Monday, June 9, 2014

BUKIT GAMBANG SAFARI SAVANNAH!

Assalamualaikum wbt.

Apa aktiviti cuti sekolah anda? Bila anak cuti sekolah ibu bapa pening kepala, manalah nak bawak anak-anak holiday. Saya dan suami tak ada plan mana-mana pun pada awalnya disebabkan suami saya sibuk out-station.

Mulanya suami saya bercadang nak ke Pulau Pangkor tetapi disebabkan bilik di sana fullybooked pada musim cuti sekolah ini kami terpaksa menundakan dulu hasrat ke Pulau Pangkor.

Jadi, saya gunakan plan B. Jom anak-anakku kita tour balik kampung. Apa kurangnya kat kampung kita macam-macam ada.

Balik Kuantan dulu

Jalan Gombak - Karak (Jalan Lama)

Riang ria anak-anak sebab dalam kereta macam Roller-Coster
Disebabkan hari Sabtu dan musim cuti sekolah pula, Jalan Highway Gombak ke Highway Karak sesak teruk. Jadi, suami saya mengubah arah ke Jalan Gombak-Karak jalan lama mengikuti rumah-rumah orang asli dan jalan bengkang bengkok. Kami di dalam kereta seperti dalam Roller-Coster lagaknya. Anak-anaklah yang paling seronok. Dapat main Roller-Coster free.


Pelik pulak, walaupun macam Roller-Coster tapi baby tetap tidur lena. Macam buai agaknya.



BUKIT GAMBANG RESORT CITY


Bukit Gambang Resort City

Lebih kurang pukul 3.00 petang kami sampai ke Bukit Gambang Resort City. Bukan main gembira lagi anak-anak ini bila tengok pintu gerbang ini.


Queue untuk mendapatkan tiket. Alhamdulillah warganegara Malaysia dapat diskaun. Janji ada mykad.

Ukur ketinggian, kena bayar tak kena bayar! kena juga. Dah besar anak ibu ini.

Hai kak eizzatul nak naik unta ke?

Tiket dah dapat. Jom kita Dora the Explorer! Sebelum kita explore Safari ni Jom kita solat dulu anak-anakku.


hari ni kita tak masuk waterpark ye anakku. Elok kita mengenali haiwan ciptaan Allah.


 Kami di sambut oleh pasangan Singa Putih


Jaga-jaga jangan termakan pulak handphone cik abang pegang tu. Naya je Singa tu.

Merajuk kelaparan

Jom! kita makan dulu ye. Tengahari tadi belum makan lagi. Tentulah tak ada tenaga nak berjalan. Makanan luar tak boleh bawa ke dalam Safari. So, terpaksalah ibu beli nasi beriani dan kebab kat dalam ni. Bolehlah untuk alas perutkan.


Jom selfie kejap sebelum melenguhkan kaki. buruknya mukaku bila berselfie.


Bermesra dengan kucing hutan.





Dora the Explorer Bermula

Jom kita mulakan explorer. Kami perlu menaiki tramp untuk ke Savannah Safari. 


 Tramp ini lah yang bawa kami menjelajahi Savannah Safari



Kami menaiki tramp yang akhir sekali iaitu pukul 6 petang. Alhamdulillah sempat dengan izin Allah.


 Dora ready to go to Safari Savannah Explorer

 Rusa sedang rakus makan

 Hai Pak Belang...relaks nampak!


 Siapa nampak harimau sila angkat tangan!

 ingatkan Ostrich kecik je...rupanya lebih tinggi dari saya.

 Rusa lagi...

 Cer cari haiwan tersembunyi....

 Lembu Fernleaf

 Apa tengok-tengok ada hutang ke?

 Kerbau putih Indonesia

 Cer teka apa pulak tu?


 Relaks lah ceetah....janganlah takut pulak.


 Amacam, hensem tak saya?

 Boringlah korang ramai-ramai, aku singa ni sengsorang je!

 Zebra Madagascar

Tak tahu lah ayah ambik haiwan apa pulak tu. Tak nampak haiwan. Nampak kita peeeeeacceeee...



The Best lah Safari Savannah Bukit Gambang Resort ni!

Night Show!

kami berkampung sehingga malam kerana nak menunggu Night Show. Night show lagi happening. Tapi tak banyak gambar kami sempat shoot sebab bateri handphone dah keok! 

alhamdulillah handphone cik abang masih banyak nyawa. Jadi, kita serbu handphone nya untuk abadikan saat-saat indah ini.

Malamnya kami dihidangkan dengan Teater Tarzan yang menyeronokkan.



Selepas itu kami dihidangkan pula dengan pertunjukan api oleh FIRE WORRIOR!





The little Pony and Elephant Feeding

 Little pony minat dengan baby lah. Suka cium.
Ayah dan little pony

 Cici dan little pony


Abang long, cici dan little pony

 Manja anak gajah ni. Suka makan.




Anak-anak pun dan lenguh-lenguh kaki. Jom kita balik rumah atuk dan nenek kat Panching, Kuantan. Safari Savannah pun dah nak tutup kedai. Semua haiwan pun nak tidur. Jangan kacau mereka.

Balik karang ibu nak makan ostematrix untuk hilangkan lenguh-lenguh kaki ibu seharian berjalan ni. Boleh gitu!


Gambar kenangan bersama 'THE FIRE WORRIOR'

Pendek kata berbaloi-baloilah bawa anak-anak ke Safari Bukit Gambang Resort ini. Kami dapat menikmati kebesaran Allah menjadikan pelbagai mahkluknya di muka bumi ini. Semoga anak-anakku mendapat ikhtibarnya.

Sekiranya anda suka entri saya kali ini sila LIKE dan SHARE.

Terima kasih kerana membaca.

#sukejalan
Hafizah Mahfoz dan family


No comments:

Post a Comment