Tuesday, May 24, 2016

CARA MENYEMBUHKAN LUKA DAN MENGHILANGKAN PARUT LUKA PALING BERKESAN DAN PANTAS

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda sihat walafiat disamping keluarga tercinta.

Kali ini saya nak share satu kisah waktu saya baru pulang dari kerja.

Last week Faris balik sekolah, mengadu pada saya dia terjatuh terseret lantai di sekolah. Bila tengok siku dia dah kena plaster. Darah dah tak ada, tapi nampaklah isi kulit dia terkoyak. Bila kena air meraung dia kesakitan.

"Meh! Meh ibu buka, tak payah plaster. Ibu bubuh air liur meh" 

Air Liur penawar sembuh luka kecil paling mujarab

Kalau anda nak tahu air liur kita ni mengandungi enzim yang boleh mempercepatkan luka kering. Tak caya tak apa buat je. Saya memang dah amalkan sejak kecil lagi. Mak saya tak pernah nak plaster kalau setakat luka kecil. Ludahkan aja....hehehehe..

Nampak jijik kan. Tapi itulah petuanya, yang tak disangkal kemujarabannya.

Ingat cerita Rasulullah kena patuk ular semasa melarikan diri dari puak Quraisy. Apa ubat Syaidina Abu Bakar bubuh kat Rasulullah? Tak tahu...cari buku shirah baca.

Lepas sehari je luka Faris dah kering. Besar jugak parutnya. Buruk siku dia...hahahahah 😃😃😃. 

Rupa paras siku Faris kesan parut luka sebelum dan selepas menggunakan Herbablend. Bezakan?

Untuk hilangkan parut luka tu saya sapukan dengan herbablend pula. Lepas 2 hari keruping dah mula mengelupas. Faris pun sengeh je tak ngadu sakit lagi.

Herbablend ni sesuai utk luka yang telah kering. Kalau luka masih basah tolong jangan sapu. pedihhh woooo....

Herbablend ni sesuai jugak untuk ruam lampin, gegata, gigit nyamuk, ruam panas, terkena minyak panas, mempercepat parut hilang.

Kalau anda perasan sebelum ni saya pernah kongsikan kisah kawan saya mengatasi parut chicken pox dengan mudah. Jemput baca perkongsian cerita saya.


Insya Allah, dengan izin Allah.

Anda nak cuba boleh contact saya,
Hafizah
019-211 8757

#gegata #paruthilang #ruamlampin #ruampanas #gigitnyamuk #herbablend #krimmagic #parut

Wednesday, May 18, 2016

11 TEKNIK MUDAH POTTY TRAINING ANAK SELAMA SEMINGGU SAHAJA

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard sekalian? Saya doakan anda sihat dan sejahtera disamping keluarga tercinta.

Entri kali ni saya nak share dengan anda satu ilmu yang berguna kepada parents yang mungkin pertama kali nak mengajar anak anda berusia sekitar 2 tahun 'toilet training'.

Toilet atau Potty training ni maksudnya satu jangkamasa latihan kepada anak-anak melatih mereka buang air besar dan kecil di tandas  supaya mereka bebas dari memakai lampin pakai buang.

Jadi parents tak perlu menyediakan kos untuk lampin pakai buang mereka lagi dengan gembira. Banyak wooo...kos lampin. Hanya parents saja yang tahu kos perbelanjaan lampin pakai buang ni.

Kebetulan pagi tadi saya belek-belek FB saya terpandang satu tips yang dikongsikan oleh www.fitmommyforlife.com

Saya rasa saya perlu kongsikan tips ini sebab saya percaya ramai parents yang buntu bagaimana nak biasakan anak-anak kecil buang air di tandas.

Teknik ini adalah teknik yang saya amalkan untuk mengajar 4 orang anak saya 'toilet training'.

Yok kita tengok apa tekniknya, dan Insya Allah berjaya lakukannya selama seminggu atau paling lama 2 minggu ikut situasi anak-anak.


TEKNIK 1 : JANGAN MARAH ANAK


TEKNIK 2 : BELIKAN SELUAR DALAM WATAK KARTUN


TEKNIK 3 : FAHAMI ANAK YANG KURANG FASIH BERCAKAP


TEKNIK 4 : AMBIL CUTI

TEKNIK 5 : START DAY

TEKNIK 6 : TAK PAKAIKAN LAMPIN LANGSUNG

TEKNIK 7 : BAWA KE TANDAS SETIAP 15 MINIT SELEPAS MINUM SUSU

TEKNIK 8 : BAWA KE TANDAS SETIAP 15 MINIT SEKALI

TEKNIK 9 : BAWA KE TANDAS SEBELUM TIDUR

TEKNIK 10 : BANGUN TENGAH MALAM

TEKNIK 11 : SABAR (KUNCI KEJAYAAN)


Dan saya tambah satu lagi,

Sebarang usaha yang kita nak lakukan hendaklah disusuli dengan DOA. Berdoa supaya kita dipermudahkan dalam melatih anak kecil 'toilet training'.

Kerana segala perkara yang kita lakukan hanya Allah yang tentukan kejayaannya. Walaubagaimana tip top pun usaha kita sekiranya Allah tak beri, maka usaha kita sia-sia je.

Insya Allah saya doakan anda dapat manfaatnya dari perkongsian saya ni.

Kepada parents yang buntu bagaimana nak buat sekiranya masih tak berjaya 'toilet training' boleh cuba teknik-teknik yang dikongsikan.

Terima kasih kepada fitmommylife yang sudi kongsi tips dan memang ini yang saya amalkan.

kredit to www.fitmommylife.com

Sekiranya anda suka dengan entri saya ini sila tekan button SHARE dan LIKE. Supaya ramai lagi yang dapat kita bantu. Mudahan dengan sekali tekan anda, Insya Allah anda dapat ganjaran akhirat kelak. Aaminn..


Love supermom,
Hafizah

Tuesday, May 10, 2016

KISAH BENAR : RIZAL DAH TAK MAKAN UBAT DARAH TINGGI

Assalamualaikum wbt?

Apa khabar sahabat fiezabard? Saya doakan anda sihat walafiat di samping keluarga tercinta.

Entri kali ini saya nak cerita kisah kawan saya. Kalau anda perasan saya pernah cerita tentang dia dalam entri yang lalu. 

DENGKURAN DAN HILANG (SILA KLIK)
TERTIDUR SEMASA MEMANDU (SILA KLIK)

Kali ini saya nak sambung lagi kisah menariknya atas izin.




Ini Rizal kawan lama saya.
Alhamdulillah kini hidup beliau lebih semangat dan sihat.

Rizal ada kongsikan photo sensasi sejak tahun 2010 hingga 2016. Anda boleh tenung ye...bezakan? dulu dan sekarang.




Sekarang nampak lebih muda dan bertenaga.
Perut pun dah kempis.

Rizal Join Now Everyone Can Kurus (NECK) Batch 7 pada 1/8/2015 dengan berat asal 113kgAtas kesedaran sendiri Rizal berjaya turunkan berat hingga 90kg maintain sekarang. Tahniah bro..!

NO MORE UBAT DARAH TINGGI

23 kg turun tu....tak pernah dalam sejarahnya boleh turun macam tu.
Yang lebih bernilai, sekarang Rizal bebas dari sebarang ubat-ubatan untuk darah tingginya.

Sebab dalam Now Everyone Can Kurus kami menekankan gaya hidup sihat untuk jadi sihat.


Anda selalu dengar slogan "amalkan gaya hidup sihat", "amalkan pemakanan sihat". Anda tentu terfikir bagaimana nak amalkan gaya hidup dan makanan sihat?

Saya dah makan buah, dah makan nasi, dah makan sayur ikut carta makanan seimbang yang disarankan. Tapi kenapa saya masih GEMUK?

Tentu anda terfikir macam tu kan? Saya tak bersenam, tapi saya tiap-tiap hari mengemop lantai sehingga mencurah-curah peluh. Tapi kenapa saya masih GEMUK?

Maknanya, amalan gaya hidup anda belum cukup sihat. 

Macam saya dulu sebelum join NECK semua makanan saya makan. Sebab saya fikir apa yang saya makan semuanya sihat-sihat belaka tanpa ilmu.

Bila join NECK, barulah saya faham apa yang dinamakan gaya hidup sihat dan bagaimana makanan harian kita boleh sediakan dengan sihat. Bagaimana nak kira kalori setiap hari sebab setiap individu berbeza keperluan kalorinya.

Target NECK nak ramai orang lebih sihat, bukan target nak kurus semata-mata.
Kalau kurus tapi cengkung tak bermaya tak guna juga.

NO MORE SLEEP EPNIA

Tambahan lagi Rizal dapat mengatasi masalah Sleep Epnia nya dengan berjaya balik kampung tanpa terlelap semasa memandu.

Nak tahu lebih lanjut Rizal pernah patah bahu kerana memandu disebabkan tertidur sila klik link ini. Tragis kisahnya. Klik la..

RIZAL PATAH BAHU, TERTIDUR SEMASA MEMANDU (SILA KLIK)

Saya doakan anda tak mengalami seperti Rizal satu ketika dulu. Sayangi diri anda. Keluarga anda masih memerlukan anda lagi.

Kepada anda yang mengalami situasi seperti Rizal, Now Everyone Can Kurus ada jalan penyelesaiannya.

Hubungi saya Hafizah 019-211 8757
NOW OR NEVER!

Kepada Bro Ahmad Ibrahim Rizal, saya doakan anda berjaya jadi CAPTAIN MALAYSIA macam dalam movie CIVIL WAR tu...cayalah. sado beb!💪💪💪💪💪

Ebook Now Everyone Can Kurus

Anda nak kurus? Tak tahu caranya?

Dah banyak kali cuba tapi tak berjaya?


Baca Ebook ini dahulu



Anda serius nak kurus? Nak ebook ni? Ebook ni la yang Rizal baca sehingga beliau boleh transform dirinya.

Sila Whatsapp/Telegram saya Hafizah (019-211 8757).

1. Sila Taip " Saya Nak Kurus "
2. Tulis nama penuh
3. Beri Email

Saya berbesar hati nak beri PERCUMA ebook ini kepada ada. 

Saya doakan "Anda Sihat dan Kurus"

Terima kasih kerana sudi membaca kisah entri blog saya kali ini. Semoga anda dapat manfaatnya. 

Sekiranya anda suka entri ini sila tekan button LIKE dan SHARE supaya ramai lagi orang lain dapat manfaatnya.

Love, 
Team NECK,
Hafizah

019-211 8757

Monday, April 25, 2016

YUMMY!! 10 RESEPI SMOOTHIE LAZAT YANG WAJIB DICUBA

Assalamualaikum wbt,

Hai Apa khabar sahabat fiezabard? Sihat?

Saya doakan anda sihat dan sentiasa tersenyum disamping keluarga tercinta.

Kali ini saya nak share resepi.

Resepi ini jarang-jarang saya buat. Tapi bila dah buat pasti nak lagi. Saya ni penggemar ice-cream dan ice-blended. Saya pasti ada dikalangan rakan saya yang membaca ini juga penggemar ice-cream dan ice-blended kan? Walaupun orang kata ice-cream tu tak elok diambil sebab kandungan gulanya yang banyak dan kandungan pewarna dan bahan tiruannya juga membahayakan kesihatan. Tapi bila dah kata kita suka, sukar nak buang tabiat ice-cream mania.

Syukur Alhamdulillah, baru-baru ni saya jumpa resepi smoothie yang saya rasa dah tiba masanya saya ubah tabiat ice-cream mania saya kepada smoothie mania yang lebih menyihatkan.

Tambahan lagi setiap hari Rabu saya sering mendengar kata-kata Prof. Dr Muhaya yang menggalakkan makan lebih buahan dengan mengisarnya menjadi jus buahan.

Apa kata ubah minuman/desert kegemaran anda kepada minuman/desert yang lebih menyihatkan. Lebih-lebih lagi cuaca panas ni. Tekak nak yang sejuk je kan?

Jom kita tengok apa yang kita boleh buat untuk tekak kita petang ini.














Emmm....Yummyyy!!
Terliur tak?


Sedappp nyaaaa.....

***********************************************************
AMARAN: Minuman/Desert Smoothie ESP ini hanya sesuai untuk anda berusia 12 tahun ke atas.

Untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun sila gantikan ESP dengan Mealshake. Rasanya lebih sedap dan pasti anak anda suka.

***********************************************************

Dah lama saya amalkan ESP ni sejak 2 tahun yang lalu, dan saya tahu banyak kelebihan yang saya perolehi darinya. Antaranya kulit saya menjadi licin, flawless, kurang berjerawat, jeragat berkurang dan yang penting tambahan energy saya setiap hari. Almaklumlah umur dah masuk 4 series ni. Energy kena tambah untuk menjaga anak-anak yang masih kecil lagi.

Untuk para body builder, abam-abam sado juga elok ambil protein ESP yang terbukti hanya menggunakan soya yang tidak diubah suai secara genetic (non-gmo) protein soya.

Hopefully, anda faham apa itu soya non-gmo dan bahaya pengambilan soya GMO.

Sila klik link ini BAHAYA AMBIL SOYA (SILA KLIK)


Okla, saya harap anda enjoy dengan smoothie-smoothie yang anda cuba.

Amacam?? sedappp....

Hmm...akak pun nak pergi beli buah avacado ni nak buat smoothie alpokat.

Selamat mencuba ye!

Kalau sedap jangan lupa share dan jiran sebelah rumah ke, kawan yang dok sebelah ke, kawan surau ke, ahli mesyuarat tingkap ke.

Tak dapat share smoothie...SHARE la resepi ni kat kawan-kawan.

Mudahan mereka dapat manfaat dengan mengamalkan pemakanan sihat ni.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!

Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:
hafizahmahfoz

Mohon SHARE dan LIKE entri ini sekiranya ia memberi manfaat kepada anda semua.


Terima kasih kerana sudi membaca.

love,
Hafizah

Wednesday, April 20, 2016

SOLAT QADA' YANG PERLU ANDA TAHU

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda diberi keberkatan dan rahmat dunia akhirat dan dijanjikan syurga tanpa hisab.

Seperti biasa setiap 2 minggu sekali saya tak lepas kan peluang untuk menghadiri majlis ilmu Kuliah Dhuha di Surau Al-Mustaqim iaitu Surau di kejiranan saya Taman Lestari Putra Seksyen 7, Seri Kembangan.

Alhamdulillah minggu lepas saya diberi Allah rezeki masa untuk bersama-sama para jemaah surau untuk ikuti Kuliah Dhuha mingguan oleh Ustazah Syarifah, Ustazah tetap muslimah.


Kuliah Dhuha kali ini ajak anak dara ikut sekali. Nak biasakan dia dengan majlis ilmu.


Jemaah muslimah khusyuk mendengar Ustazah beri penjelasan.

Solat Qada'

Kali ini saya sangat berbesar hati kerana ustazah membincangkan tentang Solat Qada'.

Selama ini saya hanya tahu, bila tinggal solat kena qada'. Bila tinggal puasa kena qada'. Sejauh mana kefahaman tentang qada' ni tak pernah nak kaji. Dapat ilmu pun last masa sekolah rendah dulu kan.

Qada' ertinya ganti. Dari Segi ibadah, melakukan ibadah ganti bukan pada waktunya. Iaitu melakukan ibadah fardhu yang digantikan contoh ibadah solat, puasa dan zakat.

Kes yang diwajibkan qada'

Kes Haid

Contoh, kering haid pada waktu asar, tunggu hingga waktu maghrib untuk memastikan betul-betul kering. Qada'kan solat asar yang ditinggalkan itu.

Sekiranya datang haid pada awal waktu solat tidak perlu di qada' kan. Tetapi, sekiranya datang haid di tengah-tengah waktu solat perlu di qada'kan solatnya.

Kes tertidur dan terlupa 
wajib qada'.

Keuzuran tidak diwajibkan solat.

1. Haid
2. Nifas
3. Kafir asli
    Kafir yang masuk Islam dalam waktu zohor tidak wajib qada' zohornya.

   Sekiranya murtad, wajib qada'kan solat yang ditinggalkan sewaktu murtad, sekiranya dia kembali kepada Islamnya.

4. Kanak-kanak sehingga umur baligh
5. Ambil ubat sehingga mabuk hingga akalnya terjejas sepanjang hidupnya. Sekiranya mabuk sekejap wajib di qada'kan solatnya.
6. Orang gila.

Tidak berdosa sekiranya solat akhir waktu bagi orang yang tertidur atau yang terlupa secara tidak sengaja.

Bacaan dalam solat qada' hendaklah dibaca dengan perlahan sekadar dapat didengari oleh diri sendiri.

Waktu Makhruh solat (untuk solat qada')

Pada pendapat Mazhab Hanafi makhruh bagi mereka solat qada' pada waktu-wantu berikut:

1. Selepas solat subuh
2. Waktu tengah hari
3. Selepas solat asar
4. Waktu senja

Namun begitu, bagi Mazhab Imam Shafie DIHARUSKAN qada' solat fardhu pada waktu-waktu tersebut di atas.

TIPS QADA' SOLAT

Setiap kali solat waktu, solat sekali lagi untuk qada' kan waktu-waktu solat yang pernah ditinggalkan dahulu.

Diluar kemampuan untuk mengira seberapa banyakkah waktu yang pernah ditinggalkan dan apakah waktunya.

Kalau anda boleh kira berapa kali solat yang anda tinggal sejak anda baligh itu sudah bagus.

Mudah-mudahan perkongsian saya kali ini dapat manfaat anda semua. Sikit sangat ilmu yang saya kongsikan.

Belajar ilmu akhiratnya ni seelok-eloknya kena berguru. Sebab sepanjang majlis ilmu ini banyak sebenarnya tips yang ustazah kongsikan.

Sekiranya anda musykil dengan entri saya ini sila rujuk kepada yang lebih arif dengan berjumpa ustaz dan ustazah. Bukan cari di ustaz gugel ye...

Silap dah salah harap maafi.

Nantikan NEXT entri Kuliah Dhuha minggu seterusnya bertajuk SOLAT JAMAK DAN QASAR.

Love,
Hafizah.


Tuesday, April 19, 2016

CARA MENGHILANGKAN KESAN/PARUT CHICKEN POX DENGAN CEPAT DAN MUDAH

Assalamualaikum wbt,

Hai apa khabar sahabat-sahabat fiezabard? Saya doakan anda sihat dan ceria selalu di samping keluarga tercinta.

Ntah tiba-tiba kali ini saya nak share satu kisah,

Last week officemate saya mengadu, anaknya 2 orang yang masih kecil-kecil lagi kena chicken pox, bahasa sanskritnya #demam campak. Mula-mula adiknya yang baru nak masuk 10 bulan kena dulu, kemudian akaknya pula berjangkit. Si akak baru usia 2 tahun lebih.

Sudah tentu sebagai ibu muda, risau dan bimbang keadaan anak kecilnya melanda tak ketentuan. Almaklumlah, baru pertama kali mengalami situasi begini.

Biasanya anak-anak kecil yang terkena chicken pox ni tak tidur lena. Keadaannya resah gelisah. Kesan chicken pox pun sering nak digarunya sebab kegatalan.

Sedangkan orang dewasa tak tahan dengan keadaan kegatalan, inikan pulak anak-anak kecil.

Biasanya kalau anak-anak chicken pox hantar hospital atau klinik paling tidak akan dapat ubat demam dan chalamine (yang botol merah tu)


Rupa paras chalamine.

Saya sebenar tak berapa berkenan nak guna chalamine kecuali dalam keadaan terpaksa. Sebab chalamine beracun. Tak selamat untuk bayi yang di bawah usia 3 tahun yang suka masukkan tangan ke mulut.

Jadi, saya sarankan kawan-kawan saya yang mengalami situasi begini supaya ambil remidi yang lebih SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

Saya sarankan mereka ambil HERBABLEND CREAM untuk disapukan pada kesan-kesan chicken pox tersebut.


Testimoni 1 : Keruping Kering kakak nak kopek

Selang seminggu kawan saya gunakan herbablend ini respond dia, bila sembang di surau office.

"Macam mana Nana, anak-anak Nana tu hari dah baik chicken pox nya?"

"Alhamdulillah kak, dah kering dah kesan chicken pox tu, anak Nana suka kopek-kopek keruping kering tu"

"Haish, jangan biarkan dikopek kopek...nanti tinggal parut dalam. Parut tu sapu dengan Herbablend setiap hari ye...Insya Allah, hilang parut. Kalau ada parut tak cantik kulit terutamanya kat muka nanti."

Testimoni 2:  Kesan Chicken Pox Hilang selepas seminggu

Sebelum ni, kawan office saya eida pernah guna #Herbablend ini untuk anak kembar dan baby nya terkena jangkitan chicken pox.

Kesian dengan situasi yang Eida hadapi, waktu tu Eida masih dalam cuti berpantang babynya. Baby kena chicken pox dan 2 orang kembarnya pun sama. Saya tak dapat bayangkan bagaimana Eida yang masih berpantang menjaga mereka ketika itu.

Jaga anak-anak yang chicken pox ni renyah sikit.

Eida ada sharekan gambar-gambar anak-anaknya.

Bertambah cantik dan comel kakak selepas baik chicken pox. Seminggu je sapu dengan #Herbablend parut pun hilang.

Riang ria kembar buat memek muka. Tengok kita dah lawa !!!

Saya tersentuh bila baby pun terkena chicken pox. Cuba tengok comelnya selepas seminggu baik chicken pox. Parut pun tak nampak.
Pengakuan ikhlas Eida sebagai pengguna tegar #Herbablend.

Testimoni 3 : OTW baik

Ini juga sharing dari salah seorang ayah yang sangat perihatin dengan anak dan isterinya. Feedback selepas beberapa hari menggunakan #Herbablend.

Alhamdulillah saya dapat bantu ramai kawan-kawan yang menghadapi situasi anak chicken pox.

Chicken pox ni berjangkit, sekiranya seorang kena, kebarangkalian anak-anak lain atau rakan-rakan lain yang berada bersama-samanya yang tak pernah lagi terkena jangkitan chicken pox akan terkena jangkitan itu.

Kalau dulu orang tua-tua sering beri petua antaranya:

1. Jangan mandikan anak sekiranya terkena jangkitan chicken pox. Sudahnya menahan la bau busuk nanah chicken pox tu sekiranya seminggu dua minggu tak mandi. (dulu kan lama nak baik chicken pox). Saya tahu lah sebab saya pernah alaminya. Seksa wooo....2 minggu tak mandi. Dengan gatalnya lagi. Busuknya lagi. Tahan je laaaa...

2. Jangan masak bergoreng. ditakuti meninggalkan parut kekal kesan dari chicken pox.

3. Jangan terdedah kepada hujan terutamanya hujan panas.

4. Sapukan campuran daun bambu atau daun cermai ditumbuk bersama beras atau tepung beras di bubuh air. Sapukan pada chicken pox tersebut. Iyalah, dulu manalah nak cari krim-krim ni bagai.

Antara 4 petua ni, maybe saya boleh terima petua no. 3 dan no. 4 saja sebab petua no 1 dan 2 belum ada provennya lagi. Wallahu'alam.

Mereka mengadakan petua ni mengikut pengalaman mereka juga. Kemungkinan pada ketika itu kebetulan perkara tersebut terjadi.

Tomato hilangkan parut

Ada petua sharing dari kawan saya pula, pengalaman menjaga anak lelakinya yang terkena chicken pox, dia amalkan makan buah tomato. Alhamdulillah tak ada parut chicken pox. Lagipun buah tomato memang bagus dan baik untuk kulit.



Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengalami situasi yang sama dengan rakan-rakan saya, tak salah sekiranya anda mengambil alternatif yang terbukti SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

#Herbablend adalah dari sumber semulajadi tanpa bahan pengawet.

Ada banyak lagi khasiat yang boleh diperolehi dari Herbablend krim ni. Sebagai contoh saya ada sharekan Herbablend juga baik untuk ruam-ruam pada bayi.

Sila baca link ini 7 PETUA MENGELAKKAN BAYI RUAM HINGGA MELECET

Namun begitu kita hanya mampu berusaha untuk mengubati, Allah saja yang berkuasa menyembuhkannya.

Insya Allah saya doakan anda yang sudi membaca perkongsian saya ini dapat manfaatnya.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!

Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:
hafizahmahfoz

Mohon SHARE dan LIKE entri ini sekiranya ia memberi manfaat kepada anda semua.


Terima kasih kerana sudi membaca.

love,
Hafizah

Monday, April 18, 2016

5 KEBAIKAN OMEGA 3 YANG RAMAI ORANG TAK TAHU

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat fiezabard? Saya doakan anda sihat dan berbahagia selalu?

Kali ini saya nak tanya anda, anda tau pasal Omega 3? Pernah ambil Omega 3?
Anda seperti saya, saya tak begitu arif tentang Omega 3. Yang saya tahu Omega 3 ini adalah sejenis lemak ikan yang baik untuk perkembangan otak kerana kandungan DHA dan EPA nya. Lancar je taip. Sebab selalu didedahkan dalam iklan-iklan susu di televisyen. Tu je la yang saya tahu.

Alhamdulillah, baru-baru rakan saya ada kongsikan, rupanya banyak kebaikan Omega 3 ini. Bukan saja untuk bijak, nak #kurus pun perlu Omega 3 ni. Jom kita tengok apa kebaikan Omega 3 mengikut 5 golongan:

5 Kebaikan Omega Untuk Setiap Golongan target

A. Utk warga emas




1. Mengurangkan risiko alzhemier
2. Kesihatan jantung
3. Menurunkan paras kholesterol tinggi
4. Mengurangkan bengkak pada sendi (Rheumatoid arthritis)
5. Membantu Meningkatkan ketumpatan tulang (bone density)


B. Untuk lelaki




1.EPA di dalam Omega dapat mencegah daripada pembekuan darah dan mencegah stroke dan salur darah tersumbat
2.Membantu mengurangkan risiko penyakit kanser prostat
3.Membantu mengawal tahap kolesterol yang berlebihan
4.Omega yang mengandungi EPA & DHA sangat baik untuk jantung
5.Membantu menstabilkan tekanan darah


C.Untuk wanita 



1. Ia membantu menstabilkan protein di dalam kulit bagi memastikan kulit tetap anjal - Amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat,parut jerawat dan ruang pori terbuka
2. Minyak ikan membantu mengurangkan risiko keguguran berulang
3. terkenal dengan ciri-ciri anti-radangnya yang membantu melegakan sakit ketika haid
4. Mengurangkan risiko kanser kolon
5. membantu dalam menambahkan tahap kalsium dan meningkatkan kepadatan tulang.
6.merendahkan risiko kanser payudara.


D.Untuk kanak-kanak



1. Membantu perkembangan otak anak2 dgn dha dan epa
2. Membantu mengurangkan keradangan kulit akibat masalah eczema
3. Membantu mengurangkan risiko serangan asthma
4. Menguatkan antibodi
5. Meningkatkan daya tumpuan / FOKUS belajar anak anak


E. Untuk ibu hamil/menyusu 



1. Membantu Perkembangan otak dan mata bayi
2. Membantu mengurangkan risiko kelahiran bayi pra_matang
3.mengurangkan risiko alergi kepada bayi selepas lahir
4.mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin
5. Meningkatkan pertahanan badan


Banyakkan kebaikan Omega 3.

Persoalannya, Omega 3 yang bagaimanakah yang betul-betul berkesan untuk memberi kesan maksima untuk kesihatan kita?

Sejauh mana suppliment yang kita ambil itu betul-betul Omega 3.

Satu kajian telah dijalan untuk menanda aras peratusan Omega 3 yang terkandung dalam beberapa jenama Omega 3 di pasaran. Dan hasilnya seperti di bawah.



Terpulang kepada anda memilih yang terbaik untuk anda dan keluarga tercinta. 

Saya ingin tekankan di sini, Omega 3 wajib ada disetiap rumah. Insya Allah saya doakan anda dan seisi keluarga anda sihat dan ceria.

kredit to Master Laila dan Master Wan Muliani


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!

Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

Mohon SHARE dan LIKE entri ini sekiranya ia memberi manfaat kepada anda semua.


Terima kasih kerana sudi membaca.

love,
Hafizah