Pages

Sunday, September 28, 2014

KISAH SEORANG AYAH TUA

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabatku sekalian? Saya doakan anda dalam keadaan sihat walafiat. Tak berapa hari saja lagi kita nak menyambut Hari Raya Qurban kan? 

Manakala ada juga saudara mara yang telah selamat berada di Tanah Suci. Alhamdulillah, saya doakan mereka mendapat Haji Mabrur.

Hari ini saya bukan nak bercerita tentang Haji, mungkin di entri yang akan datang insya allah. Tetapi kali ini saya ingin berkongsi sebuah kisah seorang ayah. Kisah yang dikongsikan oleh rakan saya yang sangat terkesan dalam diri saya.

~sharing kisah dari Group

Kisahnya begini..........

Sebuah teksi berhenti dibelakang kereta isteri saya yg menghantar saya untuk rawatan. Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang tua yg dibawanya tak berupaya berjalan.Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk disebelahnya. 


sekadar gambar hiasan

"Saya tengok Tn Hj selalu dihantar oleh teksi, tak ada anak ka?" Soal saya memula bicara. 

"Isteri dah meninggal. Anak dah kerja dan dah kahwin, tinggal berasing. Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alasan, atau menghantar dengan masam perasaan. Biarlah saya upah teksi. "

Dia diam sejenak.Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya.

"Sekarang saya sedar, kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya. Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita. " Dia mula mengesat air mata.

"Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pada seorang anak, inikan mula menolak, memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu.

Biarlah, saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka. Biarlah mereka merenangi hidup tanpa diganggu. 


"Allahuakbar!. Saya pula yg menitis air mata

Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya. Bukan tak pernah menolak permintaan ayah, bukan pernah memberi alasan untuk tidak menunai permintaannya, bukan tak pernah bermasam muka dengannya.

Ya.Allah... Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggungjawabnya, tetapi melakukan lebih lagi dengan mengelak anak anak terjerumus dosa.
Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yg ada demi kesejahteraan anak, yg lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yg tuhan jadikan.

Jauh disudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung dihari tua. Tetapi bagai dikata oleh orang tua yg saya temui, akhirnya bila zaman berubah, ramai anak yg terlupa, yg teralpa bila sibuk mengejar dunia, ada anak yg hilang pertimbangan antara bapa yg telah tak berupaya serta membebankan dg dunia yg perlu dihambat.

Bapa yg baik akan meneruskan pengorbanannya seperti orang tua yg saya ceritakan, sehingga akhir hayatnya.

Berhentilah memberi alasan kpd ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan utk memenuhi permintaanmu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!

Oleh itu bertanya khabar lah kiranya orang tua kita masih hidup...dan sedekahkan Alfatihah....kepada ibubapa kita samada yg masih hidup atau telah meninggal dunia.

Wallahua'lam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kisah di atas buatkan saya tersentap. Bagaimana pula saya ? Sejauh mana saya ambil kisah dengan ibu ayah saya di kampung?

Saya duduk berjauhan dengan mak dan ayah saya. Saya di Lembah Klang sedangkan mereka di Muar, Johor. Tak jauh manalah kan. Tapi jarak antara kami membataskan kami untuk bersama sentiasa.

Lantaran itu, saya pastikan setiap hari atau selang 2 hari saya tak akan terlupa untuk bertanyakan khabar Mak dan ayah saya.

Selalunya setiap pagi sebelum sampai di Pejabat saya akan menelefon mak untuk berborak-borak dan bertanyakan kesihatan bapa saya.

Setiap pagi saya pastikan saya memohon kemaafan dengan mak dan meminta mak mendoakan kejayaan saya.

Tidak dilupai, setiap kali lepas solat al-Fatihah saya sedekahkan untuk mereka berdua begitu juga ibu bapa mertua saya.

Saya sangat bersyukur masih ada mak, masih ada bapa. Masih ada ibu mertua dan juga bapa mertua. Sapa lagi yang boleh mendoakan saya selain dari mak dan ayah yang insya allah sangat makbul doanya.

Saya juga seorang ibu. Sekiranya dipanjangkan usia, sudah tentu saya tidak mahu anak saya melupakan saya kelak.
 
Anda masih ada ibu dan ayah? Hargailah mereka.

Sekiranya entri saya ini dapat memberi manfaat kepada anda sila LIKE dan Share supaya dapat dikongsikan dengan sahabat-sahabat yang lain.

sayang ibu,
Hafizah Mahfoz

Friday, September 26, 2014

RAHSIA MENGURANGKAN GEJALA DEMAM DAN SELSEMA ANAK-ANAK TANPA UBAT

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat-sahabat saya sekalian? Saya doakan anda sihat disamping keluarga tercinta. Kepada warga kerja yang berkerja di opis tu jangan lupa makan yer. Jangan asyik dengan kerja anda lupa pula makan.

Entri kali ini saya nak bercerita tentang anak sahabat saya yang sering demam dan selsema.

Baru-baru ini sahabat saya ini ada mengadu kepada saya yang anaknya sering demam dan selsema. Hinggakan dia selalu kena ambik cuti kecemasan kerana nak menjaga anaknya yang sering sakit. Cuti dia pun dah tinggal beberapa hari saja lagi untuk sampai ke hujung tahun. 

Dilema seorang ibu

Perkara sebeginilah yang selalu menjadi dilema seorang ibu. Nak ditinggal anak itu di tempat Asuhan Kanak-kanak, kasihan. Nak cuti, kerja menimbun di pejabat. Allahuakhbar. Nak berhenti kerja, banyak lagi tanggungan dan komitmen.


baby yang demam perlu di'monitor' sentiasa. Tak sampai hati hantar ke TASKA. Ginilah rupanya Awina demam.

Cuti habis

Masalah sahabat saya ini saya telah alami dulu. Sama saja. Anak sakit kena cuti. Anak demam kena ambil cuti kecemasan. Ada satu ketika, saya terpaksa ambil seminggu direct kerana menjaga anak saya yang ditahan di wad kerana jangkitan pneumonia.

Pengalaman saya menjaga anak-anak harap menjadi ikhtibar kepada rakan-rakan yang lain. Dulu saya belum kenal lagi dengan suppliment-suppliment untuk kanak-kanak.

Susahnya cari vitamin yang sesuai untuk kanak-kanak

Saya antara ibu yang perihatin dengan kesihatan anak-anak saya. Saya tahu ubat-ubatan yang dibekalkan untuk mengubati demam dan selsema anak-anak akan memberikan kesan yang tidak baik kepada mereka dewasa kelak.

Awina jadi Pocahontas (Puteri Daun) bila demam. Daun bunga raya dipercayai boleh menurunkan suhu badan akibat demam panas. "Comel tak saya" Awina kata.
Saya lebih rela mencari perubatan alternatif lain seperti melumurkan anak saya dengan ramasan daun bunga raya untuk meredakan suhu panasnya. Ada petua orang tua pula katanya dengan menyapukan kunyit hidup di atas hidung boleh meredakan selsema anak. Yang ini saya tak buat sebab saya tak suka muka anak jadi comot kekuningan nanti.

Jadi saya acuh tak acuh saja beri ubat kepada mereka. Antibiotik yang sepatutnya doktor nasihatkan perlu dihabiskan, saya tak habiskan. Saya antara ibu yang degil dan tidak ikut peraturan memberi ubat kepada anak-anak. Minta maaf doktor kerana engkar nasihat doktor.

Pernah doktor marahkan saya kerana tak beri anak saya antibiotik

"kenapa you tak habiskan antibiotik tu, patutlah anak you tak sembuh-sembuh"

Masa tu terkebil-kebil mata saya dengan doktor ni. 

Merata-rata farmasi saya singgah mencari vitamin yang sesuai untuk boost antibodi anak-anak saya.

Orang kata vitamin 'Champs' bagus, saya beli. Kakak sebelah kata makan 'scoth emulsion' pun saya beli. Tapi kesemua vitamin ini tak beri kesan yang memberangsangkan kepada tahap imunasi anak saya. Anak saya masih dengan lelehan hingus lagi.

Yes! jumpa dah!

Akhirnya, sejak beberapa bulan lalu saya beri anak saya MEALSHAKE dan VIT C CHEWABLE. Alhamdulillah, syukur sangat. Saya rasa anak saya dah lama tak ke klinik.

Setakat demam manja-manja tu biasalah kan. Dan anak saya semakin cergas. Sehingga saya pun tak larat nak layan.

Mereka boleh bertahan dari pagi hingga ke tengah malam. Kalau saya tak paksa mereka masuk tidur alamatnya sampai ke pagi dok buntang mata.

Sharing is caring

Oleh itu, saya rasa sangat berdosa sekiranya saya tak share dengan rakan-rakan saya apa yang saya jumpa untuk menyelesaikan masalah anak demam dan selsema tanpa ubat. Dah tak jadi rahsia lagi.

Saya syorkan sahabat saya juga ambil MEALSHAKE dan VIT C CHEWABLE. 

Kenapa pilih Mealshake dan Vit C?

Mealshake ini bukan ubat. MEALSHAKE adalah makanan tambahan supaya dapat memastikan anak-anak kita mendapat nutrisi lengkap. Pengambilannya sama seperti kita mengambil makanan seperti nasi, sayur dan buah-buahan.


Tambahan lagi Mealshake mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral yang sangat penting disamping 9 jenis asid amino.


Sejauh mana kita tahu anak kita dapat khasiat secukupnya mengikut gizi seimbang yang sepatutnya. Tak tahu bukan?



Anak saya suka makan nasi lemak. Cukupkah gizi yang diperlukan untuk anak dalam sehidang nasi lemak?

Oleh itu, pemakanan tambahan adalah pelengkap kepada nutrisi anak-anak kita supaya anak-anak kita sihat dan cergas.


10 sebab Mealshake menjadi pelengkap gizi anak-anak anda

Manakala VIT C CHEWABLE sebagai Booster Imunasi anak-anak. Saya perasan, sebelum anak saya mengambil VIT C ini mereka sering selsema dan paling teruk batuk tidak berhenti. Tetapi sejak pengambilan VIT C secara konsisten anak saya jarang dijangkiti selsema dan hanya sekali sekala saja batuk-batuk manja.


kunyahan VIT C meningkatkan daya serapan vitamin.
Testimoni

1. Testimoni rakan saya setelah mengambil Mealshake baru 2 minggu.


2. Ekzema dan Mealshake


3. Asthma dan Mealshake
 

4. Demam dan Mealshake
 

5. Picky Eatery dan Mealshake
 

6. Demam selsema dan Mealshake
 

7. Selera makan dengan Mealshake

8. Selsema dan Mealshake
 


Amacam! banyakkan testimoni. Banyak lagi testimoni yang tak dikongsikan di sini. Anda masih ragu-ragu dengan Vitamin terhebat untuk kanak-kanak ini?

Sebab saya percaya ia hebatlah saya syorkan kepada sahabat saya. Kenapa kita sorok-sorokkan kalau ianya boleh dimanfaatkan oleh semua orang.

Saya doakan anak sahabat saya bertambah sihat dan cergas hendaknya.

Bagaimana dengan anak anda?

Sekiranya anda mengalami masalah yang sama dengan sahabat saya ni jangan segan silu PM saya 019-211 8757 (whatsapp/telegram/sms/call). Insya allah saya akan berikan hanya yang terbaik untuk anak anda.

Sekiranya entri ini boleh memberi manfaat kepada anda dan rakan-rakan anda sila LIKE dan SHARE

Salam sayang,
Hafizah Mahfoz

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!

Sunday, September 21, 2014

JOGGING-JOGGING MANJA DI TAMAN REKREASI BUKIT JALIL

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabatku sekalian, saya doakan anda sihat dan ceria disamping keluarga tercinta.

Entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda aktiviti pagi tadi saya bersama anak-anak riang ria berjogging-jogging manja di Taman Rekreasi Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Kepada anda yang tidak familiar dengan kawasan Bukit Jalil ini saya tunjukkan map dia ye.

Panduan arah ke Taman Rekreasi Bukit Jalil (sila klik untuk ke map google)

 Perancangan hendak ke Taman ini telah dibuat sejak hari sebelumnya lagi memandangkan kasihan kepada anak-anak saya pada cuti sekolah seminggu kali ini ayahnya tak sempat nak bawa mereka ke mana-mana memandangkan tuntutan kerja lebih memerlukannya.

Jadi sayalah yang membawa mereka berjalan-jalan. Dekat-dekat je lah. Jauh-jauh next time kita pergi dengan ayah pula ye anak-anakku.

Pagi itu anak-anak saya sungguh bersemangat bangun seawal pagi tak sabar nak berjogging. Itulah, kita merancang Allah saja yang menentukan. Rancangan perlu ditunda kerana hujan lebat belum berhenti sejak subuh lagi. Hujan rahmat ni.

posing dulu sebelum pergi
Agak-agak dah reda hujan, lebih kurang pukul 11.00 AM anak-anak dah tak sabar nak berjogging walaupun dah tengah hari. Alhamdulillah cuaca hari ni agak teduh kerana hujan pagi tadi. Tak jadi masalah pun nak berjogging di tengah hari.

Sesat di kawasan sendiri

Aduhai fiza, jarak antara Taman Bukit Jalil dengan Taman Lestari Putra (rumah kami) lebih kurang 10 km je pun. Tapi disebabkan dah lama saya tak ke sana, boleh pulak saya tersesat sebentar di Kawasan Bandar Kinrara.

Anak-anak yang tak pernah sampai asyik menanya, jauh lagi ke nak sampai. Duhai anak, sabar ye sayang. Ibu kena makan Omega Guard lebih banyak lagi ni supaya kuat ingatan ibu dan tak mudah nyanyuk.

Jogging Manja

Sebenarnya, tak ada lah nak jogging mana sangat. Ala-ala jogging gitu tapi lenggang kangkung. Macam mana lemak-lemak nak keluar. Tapi penat juga lah mendaki Bukit Jalil ni.


Anak-anak bawa bekalan roti expired beri makan ikan dan burung

Meriah betul makhluk Allah yang satu ni

Macam kat Oversea gamaknya

Abang dan kakak beri makan ikan. si adik dok pose cantekkk punya

gaya anak-anak kecilku akan menjadi kenangan

yang ni lagi cute

tak sangka pulak ada 2 ekor kura-kura dalam kawanan ikan dalam tasik ni
Santai sebentar

Selepas puas beri makan ikan-ikan sebesar peha ibu...hehehehhe...besar peha ibu tu. Kami pun berjalan menyusur siar kaki yang disediakan. Banyak pondok-pondok kecil disediakan di sini untuk menghilangkan lelah setelah penat berjogging sekeluarga.

Anak-anak pun mulai letih dan lapar, apa lagi santaplah dulu biskut dan keropok yang ibu bawa tadi.

sukanya si Awina ni dapat biskut

Hai anak-anak ibu, habis tenaga ye...lapar la pulak.
 Jom jamu tengok aksi-aksi mereka

http://fiezabard.blogspot.com/2014/09/jogging-jogging-manja-di-taman-rekreasi.html

http://fiezabard.blogspot.com/2014/09/jogging-jogging-manja-di-taman-rekreasi.html

http://fiezabard.blogspot.com/2014/09/jogging-jogging-manja-di-taman-rekreasi.html

http://fiezabard.blogspot.com/2014/09/jogging-jogging-manja-di-taman-rekreasi.html

inilah akibatnya, hidungpun nak makan
 Aksi yang wajib dilihat

http://fiezabard.blogspot.com/2014/09/jogging-jogging-manja-di-taman-rekreasi.html

http://fiezabard.blogspot.com/2014/09/jogging-jogging-manja-di-taman-rekreasi.html

http://fiezabard.blogspot.com/2014/09/jogging-jogging-manja-di-taman-rekreasi.html

International Garden

Sedang kami menyusuri trek yang disediakan kami terpandang dari jauh beberapa replika yang sangat menarik. Seolah-olah kami berada di Belanda. Insya allah kami akan sampai juga di Holland yang sebenar suatu hari nanti.

Don't give up, DREAM BIG! THINK BIG!



Layan pulak aksi ala-ala di Oversea gitu!

Kami singgah di Egypt dulu. Tak boleh tahan aksi diorang nih.

Lepas tu kami terbang ke Holland

Lama sikit di sini sebab sejuk kena kipas, Kincir angin ni. Sejuk sikit.

Cici sedang berzikir, Faris sedang bertafakur dan abang long buat muka poyo

saja je tau Faris ni bila ibu nak ambik pose

Haaa...baru nampak macam model iklan..heheheee

Oh! my gegirl..

My gegirl dengan pose machonya

Dome ni nak tumbang!!! lariiiii....

Dutch boy and girl

Nice pose! ibu suka

agak-agak sampai bila abang nak jadi patung? cici tanya..

Macho la tu

Cici dan kincir anginnya

Tiada kata-kata yang dapat dicoretkan. Hanya photo-photo yang menggambarkan segala-galanya.


Sebelum kami pulang, kami terserempak dengan makhluk Allah yang sangat menakjubkan. Anda nampak tak apa yang kami nampak?

Sekian untuk entri santai kali ini.

Sekiranya anda suka dengan entri saya kali ini sila LIKE dan SHARE.

Terima kasih kerana sudi menjenguk entri saya.

Salam sayang,

Hafizah Mahfoz



------------------------------------------------------------------------------------------


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!

Hafizah Mahfoz
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook: 
hafizahmahfoz