Sunday, September 21, 2014

JOGGING-JOGGING MANJA DI TAMAN REKREASI BUKIT JALIL

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabatku sekalian, saya doakan anda sihat dan ceria disamping keluarga tercinta.

Entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda aktiviti pagi tadi saya bersama anak-anak riang ria berjogging-jogging manja di Taman Rekreasi Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Kepada anda yang tidak familiar dengan kawasan Bukit Jalil ini saya tunjukkan map dia ye.

Panduan arah ke Taman Rekreasi Bukit Jalil (sila klik untuk ke map google)

 Perancangan hendak ke Taman ini telah dibuat sejak hari sebelumnya lagi memandangkan kasihan kepada anak-anak saya pada cuti sekolah seminggu kali ini ayahnya tak sempat nak bawa mereka ke mana-mana memandangkan tuntutan kerja lebih memerlukannya.

Jadi sayalah yang membawa mereka berjalan-jalan. Dekat-dekat je lah. Jauh-jauh next time kita pergi dengan ayah pula ye anak-anakku.

Pagi itu anak-anak saya sungguh bersemangat bangun seawal pagi tak sabar nak berjogging. Itulah, kita merancang Allah saja yang menentukan. Rancangan perlu ditunda kerana hujan lebat belum berhenti sejak subuh lagi. Hujan rahmat ni.

posing dulu sebelum pergi
Agak-agak dah reda hujan, lebih kurang pukul 11.00 AM anak-anak dah tak sabar nak berjogging walaupun dah tengah hari. Alhamdulillah cuaca hari ni agak teduh kerana hujan pagi tadi. Tak jadi masalah pun nak berjogging di tengah hari.

Sesat di kawasan sendiri

Aduhai fiza, jarak antara Taman Bukit Jalil dengan Taman Lestari Putra (rumah kami) lebih kurang 10 km je pun. Tapi disebabkan dah lama saya tak ke sana, boleh pulak saya tersesat sebentar di Kawasan Bandar Kinrara.

Anak-anak yang tak pernah sampai asyik menanya, jauh lagi ke nak sampai. Duhai anak, sabar ye sayang. Ibu kena makan Omega Guard lebih banyak lagi ni supaya kuat ingatan ibu dan tak mudah nyanyuk.

Jogging Manja

Sebenarnya, tak ada lah nak jogging mana sangat. Ala-ala jogging gitu tapi lenggang kangkung. Macam mana lemak-lemak nak keluar. Tapi penat juga lah mendaki Bukit Jalil ni.


Anak-anak bawa bekalan roti expired beri makan ikan dan burung

Meriah betul makhluk Allah yang satu ni

Macam kat Oversea gamaknya

Abang dan kakak beri makan ikan. si adik dok pose cantekkk punya

gaya anak-anak kecilku akan menjadi kenangan

yang ni lagi cute

tak sangka pulak ada 2 ekor kura-kura dalam kawanan ikan dalam tasik ni
Santai sebentar

Selepas puas beri makan ikan-ikan sebesar peha ibu...hehehehhe...besar peha ibu tu. Kami pun berjalan menyusur siar kaki yang disediakan. Banyak pondok-pondok kecil disediakan di sini untuk menghilangkan lelah setelah penat berjogging sekeluarga.

Anak-anak pun mulai letih dan lapar, apa lagi santaplah dulu biskut dan keropok yang ibu bawa tadi.

sukanya si Awina ni dapat biskut

Hai anak-anak ibu, habis tenaga ye...lapar la pulak.
 Jom jamu tengok aksi-aksi mereka

http://fiezabard.blogspot.com/2014/09/jogging-jogging-manja-di-taman-rekreasi.html

http://fiezabard.blogspot.com/2014/09/jogging-jogging-manja-di-taman-rekreasi.html

http://fiezabard.blogspot.com/2014/09/jogging-jogging-manja-di-taman-rekreasi.html

http://fiezabard.blogspot.com/2014/09/jogging-jogging-manja-di-taman-rekreasi.html

inilah akibatnya, hidungpun nak makan
 Aksi yang wajib dilihat

http://fiezabard.blogspot.com/2014/09/jogging-jogging-manja-di-taman-rekreasi.html

http://fiezabard.blogspot.com/2014/09/jogging-jogging-manja-di-taman-rekreasi.html

http://fiezabard.blogspot.com/2014/09/jogging-jogging-manja-di-taman-rekreasi.html

International Garden

Sedang kami menyusuri trek yang disediakan kami terpandang dari jauh beberapa replika yang sangat menarik. Seolah-olah kami berada di Belanda. Insya allah kami akan sampai juga di Holland yang sebenar suatu hari nanti.

Don't give up, DREAM BIG! THINK BIG!



Layan pulak aksi ala-ala di Oversea gitu!

Kami singgah di Egypt dulu. Tak boleh tahan aksi diorang nih.

Lepas tu kami terbang ke Holland

Lama sikit di sini sebab sejuk kena kipas, Kincir angin ni. Sejuk sikit.

Cici sedang berzikir, Faris sedang bertafakur dan abang long buat muka poyo

saja je tau Faris ni bila ibu nak ambik pose

Haaa...baru nampak macam model iklan..heheheee

Oh! my gegirl..

My gegirl dengan pose machonya

Dome ni nak tumbang!!! lariiiii....

Dutch boy and girl

Nice pose! ibu suka

agak-agak sampai bila abang nak jadi patung? cici tanya..

Macho la tu

Cici dan kincir anginnya

Tiada kata-kata yang dapat dicoretkan. Hanya photo-photo yang menggambarkan segala-galanya.


Sebelum kami pulang, kami terserempak dengan makhluk Allah yang sangat menakjubkan. Anda nampak tak apa yang kami nampak?

Sekian untuk entri santai kali ini.

Sekiranya anda suka dengan entri saya kali ini sila LIKE dan SHARE.

Terima kasih kerana sudi menjenguk entri saya.

Salam sayang,

Hafizah Mahfoz



------------------------------------------------------------------------------------------


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!

Hafizah Mahfoz
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook: 
hafizahmahfoz

1 comment: