Monday, September 1, 2014

MEGA RAYA 2014!!

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian. Saya doakan anda dilindungi rahmah dan lindungan Allah swt. di samping keluarga tercinta.

Cuti panjang sempena Hari Merdeka ini apa aktiviti keluarga yang anda lakukan? Waktu beginilah anda isikan masa berkualiti anda untuk keluarga tercinta ye!

Semalam pada 30hb menjelang Sambutan Hari Merdeka, alhamdulillah saya di jemput oleh Master Laila untuk menghadiri Majlis MEGA RAYA anjuran beliau yang sangat gilang gemilang eksklusif untuk anak cucu cicit bawah susur galurnya.

Oleh itu, saya ingin kongsikan coretan kisah-kisah menarik saya bersama para jutawan ini. Ikutilah kisah saya ber MEGA RAYA bersama jutawan-jutawan!

wajah-wajah para jutawan
Majlis MEGA RAYA ini diadakan di Dewan Chempaka Majlis Perbadaran Putrajaya di Putrajaya. Dari rumah saya perjalanan memakan masa 15 minit saja. Jauh kan? hehehehehe.....kena perli dengan Master Zahirah kerana orang yang jauh pun sampai awal. Maaf Master!

Saya dan Master Zahirah. Kecil comel je orangnya.
Pendaftaran dimulakan sejak jam 10 pagi lagi. Saya sampai lebih kurang pukul 10.30 pagi. Tak sangka ada ole-ole dari pihak penganjur, Beg 'COACH' you. Alhamdulillah...

Doorgift semasa pendaftaran
kaunter pendaftaran
poster MEGA RAYA
Sampai saja majlis telah bermula tapi majlis makan belum dimulakan kerana ada aktiviti untuk kanak-kanak dan amanat dari pihak penganjur.

Saya suka duduk di barisan hadapan. Memandangkan saya dah sedikit terlambat barisan hadapan dah penuh. Terpaksalah cari di meja bahagian belakang.

Alhamdulillah, meja yang disediakan sangat banyak dan sangat mencukupi untuk setiap keluarga yang hadir. Terima kasih pihak penganjur kerana menyediakan keselesaan kepada kami.

meja kami sekeluarga yang agak di belakang tapi selesa


antara juadah yang disediakan pelbagai jenis soto, mee soto, bihun soto, kew tiaw soto, nasi impit soto

menu utama nasi minyak
sambil ambil soto sempat berposing dengan cikgu cantik gojes, Cikgu Suhana Kawi yang sangat bersemangat dan ceria
Kambing golek ready untuk dibaham

ABC pun ada. Tak sabar anak-anak saya menunggu ABC.
Sambil-sambil makan kami mendengar sharing dari Master Zahirah
Sharing Master Zahirah

Saya terkilan duduk di barisan belakang sedikit. Speaker tak begitu jelas. Sedikit ilmu yang saya dapat ambil dari Master Zahirah. Master Zahirah pesan kepada anak-anak Shaklee mereka supaya sentiasa berdoa untuk orang lain juga. Jangan pentingkan diri sendiri berdoa hanya untuk diri kita saja. Doakan juga jiran-jiran tetangga kita, suami kita, ibu bapa kita, saudara mara kita dan sahabat handai kita.

Selain itu Master bertanyakan soalan cepu emas, kenapa kita ber'bisnes' adakah disebabkan komitmen atau motivasi. Banyak perbezaan dari dua 'words' ini. fikirkan lah. Selain itu kita perlu percaya kita boleh buat sesuatu yang dianggap susah sekalipun.

Sedang saya khusyuk makan dan mendengar, saya nampak kelibat Master  Laila (penganjur MEGA RAYA ini) berlegar-legar dari satu meja ke meja lain hingga ke meja saya.

Saya tak lepaskan peluang keemasan ini untuk bersalaman dengannya dan ambil posing sikit dan ambil aura jutawan juga. Muda lagi ni Master Laila sudah genggam 5 angka senang-senang saja sebulan.

Walaupun sudah menggenggam 5 angka sebulan tetapi Master Laila tidak sombong dan sentiasa terukir senyuman dibibirnya.
'Bunga' dan saya bukan main seronok dapat bunga belon.
Sharing Master Maria

Master Maria ini Mentor saya, banyak sangat elmu yang diberi kepada anak didik di bawah Empayar Maria Firdaus. Di sini Maria kongsikan sedikit rahsia mereka suami isteri sehingga boleh berjaya hingga ke hari ini.

Maria kata, kalau kita nak dapat lebih banyak, kita mesti memberi dahulu. Banyak yang kita beri insya allah, Allah gantikan yang lebih banyak lagi.

"The More You Give, The More You Get Back"

Apa tu, tak faham kan? Hanya Siapa yang memberi saja yang faham apa maksudnya. Pujangga inilah yang selalu bermain-main hingga hadam dalam jiwa kami anak didik Empayar Maria Firdaus.


Perkongsian wajib dari Master Maria (My Mentor)

Master Maria juga berpesan, rajin-rajinlah membaca cerita-cerita orang yang telah berjaya. Dengannya kita akan terdorong dan memberi inspirasi dan motivasi untuk kita lebih berjaya.

Ya, perkara ini yang selalu saya lakukan. Saya suka baca buku. Kalau dulu saya suka baca buku novel cintan cintun yang sangat melalaikan tapi kini buku-buku motivasi jadi teman setia.

Sambil-sambil tu bergambar-gambar dengan rakan-rakan seperjuangan.


Cik Puan Yaty rakan seperjuangan. Seronok jumpa 'adik-beradik'.
Sharing Master Firdaus

Selesai perkongsian Master Maria, ia menjemput suaminya Master Firdaus untuk berkongsi.

Master Firdaus berkongsikan betapa powernya Blog dan FB. Bagaimana Blog dan FB boleh meraih RM. Namun bukan RM saja yang dikejar tetapi bagaimana kita boleh membantu lebih banyak orang. Berapa ramai orang yang boleh kita bantu kalau kita sharingkan di Blog dan FB tanpa batas. 


"Help others to help others to help others" 

"The More You Give, The More You Get Back"

Master Firdaus juga berkongsi dari perspektif para suami. Sokongan suami amat penting bagi menentukan kejayaan para isteri. Para suami menjadi tulang belakang kejayaan isteri.
 

Bersemangat sungguh Master Firdaus memberikan perkongsian
Ini diakui sendiri oleh Master Maria isteri kepada Master Firdaus yang saya ceritakan di atas tadi, bahawa kejayaan Maria sekarang ini adalah hasil dorongan suaminya Master Firdaus.

Maria kata " Kalau tanpa suaminya Firdaus mungkin dia tak akan ada seperti sekarang ni"

Suami sokong saya berbisnes

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur suami saya sangat menyokong saya ber'bisnes'. Dari dulu lagi suami saya galakkan saya ber'bisnes' . Saya yang tak begitu serius. Tambahan lagi suami saya sendiri pun dah mula berjinak-jinak ber'bisnes'.

Suami saya juga membantu saya menghantar order kepada pelanggan-pelanggan saya dan jangan tak tahu segelintir pelanggan saya terdiri dari rakan-rakan suami saya.

Selain itu, suami saya juga membantu banyak kerja-kerja rumah seperti membasuh, menyidai dan melipat baju demi isterinya yang sibuk dengan kerja hakiki dan bisnes. Terima kasih sayangku Badrul Hisham.

Selain itu, Master Firdaus juga menambah, kalau kita nak bisnes kita berjaya, jaga hubungan kita dengan Allah. Kalau kita leka dan tidak jaga hubungan dengan Allah, buat banyak macam mana pun tetapi hasilnya sedikit.

Tanyalah jutawan-jutawan di luar sana. apa rahsia mereka?

"Alang-Alang Menjadi Jutawan, Biarlah Jadi Jutawan Bertaqwa"

Aktiviti Riang Ria Kanak-kanak 

Seronok juga MEGA RAYA kali ini, bukan makan-makan saja tetapi kanak-kanak tak bosan bila ada aktiviti yang menyeronokkan.

Anak perempuan saya yang mulanya malu-malu nak turut serta akhirnya sangat gembira bila dapat bersuka ria.  
  
anak-anak para jutawan yang turut serta

yang bertudung polka dot coklat tu la gegirl saya Eizzatul.

kerusi berirama, games yang sangat saya suka.

Alhamdulillah, tahniah gegirl ibu dapat Tops 3 JUARA. 2 pingat sekali dapat tu. Ibu bangga dengan Eizzatul.

Eizzatul dan 2 rakan yang dinobatkan sebagai JUARA games kerusi berirama.
ini yang anak-anak paling suka. Hadiah belon dari clown.
Posing dengan Wan Muliani jutawan 8 bulan.

Sharing dari Master Wan Muliani


Dalam satu kejayaan ada seribu satu keperitan.
 Naik saja di pentas Wan Muliani bertanya " Siapa yang pernah baca kisah kejayaan saya dalam blog angkat tangan"

Masa itu dua orang saja yang angkat tangan. Saya dan Mommy Shaklee saya. Yang lain tu ada baca juga tapi malu-malu kot. Saya sangat terinspirasi dengan Wan Muliani kerana ia dapat mengapai ke rank Master dalam masa 8 bulan saja. Bermakna setiap bulan Wan Muliani naik rank. Hebatkan?

Di sebalik kehebatan itu, ada onak dan duri yang perlu dilalui. Majlis sunyi seketika bila Wan Muliani share kisah hidupnya hingga menitiskan air mata. Saya yang mendengar juga terasa sebak. Sungguh tabah wanita ini.

Bagaimana Wan Muliani menjadikan anak-anaknya yang ada sakit kronik di awal kelahiran disamping bapanya yang sakit menjadi 'push factor' untuk ia lebih berjaya. Tiada alasan anak sakitlah, jaga bapalah. Sibuk sangat ni untuk Wan Muliani berundur dari meraih kejayaan.

Sekali lagi Wan Muliani mengulangi kata-kata Master yang lain, kita berbisnes secara komited atau suka-suka. Kalau kita serius komited dalam sesuatu yang kita lakukan, walau apa halangan sekali pun kita tetap komited untuk melakukannya.

Dan pesanan Wan Muliani

"Tolong bezakan antara hal peribadi dan hal bisnes"

Siapa rakan anda?

"Apa yang di sekeliling anda itulah menentukan anda sebenarnya"

Kalau anda perasan, rakan kita sama ada di FB atau rakan pejabat kita banyak mempengaruhi kita. Perasan tak, sekiranya kita membelek-belek tudung yang dijual di pejabat sudah tentu rakan kita kata macam ni

"Fizah, tudung tu cantik lah, kena sangat dengan baju kau"

ZAppp, secara tak langsung yang pada mulanya anda baru nak belek-belek tudung tu terus terbeli. Power kan kuasa magik rakan-rakan.

Itu yang Wan Mulaini pesan, anda andalah apa yang di sekeliling anda. Apa yang anda baca di FB itulah yang memperngaruhi hidup anda. Kalau anda baca yang santai-santai,yang negatif-negatif, itulah yang terjadi kepada diri anda.


Sama ada novel atau buku motivasi yang anda pilih, itulah yang mempengaruhi anda.

Sharing dari Master Zura Betty

Giliran Master Zura Betty memberi speech
Allahuakhbar, perasan tak betapa hebatnya wanita ini. Walaupun dengan mengendong anak beliau tiada alasan untuk berdiri di pentas Magik itu untuk memberikan elmu kepada rakan-rakan yang lain.

Master Zura sanggup datang ke Majlis ini walaupun suaminya berada di Wad. Subhanallah, saya kagum dengan semangat wajanya.

Dia ke Majlis ini bukan untuk bersuka-suka. Tetapi demi memberi semangat kepada anak didik dan rakan-rakan jutawan dan bakal jutawan yang tidak menjadikan 'pulau alasan' sebagai batu halangan untuk kita berjaya.

Antara kata-kata magik Master Zura Betty,

" Buat bisnes kerana Komited atau Motivasi "

Fikirkanlah sejenak komited atau motivasi sebagai push factor kita untuk terus ber'bisnes'.

Sharing Master Laila

Sebelum Master Laila meneruskan acara seterusnya, Master Laila berkongsikan sedikit tip kejayaan iaitu kalau kita nak berjaya kita kena ubah kehidupan orang supaya lebih berjaya, Jangan mudah putus asa dan perlulah istiqomah iaitu berterusan.

Note yang sempat saya ambil


Acara Kemuncak

Master Laila melambai tangan kepada anak cucu cicit bisnes mereka di acara kemuncak
 Majlis diteruskan dengan acara kemuncak iaitu Pelancaran GLC (Grow, Lead, Coach) oleh Master Laila.


Barisan Para Master di bawah susur galur Master Laila.
 
Acara kemuncak


Pelancaran GLC
Acara Memotong kek oleh Para Master
Acara berebut belon untuk anak-anak. Hai cik erny dapat tak belon?

Kaum bapa tak lepaskan peluan untuk mengambil duit raya untuk si cilik mereka.

 
Seronok anak-anak dapat duit raya.
























 Warna-warni Mega Raya 2014
Di sini saya nak kongsikan beberapa koleksi photo sepanjang Majlis Mega Raya 2014. Semoga anda seronok menatapnya.

Inilah baru COACH original

Kam Haryatie (mommy Shaklee saya) adalah pemilik COACH dari US tu. Dia tak beli pun, tapi dapat FREE.
Anak sapa lah ni?

Saya dan Kam Maria (Mentor saya pengasas MFMS)

Diapit oleh adik beradik jutawan Kam Maria dan Kam Haryatie. Semoga aura mereka jangkit pada saya.

bunga!!!

selfie!

Seronok bila nanny, mommy, anak cucu cicit berkumpul.
Bila mommy Shaklee saya bermonopod. Cer tengok monopod dia betul-betul.
Jam Fossil dari US. Bukan saya punya. Master Firdaus hadiahkan untuk Latiff rakan seperjuangan.

Senyum lebar Latiff ye dapat hadiah dari US

Wajah-wajah jutawan dari kiri Master Maria, Master Firdaus, Suhana cikgu cantik dan Kam Haryatie.
Rakan-rakan jutawan di bawah empayar Maria Firdaus. Happening gileeee!!!
 Alhamdulillah, Majlis Mega Raya 2014 yang berlangsung pada 30 September 2014 di Dewan Chempaka, Majlis Perbandaran Putrajaya ini berakhir dengan gilang gemilang dan penuh kesyukuran.

Master Laila pesan, apa tujuan datang ke Majlis ini, sebab nak makan? Oh tidak. Untuk makluman anda saya hanya menjamah soto nasi impit dan kambing serta ABC saja. 

Selainnya saya ingin mengkorek ELMU yang dikongsikan oleh MASTER-MASTER yang telah bergelar jutawan dalam usia yang masih muda. Rahsia mereka telah terbongkar.

Apa yang saya kongsikan di sini sebenarnya sebesar zahrah saja elmu mereka. Banyak lagi yang saya dapat bila berada di dalam Group yang happening ini terutamanya MFMS Group.

MFMS THE MOST HAPPENING TEAM SHAKLEE IN MALAYSIA!

Saya harap anda enjoy dengan cerita saya kali ini. Sekiranya anda suka sila LIKE dan SHARE entri saya kali ini.
Salam Sayang,
Hafizah Mahfoz.
------------------------------------------------------------------

EBOOK MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA!!
DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! 
Hayati KISAH BENAR pengalaman Maria yang merupakan seorang bekas Engineer.  Dari seorang yang TIDAK MAHU dan TIDAK TAHU BERNIAGA, kemudiannya mula berniaga dari rumah hanya melalui ONLINE.  
Kini Maria Menjadi WORKING-AT-HOME-MOM (WAHM) Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan. FROM ZERO to HEROin.. Semoga bermanfaat..
 

No comments:

Post a Comment