Monday, September 15, 2014

LAW OF UNIVERSAL ATTRACTION (LUA) DI HOSPITAL ANNUR HASANAH BANGI

Assalamualaikum wbt.

Salam persahabatan rakan-rakan yang baru belek-belek blog saya ini dan apa khabar rakan-rakanku? Saya doakan anda semua sihat di samping keluarga tercinta.

Hari ini sepatutnya saya perlu menyiapkan satu entri tentang kemerdekaan tetapi saya rasa entri yang ini masih fresh untuk dikongsikan.

Saya kata fresh kerana perkara ini baru saja berlaku pagi tadi.

Pagi tadi saya plan untuk mengikuti satu ceramah Muslimah oleh Ustazah Nor Hafizah di Surau Al-Mustaqim iaitu surau di Taman Lestari Putra Seksyen 7 di kejiranan saya. Kita merancang Allah jua yang menentukan.

Saya membatalkan hasrat saya kerana anak saya perlu dibawa ke hospital segera kerana muntah-muntah dan berak-beraknya tidak pulih sejak 2 hari lalu.

Pagi tadi hujan lebat sangat. Suami saya tak ada ketika itu kerana tuntutan kerja di luar kawasan, nak tak nak saya perlu mengusung anak saya ke hospital.

Di dalam kereta, perbualan saya dan anak saya Faris

Ibu : "Lebat betul hujan kan, macam mana ibu nak bawa baby masuk ke pintu hospital kalau hujan ni. Dah la parking situ susah nak cari"

Faris : "Ibu doalah, biar nanti ibu dapat parking dekat-dekat dengan hospital"

ZAsssss!!!
Sentap ibu ni sekejap. Anak sekecil ini mengingat saya dengan LUA iaitu Law Of Universal Attraction yang hampir saya lupakan. Saya ingin maklumkan Faris baru 5 tahun.

Selalu saya ajar anak-anak ini dengan konsep LUA. Berdoa, submit dan percaya. 

Sekiranya anda fikirkan sesuatu yang baik berlaku maka itulah yang terjadi. Sekiranya anda fikirkan perkara buruk yang bakal berlaku. Insya allah perkara tak baik juga yang datang.

" Allah mengikut sangkaan hambanya"

Saat itu juga ketika hujan lebat, saya dan anak-anak yang berada dalam kereta kecuali si kecil bunga submit doa supaya dapat parking betul-betul depan pintu masuk hospital.

Yang kanan sekali tu la Faris


Anda tahu tak apa yang terjadi?

Sampai saja di perkarangan hospital kebanyakkan kereta sudah memenuhi parking yang berhampiran hospital. Memang kebiasaannya sangat susah nak cari parking di situ.

Alhamdulillah, pagi ini berkat submit doa waktu hujan dan 'LUA' kannya, ada satu parking kosong betul-betul di depan pintu masuk hospital. Syukur sangat waktu itu kerana Allah mempermudahkan urusan saya saat saya tiada pembantu untuk menggendong baby saya ketika hujan lebat itu. Saat itu Allah berikan bantuan.

"Saat kita tiada apa-apa, Allah sentiasa membantu kita"

Bersyukur sangat dapat parking betul-betul depan pintu masuk hospital
pelbagai aksi sementara menunggu giliran

sayang baby
Awina terlena balik dari hospital

Moral dari kisah saya ini:

1. Jangan lupa untuk submit doa kepada Allah walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

2. Doa ketika hujan adalah doa yang sangat makbul. Tak caya tak per! buat je! saya dah buat ....sooooo amazing.

3. Fikirkan yang baik-baik (Think Positif) sekiranya anda ingin yang baik-baik saja yang datang kepada anda.

4. Bantuan daripada makhluknya tidak pasti tapi bantuan ALLAH itu PASTI.

Sekiranya anda suka entri ini sila LIKE dan SHARE.

Semoga anda dapat manfaatnya dari entri saya kali ini

Terima kasih kerana sudi membaca

--------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!

Hafizah Mahfoz
Call/Whatsapp/Telegram/sms:

019-211 8757


email:

hafizahmahfoz@gmail.com


facebook:

hafizahmahfoz


EBOOK MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA!!


DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! 
Hayati KISAH BENAR pengalaman Maria yang merupakan seorang bekas Engineer.  Dari seorang yang TIDAK MAHU dan TIDAK TAHU BERNIAGA, kemudiannya mula berniaga dari rumah hanya melalui ONLINE.  
Kini Maria Menjadi WORKING-AT-HOME-MOM (WAHM) Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan. FROM ZERO to HEROin.. Semoga bermanfaat..

No comments:

Post a Comment