Sunday, August 16, 2015

KAMBING TERGOLEK DI SAPURA MINES

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda dalam lindungan kesejahteraan Allah swt.

Dah habis raya pun kan. Hari ni last day syawal 2015. Tapi masih rancak jemputan rumah terbuka di sana sini.

Sebab tu lately blog saya ni penuh dengan jamuan-jamuan raya. Sorry la ye, saya just nak simpan memori indah syawal 2015 ni.

Hari ini saya kongsikan lagi satu lagi Majlis Jamuan Hari Raya yang saya hadiri pada hari Jumaat yang lalu 2 hari sebelum syawal berakhir.

Kalau anda perasan sebelum ni saya pernah buat entri Hari Raya di Sapura Secured Technologies kan? Sila klik link.


Yang itu opis kecik, kali ni kita beraya di opis besar pulak. Check it out!

Biasanya pihak Sapura Mines menjemput semua staff dan ahli keluarga di awal-awal syawal. Tapi hairan juga saya tahun ni lewat sikit jemputannya. Dah nak habis syawal baru dapat email jemputan.

Anyway, syukur alhamdulillah kemeriahannya tetap sama seperti tahun-tahun lepas. Saya tak pernah miss sambutan syawal ni setiap tahun sejak saya berkhidmat di Sapura sejak 15 tahun yg lalu.

Terima kasih kepada pihak penganjur Majlis Hari Raya Sapura Mines yang tak jemu-jemu meraikan kami.



Kalau anda nak tahu setiap tahun juga saya mengangkut semua askar-askar saya. Dan kami akan pastikan kami mengenakan busana sedondon.

Nampak tak apa yang mereka pegang? Duit Raya. Nak tahu berapa isi setiap satu sampul duit raya tu? jeng jeng jeng!!!

Baca sampai habis.


Apa yang special dan menarik menu juadah hari raya di sini ialah KAMBING GOLEK!!

Boleh dikatakan setiap tahun berbelas ekor kambing terpaksa menjadi korban di Sapura MINES untuk dijamu oleh warga Sapura.

Cik Abang ku suka sangat posing dengan KAMBING TERGOLEK ni.


Sanggup tu beratur panjang demi KAMBING GOLEK.


Aisyah rakan saya ni seronok dia nak ambik kambing golek.


Saya pula memilih LAKSA PENANG yang sangat sedap setakat ini yang pernah saya rasa.

Konsep gerai untuk menu-menu yang disajikan berikan keselesaan kepada kami para pengunjung. Kami boleh memilih apa saja menu kegemaran yang disukai tanpa batasan.

Tapi ingat, jangan terlebih melantak pulak ye. OBES nanti dah terpaksa join #NECK (Now Everyone Can Kurus)

Banyak lagi menu sebenarnya yang disediakan di sini. Tak habis makan! 

Antara menu yang tak larat dah perut yang dah di 'NECK' kan ini nak isi ialah satay sedap, tauhu bakar dan kangkung, mee rebus, lemang, taufo fa, kuew tiaw goreng atau char kuew tiaw, ayam panggang, cendol.

Maaflah, bila perut dah di 'NECK' kan ni macam paham-paham pulak. Walaupun makanan sedap macam mana pun bila perut ni kata udah-udah le tu! Makanya stop la sampai situ.

Perut telah diajar merasa ye, bukan melantak.

Makanya, tak sia-sialah usaha saya menguruskan badan selama 100 hari. Tak adalah nanti kata berat badan Yo-Yo.. Kejap turun kejap naik. Yang me 'Yo-Yo' kan bukan orang lain. Diri sendiri. Sendiri mau ingat lahhh!!

Menu untuk kanak-kanak riang!!

Yang menariknya di sini juga menyediakan menu untuk kanak-kanak. Jom kita tinjau apa yang ada.


Aiskrim! bukan kanak-kanak je yang suka. mak budak, bapak budak pun turut beratur ambil aiskrim. Free je!


Satu lagi menu wajib kanak-kanak yang disajikan. Roti Sosej besaaarrr punya!!
Walaupun sosej ni tak bagus untuk kesihatan. Tapi manakan boleh mereka dihalang. OKlah bagi can. Ini kali only ye!


Gula kapas pun ada. Seronoklah mereka berkapas.


Amboi Awina, bukan main fokus menikmati aiskrim yang lazat itu ye.



Si ayah sibuk dengan bisnes #JOM MARI BERCUTI nya. Kambing golek depan mata pun tak dihiraukannya. Bisnes is no 1 ye cik abang.

Si abang long EIzz fokus dengan aiskrim dan sosej 2 ketul tu...

Aiks! sapa pulak yang sedang ngap sosej kat sebelah kanan nih?




Perghhh!!! lazatnya aiskrim nihhh...
Fitri biar betul kamu makan bukan main feel lagi.



Faris makan sosej dengan sopannya. Imam mude katakan.



Tetiba nak bergambar berdua. Me and my Mr. charming.


Aktiviti Riang Ria!

Dah kenyang semua. Mari ke aktiviti yang disediakan pulak.

Setiap tahun ada pelbagai aktiviti yang menarik disediakan antaranya belon dan clown, mewarna muka dan photo studio. Jom layan aktiviti kami.





Dragon worrior


Dah namanya gegirl....butterfly jugak dia nak.


Bersama bro clown yang wajib di 'NECK' kan ni.



Menunggu giliran belon.



Kakak Eizzatul lukis 2 kali tu. sebelum dan selepas solat.
Nice pipi.


Gamelan show pun ada. Syok je dengar.

Beramah Mesra dengan Rakan Opis

Sambil-sambil beraktiviti merayau-rayau la ke meja-meja rakan taulan. Walaupun kami satu opis tapi kekadang tu jarang berjumpa kiranya berlainan department.

Sibuk dengan hal opis memasing, satu opis pun jarang jumpa. Waktu begini lah masanya nak beramah mesra.


Dari kiri Affni, anak-anak Affni, Yurwirda (berdiri), Saya(Fizah) dan Kam Haryatie (selaku mentor rapat bisnesku)



Liyana dan saya bersama baby masing-masing (icha dan awina)



Kak Maria dan saya
Tak lama lagi kak Maria akan menunjukkan penampilan yang sangat berbeza. Nantikan 100 hari lagi akan saya kongsikan di blog saya. Insya Allah...surpriseee!!!

Photo Shoot Studio

Sebelum balik, kami berkesempatan merakamkan gambar di studio photo shoot yang disediakan di sini.

Alhamdulillah, meriah betul keluarga saya.



Terima kasih kerana sudi menatap photo-photo saya sepanjang Majlis di Sapura Mines.

Photo-photo ini saya share sekadar untuk kenangan.

Eh lupa pulak, 

Saya ada janjikan nak share berapa RM anak saya dapat duit raya ye!

JENG! JENG! JENG!


TADAAAAA!!!!!

Amacam!!
Alhamdulillah, syukur rezeki anak-anak sentiasa anda.

Untuk makluman anda, anak-anak saya tak miss dapat duit raya dari Sapura every year di hari raya.

Tu yang sayang Sapura tu.

Oklah, Terima kasih kerana menatap photo-photo saya.

Insya Allah saya terus berblog sekiranya dipanjangkan usia.

Salam sayang,
Salam Syawal terakhir,

Hafizah Mahfoz.
~design your life not by default

0 comments:

Post a Comment