Sunday, September 7, 2014

8 TIPS MUDAH HAMIL BAGI PASANGAN YANG SUKAR MENDAPATKAN ANAK

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabatku sekalian, Sihat hari ini?

Cuba kita renung, sekiranya dah lama kita tak bertemu dengan rakan kita tentunya mereka akan bertanya kan khabar sebeginikan?

"Eh! dah dekat 10 tahun kita tak jumpa kan? Anak dah berapa sekarang?

Sudah tentu tak ada yang bertanya khabar begini kan?

"Lama betul kita tak jumpa, berapa simpanan kau dalam bank sekarang? Berapa biji rumah kau ada?"

Ada ke? May be ada tapi tak selalu. Lazimnya mereka akan tanya anak dahulu. Betapa bernilainya anak dalam kehidupan terutamanya sepasang suami isteri.

Teringat masa saya mengandung anak ke lima pada 2012, seorang rakan sekerja saya meminta anak saya yang bakal dilahirkan itu untuknya sebagai anak angkat. Almaklumlah dah 8 tahun rakan saya kahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata lagi buat masa ini.

Oh, No! sorry...baby saya tidak boleh dipinjam. Walau sukar bagaimanapun saya menjaga anak-anak saya seramai 5 orang ini saya tetap tidak akan berikan kepada orang lain.

Anak sebagai aset yang tiada galang gantinya even dibayar dengan sejuta ekar tanah sekali pun.


My baby Awina. Anugerah yang tiada galang gantinya.


Saya sangat bersimpati dengan rakan-rakan yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri. Saya doakan anda bersabar dengan ujian Allah.


Doakan mereka supaya mereka dikurniakan anak yang soleh adalah lebih baik

Dilema pasangan yang belum dikurniakan anak

Allah memberikan sesuatu yang mampu kita tanggung. Ada orang miskin dikurniakan anak yang ramai sedangkan yang kaya raya seorang zuriat pun belum dikurniakan.

Rezeki setiap makhluknya Allah telah tentukan. Setiap pasangan yang berkahwin sudah tentu inginkan zuriat sebagai penyeri rumahtangga mereka.

Mulalah mereka menyalahkan pasangan masing-masing, terutamanya wanita yang sangat sensitif dengan perkara kemandulan. Kaum adam pula sering menuding jari kepada wanita yang kononnya dialah HERO.






7 Faktor penyumbang kepada ketidaksuburan

1. Makanan

Perasan tak zaman era K-pop ni ramai pula pasangan yang inginkan anak, tetapi sukar mendapatkan anak. Sedangkan zaman Pop Yeh Yeh dulu alhamdulillah mudah sangat pasangan mendapat anak, kenapa ye?

Cuba kita renungkan, dulu mak ayah kita sukar nak dapatkan makanan yang siap diproses seperti sosej, burger, frozen food dan segala mak nenek lagi lah. Betul tak?

Sedangkan sekarang makanan inilah yang sering disuapkan ke mulut kita anak-anak yang katanya semakin maju ini.

Berkat mak ayah kita zaman pop yeh yeh yang ambil pucuk paku tepi rumah, petik sendiri, rebus sendiri menggunakan api kayu, masak sendiri tanpa bahan artificial inilah yang menjadikan anak-anak mereka 9 hingga ke 10 orang dari seorang ibu. Alhamdulillah...

Dulu nak masak sambal pun kena giling sendiri menggunakan penggiling cili macam ni tau, Mana ada cili giling ready made macam sekarang.


masih adakah penggiling seperti ini di era K-pop
*******************************************************
Today I will mention 2 additives that you most definitely
should avoid.  They are bad for your long-term health and
specifically, your fertility.

1. Aspartame
Aspartame is an artificial sweetener often found in most
"sugar-free" products.  It has been associated with menstrual
imbalance and has reportedly caused many adverse health
reactions.  A number of studies have shown reduced fertility
in both males and females from it's use.

2.  BHA and BHT
These are food preservatives often found in bacon, baked goods,
canned food, "instant" foods, gum, margarine, and many others. 
Also found in personal care products such as baby oil/lotion,
lipstick, shaving cream, and some plastic food wraps. 
Studies show that this additive can cause infertility."

***********************************************************
sumber : Beth Kiley, penulis E-Book Personal Path To Pregnancy.

***********************************************************
kredit to http://healthyadrianida.blogspot.com/


2. Pekerjaan dan persekitaran


Individu yang sering terdedah dengan cuaca panas atau suhu yang panas juga penyebab kepada ketidaksuburan.

Kepanasan dan haba yang melampau akan menjejaskan pengeluaran sperma yang normal. Sebab apa dijadikan anggota di bahagian kemaluan berbulu lebat. Antaranya adalah untuk menyelamatkan dan menghindarkan daripada ketidaknormalan anggota persenyawaan setiap individu tersebut. Subhanallah.

3. Merokok

Merokok adalah penyumbang utama ketidaksuburan seseorang individu. Kenapa saya katakan begitu. Apabila saya merujuk kepada pakar rupanya bahan toksik yang terkandung dalam rokok boleh merosakkan sistem reproduksi dan kesuburan tanpa anda sedari. Tidak kiralah si perokok itu lelaki atau perempuan.

Rokok menjadi punca kualiti dan kuantiti sperma lelaki merosot. Kajian fertiliti menyatakan, sperma rosak apabila air mani tercemar dengan bahan toksik dalam rokok.

Dimana, bahan toksik tersebut merosakkan protein dan nutrien dalam air mani. Bahan toksik dan kimia dalam rokok mencegah menyerapan vitamin dan mineral dalam air mani sebagai contoh Vitamin B12, Vitamin E dan zat galian.

Disamping itu, bahan kimia rokok juga mengganggu pergerakan sperma untuk menjayakan persenyawaan di dalam rahim disebabkan sperma abnormal akibat tindak balas radikal bebas bahan kimia dalam rokok tersebut.

"Eh! saya tak merokoklah". Ada juga yang tidak merokok masih belum dikurniakan anak. Menurut kajian dari pakar lain pula menyatakan, rupanya perokok sekunder juga akan mengalami masalah yang sama dihadapi oleh perokok primer.

Siapakah perokok sekunder?

iaitu anak, isteri dan orang yang berada di sekililing perokok primer tadi. Kesiankan, orang yang tak bersalah pun menanggung akibatnya.

Oleh itu wahai perokok-perokok budiman kalau anda tidak sayangkan diri anda, sayangi lah juga anak dan isteri anda. Mereka tidak bersalah.

4. Stress

Bila pasangan yang telah lama berkahwin selalu di soal

"Bila nak timang cahaya mata ni?"
"Takkan merancang kot, jangan lama-lama honey moon"

Stress tak bila soalan begini diajukan.Stress kan?

Stress akan mengakibatkan ketidakseimbangan hormon yang menyumbang kepada ketidaksuburan.

Oleh itu dinasihatkan pasangan berfikiran positif dan meminta sesiapa yang menyoal soalan CEPU EMAS itu supaya mendoakan anda cepat-cepat dikurniakan cahaya mata.Semoga doa mereka menjadi kenyataan.

Dan sentiasa submit DOA kepada Allah. Ada hikmah di sebaliknya. 

5. Pernah alami keguguran

wanita yang kerap mengalami keguguran juga menjalani diagnosis ketidaksuburan sekiranya keguguran lebih dari 2 kali. 

6. Umur 

Fakta menjelaskan bahawa wanita yang berusia lebih dari 35 tahun lebih berisiko kepada masalah ketidaksuburan.

Tahap kemuncak kesuburan adalah ketika umur belasan tahun hingga awal 20an dan semakin merudum bila umur semakin meningkat.

Oleh kerana itu, wanita yang berusia 35 tahun ke atas yang belum dikurniakan anak supaya dinasihatkan mendapatkan rawatan setelah berusaha selama 6 bulan.

Namun begitu statistik tidak menafikan wanita muda juga berisiko dengan ketidaksuburan:
  • 7% wanita berumur 20-24 tahun
  • 9% wanita berumur 25-29 tahun
  • 15% wanita berumur 30-34 tahun
  • 16% wanita berumur 35-39 tahun
7.  Lelaki/Wanita yang mengalami penyakit kronik

Kesuburan sama ada wanita dan lelaki akan terganggu sekiranya mereka menghidap penyakit kronik seperti kanser atau diabetis. Manakala wanita biasanya mengalami fibroid, cyst atau PCOS.



Fakta Fertiliti






Sama ada lelaki atau wanita yang menjadi punca ketidaksuburan tidak menjadi isu dalam hal ini. Sesuatu masalah ada penyelesaiannya.

Saya ingin berkongsikan tips mudah hamil di sini.

8 TIPS MUDAH HAMIL

1. Makanan dan diet seimbang

Doktor Hamid Arshat pakar sakit puan yang tersohor ada menyatakan sangat penting untuk makan makanan yang berkhasiat dan berzat untuk menambahkan kesuburan.

Lebihkan buah-buahan segar, sayuran dan ulam-ulaman dalam menu seharian dan elakkan makanan yang siap diproses. Jauhkan juga makanan junk food serta minuman berkarbonat.

Elakkan mengambil makanan yang mengandungi perisa tiruan dan pemanis seperti fast food, junk food, burger, hotdog, funfries dan lain-lain.

Jauhkan juga makanan yang mengandungi gula dan tepung seperti donut, kuih-kuih, aiskrim, coklat dan lain-lain. Minuman softdrink, kordial dan jus dalam kotak juga tidak digalakkan.

Say No to Fast Food

Pendek kata sekiranya inginkan zuriat perlu berkorban keinginan sikitlah.

2. Dapatkan berat badan ideal

Obesiti juga adalah penyumbang kepada sukarnya mendapatkan zuriat. Anda yang mempunyai berat badan berlebihan risiko untuk mendapat darah tinggi dan kencing manis adalah tinggi.

Tambahan lagi, amat bahaya sekiranya wanita mengandung mengalami tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Amalkan gaya hidup sihat dan sentiasa pantau Body Mass Index (BMI) kita supaya tidak tergolong dalam Obesiti.

Nasihat Dr Hamid Arshat supaya kuruskan badan

3. Detoks

Ambil langkah untuk membuang toksin. Toksin yang banyak dalam badan menjejaskan sistem reproduksi tubuh.

4. Kerap melakukan hubungan kelamin

Kekerapan melakukan hubungan intim insya allah memberi peluang kebarangkalian untuk mendapatkan zuriat.

5. Ketahui waktu subur atau ovulasi

Pasangan yang sangat berhasrat untuk mendapatkan zuriat perlu menepati waktu subur atau ovulasi mereka.

Waktu subur seseorang wanita boleh ditentukan melalui.


  • suhu badan. suhu badan akan meningkat waktu ovulasi. 
  • kiraan kitaran haid ( hanya sesuai untuk wanita regular kitaran haid setiap bulan). contohnya: ovulasi akan berlaku pada hari ke-14 sekiranya kitaran haid  wanita itu 28-29 hari. 
  • Alert dengan tanda-tanda subur.Hanya wanita yang tahu perubahan dirinya.Terdapat beberapa tanda yang kemungkinan anda subur sebagai contoh keinginan libido meningkat, kembung, sakit kepala,peningkatan lendir serviks dan lain-lain.
6. Suppliment

Dr Hamid Arshad menasihatkan kepada pasangan yang menginginkan zuriat perlu mengambil suppliment 


Antara suppliment yang disyorkan


  • multivitamin
  • vitamin C 1gm
  • vitamin E 400IU
  • Habbatusauda
  • goji beri
  • lain-lain jenis beri
  • sprirulina
  • rumpai laut 
A) Vitamin Asas (Family Wellness Set):

1) Vita-Lea (Multivitamin)
     Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Penting bagi membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam badan. Oleh kerana gaya hidup yang sibuk, pemakanan yang tak sihat. Semua ini sebab kita hilang atau tak langsung menikmati nutrisi penting sehari-hari. Jika badan dilengkapi dengan semua vitamin dan mineral, pastinya badan akan lebih cekap berfungsi.

2) B-Complex with Folic Acid
     Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral. Ia turut memberi tenaga, perasaan tenang dan anti-stress.

3) Vitamin-C
    Mengandungi kandungan anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan. Bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan bantu mengalirkan lebih banyak darah. Ini bagi bagi lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.

4) Energy Soy Protein
I    Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

B) Vitamin Kesuburan:-

5) Zinc Complex
    Ini khas untuk suami. Mempertingkatkan kualiti sperma. Juga menambah kepekatan dan kekuatan sperma. Bertindak meransang pembentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

6) Vitamin E Complex dan Selenium
    Terkenal sebagai “vitamin seks” kerana ia membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA dan DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita. 

     Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

7) GLA Complex
     Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur.. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dapat ditingkatkan. 

   GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut. Membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid).

8) Alfalfa

Ini paling penting untuk isteri/wanita. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya. Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.


 7. Rujuk kepada Pakar Sakit Puan
Sekiranya anda masih gagal untuk mendapat zuriat sedangkan pelbagai usaha yang anda telah lakukan, sila rujuk kepada Pakar Sakit Puan anda.

Antara nasihat Dr Hamid Arshat (Pakar Sakit Puan)

8. Doa




Walau apa pun ujian yang Allah berikan semuanya ada hikmah disebaliknya. Kita tidak mengetahui Rahsia Allah. Berbanyakkan berdoa kepada Allah. Dekatkan diri kepada Allah dengan perbanyakkan Amalan rohani dengan 
  • Bertahjud (solat tahajud, taubat dan hajat)
  • Berzikir
  • Berdoa dengan bersungguh minta spesifik dengan Allah. Allah sentiasa mendengar rintihan hambanya.
Testimoni


Testimoni pelanggan saya. Alhmadulillah dengan izin Allah 1 bulan consume Shaklee Set Kesuburan berjaya hamil.






Saya doakan anda suami isteri yang sangat menginginkan zuriat supaya Allah memakbulkan doa anda dikurniakan anak yang comel dan solehah kelak.

Saya nasihatkan anda jangan mudah putus asa, berdoa, berusaha dan berdoa. Insya allah Allah akan berikan yang terbaik untuk anda.


kredit to http://klinikdrhamidarshat.blogspot.com/

Sekira anda suka entri ini sila tekan button LIKE dan SHARE semoga ramai lagi rakan-rakan anda yang masih mengimpikan cahaya mata dapat manfaatnya.

Ilmu yang kita dapat kalau kita sebarkan Insya Allah dapat ganjaran dan sahamnya di akhirat kelak.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!

Anda juga boleh order terus dengan menekan button order di bawah. Kemudian, pastikan anda hubungi saya SEBELUM order untuk mendapatkan konsultansi dan jadual makan PERCUMA.



No comments:

Post a Comment