Wednesday, April 20, 2016

SOLAT QADA' YANG PERLU ANDA TAHU

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda diberi keberkatan dan rahmat dunia akhirat dan dijanjikan syurga tanpa hisab.

Seperti biasa setiap 2 minggu sekali saya tak lepas kan peluang untuk menghadiri majlis ilmu Kuliah Dhuha di Surau Al-Mustaqim iaitu Surau di kejiranan saya Taman Lestari Putra Seksyen 7, Seri Kembangan.

Alhamdulillah minggu lepas saya diberi Allah rezeki masa untuk bersama-sama para jemaah surau untuk ikuti Kuliah Dhuha mingguan oleh Ustazah Syarifah, Ustazah tetap muslimah.


Kuliah Dhuha kali ini ajak anak dara ikut sekali. Nak biasakan dia dengan majlis ilmu.


Jemaah muslimah khusyuk mendengar Ustazah beri penjelasan.

Solat Qada'

Kali ini saya sangat berbesar hati kerana ustazah membincangkan tentang Solat Qada'.

Selama ini saya hanya tahu, bila tinggal solat kena qada'. Bila tinggal puasa kena qada'. Sejauh mana kefahaman tentang qada' ni tak pernah nak kaji. Dapat ilmu pun last masa sekolah rendah dulu kan.

Qada' ertinya ganti. Dari Segi ibadah, melakukan ibadah ganti bukan pada waktunya. Iaitu melakukan ibadah fardhu yang digantikan contoh ibadah solat, puasa dan zakat.

Kes yang diwajibkan qada'

Kes Haid

Contoh, kering haid pada waktu asar, tunggu hingga waktu maghrib untuk memastikan betul-betul kering. Qada'kan solat asar yang ditinggalkan itu.

Sekiranya datang haid pada awal waktu solat tidak perlu di qada' kan. Tetapi, sekiranya datang haid di tengah-tengah waktu solat perlu di qada'kan solatnya.

Kes tertidur dan terlupa 
wajib qada'.

Keuzuran tidak diwajibkan solat.

1. Haid
2. Nifas
3. Kafir asli
    Kafir yang masuk Islam dalam waktu zohor tidak wajib qada' zohornya.

   Sekiranya murtad, wajib qada'kan solat yang ditinggalkan sewaktu murtad, sekiranya dia kembali kepada Islamnya.

4. Kanak-kanak sehingga umur baligh
5. Ambil ubat sehingga mabuk hingga akalnya terjejas sepanjang hidupnya. Sekiranya mabuk sekejap wajib di qada'kan solatnya.
6. Orang gila.

Tidak berdosa sekiranya solat akhir waktu bagi orang yang tertidur atau yang terlupa secara tidak sengaja.

Bacaan dalam solat qada' hendaklah dibaca dengan perlahan sekadar dapat didengari oleh diri sendiri.

Waktu Makhruh solat (untuk solat qada')

Pada pendapat Mazhab Hanafi makhruh bagi mereka solat qada' pada waktu-wantu berikut:

1. Selepas solat subuh
2. Waktu tengah hari
3. Selepas solat asar
4. Waktu senja

Namun begitu, bagi Mazhab Imam Shafie DIHARUSKAN qada' solat fardhu pada waktu-waktu tersebut di atas.

TIPS QADA' SOLAT

Setiap kali solat waktu, solat sekali lagi untuk qada' kan waktu-waktu solat yang pernah ditinggalkan dahulu.

Diluar kemampuan untuk mengira seberapa banyakkah waktu yang pernah ditinggalkan dan apakah waktunya.

Kalau anda boleh kira berapa kali solat yang anda tinggal sejak anda baligh itu sudah bagus.

Mudah-mudahan perkongsian saya kali ini dapat manfaat anda semua. Sikit sangat ilmu yang saya kongsikan.

Belajar ilmu akhiratnya ni seelok-eloknya kena berguru. Sebab sepanjang majlis ilmu ini banyak sebenarnya tips yang ustazah kongsikan.

Sekiranya anda musykil dengan entri saya ini sila rujuk kepada yang lebih arif dengan berjumpa ustaz dan ustazah. Bukan cari di ustaz gugel ye...

Silap dah salah harap maafi.

Nantikan NEXT entri Kuliah Dhuha minggu seterusnya bertajuk SOLAT JAMAK DAN QASAR.

Love,
Hafizah.


No comments:

Post a Comment