Thursday, February 5, 2015

NAK KURUS WAJIB MAKAN NASI!!

Assalamualaikum wbt,

Salam sejahtera sahabat-sahabat fiezabard semua. Saya doakan anda dalam keadaan sihat dan ceria selalu.

Pejam celik pejam celik dah pun 5 hari berlalu Program Now Everyone Can Kurus (NECK) anjuran Maria Firdaus Empayar.

Wahhh!!! Pelbagai aktiviti dan tips yang mereka para peserta NECK dapat semasa program ini berlangsung.

Dalam pada itu di opis saya pun tak kurang hebatnya membincangkan perkara yang sama tentang kurus.

Perbualan 1

"Kau tengok la si Ani (bukan nama sebenar) tu, ikut program A****. Tengok dah susut banyak tu"

Perbualan 2

"Nak kurus kita tak leh ambik karbo (nasi). Nasi tu lah yang buat kita gemuk dik oiiii"

Perbualan 3

"Akak dah 5 hari puasa dik, baru rasa badan sedap sikit dan susut sikit."

Beberapa hari kemudian

"Aduhai dik, bila akak tak puasa, godaan makanan kat opis ni tak leh tahan betul. Dah badan akak naik balik....macam mana ni, akak rimas lah"

ahaaa....almost setiap hari saya mendengar keluhan demi keluhan rakan-rakan saya berkenaan berat badan mereka yang tidak memuaskan. Ada pula seperti YO-YO. Sekejap kurus sekejap lagi naik berat badan. Naik banyak pulak tu berbanding sebelumnya. Sia-sia je berlapar bagai.

Mitos Nak Kurus Tak Boleh Makan Nasi

Nak kurus jangan sentuh nasi
Betul ke tak makan nasi boleh kurus?

tak nafikan anda tak makan nasi untuk jangka masa beberapa hari anda akan boleh turun kg dengan drastik. Masa tu tentu sengeh sampai ke telinga sebab dah boleh pakai baju saiz 'S'.

Tapi akibatnya, bila dah turun berat macam tu, anda berada dalam zon selesa dan ketika itu anda rasa tak bersalah pun nak jamah nasi. Masa tu mulalah kegilaan makan nasi berpinggan anda kembali semula.

Tak mustahil berat anda akan naik lebih banyak berbanding sebelum ini.

Cuba saya tanya anda, sejujurnya...sampai bila anda boleh tahan tak makan nasi?

Jangan nak tipulah anda orang yang lahir di Tanah Melayu ni kalau tak makan nasi seminggu mau kebulur.

Dah tu dari kecik memang dah disumbat dengan nasi. Tak ada lauk pun tak apa asal ada nasi dengan kicap pun cukup. Betul tak? 

Ada sampai satu tahap, bila kawan kita tanya " dah makan ke belum?" 
Anda tentu jawab belum kan kalau anda belum makan nasi. Padahal anda dah pun melantak mee goreng tak hinggat punya sekejap tadi. Hahahaaa....itulah orang kita yang berkulit sawo matang ni. Kalau namanya makan adalah makan nasi. Nasi dan makan tidak boleh dipisahkan dalam kamus hidup kita.

Saya pun dulu fikir macam tu jugak, kalau nak kurus DILARANG SENTUH NASI.

Tapi lepas saya jadi agen Now Everyone Can Kurus dan khatam baca ebook Now Everyone Can Kurus ni, barulah saya sedar....

sapa nak kurus kena makan nasi sebenarnya.

sapa nak kurus kena lebih kerap makan rupanya. Kerap makan tapi sedikit-sedikit.

Nasi tak bersalah

Jangan salahkan ibu mengandung. Nasi tak bersalah sebenarnya. Yang bersalah adalah orang yang makan nasi.

Makan nasi tak hingat sampai dua tiga pinggan. Lauk sedap bertambah-tambah  senduk pulak nasinya, macam mana nak kurus.

Proven wajib makan nasi pun boleh kurus

En. Firdaus (gambar di bawah) disebabkan beliau makan nasilah, beliau boleh turunkan berat sehingga 11.5 kg dalam masa 100 hari.

Amacam terbakar tak?

Wajib makan nasi dengan cara yang betul Insya Allah boleh kurus.
Makan sedikit-sedikit tetapi kerap, baru boleh kurus.


Sakinah juga makan nasi, tengok berapa kg dia turun



Seha pun makan nasi juga, kurus beb!


Macam mana dengan Din, beliau ni peminat nasi tegar. See, boleh kurus what?



Amacam??
Tak caya lagi ke apa saya kata, nak kurus wajib makan nasi.

Kalau tak percaya anda boleh baca ebook ni sampai habis,


www.noweveryonecankurus.com/hafizah


Ingat ye wajib makan nasi kalau anda nak KURUS.

Mohon klik button SHARE dan LIKE di bawah supaya lebih ramai rakan-rakan anda yang senasib nak kurus tapi tak kurus-kurus dapat manfaatnya.

Mudah-mudahan dengan sekali klik SHARE anda dapat saham kubur kelak kerana ilmu yang baik dikongsikan sangat besar ganjarannya.

with love,
~Hafizah

No comments:

Post a Comment