Tuesday, March 6, 2018

Saat Mencemaskan Ketika Along Eizz Cirit-Birit dan Muntah Darah Akibat Keracunan Makanan

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat-sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda dirahmati Allah dan diberi kesihatan melimpah ruah.

Kali ini saya nak share kisah tragis yang saya hadapi pada 26 Feb 2018 yang lalu.

Petang tu, saya terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang amat teruk akibat daripada kren tumbang di jalan MRR2.

Waktu tu saya terdetik nak call handphone Abang Long Eizz. 2-3 kali call tak berjawab. Panggilan yang ke 4 baru terjawab.

Suara Abang Long Eizz sayup-sayup kedengaran di hujung talian, lemah je suaranya. Rupanya dia dah 3-4 kali tercirit dan termuntah hingga badannya terhidrasi. Ikut cerita Along dan Fitri, muntahnya hingga meninggalkan merah pekat seperti muntah darah.

Alhamdulillah, Allah permudahkan. Suami saya yang pada ketika itu outstation di Bandung bertindak pantas call jiran sebelah rumah untuk first rescue sebelum saya sampai untuk bawa Along ke klinik.

Di Klinik Along muntah dan cirit lagi. Habis basah bajunya. Alhamdulillah, syukur Allah bantu sekali lagi. Kebetulan salah seorang jiran saya yang lain juga on duty di klinik tu waktu tu. Jadi, beliaulah yang memaklumkan perkembangan Along yang ditemani adiknya Fitri.

Sesampai di klinik Along memang dah lemah terkulai kerana terhidrasi teruk. Doktor advice hantar ke hospital dan saya decide hantar ke Hospital Annur Hasanah Bangi.

Sesampai di sana, Along di refer ke bahagian kecemasan. Bila check Blood Preasurenya sangat rendah.


Pucat lesi keadaan Abang Long sebelum di'drip'


Baru nampak kemerah-merahan wajahnya selepas drip sebotol dan diberi ubat tahan muntah. Darah juga diambil untuk buat ujian darah.


Awina kesian tengok Abang Longnya terlantar sakit.


Jam dah nak dekat pukul 12 tengah malam. Awina masih segar bugar lagi teman Abang Longnya.


Fitri anak kedua saya yang banyak membantu saya. Saat tika saya belum sampai klinik dia lah yang menjaga abangnya dan menemankan abangnya jumpa doktor walaupun saat tu dia baru saja sampai dari sekolah. Belum sempat salin uniform lagi. Fitrilah yang jadi informer kat ayahnya yang berada dikejauhan. Thank you my dearest son. Tak sempat ambil gambar masa di hospital, ni la gambar yang paling hensem yang ibu jumpa dalam gallery handphone ibu.

Anak yang 2 orang lagi di rumah Kakak Eizzatul dan Faris dijaga oleh jiran belakang rumah pula sementara ketiadaan saya. Tu yang saya sayang sangat kat jiran-jiran di sekeliling. Mereka sangat perihatin dan sering membantu disaat saya kesusahan. Mereka adalah adik beradik terdekat saya.
#ThankYouMyLovelyJiran

Doktor di Hospital Annur Hasanah nasihatkan supaya Along dirujuk di Hospital Putrajaya atau Serdang memandangkan keputusan ujian darah didiagnose mengandungi bakteria yang sangat tinggi. 

Bacaan darah putihnya sangat tinggi hingga 28 sedangkan normal hanya 14. FUhhh....ibu pun risau, tinggi sangat ni. Manakala bacaan platletnya juga tinggi hingga 800 berbanding normal 400.😱😱😱 Masya Allah....Allah saja yang dapat  menyembuhkan.

Doktor kata, bacaan sebegini biasanya keracunan makanan atau kencing tikus. Yang paling merbahaya sekiranya dijangkiti kencing tikus.

Doktor pun nampak sangat muka kerisauannya. Seboleh-boleh Doktor minta bawa Along ke hospital Putrajaya supaya senang rujuk ke ICU sekiranya keadaan Along lebih teruk.

Doktor dah buat surat rujukan ke hospital emergency department supaya boleh warded malam tu juga tetapi saya hanya berserah kepada Allah. Allahuma Ya Baari', Saya tengok Abang Long dah mulai stabil sejak di'drip' dan tidak muntah-muntah dan cirit-birit lagi.

Hati ini berkata-kata, esok saja saya ke hospital Putrajaya sebab saya perlu menguruskan 4 orang lagi anak yang perlu dihantar ke sekolah esok pagi seorang diri.

Hati saya kuat berfirasat, Along hanya keracunan makanan. Along ada cerita dia ada makan baki ayam goreng malam sebelumnya.

Baki ayam goreng punca kejadian

Baki ayam goreng yang kami makan malam tu memang saya lupa nak masukkan peti ais. Paginya pula saya lupa nak buang. 

Tak sangka pula Along makan sampai habis ayam goreng tu sebelum pergi sekolah. Akibatnya tak sempat naik van sekolah perut dah mula memulas dan terjadilah kejadian mencemaskan itu.

Haiii la Along, lepas kejadian tersebut, sebarang makanan terbiar ibu akan buang terus kalau tak masukkan peti ais. Ibu fobia 😨😨😨😨

NUTRIFERON meningkatkan sistem imunasi

Sampai saja rumah saya terus buatkan Abang Long NUTRIFERON + PERFORMANCE DRINK secawan.
NUTRIFERON mengandungi INTERFERON yang bertindak sebagai 'Alarm' untuk mengejutkan antibodi yang sedang tidur. Actually dalam badan kita dah sedia ada antibodi untuk menentang sebarang penyakit. Cuma selama ini 'mereka' tidur. Oleh itu, peranan interferon dalam Nutriferon yang menjadikan antibodi aktif semula.


Apa yang best sangat NUTRIFERON?

πŸ’ Suppliment yang meningkatkan daya imunasi badan
πŸ’Suppliment yang menggantikan ubat tahan sakit dan paracetamol yang merbahaya sekiranya diambil dalam jangka masa yang panjang
πŸ’ Tiada bahan kimia dan bahan pengawet mahupun pewarna tiruan
πŸ’ 100% dari bahan semulajadi ekstrak tumbuh-tumbuhan

4 Herba/Tumbuhan Untuk Sistem Imun Anda dan Keluarga yang terkandung dalam NUTRIFERON

Herba ini dikaji selama 40 tahun. Daripada 200 herba, pakar Imun telah pilih 4 herba ini yang paling hebat membantu meningkatkan sistem Imun badan manusia

1) Biji Labu
πŸ’ Tingkatkan imun sistem anda secara semulajadi
πŸ’Ia juga bagus untuk pesakit Arthritis

2) Japanese Honey Suckle 
πŸ’Antibiotik semulajadi yang kuat. 
πŸ’ Bantu pesakit Athma dan masalah 
πŸ’ Juga bantu melegakan sakit kulit seperti rashes dan eczema. 
(Ramai customer saya yang jadi kelopak garam makan tak sampai sejam akan hilang insyaAllah) 

3) Plantago Seed
πŸ’ Bantu bunuh kuman
πŸ’ Bantu baiki luka lebih cepat dan bantu hasilkan sel baru

4) Safflower
πŸ’ Bantu kurangkan masalah Bronchial Athma
πŸ’ Bantu turunkan kolesterol jahat

PERFORMANCE DRINK mengembalikan bendalir badan yang hilang




Manakala PERFORMANCE DRINK membantu mengembalikan bendalir yang terhidrasi semasa Along muntah dan cirit semalam.

PERFORMANCE DRINK mengandungi elektrolit yang lengkap dengan campuran unik karbohidrat untuk mengawal keseimbangan air dalam sel badan.




Alhamdulillah, esoknya Along dah kembali segar bugar semula. Along dah boleh bangun cergas seperti biasa. Syukur Alhamdulillah, atas izin Allah asbab drip air dan ubatan serta suppliment PERFORMANCE DRINK dan NUTRIFERON yang Along minum malam tadi, Along kembali pulih sihat.

Walaupun Along dah kembali sihat, tapi ibu nak bawa juga Along ke Emergency Department Hospital Putrajaya untuk dapat ujian darah secara terperinci untuk kenalpasti sama ada Along dijangkiti virus kencing tikus atau tidak. Saya difahamkan sekiranya dijangkiti virus kencing tikus yang serius boleh membawa maut...😞😞😞



Sekiranya keputusan darah Along positif kencing tikus, saya dah siap sedia dengan suppliment yang harus saya berikan kepadanya seperti testimonial di atas.

Alhamdulillah, Ujian darah Along buat kali ke-2 mendapati negatif kencing tikus. Syukur sangat...sujud syukur.

Allah permudahkan segala urusan saat mencemaskan tragedi Along cirit birit dan muntah-muntah.



Saya sangat bersyukur setiap kali saya ditimpa kesukaran, Allah akan hantar seseorang untuk mempermudahkan urusan. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua jiran tetangga, sahabat dan saudara yang turun membantu dan mendoakan.




Wajah ceria selepas minum air PERFORMANCE DRINK semasa menunggu giliran ujian darah di Hospital Putrajaya. Botol hijau besar tu ibu bekalkan Along PERFORMANCE DRINK. Selepas ni PERFORMANCE DRINK sentiasa menjadi bekalan ke mana-mana.

PERFORMANCE DRINK berupaya membekalkan tenaga segera.


Oklah, cukuplah celoteh saya kali ini. Sesaja nak share saat mencemaskan saya dan anak bertuah saya nih. Mudahan menjadi iktibar kepada anda semua.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Hafizah untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

HAFIZAH MAHFOZ
Shaklee ID : 961265
hafizahmahfoz@gmail.com
FB: Hafizahmahfoz (sila klik)

019-211 8757 
(Call, SMS, WhatsApp, Telegram)




2 comments: