Sunday, August 23, 2015

BAPAK IN MY MEMORY

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabatku yang dikasihi? Saya doakan anda dalam lindungan Allah swt. Terima kasih kerana masih sudi membaca blog saya ini.

Maaf kerana dah lama tidak bersiaran atas urusan keluarga. Pada awal pagi Rabu 19/8/2015 sewaktu saya masih ditikar sembahyang mengadu dengan Allah, saya menerima panggilan yang menyedihkan dari anak saudara saya Fatimah.

"Assalamualaikum Cik Ann, Cik Ann bapak dah tak de"
(anak saudara saya panggil atok dia dengan panggilan bapak jugak)

Waktu tu saya tak boleh nak menahan air mata lagi dah dan tak boleh terkata.

Hembusan terakhir di Hospital KPJ Muar.
Bapak saya Hj Mahfoz Bin Hj Abu Bakar disahkan kembali ke Rahmatullah pada pagi Rabu jam 5.20 pagi di Hospital KPJ Bandar Mahari Muar, Johor semasa menerima rawatan sejak seminggu yang lalu kerana dehidrasi dan kegagalan fungsi buah pinggang.



 Bapak di Hospital menerima rawatan seminggu yang lalu di KPJ Bandar Maharani Muar.


 Waktu ni nampak kulit bapak sangat kering kerana dehidrasi.


 Awina keletihan menemankan ibunya di hospital.

Pada malamnya sebelum diberitakan ayahanda saya meninggal, akak saya dah beritahu supaya balik kampung memandangkan bapak dalam keadaan kritikal telah dipindahkan ke wad biasa. Waktu tu jam 11 malam menyukarkan saya untuk driving seorang diri bersama anak-anak memandangkan suami saya out-station.

Hajat memang saya nak balik kampung selepas subuh. Benar saya pulang ke kampung sesudah subuh pagi Rabu itu tapi dalam keadaan bapak saya sudah tiada.

Segerakan Urusan Jenazah
Saya sedia maklum urusan jenazah di kampung saya dilakukan dengan segera supaya tidak melangkau 2 waktu solat. Antara yang perkara yang dituntut dalam Islam untuk disegerakan urusan adalah pengurusan jenazah.

Sebelum ini urusan Allahyarhamah Akak saya selesai seawal jam 10 pagi. Jadi, saya perlu sampai ke kampung sebelum pukul 10 pagi. Saya nak sangat mencium ayahanda tercinta saya buat kali terakhir.

Alhamdulillah, Allah mempermudahkan urusan saya. Anak-anak pun dah pandai mengemas sendiri. Ala kadar kami mengemas. Jam 7 pagi kami bertolak dari Seri Kembangan ke Muar.

Alhamdulillah, saya sampai di Muar jam 10.20 pagi. Waktu tu jenazah ayahanda baru saja dikapankan sejurus selepas dimandikan. Ya, Allah ...syukur, saya masih sempat nak cium dahi dan pipi ayahanda buat kali terakhir sepuas-puasnya.

 Tempat mandikan jenazah Allahyarham

Pantas sungguh masa berlalu. Sejurus Allahyarham ayahanda disolatkan, urusan memasukkan jenazah ke keranda pula dilakukan dengan pantas.


Jenazah dimasuk ke dalam keranda dengan berhati-hati.

 Jenazah akan di bawa ke tanah perkuburan di Parit Sakai menggunakan Van Jenazah yang disediakan.

Alhamdulillah, ramai rakan taulan, jiran tetangga, sahabat handai yang jauh dan dekat menziarahi Allahyarham. Memandangkan bapak saya ini masa sihatnya sangat dikenali.

Bapak semasa mudanya adalah seorang guru agama yang disegani. Pernah suatu ketika bapak memegang jawatan imam masjid di Kampung Parit Keroma Jalan Dato' Hj Kosai, Muar.

Tambahan lagi bapak dan mak juga pernah mengajar mengaji anak-anak di kampung saya.

Bapak juga pernah mengajar kelas agama di Masjid Kampung Parit Keroma Jalan Dato' Hj Kosai sewaktu usianya 60-70an.

Disaat van jenazah bergerak ke Tanah Perkuburan Islam Parit Sakai Jalan Dato' Hj Kosai, kampung bersebelahan, saya bergegas ke kereta bersama-sama anak-anak saya untuk mengiringi Allahyarham ke tanah perkuburan.

 Jenazah diturunkan ke dalam liang dengan berhati-hati.

 Kerja-kerja pengkebumian sekarang sangat mudah kerana dibantu oleh jentera berbanding dahulu yang memerlukan tenaga manusia menggali dan mengambus liang.



 Bacaan talkin sedang dibacakan.

 Tenangmu di sana bapak


 mak bertabahlah

Malamnya kami sekeluarga berkumpul untuk kenduri Tahlil untuk Allahyarham bapak dan akak Anung yang baru 2 bulan yang lalu kembali ke rahmatullah.

Kenduri Tahlil
Kenduri Tahlil dibuat selama 3 hari berturut-turut.

Didoakan roh Allahyarham bapak dan kak Anung dicucuri rahmat disamping orang-orang yang bertaqwa dan dijanjikan syurga tanpa hisab.


Bersama sanak saudara yang hadir



Anak-anakku dan sepupunya juga turut membacakan yassin untuk allahyarham Atoknya.


Antara tetamu yang hadir kenduri tahlil.
 

Dari kiri : Hj Razib (abang ipar), Cik Din (pak sedara), Cu (mak sedara), mak, kak siti (akak ipar sulong) dan Abang Bin (abang sulong)
 

 Dari kiri : Cik Jenab (adik bongsu bapak), mak kak na, Kak Na (akak ipar)


Dari kiri : Kak Lik, Kak Izah, Mak dan saya
Tinggal 3 orang daripada 4 adik beradik pompuan. Adik beradik lelaki ada 3 orang lagi (tiada dalam gambar)

Bapak In My Memory

Dari kiri : Hjh Amah (mak), saya, Faizah (anak saudara sulong), Alin (anak saudara kedua, Hj Mahfoz (bapak)

Gambar ni gambar lama jumpa dalam almari kaca rumah mak. Sangat nostalgia. Diambil sewaktu hari raya yang lampau tak ingat tahun bila. Waktu itu saya berusia 6 atau 7 tahun. Sebelah saya anak sedara sulong saya Norfaiza Fuad yang hanya 4 tahun jarak usia kami.

Terkenang saya bersama bapak ketika mudanya. Kadang-kadang bapak hantar saya ke sekolah. Bapak bawa motor kapchainya.

Dari jauh saya dah nampak ada lubang lopak jalan raya. Yang peliknya, bapak takkan mengelak dari lubang itu, tapi dilanggar saja lopak itu.

Yang lebih menghairankan saya, saya yang membonceng di belakang tak sedikit pun terangkat punggung sebab bapak bawa motor sangat perlahan hingga tak terasa walaupun langgar lubang lopak. Tersangat penyabarnya bapak tergambar saat itu.

Kenangan yang masih segar dalam ingatan saya. Banyak lagi kenangan yang masih segar dalam ingatan bersama-sama bapak. Biarlah ia menjadi memori indah saya.

Tempat pembaringan bapak sebelum dia dibawa ke hospital.
Macam masih ada je dia.

Di saat ini hanya doa dan fatihah yang dapatku kirimkan untuk Allahyarham Bapak dan Allahyarhamah Akak Anung. Semoga mereka bersama-sama orang yang bertaqwa dan dijanjikan syurga tanpa hisab.Aaminn..

Mohon saudara-saudari yang beragama Islam yang membaca entri saya kali ini sedekahkan Al-fatihah kepada mereka Hj Mahfoz bin Hj Abu Bakar (Ayahanda saya) dan Eton binti Hj Mahfoz (kakak saya).


Terima kasih kerana sudi membaca entri saya.

Sayang bapak,
Hafizah.

4 comments:

  1. Salam Takziah kak. DariNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Semoga arwah ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman. Aamin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sakinah. kita pun tak tahu bila akan pergi.

      Delete
  2. Salam takziah Kak fiza, Alfatihah... , tanah pusaka atok sy terletak di prt keroma, muar. Pusing2 mungkin juga kita saudara jauh kan.

    ReplyDelete
  3. Anisah...atok awak nama apa? kalau parit keroma jalan dato' Hj kusai tu semua sedara mara.

    ReplyDelete