Saturday, June 7, 2014

OMG!! SEMINAR PALING HAPPENING DAN BEST! - DAY 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Seperti yang dijanjikan saya akan sambung celoteh saya untuk OMG hari ke-dua.

Disebabkan hari pertama saya agak lewat. Hari kedua ini saya tak nak lewat lagi. Seawal subuh saya dah kejutkan askar-askar saya untuk turut serta ibunya menuntut Elmu.

Alhamdulillah kami sampai awal ke Pusat FIT hari ini. Sempat breakast dulu. Apa-apa pun seperti biasa bagi kenyang dulu kepada anak-anak saya.

Syukur alhamdulillah, sampai di Pusat FIT pintu bilik seminar belum dibuka pun. Ramai peserta serta Mentor menunggu di luar. Bersemangat betul mereka.

 Gossip bisnes dulu sementara pintu dibuka

 Selfie dulu sikit

 Alahai bapa mithali. Demi menuntut Elmu sanggup mengendong anak.

Tak start lagi. Jom melaram dekat "THE MOST HAPPENING SHAKLEE TEAM IN MALAYSIA". Macam besttt je!

Hari Kedua

Sebelum kami memulakan seminar, kita exercise dulu. Jom bara! bara! bara!...bere! bere! bere!....yeeee haaaa!



sporting betullah makcik-makcik ni. Yang makcik tu sayalah.

Seminar hari ini lebih kepada teknikal. Mukadimah hari ini, mentor berkongsi bagaimana kita nak menjemput rezeki. Rezeki tidak perlu dicari. Kalau kita cari rezeki, lambat nak jumpa. Tapi kalau kita menjemput rezeki, mudah sangat rezeki nak datang. Macam mana? 

Sedekah, Dhuha dan Doa Ibu Bapa adalah punca rezeki. Tak payah percaya. Buat saja.


Sejak saya terjebak dalam Group MFMS ini seriously saya telah transformkan diri saya dari biasa-biasa ke hidup luar biasa. Dan sedikit demi sedikit saya memperbaiki perubahan diri saya ke arah yang lebih baik. 

Kalau dulu saya liat sangat nak bangun malam. Alhamdulillah, sekarang hampir tiap-tiap malam saya akan usahakan untuk bangun malam tahajjud mengadu dengan Allah, merintih dengan Allah.

Kalau dulu saya tak pernah solat Dhuha, Alhamdulillah sekarang Dhuha dah macam solat wajib bagi saya. Kalau miss sehari Dhuha saya macam terkilan sangat.

Kalau dulu saya rasa berzikir 100X, 300X tu beratnya...banyaknya...
Tapi sekarang 1000X istighfar pun saya boleh buat.

Ya, Allah . Syukur Ya Allah. Kau ketemukan aku dengan Group yang sangat sangat hebat bukan saja dari segi duniawi saja malah ukhrawi juga. Saya sayang MFMS Group, The Most Happening Shaklee Team In Malaysia.

Online Marketing

Kali ini Mentor mengajar kami bagaimana Online Marketing boleh meningkat carta bisnes kita. Mentor berkongsi bagaimana beliau buat bisnes ayam hanya melalui Blog. Hai! Ayam pun boleh masuk blog kan. canggih tak canggih ayam sekarang. Ayam abad ke 21 ni ayam educated.

Mentor juga berkongsikan tip-tip berblogging dan ber 'FB' yang boleh buat duit. Bukan ber BLOG dan ber FB kosong saja ye.

Dulu saya pernah ber BLOG. Kalau anda perasaan saya pernah ada blog. Tapi blog saya mati, tak hidup, sebab blog saya blog syok sendiri. Tapi di sini Mentor saya mengajar bagaimana boleh buat jadikan BLOG satu LUBUK EMAS kepada kita dengan cara mudah dan tanpa kos.

En Arham yang banyak berikan tip-tip dari segi teknikal

Offline Marketing

Offline Marketing dikongsikan oleh Daddy Shaklee saya iaitu En Syed Hafiz Kaulat. Beliau pakar dari segi bisnes secara tradisional. Maksud saya tradisional ialah bisnes face to face. Jumpa orang jual barang. Hafiz berkongsikan strategi macam mana hendak berhadapan dengan pelanggan atau prospek secara tradisional.

3 jejaka kacak komited beri yang terbaik
Dari kiri Daddy Shaklee saya En. Hafiz Kaulat, En. Taufiq (tengah) dan Master Firdaus (Founder MFMS)

Game 1 : Pecah Penumbuk

Game ini memerlukan 2 orang untuk bermain dalam satu team. Seorang peserta merapatkan genggaman penumbuk serapat-rapatnya dan seorang lagi cuba memecahkan genggaman penumbuk peserta seorang lagi dengan menggunakan hanya 2 jari telunjuk kiri dan kanan.

Pelbagai reaksi dan cara yang mereka lakukan termasuk saya. Saya cuba mengorek dan merobek genggaman genggaman penumbuk pasangan saya tapi tak berjaya.

Kenapa?

Moral this game: Kita selalu merumitkan sesuatu yang mudah. Padahal perkara tersebut boleh diselesaikan secara mudah sekiranya ada tekniknya.

--------------------------------------------------------------

Kami juga didedahkan dengan The Power of SENYUM. Dengan SENYUM boleh membawa rezeki. Dengan aura SENYUM yang keras akan menjadi cair.


Saya suka senyum. Kalau ambil photo tak nampak gigi tak sah. Ada orang tegur saya iklan ubat gigi.

Perkongsian dari Mommy Shaklee saya Kam Haryatie : Leader!!

Tadi perkongsian dari Daddy Shaklee saya kan, kali ini perkongsian Mommy Shaklee saya pula Kam Haryatie

Cute kan mommy Shaklee saya.

#########################################

"To Be A Good Leader, You Must Be A Good Follower"
"Follow The Leader"

~Pujangga Kam Haryatie

########################################

Mudahkan. Nak jadi leader ikut apa yang leader kita buat. Duplicate. Alahai...mudahnya.

########################################

"Think Positive, Be Positive And Positive Thing Will Happen"

~Madah Kam Haryatie

########################################

########################################

"Help Others To Help Others to Help Others"

~Madah Kam Haryatie lagi

#######################################


Selepas penat Mommy Shaklee saya berpujangga dan bermadah kami sekali lagi dihidangkan makanan tengahari yang sangat lazat dan berzat dan sesuai untuk mereka yang berada dalam "Cabaran Ideal Weight" menjelang hari raya nanti.


Ini antara peserta "Cabaran Ideal Weigth" menjelang Hari Raya yang begitu happening dibawah naungan MFMS Group. Kan saya dah kata Group ini happening. Macam-macam program ada kat sini.



Hot Seats

Program dihangatkan lagi dengan perkongsian Hot Seats Kam Haryatie, Syakilla Huzairi, Affni dan Adni Harlina.

Mereka terpilih menjadi speakers Hot Seats dalam program kali ini kerana mereka telah berjaya dengan ranking teratas mereka sekarang ini. Apa membawa kearah kejayaan mereka ini adalah 'Push Factor'.

Mereka sering menekankan apakah 'Push Factor' kita untuk lebih berjaya. 'Push Factor' itulah yang mendorong kita untuk buat sesuatu dengan begitu berjaya walau seribu kali halangan melanda tidak menjadi alasan.

Saya pun ada 'Push Factor' saya kenapa saya join Group ini. Akan diceritakan dalam entry yang lain nanti.


Cik Syakilla Huzairi bercerita dengan penuh semangat

Mommy Kam Haryatie ada seorang anak yang perlu dibiaya hingga  RM1000 sebulan



Cik Adni Huzairi dari tak suka berniaga jadi jatuh cinta dengan berniaga


Cik Affni ( Nanny Shaklee saya). kecil-kecil cili padi.

Game 2 : Cari Duit!

Program semakin hangat walaupun dah nak sampai ke penghujungnya. Dimeriahkan lagi dengan game Cari Duit yang sangat meriah ini.


Peserta akan diminta untuk menghulurkan sejumlah wang yang diminta kepada Mentor dan habuannya mereka yang berjaya menghulurkan dalam jumlah yang tepat akan diberi hadiah yang lebih dari nilai yang diberi.

Akhir sekali, diacara kemuncak game, mentor meminta sejumlah wang untuk menerima habuan sekeping sampul angpow yang tidak tahu berapa nilai di dalamnya.

Berebut-rebut mereka menghulurkan wang yang diminta untuk mendapatkan sampul misteri itu.

Saya pun turut serta game ini tapi kecundang.

3 orang heroin yang berjaya menghulurkan wang untuk hadiah sampul misteri.

Bila dibuka sampul-sampul tersebut, kosong. Haaa.....serius kosong. kenapa?

Moral of the game: Jangan buat sesuatu yang kita tak tahu apa terjadi. Kenapa kita buat sesuatu yang tak nampak nilainya. Jangan ulangi kesilapan berulang kali dan berhati-hati bila buat sesuatu yang kita tak tahu.

Pesan Mentor

1. Cari Ilmu dari pelbagai Mentor.
2. Berkawan dengan orang yang buat bisnes lain.
3. Cari idea bagaimana nak buat perkara yang orang lain tak buat.
4. Permudahkan semua urusan orang lain, Insha allah Allah permudahkan urusan kita.

MFMS Future Project

Tak sangka sebenarnya banyak plan projek yang dibuat oleh Mentor saya ini demi kejayaan anak-anak didiknya di bawah Empayar Maria Firdaus.


Projek-projek ini akan dijalankan peringkat demi peringkat. Secara jujurnya saya yang berada di bawah Empayar Maria Firdaus ini tak terkejar dengan pelbagai projek yang dirancang. Sangat-sangat hebat. Sangat-sangat berinspirasi. Sangat-sangat mengujakan.

Saya tinggal follow saja template yang disediakan. Strategi, Teknik dan Marketing semua mentor dah fikir. Tugas saya dan rakan-rakan copy paste saja apa yang beliau buat.

Ya, Allah mudahnya nak berbisnes kalau kita ada Mentor.

Empayar Maria Firdaus, The Most Happening Shaklee Team In Malaysia

Hadiah

Di akhir program, mereka yang telah naik rank diberikan hadiah. Dah lah mereka dapat CASH BONUS, dapat CAR BONUS lagi, intensive BONUS lagi. Ini dapat hadiah peribadi dari MFMS pula. Ini yang membakar jiwa raga saya ini untuk lebih berusaha lagi.




Akhir sekali, Mentor menyampaikan hadiah yang sangat bermakna kepada pencatat nota yang paling banyak sepanjang program yang bernilai RM997 iaitu tiket ke program IMKK Dr Azizan. Wow! You are awesome dik. Catatannya terkumpul sebanyak 100 ++ .




Ahli keluarga besar dalam group Maria Firdaus.

I LOVE MY MFMS GROUP
"THE MOST HAPPENING SHAKLEE TEAM IN MALAYSIA"

Saya doakan anda dapat manfaat dari entri ini. Sekiranya anda suka sila LIKE dan SHARE entri ini.

Terima kasih kerana membaca.

#excitedMOM
Hafizah Mahfoz


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!




No comments:

Post a Comment