Assalamualaikum wbt,
Apa khabar sahabat-sahabatku sekalian, lama rasanya kita tak berjumpa dalam blog ini kan. Gian pula bila dah lama tak menaip.
Entri kali ini saya ingin membawa anda mengenali Nabi Muhammad SAW, Rasulullah yang kita cintai.
Tak kenal maka tak cinta.
Kalau anda perasan, waktu kecil dulu sesiapa yang bersekolah tadika ABIM atau PASTI sudah pastinya menyanyikan lagu inikan?
"Anak-anak nabi ada 7 orang,
3 laki-laki 4 perempuan"
Kecil-kecil lagi anda telah didedahkan dengan CINTA RASUL dalam bentuk nyanyian. Kerana dengan nyanyian, mudah untuk mengingat.
Oleh itu, kali ini saya ingin mengembalikan nostalgia anda ketika bersekolah tadika dulu.
JOM CINTA RASUL
BIODATA RASULULLAH SAW
NAMA
Muhammad bin Abdullah
TARIKH LAHIR
Subuh Isnin,12 Rabi'ulawwal bersamaan 20 April 571 Masehi Tahun Gajah
TEMPAT LAHIR
Rumah Abu Talib,Maakatul Mukarramah
GELARAN
Al Amin
BAPANYA
Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
IBUNYA
Siti Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
PENGASUH Pertama
Ummu Aiman
IBU SUSUAN Pertama
Thuwaibatul Aslamiah
IBU SUSUAN Kedua
Halimah As Saadiah
ISTERI-ISTERI Rasulullah SAW
1] Khadijah bt Khuwailid.
2] Aisyah bt Abu Bakar.
3] Hafsah bt Umar.
4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
5] Hindun bt Umiyah.
6] Saudaht bt Zam'ah
7] Zainab bt Jahsy.
8] Zainab bt Khuzaimah
9] Maimunah bt Harith.
10] Safiyah bt Huyai.
Hanya Aisyah dikahwini masih anak dara.
ANAK-ANAK Rasulullah SAW
1) Qassim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Az Zahra'
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga." (Riwayat Al Sajary daripada Anas)
Saya nak 7 anak
Antara koleksi buku sirah nabi yang saya miliki |
Sejujurnya pernah satu ketika zaman kanak-kanak dulu, bila saya membaca buku-buku sirah Nabi Muhammad SAW, saya mengimpikan ingin ada anak 7 orang seperti anak-anak Nabi. Pendek kata, kalau kita dah cintakan Rasul, apa yang baginda ada, saya pun ingin memilikinya.
Impian saya belum tercapai, namun Alhamdulillah syukur, adik beradik saya juga seramai 7 orang iaitu 3 lelaki dan 4 perempuan seperti anak rasulullah. Mak saya juga impikan yang serupa dengan saya mungkin.
Saya doakan anda semua dapat manfaat dari entri saya kali ini. Mudah-mudahan CINTA kita kepada RASUL tidak akan terpadam dengan mengimarahkan sunnah-sunnahnya, insya allah.
Sekiranya anda suka entri saya sila LIKE dan SHARE.
Cinta Rasulullah, Sayang Rasulullah,
Hafizah Mahfoz
--------------------------------------------------------------------
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!
Hafizah Mahfoz
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757
email:
hafizahmahfoz@gmail.com
facebook:
hafizahmahfoz
EBOOK MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA!!
DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!!
Hayati KISAH BENAR pengalaman Maria yang merupakan seorang bekas Engineer. Dari seorang yang TIDAK MAHU dan TIDAK TAHU BERNIAGA, kemudiannya mula berniaga dari rumah hanya melalui ONLINE.
Kini Maria Menjadi WORKING-AT-HOME-MOM (WAHM) Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan. FROM ZERO to HEROin.. Semoga bermanfaat..
No comments:
Post a Comment