Showing posts with label bisnes ideal surirumah. Show all posts
Showing posts with label bisnes ideal surirumah. Show all posts

Sunday, September 22, 2019

5 Sebab Kenapa Orang Muda Patut Mulakan Bisnes Dari Awal




Assalamualaikum wbt


Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda dikurniakan kesihatan dan kebahagian dunia akhirat.

Kali ni Kak Fieza nak kongsikan kenapa anda perlu bisnes dari muda belia lagi. Kak Fieza bukan pakar motivasi, bukan juga penasihat terhormat.

Kak Fieza hanya ingin berkongsi dengan anda, dari pembacaan Kak Fieza baru-baru ini dari artikel sifufbads dan Dr Azizan Osman kenapa orang muda patut mulakan bisnes dari awal.

Kak Fieza pernah dengar rakan-rakan merungut

"Boleh lagi ke aku nak bisnes ni, umur dah setengah abad dah ni"

Manakala rakan lain pula yang lebih muda pula kata,

"Belum tiba masanya lagilah nak bisnes, tak konfiden pulak nak bisnes muda lagi ni"

Sebenarkan, dalam kamus bisnes tiada istilah dah terlambat atau terlalu awal nak bisnes.

Dalam dunia tanpa sempadan sekarang ni, ramai dikalangan remaja malah anak-anak yang masih bersekolah telah memulakan bisnes mereka.

Kenapa anda patut mulakan bisnes diusia muda?

Meh Kak Fieza ceritakan kenapa anda perlu mulakan bisnes diusia muda ye. 

5 Sebab Kenapa Orang Muda Patut Mulakan Bisnes Dari Awal

1. Kurang Komitmen Diusia Muda

Kalau anda perasan dalam usia muda anda belum banyak lagi komitmen. Komitmen dari segi masa, kewangan, kehidupan dan keluarga.

Dari segi masa, anda yang masih muda banyak lagi masa senggang memandangkan anda tidak lagi terikat dengan komitmen masa seperti orang dewasa.

Jadi, ketika usia ini banyak masa anda boleh diberikan kepada komitmen-komitmen bisnes yang bakal anda jalankan.

Terutamanya yang sedang belajar. Jadi, masa yang anda ada sekarang ini lah waktu yang sesuai untuk belajar buat bisnes.

Dari segi kewangan, anda juga belum banyak komitmen dengan kekangan kewangan seperti orang yang lebih dewasa. Orang yang lebih dewasa sudah tentu banyak hutang yang nak dilangsaikan. Belum lagi komitmen kepada kewangan keluarga.

Anda bayangkan, sekiranya orang dewasa ada hutang rumah, kereta, bayar utiliti elektrik, air, unifi, astro, bayaran yuran anak-anak, yuran taska dan pelbagai lagi komitmen yang difikirkan.

Jadi, dalam usia muda anda boleh fokus kewangan anda dengan hal-hal bisnes sebab pada usia ini, anda tidak fikirkan lagi hal-hal komitmen seperti di atas. Ada juga dikalangan anda dalam usia muda masih duduk dengan keluarga.

2. Menjana Sumber Kewangan Sampingan 

Bisnes adalah salah satu cara jana sumber kewangan sampingan yang menjamin masa depan mereka.

Salah satu cara nak jana kewangan sampingan adalah dengan menjalankan bisnes online.

Kenapa bisnes online?

Bisnes online lebih stabil, tak perlu modal yang besar, rendah risiko dan boleh jana hasil kewangan dengan mudah. 

Namun begitu walau apa pun bisnes yang nak dijalankan anda perlu ada ILMU.

Bayangkan, dalam usia muda anda dah jana pendapatan sampingan tinggi. Dan dalam masa yang sama anda ada ilmu gunakan pendapatan anda untuk melabur dalam bisnes korporat dan hartanah. Dah tentu bisnes anda lebih menarik dan kewangan anda bertambah stabil.

Dengan bisnes akan berikan anda kewangan yang lebih stabil, JIKA kita pandai uruskan kewangan dengan lebih baik.

Anda cuma perlu tahu berapa anda nak dapat pada bulan itu, dan anda berusahalah untuk capai sales target yang dah anda tetapkan. Mudahkan?

Tapi! Jangan boros. Cari ilmu pengurusan kewangan. Anda kan nak pencen awal, supaya dapat menikmati hidup dan buat apa yang anda nak buat lebih awal.
Pada zaman ekonomi yang semakin mencabar ini, generasi muda amat digalakkan untuk mencari alternatif kewangan lain agar mereka tidak sengsara pada usia tua nanti.

Daripada mereka hanya bergantung pada pekerjaan dari jam 9-5, lebih baik anda fikirkan jalan bagaimana nak jadi JUTAWAN suatu hari nanti.


3. Ada Banyak Masa Untuk Mematangkan Diri dan Menimba Pengalaman

Tiada apa yang boleh membuatkan anda menjadi matang dengan lebih cepat (pada usia muda) melainkan dengan anda menguruskan bisnes sendiri.

Dari situ, anda akan rasa betapa susahnya untuk hidup dalam kalangan jerung-jerung bisnes yang sudah berpengalaman meneroka dunia mereka. Tetapi, itulah faktor yang boleh membuatkan anda berfikir semakin KREATIF dan KRITIS untuk menyelesaikan isu-isu yang berlaku di sekeliling anda.

Apabila anda menjalankan bisnes, anda akan berhadapan dengan pelbagai ujian, halangan dan pengajaran. Apabila anda menghadapi perkara sedemikian pada usia muda, anda akan jadi semakin matang, semakin berpengalaman dalam menguruskan masalah atas tunjuk ajar mentor-mentor yang berjaya, sekaligus menjadikan anda seorang anak muda yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.

4. Kos Bisnes Yang Rendah

Sekiranya anda lahir pada tahun 70-an, anda pasti sukar nak memulakan bisnes. Dahulu memang sekiranya nak bisnes agak canggung dikalangan usia muda. 

Waktu tu nak bisnes perlu modal yang besar, perlu ada kedai, perlu pelaburan besar.

Sedangkan, dalam era kemajuan sekarang, banyak perubahan teknologi yang bangkit drastik. Media tanpa sempadan. Maklumat dihujung jari anda. Anda boleh buat bisnes dengan mudah secara ONLINE.

Syukur sangat, sekarang nak bisnes jauh lebih mudah berbanding masa zaman Kak Fieza muda-muda dulu. 

Walaupun anda masih di kolej atau di Universiti malah pelajar sekolah juga boleh mulakan bisnes dengan modal yang rendah atau tanpa modal.

Jadi, sekiranya anda adalah generasi muda, apa alasan lagi yang anda berikan untuk tidak memulakan bisnes anda sendiri SEKARANG.

5. Banyak Masa Untuk Perbaiki Bisnes



Anda mungkin ada terfikir mengenai banyak kemungkinan bila dah ada bisnes. Kerana, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada perjalanan bisnes anda di masa akan datang.

Air ada pasang surutnya, sama juga dengan bisnes. Ada kala anda di atas dan ada masanya anda di bawah. Itu realitinya.

Tak kira sama ada anda berjaya teruskan perjalan ini atau ia hanya separuh jalan, jangan cepat mengalah dan berputus asa. Jangan jadikan bisnes ini yang terakhir dalam hidup anda.

Anda masih muda dan ada banyak masa. Jadikan bisnes ini sebagai permulaan dan sesi pembelajaran bagi anda. Tuntut ilmu dan cari mentor. Mulakan semula kerjaya bisnes anda.

Bila anda berniaga pada usia muda, anda ada lebih banyak peluang untuk menuntut ilmu dah buat tindakan. Anda ada tenaga yang kuat, dan akal fikiran yang masih muda untuk belajar dan buat banyak perkara.

Jika anda gagal pun, anda akan lebih cepat bangkit kembali dan buat lagi.



Sekiranya anda nak bisnes, nasihat utama Kak Fieza and patut ada M.E.S.T.I

M-Mentor yang berjaya
E-Elmu (Emosi dan Ilmu)
S-Strategi
T-Target
I-Impian

Sekiranya anda dah ada semua tu. Apa tunggu lagi. Teruskan bisnes anda.

Sekiranya anda belum ada lagi 5 ASAS BISNES BERJAYA tersebut, Insya Allah, Kak Fieza boleh bantu anda.

Kak Fieza juga dulu tak pernah bisnes sehinggakan Kak Fieza join bisnes Shaklee ini. Sehingga sekarang Kak Fieza rasakan ini adalah bisnes yang mudah, ada mentor berjaya, ada strategi tersendiri, target pun jelas serta Impian kami ingin jadi Jutawan Bertaqwa.

Anda nak Kak Fieza bantu?

---------------------------------------------------------------------------------------

SETIAP KEJAYAAN BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA!!


LANGKAH PERTAMA SAYA BERMULA DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE.

ANDA BAGAIMANA? :)

Nak tahu lebih lanjut bagaimana saya bermula?

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah kejayaan Maria menjalankan bisnes online SHAKLEE sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer walaupun bergaji RM5k sebulan. 


Kini Master Maria menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5-angka setiap bulan hanya DARI RUMAH. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Hafizah untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

HAFIZAH MAHFOZ
Shaklee ID : 961265
hafizahmahfoz@gmail.com

(Call, SMS, WhatsApp, Telegram)


Sekiranya anda suka entri saya kali ini sila SHARE dan LIKE supaya ramai lagi yang boleh dapat manfaatnya. Nak dapat saham kubur sila la SHARE.


9 Sebab Apa Yang Best Join #TeamJutawan

Assalamualaikum wbt,

Hai, apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda dikurniakan rezeki kesihatan yang melimpah ruah.
Magic Start Here

Wow ayat ini adalah ayat keramat doa dari Jutawan.

Ye Team Jutawan adalah team yang sustained dan hebat yang pernah Kak Fieza jumpa.

Kak Fieza join Team Jutawan ni sejak 2013. Selama 6 tahun ni Kak Fieza bersama Team Jutawan pelbagai asam garam yang ditemui dan mereka yang berada dalam Team ini adalah dikalangan insan terpilih yang hebat-hebat.

Anda nak tahu apa yang best sangat bila join Team Jutawan nih?

1. #TeamJutawan Gabungan 10 Master Coordinator yang sangat hebat 



Dalam Team Jutawan penerajunya bukan seorang Leader, malah 10 orang Leaders yang berpadu idea, berpadu jiwa, berpadu tenaga untuk memastikan ahli-ahli di bawah Team Jutawan mencapai kejayaan.

Sebab itu Kak Fieza kata Team Jutawan ini hebat. Bukan Team biasa-biasa. Tapi Team yang sangat luar biasa.

Barisan 10 orang wanita yang telah terbukti berjaya dalam Team Jutawan adalah:

❥Master Nur Laila (Penaung Team Jutawan yang hebat)

❥Master Nur Zahirah

❥Master Habsah

❥Master Ainul Shahrazad

❥Master Kam Maria

❥Master Zura Betty

❥Master Wan Muliani

❥Master Athirah

❥Master Farina

❥Master Abby Misaha

Hebatkan Team Jutawan ni. 10 serikandi ini tak jemu dan sentiasa komited mencurahkan ilmu dan tunjuk ajar kepada team di bawah susur galur Team Jutawan.

2. #TeamJutawan diterajui oleh Leaders yang Berwibawa dan komited


Dari kanan Master Laila, tengah Master Zahirah dan saya paling kemetot. hehehehe...

Master Laila adalah pemegang title Presidential Master sebanyak 2 kali. hebat ke hebat?

Jemput tonton video Master Laila ni ye.



Manakala Master Nur Zahirah pula pernah dinobatkan sebagai The Millionare Best Earner. Anugerah ini hanya diberikan kepada mereka yang memperolehi Bonus lebih dari 100K sebulan. Tahniah Master Nur Zahirah.

Jemput tonton video yang sangat berinspirasi dari Master Nur Zahirah.



3. #TeamJutawan sarat dengan ilmu ukhrawi dan duniawi

Untuk makluman anda, Kak Fieza ni dulu sangat lagho. Lagho bermaksud Kak Fieza jarang buat amalan-amalan rohani secara konsisten.

Anda tahu, atas asbab join Team Jutawan inilah Kak Fieza mula berjinak-jinak dengan solat dhuha. Mula-mula 2 rakaat, lepas tu upgrade ke 4 dan 6 rakaat. 

Sejak tahun 2013 lah Kak Fieza mula bangun malam untuk bertahajud. Ini semua atas izin Allah dan asbab Team Jutawan yang menjurus ke arah Jutawan Bertaqwa.

Kalau nak bisnes berjaya Kebergantungan kita kepada Allah 300%. Malah lebih dari itu.

Dari itu untuk berjaya dalam bisnes kita perlu dekatkan diri sangat-sangat kepada Allah.

Dalam Team Jutawan ada menyediakan Master Check List iaitu senarai amalan yang perlu diamalkan oleh ahli-ahlinya setiap hari dari segi ukhrawi dan duniawi.

Kami ahli dalam Team Jutawan selalu diingatkan dengan zikir-zikir untuk didik jiwa.

Bila Kak Fieza berada dalam Team Jutawan, Kak Fieza dapati diri Kak Fieza sangat dekat dengan Allah.


Antara aktiviti Team Jutawan yang Kak Fieza join. Kami berkumpul di sebuah homestay seramai 20 orang untuk brainstorm bukan saja strategi dalam bisnes malah strategi mendekatkan diri kepada Allah.




Syukur Alhamdulillah, Allah turunkan Team Jutawan kepada Kak Fieza untuk menjadi Jutawan yang bertaqwa.

4. #TeamJutawan banyak program meningkatkan grow bisnes

Dalam Team Jutawan kami disediakan dengan pelbagai MODULE bisnes yang hebat.

Dahulu team kami ada melaksanakan Program Now Everyone Can Kurus. Dan ramai yang mencapai berat yang diidamkan dengan program ini.

Team Jutawan juga ada program The Walking Beauty yang menjanjikan ahli di bawah Team jana pendapatan dari 6 PENJURU INCOME. Best ke best?

Team Jutawan juga ada program MakeOver 360 yang diterajui oleh salah seorang Mentor yang hebat.

Dan yang terkini Team Jutawan menlaksanakan Program Jom Detox Jutawan yang ramai orang berjaya sihat dan kurus diguide oleh COACH Jom Detox Jutawan yang awesome


Ini antara aktiviti dalam Team Jutawan
  
Actually ada banyak lagi program yang disediakan oleh Team Jutawan. Setiap hari dan setiap minggu ada saja program untuk ahli-ahlinya.

5. #TeamJutawan penuh dengan perkongsian ilmu ONLINE dan OFFLINE

Ini adalah salah satu perkongsian ilmu dari salah seorang dari 10 orang mentor dalam Team Jutawan yang sangat mengujakan.

Setiap minggu dalam Group Team Jutawan (Secret Group) kami sentiasa didedahkan perkongsian ilmu secara bergilir-gilir oleh 10 orang mentor tersebut.

Anda bayangkan bukan seorang Mentor ye. 10 orang mentor sogokkan ilmu dan tips bisnes dan kehidupan setiap minggu. Best ke best?

Tak cukup dengan ONLINE COACHING. Ada ketikanya kami juga sering berkongsi ilmu secara OFFLINE COACHING.

Tak kiralah secara formal atau tidak formal, mentor kami bersedia untuk coach kami di mana saja.


Kadang kami dijemput ke rumah mereka untuk coaching. Kadang kala kami gunakan masa lunch untuk coaching.


Ada juga mentor kami buat satu program coaching dalam kumpulan kecil di Homestay.




Selepas Coaching kita potong-potong kek eh. Happening sangat masa tu. Terasa sangat ukhwah kami erat.



Kami lahir dari latar belakang yang berbeza, ada antara kami suri rumah, engineer, peguam, guru, akauntan dan pelbagai lagi latar belakang yang berbeza namun kami hanya ada satu matlamat iaitu menjadi JUTAWAN BERTAQWA.

6. #TeamJutawan support each other

Dalam Team Jutawan kami tidak dibiarkan berbisnes sorang-sorang.

Kami dibimbing hingga kami berjaya.

Banyak sangat tips dan guidance yang diberikan oleh mentor-mentor kami sama ada ONLINE dan OFFLINE.

Group kami juga besar. Jadi bila seorang rasa nak jatuh, yang lain akan tarik ke atas each other.

Bila ada ahli yang down, ahli yang lain akan bangkitkan semula semangat mereka. So, kami akan bangkit semula bersama-sama.

Tiada rasa iri antara kami.

Yang kami pegang, The More You Give The More You Get Back.




P.A.S.K.A.L adalah barisan para mentor di bawah Team Jutawan yang tak jemu kongsikan strategi bisnes untuk grow bisnes lebih hebat. Wujudnya Team PASKAL ini pun idea dari mereka di Las Vegas baru-baru ini iaitu trip International FREE tajaan Shaklee.

7. #TeamJutawan tak lokek ilmu walau dari sideline or upline or downline 

Ini yang paling Kak Fieza suka.

Dalam Team Jutawan tidak mengira anda dari downline, upline atau sideline berbeza, mereka akan berkongsi ilmu tidak mengira bulu asalkan anda berada dalam susur galur #TeamJutawan.

Yang penting anda dapat ilmu, anda bertindak dengan bersungguh dan pasti anda dapat habuannya. 

8. #TeamJutawan berasaskan dari produk, sistem dan mentor yang hebat

Anda tahukan Team Jutawan tercipta berasaskan dari Produk yang sangat awesome iaitu Suppliment No 1 di dunia iaitu Shaklee.

Siapa yang masih tak kenal Shaklee. Produk suppliment SEMULA JADI, SELAMAT dan TERBUKTI BERKESAN.

Produk Shaklee bukan produk timbang kati tepi jalan ye. Semua produk Shaklee telah diuji dan mempunyai Landmark Studynya sendiri.

Apa itu Landmark Study, jemput tonton video




Dalam Team Jutawan juga ada Sistem Bisnes yang terbukti berjaya jana pendapatan ahlinya hingga 4, 5 dan ada yang mencecah 6 ANGKA.

Ini adalah hasil dari Mentor-mentor yang hebat.

9. #TeamJutawan adalah bisnes High Class



Team Jutawan bukan calang-calang bisnes team ye. Team Jutawan adalah Team Bisnes High Class setaraf bisnes profesional bertaraf antarabangsa yang lain.

Ini terbukti dengan layanan yang diberikan kepada ahlinya bagaikan ahli korporat.



Jemput baca perkongsian Kak Fieza menghadiri BLNC iaitu Conference yang hebat pernah Kak Fieza hadiri.


----------------------------------------------------

SETIAP KEJAYAAN BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA!!



LANGKAH PERTAMA SAYA BERMULA DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE.

ANDA BAGAIMANA? :)

Nak tahu lebih lanjut bagaimana saya bermula?

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah kejayaan Maria menjalankan bisnes online SHAKLEE sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer walaupun bergaji RM5k sebulan. 

Kini Master Maria menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5-angka setiap bulan hanya DARI RUMAH. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Hafizah untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

HAFIZAH MAHFOZ
Shaklee ID : 961265
hafizahmahfoz@gmail.com

(Call, SMS, WhatsApp, Telegram)


Terima kasih kerana sudi baca entri Kak Fieza kali ini. Mohon anda klik button SHARE and LIKE. Mudahan dapat manfaat rakan-rakan anda. Didoakan anda dapat saham akhirat dari perkongsian anda.

Tuesday, March 26, 2019

7 Sebab Utama Mobile SPA Bisnes Paling Ideal Untuk Surirumah Yang Perlu Anda Tahu

Entri blog Kak Fieza kali ini khas untuk anda yang bergelar surirumah, atau anda yang mempunyai sahabat, adik, kakak, jiran surirumah atau anda lelaki yang isterinya seorang surirumah sepenuh masa.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar pembaca setia fiezabard yang dikasihi.

Lately, banyak story blog Kak Fieza berkisar tentang bisnes Mobile SPA.

Anda mesti tertanya-tanya kan?

Ye, Kak Fieza serius nak bantu ramai wanita untuk menceburkan diri dalam bisnes. Even surirumah pun boleh berbisnes.

Nak Bisnes Apa?

Anda mesti tertanya-tanya apa bisnes yang sesuai untuk surirumah ye. Menurut kajian Kak Fieza, banyak bisnes yang boleh dilakukan oleh surirumah sepenuh masa, Antaranya:

1. Kek dan cookies
2. Tempahan jahitan baju
3. Food delivery
4. Jual nasi lemak
5. Sandwich
6. Dropship
7. Jual tudung
8. Jual kain ela

dan banyak lagikan bisnes yang bermain-main difikiran anda. Dalam banyak-banyak idea bisnes yang tersenarai, apakah bisnes yang ideal untuk anda?

Anda bayangkan, bisnes yang bagaimana yang paling ideal dan relevan untuk anda seorang surirumah.

Di sini Kak Fieza senaraikan 5 sebab utama Mobile SPA bisnes paling ideal untuk surirumah.

5 Sebab Utama Mobile SPA Bisnes Ideal Untuk Surirumah

1. Bisnes Portable (Tempat Bisnes Yang Fleksibel)

"Saya nak bisnes, tapi saya tak ada modal nak buka kedai"

"Saya nak bisnes, tapi saya masih ada anak kecil, tak ada maid. Ada tak bisnes yang work from home"

"Saya nak bisnes, tapi saya ada komitmen nak ambik dan hantar anak sekolah"

Anda juga ada alasan yang sama seperti di atas kan? Banyak TAPIIII....

Jangan risau, kita serupa, alasan ini juga selalu bermain difikiran Kak Fieza bila nak bisnes. Banyak alasannya. Hingga Kak Fieza jumpa bisnes Mobile SPA TWB ni, tiada alasan untuk anda surirumah memulakan bisnes.

Mobile SPA TWB ini, Kak Fieza percaya satu-satunya bisnes portable yang boleh dilaksanakan di mana-mana tempat yang bersesuaian. Anda tak perlu setup kedai SPA pun nak mulakan bisnes. Cukup dengan ilmu dan tools yang kursus Mobile SPA TWB berikan, anda dah boleh seret beg SPA buka SPA anda sendiri.


Mobile SPA Boleh dilakukan di rumah sendiri, rumah pelanggan, di pejabat, di hotel, di surau atau di mana saja tempat yang dipersetujui antara beautician dan pelanggan.



Yang paling best bisnes Mobile SPA ini boleh dilakukan di rumah. Sambil-sambil jaga anak, anda boleh lakukan SPA untuk pelanggan anda.





Ini antara contoh ibu dan anak bersama-sama ber Mobile SPA. Di mana-mana boleh setup Mobile SPA.


Sambil bisnes anda dapat tengok anak anda membesar depan mata. Ibu pun rasa tenang. Tak perlu risau nak cari baby sitter. Tak perlu risau nak cari maid.


Ini satu lagi contoh Mobile SPA bersama anak-anak kecil

2. Masa Bisnes Yang Fleksibel

Dengan Mobile SPA TWB ni anda tidak terikat dengan working hour yang tetap seperti bekerja makan gaji.

Anda diberi pilihan masa fleksibel ikut kesuaian masa anda sebagai surirumah. Anda boleh tetapkan masa SPA anda beroperasi ikut keselesaan anda dan pelanggan.

Ada suri rumah yang berjaya bina Mobile SPA nya hanya pada waktu senggang selepas beliau hantar anaknya ke sekolah dan selesai SPA sejurus sebelum ambil anaknya dari sekolah. Mudah saja.


Puan Eyqa adalah surirumah sepenuh masa. Sambil menunggu anaknya balik sekolah Pn Eyqa dapat jana income. Tu baru geli-geli je tu.

Tambahan lagi, Mobile SPA ni tak perlukan masa yang lama untuk dapat duit. Berbanding sekiranya anda buat kek. Anda memerlukan komitmen masa yang lebih panjang. Masa nak prepare bahan kek, masa nak adun kek, masa nak bakar kek, dah lepas bakar kek, nak deco kek pulak cantik-cantik. Nak deco tu memakan masa lebih kurang 1 jam jugak kan, Tak caya tanya para bakers. Dah siap kek, nak kena cuci peralatan kek pula. Lepas tu nak kena delivery kek pulak. Kalau kek bantat nak kena buat kek semula, Fuhhhh....anak dah melalak mintak susu. Nak siap kan sebiji kek tu mahu menangissss dulu lah...hahahahha...tu experience Kak Fieza.

Dengan Mobile SPA anda hanya luangkan masa 1-2 jam sahaja untuk quick facial, dah dapat duit serupa seperti harga sebiji kek. Boleh juga dapat lebih dari income kek tu. Tak payah berfeluh berjam-jam dah dapat income 3 ANGKA. Best ke best!

3. Modal Rendah

"Saya nak bisnes, tapi masalah saya tak ada modal nak setup bisnes"

Kak Fieza faham, ramai surirumah mempunyai isu yang sama nak memulakan bisnes. Ramai dikalangan kita fikir bila nak bisnes perlu ada modal yang besar.

Percaya atau tidak, Mobile SPA TWB tidak memerlukan MODAL yang besar untuk memulakan bisnes.

Mobile SPA tidak perlukan KEDAI. Kami faham ramai yang nak bisnes tapi bila mengenangkan nak buka kedai. Hasrat mereka terbantut.

Anda tahukan, nak setup kedai SPA yang cantik-cantik tu, kita kena ada modal yang beratus ribu RM. Tak caya tanyalah para pengusaha Kedai SPA sendiri. Berapa modal mereka nak mulakan kedai SPA.

Itu baru masa nak setup. Bila dah siap, kena fikir kos operasi setiap bulan pulak. Nak cover kos sewa kedai, kos gaji pekerja, kos bil air dan elektrik, kos marketing, dan banyak lagi.

Sebab itulah Mobile SPA adalah bisnes yang tepat TANPA KEDAI yang boleh dijalankan di mana-mana saja (rumah sendiri atau rumah customer) dengan kos yang sangat minimum yang sesuai sangat untuk surirumah berbisnes.

4. Kursus Mobile SPA Tak Sampai 1 Hari

"Saya tak ada masa nak attend training, masa saya dihabiskan dengan kerja-kerja rumah dan jaga anak"

Ini lagi masalah besar para surirumah. Kak Fieza faham sangat masalah ini sebab Kak Fieza juga seorang suri dalam rumah. Walaupun Kak Fieza bekerja makan gaji, tapi bila hujung minggu masa Kak Fieza banyak dihabiskan dengan kerja-kerja rumah dan hal-hal menjaga anak. Faham sangat anda surirumah sepenuh masa, kerja-kerja di rumah memang tak pernah habis.

Usah risau, kami faham masalah anda. Sebab itu, kursus Mobile SPA kami tidak ambil masa yang panjang. Hanya tak sampai 1 hari kursus Mobile SPA anda dah boleh buka MOBILE SPA ON THE SPOT. Sedangkan ada Mobile SPA lain perlu komitmen sehingga lebih dari sehari untuk menghadiri kursusnya.




Service pertama Kak Fieza sehari selepas training. Waktu ni Kak Fieza pregnant 6 bulan.




Ini income pertama geli-geli Kak Fieza

Ilmu, Skill & Tools yang diberikan semasa Kursus Mobile SPA serta Sijil Certified Beautician yang diiktiraf meyakinkan para beautician kami untuk memulakan bisnes Mobile atau Home SPA hanya dari rumah saja.

5. Bina SPA dengan Jenama Sendiri

Anda impikan bisnes dengan nama anda sendiri. Syarikat anda sendiri tanpa modal yang besar? Di sinilah anda bermula.

Sejurus selepas anda tamat Kursus Mobile SPA TWB, anda boleh terus bina SPA dengan Jenama Anda Sendiri.

Macam Kak Fieza, akak bina SPA Kak Fieza sendiri dengan jenama Fieza D'Beauty Home SPA.

best ke best??


6. Coaching Guideline dan Support Group Yang Happening (Online dan Offline)

Kak Fieza difahamkan, Kursus SPA lain hanya menawarkan ilmu facial dan SPA untuk menjalankan service SPA sahaja, tanpa ada support selepas selesai kursus. Terpaksalah anda terkontang-kanting sendirian setup Mobile sendiri.

Bezanya di Mobile SPA TWB, selain kursus service SPA terdiri face massage, body scrub, hand and foot spa, sauna dan latest make over training anda akan diberikan juga extra coaching bagaimana anda nak memasarkan SPA anda. 

Ilmu marketing yang paling penting. Sekiranya anda hadir ke kursus SPA profesional dan hebat mana pun, tapi anda tak tahu bagaimana nak marketkan SPA anda, makanya terkubur begitu saja la. Yang paling best, ayat-ayat  marketing pun akan diberikan tau.


Bisnes secara jemaah lebih baik berbanding bisnes sorang-sorang. Bila anda down, bila anda stuck dalam TWB ada support Group yang happening dan sentiasa positif thinking yang boleh membangkitkan semangat anda.

Tambahan lagi founder TWB ini juga auranya lain macam. Sangat bersemangat, sentiasa bersemangat.

7. Jana income dari 6 penjuru

"Boleh ke saya buat SPA ni, saya sangat sibuk dengan kerja-kerja di rumah, bila masa saya nak buat service SPA kat orang lain"

OK, sekali lagi masalah yang melanda para surirumah. Komitmen yang nak diberikan untuk bisnes.

Ramai nak bisnes tapi bila buat satu-satu bisnes tak jadi. Nampak orang bisnes kek, kita pun nak bisnes kek. 

Bila nampak orang bisnes tudung, kita pun nak bisnes tudung. Padahal semua bisnes tu memerlukan komitmen yang tinggi dan incomenya hanya dari satu sumber saja iaitu SALE.

Padahal dengan bisnes Mobile SPA, selain dari buat service SPA dalam erti kata lain tenyeh-tenyeh muka orang adalah salah satu lubuk penjuru dari 6 PENJURU INCOME yang ditawarkan. Anda ada 5 LAGI PENJURU INCOME yang ramai orang tak tahu.

Wow!, tak ada mana-mana kursus SPA lain yang tawarkan 6 PENJURU PENDAPATAN yang pernah Kak Fieza dengar. Even tak ada bisnes lain yang tawarkan 6 LUBUK INCOME seperti  Bisnes Mobile SPA TWB ni.

Best ke best!

Tambahan lagi sekiranya anda dilanda sakit atau berada di luar negara, bisnes anda tetap berjalan kerana Mobile SPA TWB ada 6 PENJURU PENDAPATAN. Sedangkan SPA lain sekiranya anda sakit atau ada urusan lain, bisnes anda akan terhenti. Duit  tak masyuk.

Dengan TWB, peluang duit masyuk tiap-tiap hari tak jadi isu.

Dengan TWB juga anda bukan lagi surirumah biasa-biasa. Tapi anda adalah surirumah High Class OK!



Kak Fieza di Majlis Gilang Gemilang meraikan kejayaan hasil salah satu dari 6 PENJURU INCOME Mobile SPA TWB. Anda pun berpeluang diraikan seperti ini.

Anda bertuah kerana diberi peluang besar untuk rebut peluang meraih 6 PENJURU PENDAPATAN ditawarkan.

Ada dikalangan ahli TWB yang konsisten jana pendapatan 5 ANGKA SETIAP BULAN hasil dari 6 PENJURU PENDAPATAN TWB tersebut. Best ke best.

Inilah ilmu yang sangat mahal yang kami akan share HANYA kepada ahli Beautician TWB dan menjadi RAHSIA sumber pendapatan TWB.

Rahsia sumber pendapatan lain hanya boleh kami kongsikan dengan anda selepas anda join kursus ini.

Kalau nak tahu, jom register sebagai TWB Beautician sekarang!

Anda masih ragu-ragu?
Dah ramai actually surirumah yang telah berjaya Jana Pendapatan dengan Mobile SPA TWB.

Jom Kak Fieza share sikit

1. Pn Myra seorang surirumah sepenuh masa berjaya jana RM3000 sebulan.


2. Pn Syahida jana 4 Angka Sebulan dengan Mobile SPA walaupun menjaga 3 orang anak tanpa pembantu


3. Jana RM150 2 jam sebelum ambil anak sekolah


Nasihat saya, para wanita surirumah sekarang tidak boleh mengharapkan gaji suami sahaja. Anda perlu ada backup at least sekiranya ada emergency kes yang melanda.

Tak pun, anda juga perlukan extra money untuk hulurkan kepada ibu dan bapa di kampung. Takkan anda tak nak menggembirakan orang tersayang.

Alhamdulillah. Sekarang Dah Ramai Yang Berjaya.

Jika ada sahabat yang nak tahu detail pasal bisnes mobile spa ni. Boleh PM Kak Fieza di 019-2118757.

ATAU

klik  👇👇👇


Nanti Kak Fieza kongsikan detail macam mana anda pun boleh jana pendapatan melalui Mobile Spa seperti surirumah TWB yang berjaya.

#silasharekegrouplain
#semogabermanfaat
#thewalkingbeauty
#FBEEmpire
#TWB
#fiezaDBeautyHomeSPA

Ini adalah peluang anda untuk mendapat income secara konsisten setiap bulan.

Perlu diingat, ini adalah BUSINES SPA ok! Bukan duduk goyang kaki duit tetiba datang bergolek. No...No...No....

Tiada istilah goyang kaki dapat duit. Sapa usaha dia dapat. Sapa tak buat melopongla dia.



Nak tahu lebih lanjut tentang TWB, jemput baca di sini ye. Klik LINK di bawah




Jangan tunggu lagi!

Trainers TWB berada di SELURUH MALAYSIA!
Jom sama-sama kita jana pendapatan dengan skill mobile spa dengan team TWB sekarang!

Sila hubungi saya untuk menjadi sebahagian daripada 
TWB BEAUTICIAN dalam team
FIEZABARD EMPIRE (FBE) !

Sila klik


Atau 

hubungi talian 019-211 8757

SEKARANG!

Sekiranya anda suka entri ini, sila Tekan Button LIKE dan SHARE supaya lebih ramai yang dapat manfaatnya.

Hafizah
019-211 8757
*Founder Fieza D'Beauty Home SPA*
*Certified TWB Beautician*


Anda mungkin berminat membaca perkongsian seterusnya






>>> TWB Success Story : Puan Syahida Mampu Jana 4 ANGKA SEBULAN Sambil Jaga 3 Anak Kecil Dengan Bisnes Mobile SPA  (SILA KLIK)