Sunday, February 8, 2015

REZEKI DATANG BERGOLEK!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang saya kasihi sekalian? Saya doakan anda dalam lindungan Allah swt hendaknya.

Entri kali ini saya nak share dengan anda satu kisah dari seorang sahabat untuk tatapan anda semua.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 "DAH TERTULIS REZEKI AWAK"

Cerita petang tadi. Benar-benar terkesan di hati saya.

Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol.

Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle tu sambil tutup lubang minyak tu.. buat lambat sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk.

Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia.

Saya cakap ..

"ambillah akak malas nak refund ke dalam.."

Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu..

Saya tanya dia, "eh apesal?"

Dia jawab dalam menahan sebak.

"Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free,"

Saya pula sedih.. saya senyum je dan cakap.

"Dah tertulis rezeki awak,"

Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cengeng dah 'banjir' dlm kereta. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan.

Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ..

Dan patutnya tadi saya guna debit kad, isi penuh ja.. tetapi saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah dah susun dan atur cantik2.

Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Teratur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting.. saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.

Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar2 serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak.

kredit to pencerita
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Allah sentiasa dekat dengan kita
Kisah ini membuatkan hati saya sangat tersentuh.

Bagaimana Allah sangat sayangkan makhluknya. Hanya makhluknya sering lupakanNya.

Dan saya sering diperingatkan supaya kita menyerahkan kebergantungan kita 100% kepada Allah. Allah sentiasa bersama kita. Allah Maha Pengasih Maha Penyayang umatnya.


Kebergantungan 100% kepada Allah ini tidak lah bermakna kita berserah nasib kepada Allah.

Berpegang kepada 3 konsep
1. Berdoa
2. Berusaha
3. Berdoa tawakal kepada Allah

Usaha dan doa

Dulu orang tua selalu cakap...usaha dulu baru doa. 

Silap rupanya konsep tu. Sekarang ni bila saya dah banyak mengkaji dan menuntut dari cerdik pandai rupanya sebelum berusaha kita perlu berdoa supaya Allah permudahkan usaha kita ini. 

Kemudian kita teruskan usaha kita bersungguh-sungguh dan akhir sekali barulah kita berdoa sekali lagi untuk berserah dan tawakal kepada Allah supaya memberkati dan memberi kejayaan atas usaha kita. 

End up adalah Allah yang tentukan. Ini dinamakan kebergantungan 100% kepada Allah.




Rezeki datang bergolek
Anda percaya tak rezeki sebenarnya mudah untuk dijemput. 

Pepatah orang dulu-dulu kata " Rezeki tak datang bergolek" dah tak boleh digunapakai lah nampak gayanya.

Sebab dah terbukti rezeki boleh datang bergolek-golek kalau kita tahu caranya.

Saya dah amalkan beberapa langkah untuk menjemput rezeki dan terbukti berkesan. Alhamdulillah rezeki saya tak pernah putus sama ada rezeki dari segi kewangan, kesihatan dan juga rezeki dipermudahkan urusan.

Kan Allah dah berjanji,

"Selangkah kita dekat denganNya, 10 langkah Allah dekat dengan kita"
"Sekiranya kita berjalan kepadaNya, Allah akan berlari mendapatkan kita"

Nak tahu apa yang saya buat hingga Allah sentiasa berlari mendapatkan kita. Nantikan entri saya seterusnya. to be continue......

Sekiranya anda suka entri saya kali ini sila tekan button SHARE dan LIKE di bawah.

Dengan harapan semoga satu button yang anda tekan itu memberi manfaat kepada ramai orang di luar sana dan automatik anda dapat saham akhirat Insya Allah.

Love,
~Hafizah

Beramal seolah-olah mati esok,
Bekerja seolah-olah hidup seribu tahun lagi,

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hayati kisah benar kejayaan seorang Engineer Terpaksa Berhenti Kerja Selepas 6 bulan menjalankan Online Busines. Ikuti rahsia bagaimana beliau menghasilkan jualan RM1 Juta dalam tempoh 9 bulan At 'Zero Cost Marketing' selepas mengikuti Seminar Dr. Azizan Osman.

Kisah ini telah mendapat sambutan 15,000 orang pembaca. Cepat download sementara ia masih PERCUMA!!!!! Sila klik image ebook di bawah. 

www.ebookniaga.com/sorryboss/hafizah

Thursday, February 5, 2015

NAK KURUS WAJIB MAKAN NASI!!

Assalamualaikum wbt,

Salam sejahtera sahabat-sahabat fiezabard semua. Saya doakan anda dalam keadaan sihat dan ceria selalu.

Pejam celik pejam celik dah pun 5 hari berlalu Program Now Everyone Can Kurus (NECK) anjuran Maria Firdaus Empayar.

Wahhh!!! Pelbagai aktiviti dan tips yang mereka para peserta NECK dapat semasa program ini berlangsung.

Dalam pada itu di opis saya pun tak kurang hebatnya membincangkan perkara yang sama tentang kurus.

Perbualan 1

"Kau tengok la si Ani (bukan nama sebenar) tu, ikut program A****. Tengok dah susut banyak tu"

Perbualan 2

"Nak kurus kita tak leh ambik karbo (nasi). Nasi tu lah yang buat kita gemuk dik oiiii"

Perbualan 3

"Akak dah 5 hari puasa dik, baru rasa badan sedap sikit dan susut sikit."

Beberapa hari kemudian

"Aduhai dik, bila akak tak puasa, godaan makanan kat opis ni tak leh tahan betul. Dah badan akak naik balik....macam mana ni, akak rimas lah"

ahaaa....almost setiap hari saya mendengar keluhan demi keluhan rakan-rakan saya berkenaan berat badan mereka yang tidak memuaskan. Ada pula seperti YO-YO. Sekejap kurus sekejap lagi naik berat badan. Naik banyak pulak tu berbanding sebelumnya. Sia-sia je berlapar bagai.

Mitos Nak Kurus Tak Boleh Makan Nasi

Nak kurus jangan sentuh nasi
Betul ke tak makan nasi boleh kurus?

tak nafikan anda tak makan nasi untuk jangka masa beberapa hari anda akan boleh turun kg dengan drastik. Masa tu tentu sengeh sampai ke telinga sebab dah boleh pakai baju saiz 'S'.

Tapi akibatnya, bila dah turun berat macam tu, anda berada dalam zon selesa dan ketika itu anda rasa tak bersalah pun nak jamah nasi. Masa tu mulalah kegilaan makan nasi berpinggan anda kembali semula.

Tak mustahil berat anda akan naik lebih banyak berbanding sebelum ini.

Cuba saya tanya anda, sejujurnya...sampai bila anda boleh tahan tak makan nasi?

Jangan nak tipulah anda orang yang lahir di Tanah Melayu ni kalau tak makan nasi seminggu mau kebulur.

Dah tu dari kecik memang dah disumbat dengan nasi. Tak ada lauk pun tak apa asal ada nasi dengan kicap pun cukup. Betul tak? 

Ada sampai satu tahap, bila kawan kita tanya " dah makan ke belum?" 
Anda tentu jawab belum kan kalau anda belum makan nasi. Padahal anda dah pun melantak mee goreng tak hinggat punya sekejap tadi. Hahahaaa....itulah orang kita yang berkulit sawo matang ni. Kalau namanya makan adalah makan nasi. Nasi dan makan tidak boleh dipisahkan dalam kamus hidup kita.

Saya pun dulu fikir macam tu jugak, kalau nak kurus DILARANG SENTUH NASI.

Tapi lepas saya jadi agen Now Everyone Can Kurus dan khatam baca ebook Now Everyone Can Kurus ni, barulah saya sedar....

sapa nak kurus kena makan nasi sebenarnya.

sapa nak kurus kena lebih kerap makan rupanya. Kerap makan tapi sedikit-sedikit.

Nasi tak bersalah

Jangan salahkan ibu mengandung. Nasi tak bersalah sebenarnya. Yang bersalah adalah orang yang makan nasi.

Makan nasi tak hingat sampai dua tiga pinggan. Lauk sedap bertambah-tambah  senduk pulak nasinya, macam mana nak kurus.

Proven wajib makan nasi pun boleh kurus

En. Firdaus (gambar di bawah) disebabkan beliau makan nasilah, beliau boleh turunkan berat sehingga 11.5 kg dalam masa 100 hari.

Amacam terbakar tak?

Wajib makan nasi dengan cara yang betul Insya Allah boleh kurus.
Makan sedikit-sedikit tetapi kerap, baru boleh kurus.


Sakinah juga makan nasi, tengok berapa kg dia turun



Seha pun makan nasi juga, kurus beb!


Macam mana dengan Din, beliau ni peminat nasi tegar. See, boleh kurus what?



Amacam??
Tak caya lagi ke apa saya kata, nak kurus wajib makan nasi.

Kalau tak percaya anda boleh baca ebook ni sampai habis,


www.noweveryonecankurus.com/hafizah


Ingat ye wajib makan nasi kalau anda nak KURUS.

Mohon klik button SHARE dan LIKE di bawah supaya lebih ramai rakan-rakan anda yang senasib nak kurus tapi tak kurus-kurus dapat manfaatnya.

Mudah-mudahan dengan sekali klik SHARE anda dapat saham kubur kelak kerana ilmu yang baik dikongsikan sangat besar ganjarannya.

with love,
~Hafizah

Sunday, February 1, 2015

100 HARI PERTANDINGAN NOW EVERYONE CAN KURUS

Assalamualaikum wbt,

Salam persahabatan saudara-saudara ku...

Sekejap lagi PERTANDINGAN 100 HARI NOW EVERYONE CAN KURUS telah dilancarkan.

Ramai yang dah join.

Tengok je la tu penyertaan berpuluh-puluh orang.

hanya dalam Group Telegram anda boleh KURUS (ehsan dari admin NECK)
Tahniah kepada peserta Now Everyone Can Kurus.

 Sebelum bermulanya Program yang diterajui oleh Abang Ketak jom layan TIPS Now Everyone Can Kurus

TIP 1


TIP 2

TIP 3

TIP 4

TIP 5

TIP 6

TIP 7

TIP 8

TIP 9

TIP 10

TIP 11

TIP 12

Banyakkan tip yang dikongsikan. Bila join Now Everyone Can Kurus lagi banyak tips M.E.S.T.I kurus yang boleh dapat.


Apa yang buat saya tertarik dalam Formula M.E.S.T.I Kurus yang akan dikongsikan nanti ialah sapa nak kurus WAJIB MAKAN NASI.

Bermakna tak betullah kawan-kawan diet kita selalu cakap nak kurus tak boleh makan nasi.

PErghhh....terseksa wooo jiwa raga orang yang berkulit sawo matang ni kalau tak makan nasi.


Pertandingan ini terbuka kepada semua warga bumi yang

1. Terasa diri ada lemak-lemak degil melekat.
2. Sesuai kepada mereka yang dah banyak kali nak kurus dan mengikuti pelbagai program diet tapi still tak kurus-kurus.
3. Malas nak pergi GYM.
4. Masih nak makan nasi.
5. Tak ada masa nak bersenam.

Siapa yang join akan mengikuti Online Training Fitness bimbingan Abang Ketak melalui Telegram Group.



Hadiah yang menanti kepada mereka yang berjaya kurus dengan peratusan yang tinggi ialah:

1st PRIZE RM 1000
2nd PRIZE RM500
3rd PRIZE RM300


PERTANDINGAN BERMULA 1 FEBRUARI 2015 - 31 MAY 2015

Daftar sekarang !!

Sila hubungi saya untuk pendaftaran 019-211 8757 (telegram/Whatsapp)



http://fiezabard.blogspot.com/2015/01/free-ebook-now-everyone-can-kurus-neck.html

http://fiezabard.blogspot.com/2015/01/free-ebook-now-everyone-can-kurus-neck.html


Nak macam mereka??


JOM JOIN NOW EVERYONE CAN KURUS BATCH 1.

Mohon anda tekan button SHARE dan LIKE supaya ramai yang dapat manfaatnya.

 Sihat dan kurus,
Hafizah Mahfoz

Thursday, January 29, 2015

HANDPHONEKU BERASAP!!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat setia fiezabard? Saya doakan anda sihat walafiat disamping keluarga tercinta.

Entri kali ini saya nak cerita sedikit cerita lucu petang tadi.

Saya terima call lebih kurang pukul 4 petang dari seorang lelaki bernama suami.

"Yang, nak tau tak cerita aneh?"

"Haaa....aneh kenapa?"

"Handphone abang berasap"

"Subhanallah, macam mana boleh berasap tu?" suspend pulak saya. Selalu saya cuma dengar handphone crack, handphone pecah berderai sebab anak jatuhkan (anak juga yang bersalah) atau handphone radiasi bahaya kepada manusia. Tak pernah pulak dengar handphone berasap....gelak gak la saya.

"Betul yang, tadi abang letak handphone kat poket seluar. Tetiba apsal rasa poket abang panas semacam je macam terbakar? Bila seluk dalam poket rupanya handphone yang tengah berasap....panas yang macam pegang periuk panas"

"Allahuakhbar, sib baik peha abang tak berlubang..." sempat gurau tu.

"Abih tu ni abang call guna handphone berasap tu ke?"

"Eh, tak lah..abang dah beli yang baru"

Inilah rupa paras handphone yang telah dibaik pulih setelah seketika berasap
Handphone Berasap

Aduhai...heavy duty sangat handphone en. Badrul ni. Almaklum lah bisnes man. Sebagai CEO dan pengasas JOM MARI BERCUTI, handphone ni tak berhenti-henti menerima pesanan sama ada di Whatsapp ataupun di laman sosial Facebook.

Boleh dikatakan 100% bisnes En. Badrul adalah online. Handphone memainkan peranan penting dalam bisnes online seperti En. Badrul selain Laptop.

Dua peranti ini ibarat gula dan garam dalam makanan. Tanpa peranti ini pincanglah bisnes online En. Badrul.

Dah lebih setahun kot handphone ini berjasa dengan tuannya. Dah puluhan ribu la masyuuukkkk dek jasa baik handphonenya.

Walaupun handphone En. Badrul tidaklah secanggih mana, tidak se'updated' remaja-remaja sekarang. Handphone canggih dengan Iphone6 laa...Oppo laahh...Samsung 5S laaa....ada ke? maaf saya tak terikut perkembangan alat celular yang begitu pantas inovasinya.

Tapi walaupun handphone secanggih dan se'smart' manapun, kalau tuannya tak pandai menggunakannya secara bijak dan boleh jana duit, tiada gunanya. Buat perabih boreh mak bapak je namanya.

Saya bangga dengan suami saya kerana menggunakan handphone yang tak seberapa canggihnya itu secara maksimum sampai BERASAP!!!

Agaknya kalau handphone tu boleh bercakap ini dialognya

"Udah-udahlah tu bang, saya dah tak mampu nak tampung bisnes abang yang laju sangat tu"

Itu yang dia sakit tu....kesian handphone

Pengajaran

Oleh itu, saya nasihatkan kepada sesiapa yang bisnes onlinenya semakin laju, silalah cari handphone yang sama taraf dengan keupayaan bisnes anda.

handphone saya pun semakin lama semakin sakit...ada tanda-tandalah tu nak senasib dengan partnernya.

Agak-agak sapalah yang baik hati nak hadiah kan handphone canggih manggih dan kapasiti tinggi untuk melajukan lagi bisnes saya yer? (sedang me'LUA'kan)


Cerita suka suki di dinihari,
Hafizah Mahfoz

#Handphonecanggih
#smartphone
#handphoneberasap

Wednesday, January 28, 2015

MENJAWAB ISU ROTAN SATU JENAYAH??

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian, saya doakan anda sihat dan sejahtera dilindungi Allah swt.

Ingat tak entri saya 2 hari lepas pasal isu Rotan yang hangat sekarang ni. seminggu pun belum habis cerita lagi pasal rotan ni.

Rotan Anak Bakal Jadi Kesalahan Jenayah!!! (sila klik)

Rupanya apa yang diberitakan dalam akhbar-akhbar tempatan tidak tepat. Allahuakhbar, sebab itu saya dah lama tak baca paper sebab diragui kesahihannya.

Komen dari sahabat saya kerana mengingatkan. Terima kasih sahabat.
 Namun begitu kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menjelaskan.

" Perlakuan merotan, sekiranya sehingga menyebabkan kecederaan Mental dan Fizikal boleh terjumlah kepada melakukan kesalahan JENAYAH"

Macam tu rupanya cerita sebenar, Dato' Sri Rohani hanya ingin menjelaskan kesalahan jenayah yang hanya akan jatuh kepada mereka yang merotan hingga mencederakan mental dan fizikal kanak-kanak tersebut. Bukan dalam kes guru atau ibu-bapa yang merotan sebagai pengajaran atau meng'adab'kan mereka.

Alhamdulillah, kalau inilah langkah yang perlu diambil, saya sokong sepenuhnya. Kerana kategori seperti ini ada kes penderaan. Individu yang sewenang-wenangnya menggunakan kuasa 'Dewasa' mereka untuk menghukum anak-anak kecil hingga melampaui batas perlu dihukum.

Lagipun undang-undang dalam kes penderaan ini telah sedia ada buat masa ini di bawah seksyen 31(1) Akta kanak-kanak 2001.


Tohmahan dijawab

Apabila isu ini semakin menjadi viral di dada-dada akhbar dan juga rangkaian sosial yang tiada batasan, maka Kementrian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil langkah drastik untuk menjawab balas tohmahan yang dilemparkan.




Insya Allah dengan penggubalan rang undang-undang ini nanti dapat menambahbaikan dan tidak mengganggu institusi kekeluargaan Masyarakat di negara kita kerana isu ROTAN ini sangat sensitif dikalangan Masyarakat Melayu umumnya dan Masyarakat Islam khususnya.
 
Semoga kementerian yang berkenaan meneliti dan menkaji sebaik-baik mungkin sebelum undang-undang dilaksanakan.

Jangan nanti isu seperti pasangan Malaysia di Sweden yang dipenjara untuk beberapa bulan lamanya demi untuk meng'adab'kan anak-anak mereka akan berlaku di Tanah air tercinta kita ini juga.

Sekiranya anda perihatin dan suka entri saya, sila tekan button LIKE dan SHARE supaya ramai orang yang tak tahu hal sebenar akan lebih jelas lagi tentang isu Rotan ini.

Terima kasih kerana membaca.

Love,
Hafizah Mahfoz

Monday, January 26, 2015

ROTAN ANAK BAKAL JADI KESALAHAN JENAYAH!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat sekalian?? Saya doakan anda dalam lindungan Allah dan akan dikurniakan ganjaran syurga tanpa hisab kelak.

Entri kali ini saya buat kerana saya amat tertarik dengan tajuk di dada-dada akhbar lately tentang ROTAN!!


Allahuakhbar!! agak terkejut jugalah saya dengan undang-undang negara yang bakal rakyat jelata ikut.

berita penuh
 
Serius saya nak tanya anda, sapa yang pernah kena rotan?

Saya pulak, saya tak ingat sama ada saya pernah kena rotan atau tidak. Tapi cubit-cubit sayang tu adalah.

Oh,ya! pernah sekali dengan cikgu, tapi saya tak ingat apa kesalahan saya masa tu. Dengan rotan yang hinggap di tangan itulah menjadikan saya melangkah ke Universiti dan seterusnya bergelar Jurutera sekarang. Alhamdulillah, terima kasih cikgu.
 
Perasan tak, masyarakat Melayu khususnya sememangnya telah dibiasakan dengan didikan Rotan.

Kalau dulu guru-guru yang masuk kelas pasti memegang sebatang rotan tak kira guru disiplin atau guru biasa. Manakala ustaz ustazah mengaji Al-Quran kalau tak pegang rotan ditangan tak namanya ustaz/ustazah mengaji gitu.

Begitu juga dengan ibu bapa. Pantang silap sikit confirm rotan hinggap di badan. Kalau tak rotan pun, anak-anak yang agak nakal akan diikat di pokok yang ada kerengga, betul tak? sapa pernah merasa SAY 'I'...

Bagaimana anak kita nanti
Sebenarnya, hukuman rotan ini telah termaktub dalam hadis sejak dahulu lagi sebagai salah satu cara mendidik anak berlandaskan islam.

Tapi kemungkinan ada segelintir ibu bapa dan guru tersalah gunakan kuasa ROTAN itu untuk mendera anak-anak kecil ini.

SUNNAH MENGGANTUNG ROTAN DI RUMAH (mengadabkan anak-anak)

عن ابن عباس رضي الله عنه،
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
علقوا السوط حيث يراه أهل البيت فإنه أدب لهم.

- رواه الطبراني في الكبير، بسند حسن.
- ورواه البزار عنه بلفظ : ضع السوط حيث يراه الخادم.
- ورواه البخاري في الأدب المفرد.
- ورواه أبو نعيم عن ابن عمر.

Dari Ibnu Abbas r.a,
Rasulullah s.a.w bersabda :

Gantunglah rotan di rumah kamu supaya dilihat oleh penghuni rumah, maka sesungguhnya rotan itu mengadabkan mereka.

- Riwayat At-Tobrani di dalam kitab Al-Kabir, dengan sanad HASAN.
- Riwayat Al-Bazar dengan lafaz "letakkan rotan dirumah mu supaya dilihat oleh org yg khidmat bg mu".
- Riwayat Al-Bukhari di dalam kitab Adabul Mufrad.
- Riwayat Abu Nuaim dari Ibnu Umar r.a.
_______________

Dalil Pukul Anak.


"Perintahkan anak mu solat pada usia tujuh tahun,dan pukullah jika pada usia sepuluh tahun jika ia meninggalkan solat dan pisahkan tempat tidurnya”.

(HR Ahmad dan Abu Daud dan Hakim dari ibn ‘Umar r.a)

___________________



Had Tangan ketika merotan


Islam telah menggariskan beberapa panduan bagaimana merotan anak-anak untuk tujuan mendidik bukan menghukum atau mendera.

1. Rotan dengan niat untuk mendidik adabnya
2. Rotan di tapak kaki
3. Tidak merotan kerana mengikut nafsu amarahmu
4. Had tangan ketika merotan tidak melebihi paras ketiak.
    Macam mana tu ye?
    Ibarat kepit buku di ketiak dan buku tak jatuh semasa mengangkat tangan.
    (harap anda faham apa yang nak saya sampaikan)
5. Pukul atau rotan bukan ikut nafsu syaitan, anak adalah amanah Allah.
    Mereka penghuni syurga, Jangan sampai dilaknat Allah kerana menzalimi 
    mereka.
6. Paling penting, jangan merotan ketika marah!!!


Islam itu indah, Allah telah mengaturkan percaturan kehidupan Mahkluknya dengan baik sekali. Janganlah kita engkar.

Sejujurnya, saya sebagai ibu kepada 5 orang anak sudah tentu menghadapi seribu satu karenah anak-anak yang kian membesar.

Alhamdulillah saya ikut sunnah Rasulullah menggantungkan rotan sebagai salah satu cara untuk mengadabkan mereka.

Jangan nanti dengan undang-undang yang dicipta, akan melahirkan anak-anak yang Derhaka!....kesian mereka...

Cubalah anda tanya kepada semua orang even perompak sekali pun, nak masuk Syurga ke Neraka?

Rata-rata mereka mengimpikan kehidupan disyurga yang kekal abadi bukan?

Takkan lah kita sampai hati nak tinggalkan anak kita ke lembah neraka kelak. Sedangkan kita syok dalam syurga sorang-sorang. 
Allahuakhbar,nauzubillahimin zalik...


Ya Allah, jauhilah anak-anakku dari menderhakaiku




Saya doakan orang yang berkuasa yang akan menggubal undang-undang ini supaya fikirkan semula PRO dan KONTRA nya dan saya bermohon supaya berbalik kepada Ajaran Sunnah Rasulullah yang sangat mengasihi kanak-kanak.

Kembalilah kepada Islam dalam mendidik anak-anak. Dan terapkan Cinta Rasul dalam didikan mereka.

Wallahua'alam bissawab...
Mohon anda yang baik hati LIKE dan SHARE entri saya.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Ibu 5 anak, ibu perihatin,muhasabah diri
Hafizah Mahfoz

#CintaRasul
#Rotanjenayah
#Rotananakjenayah
#Rotan

Sunday, January 25, 2015

KUBUR RAJA ARAB SAUDI, RAJA ABDULLAH TANPA BERTANDA

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard sekalian? Saya doakan anda dilindungi Allah dan dikurniakan syafaat syurga tanpa dihisab di sana nanti.

Lama juga saya menyepi dirikan. Rindu rasanya nak bernukilan di blog ini.

Kali ini saya nak berceloteh tentang Raja Arab Saudi iaitu Raja Abdullah yang tersohor di seantero dunia ini telah meninggal dunia 2 hari yang lalu iaitu pada hari Jumaat, 23 Januari 2015 dalam usianya 90 tahun kerana menghidap jangkitan patu-paru.

Berakhirnya riwayat Raja Abdullah dalam usia 90 tahun

Apa yang menarik perhatian saya nak berkongsi cerita di sini bila saya terdengar berita di radio ikim.fm pada hari Jumaat yang lalu dalam perjalanan ke pejabat bahawa Raja Abdullah akan dikebumikan di kubur tanpa tanda.

Ketika saya mendengar berita itu, jantung saya terhenti seketika, speech less!!
Subhanallah, maha suci Allah, siapa yang tidak kenal Raja Abdullah. Raja yang disegani di dunia. Sikapnya yang sangat suka bersedekah kepada mereka yang memerlukan harus menjadi contoh kepada para jutawan di dunia.

kalau anda ingat lagi, pada satu ketika dahulu ada rakyat Malaysia yang mempunyai anak kembar siam memerlukan kos pembedahan yang sangat mahal untuk memisahkan mereka berdua. Raja Abdullah lah yang tampil menghulurkan bantuan untuk menaja pembedahan tersebut. Lihat, Raja Abdullah tidak mengira bangsa dan negara untuk bersedekah.

Sifatnya yang bersederhana terbawa-bawa oleh rakyat jelata sehingga kematiannya.

Tiada istiadat rasmi semasa sepanjang pengurusan jenazahnya seperti kebiasaan raja-raja.

Yang menjadi saya terharu, Raja yang tersohor ini, kuburnya tidak ada tanda sepertimana kebiasaan orang-orang kenamaan yang sudah tentu dibinakan kubur yang indah-indah. Malah, jenazahnya dikapankan dengan kain putih seperti rakyat jelata....Allahuakhbar!!

Kuburannya juga hanya ditempat awam bersama-sama kuburan rakyat jelata. Tiada kubur khas untuknya.


Jenazah Raja Abdullah dikebumikan di kawasan Awam Al-Aoud Riyyad

Walaupun populariti Raja Abdullah ini sangat gah dikalangan rakyat, tetapi yang menjadi keanehannya, tiada perhimpunan khas besar-besaran di jalanan meratapi pemergian Allahyarham.

Sementara itu, bendera negara mereka tak pun diturunkan separuh tanda berkabung. Bendera masih berkibar seperti hari-hari biasa kerana tiada tempoh rasmi berkabung diumumkan oleh kerajaan mereka.

Kebetulan kematian Raja Abdullah jatuh pada hari Jumaat, maka pejabat-pejabat tentunya tutup kerana cuti hujung minggu di sana. Dan kerajaan mereka tidak mengumumkan pun sebarang cuti khas untuk memperingati kematian Raja mereka.

Manakala pertabalan rasmi pengganti Raja Arab Saudi juga dilakukan dengan acara yang sangat ringkas. Tidaklah terlalu rumit protokolnya. 

Adik tirinya Putera Mahkota, Salman 79 tahun dengan rasminya menggantikan tahta Di Raja Arab Saudi bagi menggantikan Almarhum.

Sangat bersederhana pengurusannya dan Alhamdulillah Allah permudahkan urusan mereka.

Ya, secara jujurnya, saya sangat sebak dengan kisah kematian Raja Abdullah yang tidak mengira darjat dan pangkat dalam pengurusan jenazahnya. Sangat bersederhana.

Bagaimana ye dengan negara kita?

Saya doakan Raja Abdullah yang dikasihi rakyat jelata dikurniakan syurga tanpa hisab.

Begitu juga saya doakan kesejahteraan rakyat Arab Saudi dengan pemerintahan Raja yang baru.

Terima kasih kerana sudi membaca celoteh saya.

Sekiranya celoteh saya ini menarik hati anda sila tekan button LIKE dan SHARE di bawah.


Hidup sederhana,

~Hafizah Mahfoz