Monday, November 2, 2015

CARA MENGURUSKAN JENAZAH YANG WAJIB ANDA TAHU - PART 2

Assalamualaikum sahabat blogku,

Apa khabar hari ini? Saya doakan anda baik-baik dan dilindungi Allah swt.

Seperti yang dijanjikan saya akan menyambung kursus uruskan jenazah yang saya ikuti baru-baru ini.

Kepada anda yang belum membaca Cara Menguruskan Jenazah Part1 sila klik link di bawah


Anda wajib habiskan baca Part 1, kalau tidak anda tidak akan faham apa yang saya nak cerita seterusnya.

Petua Selepas Menziarahi Jenazah

Ustazah Zainab ada beri petua selepas menziarahi jenazah hendaklah anda:

1. Sebelum masuk rumah anda disunatkan membaca 3 Qul (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah Al-Nas)

2. Sunat mandi

Ada antara peserta kursus bertanya:

Bagaimana kalau si mati adalah khunsa?
Ustazah jawab: Kalau khunsa kena tengok mana yang lebih kuat.
Masa dia kecil mana lebih banyak kencing keluar untuk menentukan lelaki dan perempuan.

Satu lagi sharing dari ustazah, orang mati tidak batal air sembahyang. Isteri boleh mandikan suami dan isteri juga boleh cium suami.

Solat Jenazah

1. Solat jenazah tiada rakaat. 
2. 4 kali ta'bir.
3. Salam




Lafaz niat:


Takbir 1 : Baca surah Fatihah

Takbir 2 : Baca Selawat ( Selawat ringkas atau selawat lengkap macam selawat dalam tahiyat akhir)



Takbir 3 : Baca doa mohon ampun untuk si mati


Takbir 4 : Baca doa dan salam


Kedudukan solat

1. Bagi lelaki
      Imam - searah dengan kepalanya.

2. Bagi jenazah perempuan
      Imam - di bahagian lambungnya

Makmum dibahagian belakang imam.

Soalan:
1. Haruskah perempuan mengiringi jenazah?
    Tidak diharuskan sekiranya menimbulkan fitnah.

2. Berkabung kematian suami (Tempoh edah)
  • 4 bulan 10 hari (dalam masa edah)
  • Penampilan tidak keterlaluan
Edah bagi cerai adalah 3 kali suci (3 bulan).

Semoga perkongsian saya ini dapat dimanfaatkan bersama. Sekiranya ada kekurangan harap dimaafi. Saya sekadar berkongsi ilmu yang saya baru pelajari. Untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh bertanya ustaz/ustazah yang lebih arif dalam hal ini.

Sekiranya anda suka entri saya kali ini saya mohon anda tekan button SHARE dan LIKE di bawah. Didoakan anda mendapat saham kubur dengan sekali tekan saja.

semoga dapat dimanfaatkan.

Terima kasih kerana membaca.

Dahaga ILMU akhirat,
Hafizah
~design your life not by default

0 comments:

Post a Comment