Friday, June 6, 2014

OMG!! SEMINAR PALING HAPPENING DAN BEST! - DAY 1

Assalamualaikum wbt.

Syukur Alhamdulillah, beberapa minggu lepas pada 24-25 Mei 2014, saya dapat turut serta dalam seminar yang saya rasa sangat sangat sangat happening dan best yang pernah saya join.

Sebelum ini kalau sebut saja seminar mesti saya bayangkan. Hai mengantuknya, boringnya dengar orang bebel kat depan. kita kat belakang macam dibuai mimpi.

Tapi seminar kali ni memang tak sempatkan saya untuk tidur atau dibuai mimpi.

Anda mesti tertanya-tanya apa OMG ni? OMG ialah "Online & Offline Marketing Genius".

Tengok tajuk je pun dah best. Nak jadi genius katakan. Dalam marketing pulak tu. Bukan Marketing Offline saja, Online pun nak sapu juga. Jom kita tuntut Elmu.

Seminar Online & Offline Marketing Genius (OMG) yang dianjurkan oleh seorang anak muda yang telah berjaya menggengggam pendapatan 6 ANGKA sebulan hanya dengan Online Bisnes iaitu saudara Firdaus Mat Saad. Muda belia lagi orangnya dah genggam 6 ANGKA. Kita ada?


Hari Pertama Program

Sejak sebulan sebelum program lagi saya telah daftarkan diri dan family saya untuk mengikuti program ini terutamanya suami saya. Saya nak mereka nampak macam mana mudahnya buat bisnes hanya dari rumah tak perlu ada pejabat.

Program diadakan di Pusat FIT Batu Caves.


 sebelum menuntut Elmu kenyangkan dulu anak-anak

Hari pertama saya agak lewat sampai, sampai saja FIT, kelas telah bermula. 

Alhamdulillah saya belum terlambat, Mentor saya baru saja memulakan kelas.

 Orang muda yang begitu komited untuk membawa kejayaan bukan hanya kepada dirinya malah ramai orang lain yang nak dibantu berjaya juga.

Pagi, Mentor saya berkongsikan Prinsip Asas Dalam Perniagaan. Apa matlamat kita nak buat bisnes. Apa tujuan kita buat bisnes. Kita kena tanam Niat dulu. Sedangkan dalam islam pun sesuatu perkara atau ibadah hendaklah dimulai dengan Niat. Nak solat kena niat...tak niat tak sah solat. Nak mengerjakan haji pun kena niat dulu...kalau tidak tak sah hajinya. kena pergi haji semula tahun depan. Begitu juga dengan Bisnes.

Apa yang ditekankan di sini, kita buat bisnes bukan nak kaya.Kita buat bisnes bukan nak untung semata-mata. Tujuan kita bisnes adalah untuk bantu orang lain. kita buat bisnes untuk menyelesaikan masalah orang lain. kita buat bisnes untuk menambah nilai hidup orang lain.

Setiap kali saya ikuti kelas atau coaching Mentor saya ini, 3 perkara inilah yang ditekankan dalam menanam Niat untuk berbisnes. Lebih ramai orang yang dapat kita bantu, lebih cepat kita boleh berjaya. Perkara ini juga ditekan kan dalam seminar-seminar Dr Azizan yang pernah saya ikuti.

Empayar Maria Firdaus

Jangan tak tahu, Mentor saya ini telah membina sebuah empayarnya sendiri sejak lebih setahun yang lalu. Empayarnya sangat kukuh. Sehinggakan bila sebutnya MFMS dalam mana-mana group bisnes yang lain mereka akan kagum dengan keupayaan MFMS. Setakat hari ini ada lebih seribu orang yang berdaftar di bawah lembayung Empayar MFMS group. Saya antara ahli dibawah Empayar MFMS.

Saya bersyukur kerana Allah telah melorongkan saya ke jalan yang mudah untuk saya memulakan bisnes kerana selama ini hati saya memberontak ingin bisnes..ingin bisnes...tapi bisnes apa?

Saya pun tahu anda juga berfikiran begitu. Nak bisnes. Tapi tak tahu nak bisnes apakan?

Saya ni pulak takut risiko bisnes. Selalu orang bisnes mengomok-omokkan saya dengan seribu satu macam "Nightmare" bisnes.

Orang selalu kata "Kamu nak bisnes kena tahan tanggung risiko"

Bila sebut saja risiko saya dah takut. Dan tak yakin nak bisnes. Terutamanya bisnes yang melibatkan modal yang besar.

Tapi bila saya berkenalan dengan Empayar MFMS. Semua tu tak jadi masalah.
Ada bisnes yang hampir zero risiko, modal pun kecil saja. tak payah nak ada kedai. tak payah nak pinjam bank buat modal. Jualan from demanding. Ada permintaan baru ambil stok.

Ya, Allah...syukur kau buka kan jalan aku untuk berbisnes dengan cara yang mudah.

###########################################

Alang-Alang Bisnes Biar Jadi Kaya.
Alang-Alang Kaya Biar Kaya Bertaqwa"

~Pujangga Master Firdaus

##########################################

Mentor saya ini juga ada kongsikan bagaimana jatuh bangun beliau berbisnes. Dari bisnes yang dimulakan dengan sebesar-besar modal hinggalah sekecil-kecil modal tiada rahsia lagi. Semua dibongkarkan dalam seminar ini. 

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana saya menemui insan yang banyak pengalaman bisnes dan sekarang telah berjaya dengan bisnesnya sanggup berkongsi, mengajar dan bantu orang lain untuk sama-sama berjaya sepertinya. 

Saya tak dapat nak gambarkan bagaimana begitu komitednya pemuda ini untuk membantu bangsanya iaitu bangsa Melayu yang bila sebut saja bisnes semua layu akan bangkit meningkatkan Ekonomi Bangsa dengan mencipta satu SISTEM perniagaan yang telah dibongkarkan dalam seminar dan coaching-coachingnya.

Bisnes kalau ada SISTEM dan TEKNIK sangat mudah. Semua telah disediakan dalam EMPAYAR MFMS. "Empayar Maria Firdaus The Most Happening Shaklee Team In Malaysia". Memang Happening lah!

Pelbagai RAHSIA Maria Firdaus telah terbongkar dalam seminar ini. 

Game 1 : Branding Yourself

Selepas mendengar pengalaman dan celoteh Mentor, kami diberikan sehelai kertas seorang satu.

Saya suka game ini. Setiap peserta dikehendaki melukis wajah masing-masing disehelai kertas. Kemudian hantar kepada urussetia. Urus setia akan membahagikan kertas tersebut secara rawak kepada peserta yang berlainan kertas yang telah dilukis tadi.

Jadi, tanggungjawab peserta tersebut mencari siapakah pemilik wajah yang tertera dikertas tersebut. Waktu ini memang kecuh. Masing-masing mencari siapakah pemilik wajah tersebut.


Macam ni lah keadaan sebenar ketika Game 1 berlangsung.

Masa tak lama, 5 minit saja diberikan.
Moral of the game, dalam bisnes banyak dan sangat ramai pesaing. Jadi bagaimana nak supaya orang kenal kita. Bagaimana nak 'branding' dan 'position' kan diri kita. Cari sesuatu keunikan kepada diri anda dan fokuskannya. Sebagai contoh kalau kita sebut Air Asia dalam kepala kita mesti terfikir 'Everyone can Fly'. kalau sebut BMW apa yang anda fikir?

Video 1 : Follow the Leader

Selepas itu kami ditontonkan dengan sebuah video yang sangat menarik. Sharing video hasil kajian luar negara yang mana manusia suka ikut dan tiru orang lain dan otak manusia diajar untuk ikut majoriti. 

Perasan tak kalau kita diberi pilihan Restoren A ramai pengunjung dan tak putus-putus makan di restoren tersebut dan Restoren B lengang saja tanpa pengunjung. Kalau anda diberi pilihan Restoren mana yang anda suka nak pergi?

Seminar semakin hangat dengan perkongsian demi perkongsian dari Mentor-Mentor yang tak jemu-jemu berkongsi. Saya ulangi mentor-mentor. Bukan seorang mentor ye. Ramai mentor yang berkongsi Ilmu dan pengalaman mereka dalam bisnes.

Dalam Seminar ini juga Mentor menbongkar RAHSIA bagaimana kejayaan demi kejayaan mereka kecapi setiap bulan hingga dapat mencapai tangga teratas dalam bisnes dalam masa 9 bulan sahaja. 

##########################################

"Onlinekan Hidup Anda, Bisnes Anda Akan Teronline Dengan Sendirinya"

~Tips Master Firdaus

#########################################

 konsentrasi beb! Sebelah tu anak dara saya. Faham ke tidak agaknya apa yang mentor cakap.

Famili No. 1

Sambil-sambil mendengar celoteh para Mentor, mata saya kekadang menjeling-jeling apa agaknya hero dan heroin saya buat kat belakang.





Ibu sedang belajar, anak-anak pula bebas bermain. Lagipun mereka gembira sangat dapat kawan baru. Balik rumah dok berceloteh cerita pasal kawan yang mereka jumpa.

Mana ada seminar yang anak-anak join sekali. Tapi dalam MFMS Group Family is No. 1. Antara matlamat join MFMS ini pun nak jadi Work At Home Mom (WAHM) macam Master Maria. Nak sentiasa disamping anak-anak dan famili. Nak tengok anak-anak membesar depan mata. Tak ada lah asyik nak diswastakan kepada orang lain untuk jaga anak. Kalau join bisnes tapi kena tinggal anak selalu dah terpesonglah tujuan asalnya.

Seminar diteruskan dengan perkongsian video lagi.

Video 2: Kisah Itik




Kisah itik ini manarik minat saya bagaimana mak itik mengajar anak itik mendaki tangga. Pada mulanya nampak amat sukar anak itik nak mengekori maknya yang telah berada di atas. Tetapi dengan usaha yang gigih akhirnya kesemua anak-anak itik dapat mengekori mak itik walaupun kena mendaki beberapa anak tangga yang amat sukar baginya. Dalam video ini mak itik tak tolong langsung anak itik naik tangga. Mak itik tengok saja dari atas. Anak itiklah yang menentukan usahanya untuk sampai ke atas.

Moral : Ramai orang gagal kerana berhenti berusaha sebelum berjaya dan cepat sangat berputus asa.

Video 3 : Insan tanpa tangan dan kaki


Video ini amat menyentuh hati saya. Satu je ayat yang saya ingat dari video ini.
 
" Kalau jatuh 100X pun anda perlu bangun. Kalau tidak anda akan jatuh selama-lamanya"


~ petikan Nick Juvicic


Diam tak diam, tanpa disedari dah tengah hari rupanya. Patutlah perut dah bergendang. kami disediakan juadah makanan yang sangat menyelerakan.

 Lapar-lapar jom makan. Wanita dalam photo tu Nadia namanya orang kuat seminar ini. Biasalah orang di sebalik tabir makan lambat sikit. Jangan risau makanan banyak lagi.

3C

Selepas solat, kami dihidangkan pula dengan perkongsian dari Master Maria bagaimana prospek dan sejauh mana kita boleh pergi dengan bisnes Shaklee ini.

Shaklee terkenal dengan 3C iaitu CASH BONUS, CAR BONUS dan CONVENTION TRIP. Cash Bonus saya dah dapat tiap-tiap bulan. 2C lagi bakal akan saya tangkap.

Mudahnya menjual

perkongsian dari En Arham pakat IT dalam MFMS group sangat saya tunggu-tunggu. Beliau berkongsikan bagaimana mudahnya bisnes secara online dengan kaedah 'SELAT' nya. En Arham sering berpesan CUSTOMER IS KING. KING apa? KING KONG....

Perkongsian Che Shafwana

Saya tersentuh bila Mentor menjemput seorang anak didiknya yang comel ke hadapan utnuk berkongsi cerita. Saya nampak dari matanya, cik adik comel ini sangat jujur dan tulus. 

Istimewanya Che Shafwana dijemput khas oleh Mentor kerana dia dapat meniru dan mempraktikkan apa yang diajar oleh Mentor dan dikongsikan di dalam FB.

Rahsia telah terbongkar sekali lagi, rupa-rupanya Che Shafwana telah mengkhatamkan ebook Mentor sebanyak 5 kali. Allahuakhbar....

Dr Azizan kata " Kalau kita nak berjaya, kita kena tiru orang yang telah berjaya buat"

Nampaknya Che Shafwana telah berjaya meniru orang yang berjaya iaitu Mentor kami buat.


Sebak kerana terpilih berada dikalangan team yang sangat bermotivasi dan berinspirasi.

Perkongsian Affni (nanny Shaklee saya) : Saya Sibuklah!!

Affni ini nanny Shaklee saya. Saya berbangga kerana berada di bawah Affni kerana beliau menjadi role model saya di mana ibu yang sibuk dengan anak-anak seramai 3 orang terpaksa bekerja tanpa maid. Menjaga orang tua lagi.Tidak menjadi alasan untuk berbisnes.

Affni berpesan kalau orang kata dia sibuk. Bila masa dia tak sibuk. Kalau hari ni sibuk. Besok tak sibuk ke? ayat pedas ni!

Kita tak boleh cari masa, tetapi kita boleh beri masa. Kalau kita cari masa insha allah takkan jumpa. Berilah masa untuk diri kita sendiri.

Affni membongkar rahsia betapa pentingnya solat DHUHA untuk jadikan hidup kita lapang dari kesibukan.

Terima kasih Affni menyedarkan diri saya yang terasa sibuk lah sangat...

Affni! you open my eyes


Sedikit perkongsian yang dapat dinukilkan untuk hari pertama OMG. Akan bersambung OMG hari kedua pula...TUNGGGUUUU....yang lebih happening.

Sekiranya anda rasa Entri ini BEST! Sila LIKE and SHARE.


#ibu 5 anak
Hafizah Mahfoz


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


No comments:

Post a Comment