Friday, May 30, 2014

5 TIPS HADAPI KESESAKAN LALU LINTAS

"Bila hujan je Jem, bila jem je hujan!"

Biasa tak dengar orang cakap macam ni? Dialog macam ni biasa kedengaran terutamanya dari bibir-bibir warga kota.

Info traffic hari ni " Jalan LDP bergerak perlahan manakala Jalan Duta didapati sesak teruk"

Warga kota seperti dah lali dengan keadaan sebegini. Kalau sehari jalan raya tu tak jem maknanya hari itu hari yang LUAR BIASA.



Pernah tak hadapi seperti ini?

Di sini saya nak kongsikan apa yang saya amalkan sepanjang hidup saya menghadapi traffic jem.

7 TIPS MENGHADAPI KESESAKAN LALU LINTAS

1. Dengar Radio

Kalau dulu saya suka dengar radio channel yang membuatkan kita lalai atau lagho dengan lagu-lagu.

Tetapi setelah usia semakin meningkat eloklah saya menghijrahkan diri saya ke arah yang lebih baik. Bukan kata saya ni alim sangat, tapi at least tidak lah saya terlalu lagho.

Jadi biasanya saya akan buka channel ikim.fmSebab apa saya suka sangat dengar ikim.fm ni kerana banyak pengisian yang membina terutamanya di waktu pagi ada program 'motivasi pagi' dari ustaz atau ustazah yang terpilih. Kadang-kadang ada juga perkongsian dari Dr Muhaya dan pakar motivasi lain berkongsikan kata-kata hikmah mereka. Jadi pagi-pagi kita penuhkan dengan kata-kata motivasi untuk kita lebih bersemangat memulakan hari.



Seelok-eloknya waktu pagi kita dimulai dengan yang baik-baik sahaja.

Bila petang saya suka dengar nasional.fm jam 6.30 PM iaitu program Raudah. Program pelbagai ceramah dari ustaz dan ustazah yang terkemuka.

2. Berbual dengan penumpang

Ini sesuai hanya kepada penumpang yang lebih dari seorang. Ye lah kalau sorang-sorang nak berbual dengan sapa. Hantu ke? ....takuttttt...

Bila kita berborak dari satu cerita ke satu cerita yang lain, jadi tak la terasa bosan menghadapi traffic jem yang panjang. Tetiba dah sampai destinasi yang dituju tanpa disedari.

Yang paling best kalau borak dengan anak-anak. Masa inilah ibu bapa dapat bermesra-mesra dengan anak-anak. Tapi kalau dah bingit sangat panas satu badan.



riuh rendah anak-anak dalam kereta

3. Tidur

Heheheehhhee....ini saya selalu buat, bila cik abang memandu dan saya jadi penumpang sebelah. Tapi jangan buat bila memandu sorang. Siapa pula yang bawa kereta nanti. Lainla kalau ada 'Auto Pilot'.

Tips ini hanya sesuai bila anda sebagai penumpang. Tapi kesian kat pemandu terkial-kial sorang-sorang menahan bosan di jalan raya.

Sayalah selalu buat ni. Kesian cik abang saya.

4. Telefon orang yang tersayang

Tips ini diwajibkan pakai earphone ye..
Biasanya, pengalaman saya sendiri perjalanan ke pejabat dari rumah akan memakan masa selama 2 jam pergi dan 2 jam balik.

Bayangkan lah duduk dalam kereta sorang-sorang selama 2 jam. bosan kan? Kalau tak bosan, mengantuklah pulak.

Bila mengantuk ni bahaya sikit. Tiba-tiba kita hilang tumpuan dalam sesaat saja. Sesaat itu boleh mengundang seribu satu ancaman. 

Anda boleh ter'bam' kereta hadapan. Itu kalau pemanduan dalam keadaan yang sangat perlahan hingga 0-20 km/j bila traffic jem. Bila dah ter'bam', duit pun melayang. Nak kena bayar ganti rugi.

Macam kes saya tahun lepas 'bam' kereta orang sebab mengantuk. Padahal sekelip mata je terlelap. Tup! tup! dan cium belakang Hilux. Hilux calar sikit je. Kereta saya pulak yang kemik teruk di bahagian hadapan.

Jadi, untuk mengelakkan mengantuk, saya akan menelefon orang yang saya sayang. Biasanya mak saya lah yang jadi mangsa. Tiap-tiap pagi saya akan telefon mak untuk hilangkan rasa mengantuk tahap kronik saya.

Sehinggakan emak saya akan pelik kalau sehari saya tak telefon. Mak saya akan fikir " Tak kerja lah Ann (nama manja) hari ni".

5. Berzikir

Ini tips yang paling berharga. Biasanya kita akan rasa susahnya nak ucapkan astagfirullahalazim sebanyak 100 X, Allahumasoli ala muhammad 100 X terutamanya kat tikar sembahyang bukan. Banyaknya nak kumat kamit. Nak bertasbih dan bertahmid 33X tu pun susah. Ni kan pula sampai 100X.

Mudah...mudah sebenarnya. Dalam kesesakan lalu lintas selama 2 jam itu tanpa disedari kita telah menghabiskan zikir kita sebanyak mana yang kita mahu malah sehingga 1000X lebih pun pernah saya buat. 2 jam kot...bukan sekejap tu.

Jadi amalan rohani dalam traffic jem amat berkesan. Malah, ia dapat menenangkan kita semasa 'stuck' dalam traffic. Maklumlah, punch card pukul 8.30 am ni. tapi masih berada di tengah-tengah highway. Bikin panas ni!!!
Bersyukur kerana traffic jem. Kita dapat mendekatkan diri dengan Allah.

Percayalah, Zikir ini akan menjadikan hati kita tenang setenang-tenangnya. Budak-budak sekarang panggil apa tu 'COOL MAN'.

Antara zikir yang saya amalkan semasa dalam kesesakan.

1. Astagfirullah 100X
2. Selawat 100X
3. Ya Wahhab 300X
4. Surah Al-Ihklas (Qul huwallah hu ahad) 100X
5. Lahaula Wala Quwata Illah Billah Hil Aliyil Azim 100X




Digital Tasbih inilah peneman saya di kala 'stuck' dalam traffic jem.

Percayalah, anda tak akan rasa stress langsung. Tetiba je dah sampai ke destinasi. Kalau boleh nak lebih lama lagi di jalan raya sebab tak habis 100 kali lagi zikir...hehehehheee..

Bonus Tips

Perlu diingat perjalanan kita ditentukan oleh Allah. Minta dengan Allah dilapangkan perjalanan supaya lancar urusan kita.

Antara tips saya sebelum memulakan perjalanan sudah tentunya dimulai dengan 

1. Bismillahirohmanirahim
2. Doa meninggalkan rumah



3. doa naik kenderaan


kereta idaman

4. Surah Al-Insyirah



Sejurus habis baca surah itu bayangkan semua jalan-jalan yang akan kita lalui (seelok-eloknya kita sebutkan nama-nama jalan tersebut) contohnya Jalan DUKE, Jalan MRR2 yang saya lalui ini sangat lancar. Perjalanan lancar selancar-lancarnya. Tiada halangan untuk saya sampai ke destinasi dengan selamat. Ya Allah...permudahkanlah.

Insha allah. Buat je! Tak caya tak apa!


Saya harap perkongsian saya ini dapat dimanfaatkan kepada insan-insan yang menghadapi masalah traffic jem yang amat teruk seperti saya.

Jadikan Traffic Jem ini satu pengalaman yang menyeronokkan. Insha allah, Allah akan memudahkan urusan kita.

Wallahualam,

Terima kasih kerana membaca.

Saya doakan anda dapat manfaatnya.

Sekiranya anda suka Entry saya ini sila LIKE dan SHARE.

#Minah Jalanan
Hafizah Mahfoz

1 comment:

  1. Sgt bermanfaat. Jom singgah di blog saya; http://syokcariduit.blogspot.com/?m=0

    ReplyDelete