Monday, November 23, 2015

JADI KATAK PEKAK?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar rakan-rakan sekalian? Saya doakan anda sihat dan ceria selalu.

Setiap hari, saya tidak jemu-jemu share tips dengan rakan-rakan saya tentang pentingnya jaga kesihatan dan amalkan cara hidup sihat dalam telegram channel dan Whatsapp Broadcasting.

Tips kali ni saya nak cerita satu kisah katak. 

Pernah dengar kisah katak pekak? Kepada anda yang pernah dengar cerita ini anggaplah ini siaran ulangan.

Pada suatu hari ada sekumpulan katak yang sekian lamanya dalam perigi nak berlumba antara satu sama lain untuk memanjat sebatang tiang yang licin untuk naik ke atas. Kepada siapa yang sampai ke puncak akan dinobatkan sebagai pemenang.

Beberapa ekor katak gigih memanjat tiang licin itu demi kemenangan. Manakala sebahagian katak-katak lain di bawah tukang sorak dan kritik.

Katak-katak di bawah berteriak
"Alaa...korang tak boleh panjatlah. Tiang tu licin."

Katak lain pula bersorak
"Sudahlah buat penat je korang panjat. Tiang tu tinggi sangat. Manakan terdaya korang berbadan kecil nak sampai ke puncak.

Maka seekor demi seekor katak-katak yang ambil bahagian kecundang dan jatuh kecuali seekor katak kecil masih gigih memanjat tanpa menghiraukan rakan-rakan lain.

Buat dekkk je katak tu dengan kritikan rakan-rakannya

Sedangkan katak-katak di bawah masih memerli-merli katak kecil yang gigih itu. " kau takkan sampai ke puncak, sekejap lagi kau pasti jatuh" 

Namun katak kecil itu masih meneruskan usahanya sehinggalah akhirnya ia berjaya sampai ke puncak.

Katak di bawah tergamam dan hairan bagaimana katak kecil itu boleh berjaya.

Katak-katak lain busybody menanya apa rahsia katak kecil hingga boleh sampai ke puncak dengan jayanya.

Krik..krik..krikk...krikk!!

Katak kecil hanya tersenyum.

Rupanya, katak kecil itu PEKAK. Ia beranggapan kritikan rakan-rakannya tadi adalah sorakan semangat yang memberi energy kepadanya untuk terus memanjat dan memanjat hingga berjaya ke puncak.

MORALNYA : kalau anda nak berjaya jangan jadi kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anda sebagai pematah semangat malah jadikan kata-kata mereka sebagai dorongan. Pekakkan telinga. Jadikan ia sebagai dorongan kejayaan.

Tentu anda pernah mendengar kritikan rakan anda kan bila anda berimpian kurus.
"Alaa....ko mana boleh kurus, makan 3 4 pinggan..boleh ke?"

"Ko memang dah sejak azali dilahirkan bam bam, tak payah lah nak kurus"

Nasihat saya, jadikan kata-kata mereka sebagai perangsang untuk anda berusaha gigih untuk kurus.

Don't GIVEUP!

SAYA DOAKAN ANDA KURUS DAN SIHAT

More tips kurus klik telegram.me/diarymudahkurusfb

More tips kurus klik telegram.me/diarymudahkurusfb

More tips kurus klik telegram.me/diarymudahkurusfb



Agen NECK anda,
Hafizah
019-211 8757

0 comments:

Post a Comment