Friday, November 6, 2015

CARA KELIM KARIPAP YANG COMEL DAN RANGUP

Assalamualaikum sahabat-sahabat tersayang,

Apa khabar semua? Saya doakan anda sihat disamping keluarga tercinta.

Kali ini saya nak share dengan anda cara meng'kelim' karipap comel.

Saya suka buat karipap yang comel-comel sebab senang nak ngap masuk dalam mulut. Sekali ngap dah licin.


Doh karipap


Inti karipap


Dulang klasik untuk letak karipap yang siap di kelim



Ambil sedikit doh karipap dan buat seperti bola kecil seperti di atas.


Gulungkan doh


Potong doh menjadi potongan-potongan kecil

leperkan doh kecil tadi seperti dalam gambar


Masukkan inti


Pastikan inti tidak terlalu banyak atau terlalu sikit. Agak-agak boleh dikatup duakan kepingan kulit karipap tersebut.


Katupkan antara dua tepi bucu kulit karipap.


Kemik-kemik kan sedikit di antara dua pertemuan bucu kulit karipap.


Kelimkan ia seperti ini



Kelim sehingga hujung bucu.


Yang ini anak bujang saya yang kelim. Boleh tahan juga berseni bujang sorang ni. Kemas juga kelim dia.


Fokus, abaikan latar belakang tu ye.


Lenyek jangan tak lenyek..


Inilah hasil garapan kelim kami anak beranak.


Tutupkan karipap yang akan digoreng dengan plastik wrap supaya tiada bendasing yang hinggap.


Tada!!!! karipap menggerutuku selepas digoreng. hmmm...rangup dan lazat.

Sekadar di sini dahulu perkongsian saya kali ini yang tidak seberapa ni. Uols lagi expert kan?

#daridapurfizah
#masakdarihati

Love,
Hafizah.

No comments:

Post a Comment