesedihan

Hanyut dirimu dalam
Dzikir panjang malammu

Dalam tiap kerikil
Tajam di jalanan

Benamkan wajahmu
Dalam sujud kepasrahan

Dalam tiap duka yang menyapa
Hanyutkan air matamu
Dalam sungai KASIHNYA

Dalam tiap nestapa
Larutkan pahit air matamu
Dalam manis CINTANYA

Dan dalam tiap
Kelabu langitmu

Panggillah NamaNYA...
ALLAH
ALLAH
Dan tunggulah....

Hingga ia merubah
Mendungmu menjadi pelangi
Warna warni

~Nukilan Ustazah Halimah Alaydrus..

---------------------------------------------------------------------------

Terkesankan puisi ini. Saya suka dengar berulang kali dan jadi penyejuk hati insan bernama PEREMPUAN.



Saya yang berdiri di hadapan tak sedar rupanya puisi ini telah membuatkan sahabat saya menitikkan air mata. 

Puisi sajak ini memang saya tujukan khas kepada Geng Muslimah LEP yang hadir majlis Hi-Tea tadi dan kepada semua rakan-rakan yang bergelar PEREMPUAN yang membaca entri saya ini.

Oklah, cukup-cukup fefeling....

Jom layan dulu wajah-wajah ceria insan yang bergelar PEREMPUAN sepanjang Hi-TEa ni.


Kak Ani dan Ustazah Rogayah bersama ahli muslimah paling kecikkk sekali.


Tengok apa kat langit tu muslimah












Aloloooo...come come anak Sue ni.









Dua-dua ustazah, Ustazah Rogayah dan Ustazah Syarifah. Penyampaian cenderahati kepada Ustazah Syarifah.


Acara bertukar-tukar hadiah dengan cabutan bertuah.



Apa yang Aliwati suka sangat tu?


 Kak Ani bersama Ustazah Syarifah




Hadiah lucky draw yang paling besar...Jeles I dengan Ustazah Rogayah you.

Bergurindam kita


Acara seterusnya gurindam persembahan istimewa dari Kak Ana. Saya kagum dengan semangat Kak Ana. Walaupun dalam keadaan kakinya yang sakit akibat operation baru-baru ini, beliau tetap hadir untuk bersama-sama eratkan silaturahim muslimah. Chaiyok la Kak Ana...


Gurindam dari Kak Ana yang menusuk kalbu


Fokus betul kak Ana

Pertandingan berbalas pantun


Seronok betul kak Bani. Kak Bani ni lawan saya pantun. Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada saya atas sokongan ahli group (maaf gambar saya tak de sapa nak ambik masa ni)


Tengah cari idea jawab pantun tu Kak Mas



Rancak betul balas-balas pantun ni.


Macam nak di makan microphone tu kak...hehehehe

Best Dress Of the Year

Juri untuk Best Dress ni yang paling bestnya dilantik dari kalangan staff kat Puffy Buffy ni. Mereka la yang memilih siapa yang terlawa di kaca mata mereka.


Tempat pertama best dress jatuh kepada Kak Mas


tempat kedua best dress jatuh kepada Yani


Tempat ketiga best dress jatuh kepada Aliwati (Ali kalau dalam photo memang nak tido je ek)

Acara kemuncak

Acara memotong kek sumbangan dari Mimi (tokei kek LEP-Shamimie Delights)


Cantikkan keknya. Kek pun ikut tema majlis Color Blok gitu...


Lepas ni sapa nak order kek kahwin ke, kek birthday ke, kek suka-suka ke boleh le order dengan Mimi. Di jamin terbaik Insya Allah.

Sessi Free Style




Luv you all so much geng Muslimah LEP. You all very awesome and happening...
Semoga ikatan ukhwah kita semakin erat dan berkekalan.

Chop! nak share jugak hadiah yang saya dapat hari ini. Terima kasih yang menyumbangkan hadiah. LUV YOU...




love,
Hafizah
~design your life not by default

No comments:

Post a Comment