Assalamualaikum wbt.
Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda berada dalam lindungan Allah swt.
Entri kali ini Kak Fieza terpanggil nak berkongsi ilmu. Baru-baru ni Kak Fieza menghadiri Majlis ilmu di Surau Al-Mustaqqim, LEP 7 Seri Kembangan 2 hari sebelum menyambut Ramadhan.
Jadi topiknya berkisar Ramadhan yang bakal menjelma.
[Kuliah Dhuha Surau AlMustaqqim]
Oleh Ustazah Syarifah Ummu Saida Nafisa
Terima kasih ustazah atas perkongsian ilmu.
Tajuk : Ramadhan Yang Terindah
Antara perkongsian Ustazah pagi itu,
☑ Berdasarkan kepada tuntutan berpuasa dari Allah dalam surah AlBaqarah ayat 183, Allah tidak perintahkan puasa kepada orang ISLAM. Tapi Allah hanya perintahkan puasa ni eksklusif kepada Orang yang BERIMAN.
☑ Objektif berpuasa adalah untuk menjadi orang BERTAQWA
☑ 6 kelebihan bangun SAHUR
1. Ikut sunnah (pahala 700 X ganda ganjaran)
2. Membezakan puasa orang islam dan ahli kitab (orang yahudi). Orang Yahudi berpuasa tapi tak sahur.
3. Tambah kekuatan tenaga untuk berterawih.
4. Tingkatkan keikhlasan dalam beribadah.
5. Hilangkan rasa marah bila kelaparan.
6. Dapat peluang zikir/doa semasa waktu sahur
☑ Makanan terbaik waktu Sahur adalah KURMA.
☑ Waktu afdal bersahur adalah 10-15 minit sebelum azan subuh.
☑ Setiap amalan di Bulan Ramadhan ganjarannya 700 X ganda. Tiada di Bulan lain.
☑ 3 Amalan yang dituntut di Bulan Ramadhan
1. Sedekah
2. Baca AlQuran
3. Sambung SILATURRAHIM
☑ 2 perkara yang mahkluk di langit sangat mencemburui makhluk di bumi.
1. kita boleh bersedekah sedangkan mereka malaikat tak boleh.
2. kita boleh meratap menangis mohon keampunan dosa sedangkan mereka tak boleh.
Wallahualam.
Sebenarnya banyak lagi perkongsian ustazah pagi semalam. Saya ringkaskan saja.
Didoakan anda dapat manfaatnya. Kekurangan harap dimaafi.
#kuliahdhuhaAlMustaqqim
~HM
Showing posts with label Kuliah Dhuha. Show all posts
Showing posts with label Kuliah Dhuha. Show all posts
Monday, May 6, 2019
Monday, March 12, 2018
Adab Wanita Islam Dalam Iddah Yang Wajib Diketahui Yang Ramai Tak Tahu
Assalamualaikum wbt,
Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda dilindungi Allah dan dikurniakan keberkatan dunia akhirat.
Baru-baru ini saya diberi rezeki kesihatan dan masa untuk bersama-sama jemaah AlMustaqqim ke kuliah dhuha special.
Sebab apa special? selama saya mengikuti kuliah dhuha lebih kurang 10 tahun di Surau AlMustaqqim ni, penceramah kami adalah Ustazah Syarifah selaku ustazah tetap kuliah dhuha kami. Memang tak jemu mendengar kuliah Fardhu Ain Muslimah ustazah setiap 2 minggu sekali di Surau AlMustaqqim.
Tapi kali ini, kuliah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Misbah iaitu suami kepada Ustazah Syarifah kerana kali ini tajuknya lebih mencabar. Ustaz Misbah biasanya berceramah di surau kami setiap minggu jumaat malam sabtu.
Atas permintaan jemaah Muslimah, Alhamdulillah ustaz bersetuju untuk memenuhi undangan kami khas untuk merungkaikan satu isu yang dipandang remeh sekarang ni.
"ADAB SEMASA BERADA DALAM TEMPOH IDDAH"
🌺 Pengertian Iddah?
Garis panduan beriddah bagi wanita yang bercerai atau kematian suami sebagai panduan dan rujukan kepada masyarakat Islam dalam kalangan wanita berkaitan batas hukum dan adab semasa berada dalam tempoh Iddah menurut hukum syarak.
🌺 Istilah Fuqahah (Para Ulama)
Masa Iddah ialah sebutan atau nama suatu masa di mana seorang wanita menanti atau menangguhkan perkahwinan setelah ia ditinggalkan mati oleh suaminya atau setelah diceraikan baik dengan menunggu kelahiran bayinya atau berakhirnya beberapa quru' atau berakhirnya beberapa bulan yang sudah ditentukan.
🌺 Quru'
Masa menunggu/menanti bagi seseorang wanita iddahnya.
Hukum Iddah
🌺 Hukum Iddah menurut syarak
Wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami.
🌺 Hukum Berkabung menurut syarak
Wajib ke atas wanita yang kematian suami sahaja!.
Manakala, bagi saudara-mara, anak pinak, cucu-cicit harus berkabung hanya 3 hari sahaja.
Sumber Hukum
Hukum-hukum ini diambil dari nas dan dalil-dalil sahih iaitu Surah Al-Baqarah ayat 228, Surah Al-Talaq ayat 1 dan 4 dan hadis Ibnu Majah.
Maaf, photo kurang jelas sebab ambil direct dari screen slide ustaz.
Apa Hikmah Adanya Hukum Iddah?
🍎 Untuk memastikan kekosongan rahim daripada benih suami terdahulu. Tujuannya untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami terbaharu dikahwininya.
Cantiknya Islam dalam menjaga zuriat dan asal-usul keturunan.
🍎 Untuk Iddah Talak Raj'ie (Talak yang boleh dirujuk),
hikmahnya sebagai ruang kepada suami dan isteri untuk berfikir dan menilai semula segala tindakan dan kesilapan yang telah dilakukan termasuk kesan daripada perceraian yang berlaku untuk kembali rujuk kepada isterinya.
🍎 Bagi wanita kematian suami tempoh iddah tersebut sebagai:
tempoh berkabung bagi menghormati dan mengingati nikmat perkahwinan terdahulu.
tanda menjaga hak suami dan tanda menzahirkan kesetiaan isteri kepada suaminya.
Ustaz Misbah menerangkan secara terperinci hal-hal Iddah dan tak jemu melayan persoalan-soalan dari jemaah.
Antara jemaah muslimah yang hadir. Khusyuk mendengar pencerahan ustaz.
Para jemaah muslimin juga turut hadir memandangkan hal iddah ini bukan saja wanita perlu tahu hak-haknya. Kaum lelaki juga perlu tahu apakah tanggungjawab mereka dan batas-batas mereka dalam hal iddah ini.
Alhamdulillah, walaupun saya terlambat 5 minit menghadiri kuliah, Allah beri rezeki saya duduk di barisan hadapan, berhadapan dengan ustaz. Dalam mana-mana majlis ilmu saya suka duduk di barisan hadapan. Para ilmuwan pesan, duduk di hadapan lebih mendapat keberkatan guru. Insya Allah.
(Saya bertudung hijau, no 3 dari kanan)
Antara muslimah yang hadir. Ramai juga hadir kuliah kali ini. Tekun kakak kita ambil nota.
2 Jenis Iddah
1) Iddah kerana diceraikan
2) Iddah kerana kematian suami
Tempoh Iddah Wanita Yang Diceraikan
1) 3 X suci dari haid
✅ dicerai
✅ pernah disetubuhi
✅ tidak mengandung
2) 3 Bulan
✅ dicerai
✅ telah putus haid (menopous)
✅ sudah tua
✅ wanita tiada haid
3) Hingga Lahirkan Anak
✅ diceraikan dalam keadaan mengandung
4) Tiada Iddah
✅ diceraikan
✅ tidak pernah disetubuhi oleh suaminya
Wanita diceraikan suami dengan talak raj'ie ( talak 1 dan 2 ) boleh dirujuk semula.
Beza menutup kulit dan menutup aurat?
Ustaz ada bawa isu, ada seorang muslimah di sebuah busana muslimah menyoal, Apa beza menutup kulit dan menutup aurat?
Ustaz jawap : sekiranya kita pakai kain nipis pun dikira menutup kulit. Tapi menutup aurat tidak dikira sekiranya kain yang menutup itu nipis hingga menampakkan warna kulit dan bentuk tubuh. Sedangkan yang wajib adalah menutup aurat.
Hak-hak isteri yang telah diceraikan dalam tempoh iddah
1) Dalam tempoh iddah suami wajib menyediakan tempat tinggal
2) Wajib menyediakan makan dan minum untuk bekas isteri
Sila tonton Video yang dikongsikan di bawah ini untuk lebih jelas.
1) VIDEO 1 (SILA KLIK)
2) VIDEO 2 (SILA KLIK)
Tempoh Iddah Wanita Kematian Suami
Ada 4 situasi yang berbeza untuk Iddah kematian suami
Situasi 1:
Selepas Cerai Raj'ie, Kematian Suami, Tidak mengandung
✅ Ada haid @ tiada haid
✅ Tempoh Iddah : 4 bulan 10 hari
✅ Kiraan Iddah bermula pada tarikh kematian.
Situasi 2:
Talak Ba'in (talak 3, tidak boleh rujuk), Kematian Suami, Tidak mengandung,
✅ Ada haid @ tiada haid
✅ Tempoh Iddah : 3 X suci @ 3 Bulan
✅ Kekal Iddah asal iaitu Iddah Talak Ba'in. Iddahnya tidak bertukar kepada Iddah kematian suami
Situasi 3:
Kematian Suami , Telah disetubuhi atau belum disetubuhi, Tidak mengandung
✅ Ada haid @ tiada haid
✅ Tempoh Iddah : 4 bulan 10 hari
✅ Wanita yang kematian suami bukan saja wajib ber'iddah malah wajib juga berkabung
Situasi 4:
Kematian Suami, Mengandung
✅ sedang mengandung
✅ Tempoh Iddah : sehingga melahirkan anak atau kandungan gugur
✅Tamat Iddah selepas melahirkan sama ada anak hidup atau mati atau keguguran yang telah membentuk janin atau sekadar segumpal darah menurut pakar itu adalah kandungan sebenar.
Kiraan Masa Iddah
🌺 Masa Iddah secara syariat agama dihitung dari terakhir kali berhubungan badan dengan suami dan dalam keadaan suci
🌺 Misalnya ketika terakhir bersetubuh lalu esok harinya isteri mendapatkan haid maka perhitungan masa Iddah dimulai ketika isteri sudah suci dari haid.
🌺 kiraan yang betul untuk mencukupkan 3 x haid
suci - haid -> 1 x
suci - haid -> 2 x
suci - haid -> 3 x
🌺 Lama waktu masa Iddah adalah 3 Quru. Sebahagian pendapat mengatakan 3 quru adalah :
3 X haid
3 Bulan
3 Bulan 10 hari (100 hari)
🌺 Ramai orang memakai masa Iddah 3 bulan 10 hari (100 hari)
🌺 Sebaiknya ikutilah cara tuntutan syariat kerana jika terjadi suami rujuk kepada isterinya diakhir masa tempoh Iddah menurut hukum negara dan melakukan persetubuhan ketika itu dikhuatiri akan menjadi zina di mata Allah.
Isu-isu semasa Iddah Kematian Yang Perlu Diambik Perhatian
🌺 Hukum keluar bekerja
Dibolehkan wanita yang kematian suami keluar bekerja (atau untuk urusan lain yang perlu) asalkan ia pulang untuk bermalam di rumah suaminya selama masih dalam Iddah (4 bulan 10 hari dari tarikh kematian suami atau hingga melahirkan anak jika hamil)
🌺 Hukum memakai hiasan
Haram ke atas wanita kematian suami berhias selama waktu Iddah.
Perhiasan diri yang dilarang seperti:
✅ berinai
✅ bersolek dll
Perhiasan pakaian dan barang kemas yang dilarang seperti:
✅ cincin
✅ gelang emas atau perak
✅ batu permata
✅ pakaian bercorak dll
✅ pakaian bercorak dll
🌺 Diharuskan berpindah
Wanita dalam Iddah boleh berpindah dari rumah yang diduduki dengan alasan takutkan ancaman keselamatan dirinya, anak dan hartanya atau terganggu/mengganggu jiran atas keberadaannya di kawasan itu.
Wanita dalam Iddah boleh berpindah dari rumah yang diduduki dengan alasan takutkan ancaman keselamatan dirinya, anak dan hartanya atau terganggu/mengganggu jiran atas keberadaannya di kawasan itu.
🌺 Wanita dalam Iddah tidak boleh keluar menziarahi anaknya.
Namun begitu jika hatinya sedih atau sunyi disebabkan kehilangan suaminya dan memerlukan teman berbual dari kalangan anaknya sendiri. Makanya dia boleh pergi ke rumah anaknya yang sangat berdekatan dengan rumahnya tanpa bermalam di rumah anaknya.
Sekiranya anaknya jauh dan tidak memungkinkan ia pulang dalam masa yang singkat, dan tiada anak lain yang dekat, dibolehkan bermalam.
Antara perkara yang diharuskan dan tidak menjadi larangan semasa dalam Iddah ialah memotong kuku dan mengemas rumah.
🌺 Macam mana pula hubungan suami/isteri dengan bekas keluarga mertua
Adik-beradik kepada suami adalah tidak mahram.
kerana itu batasan pergaulan dengan mereka sama seperti batasan pergaulan dengan ajnabi yang lain iaitu tidak boleh buka aurat. tidak boleh bersentuhan (bersalaman) berduaan dan sebagainya
Apabila pasangan telah meninggal sekalipun tuntutan menjaga hubungan dengan keluarganya tidak sebesar ketika dia masih hidup. Namun digalakkan hubungan baik itu terus dipelihara terutamanya dengan individu yang dikasihi pasangan ketika hidup.
Baginda sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan orang yang dikasihi oleh Syaidatina Khadijah semasa hayatnya.
Sessi Tanyalah Ustaz?
1) Apakah adab wanita berIddah dalam media sosial?
Ustaz jawab:
✅ Bukan dalam Iddah pun wanita perlu menjaga adab bersosial.
✅ Bukan dalam Iddah pun wanita perlu menjaga adab bersosial.
✅ Berhubung dengan keluarga diharuskan.
✅ Berhubung dengan lelaki lain - haram (kecuali dalam hal kerja yang sangat perlu)
✅ Bercakap dengan lelaki lain harus dengan syarat intonasi suara yang tidak mengghairahkan.
✅ Bagi salam diharuskan
2) Mengiringi jenazah hingga ke kubur?
Ustaz jawab:
Ustaz jawab:
✅ Bagi wanita dalam Iddah dinasihatkan tidak perlu ke kubur
✅ Tidak digalakkan isteri dalam Iddah ke kubur. Dikhuatiri meratap, menangis yang akan menyeksa jenazah dalam kubur. Dikhuatiri juga terjadinya percampuran antara lelaki dan wanita semasa di kawasan perkuburan.
✅Wanita lain diharuskan pergi dengan syarat menjaga batas pergaulan, menjaga aurat,tidak campur lelaki dan perempuan dan tidak meratap hiba.
✅ Ustaz juga mengulas bagaimana hukumnya menziarahi kubur di hari raya?
Ustaz jelaskan lebih baik menziarahi tempat yang mengingati kita kepada Allah iaitu kubur yang mengingatkan kita ke arah kematian yang bakal kita semua tempuhi daripada menziarahi tempat yang yang melalaikan contohnya menziarahi rumah saudara tetapi tak ingat nak solat.
Ustaz jelaskan lebih baik menziarahi tempat yang mengingati kita kepada Allah iaitu kubur yang mengingatkan kita ke arah kematian yang bakal kita semua tempuhi daripada menziarahi tempat yang yang melalaikan contohnya menziarahi rumah saudara tetapi tak ingat nak solat.
3) Bergaul dengan orang lelaki di tempat kerja?
Ustaz jawab:
Ustaz jawab:
✅ Berwassap dan bercakap hanya untuk bidang kerja saja.
4) Bolehkah wanita dalam Iddah keluar ke majlis ilmu?
Ustaz jawab:
Ustaz jawab:
✅ Harus hanya untuk ilmu fardhu ain contoh ilmu solat.
✅ Tak harus untuk ilmu fardhu kifayah
5) Sekiranya wanita dapat tawaran haji pada tahun tersebut bolehkah ia keluar ke kursus haji?
Ustaz jawab:
Ada 2 jawapan:
1) BOLEH,
sekiranya tarikh menunaikan Haji lambat lagi (selepas tamat tempoh Iddah) atas dasar keperluan menuntut Ilmu Haji. Dengan syarat Haji yang bakal ditunaikan adalah Haji Wajib (Haji kali pertama).
Sekiranya ada peluang menuntut Ilmu Haji tersebut selepas habis Iddah, elakkan hadir sewaktu Iddah tersebut. Tangguhkan hadir kelas sehingga habis Iddahnya nanti.
2) TIDAK BOLEH,
sekiranya tarikh Hajinya menempuh waktu tempoh Iddah ( Haram menunaikan Haji dalam waktu Iddah).
Tangguhkan kelas Hajinya ke tahun hadapan. Hajinya juga perlu ditangguhkan ke tahun hadapan.
Alhamdulillah, banyak perkara perihal Iddah telah terungkai. Namun masih banyak lagi persoalan yang bermain diminda. Sebab perihal Iddah ini sekiranya tidak berlaku terhadap diri sendiri ramai yang tak ambil cakna.
Mudah-mudahan ilmu dikongsikan ini dapat manfaat anda semua. Mohon ustaz dan ustazah halalkan. Mana yang baik datangnya dari Allah dan yang kekurangannya dari diri saya sendiri dan mohon maafi.
Wallahu'alam.
Sekiranya anda suke entri saya kali ini sila tekan button SHARE dan LIKE supaya ramai lagi yang dapat manfaatnya. Nak dapat saham kubur silalah SHARE.
Alhamdulillah, banyak perkara perihal Iddah telah terungkai. Namun masih banyak lagi persoalan yang bermain diminda. Sebab perihal Iddah ini sekiranya tidak berlaku terhadap diri sendiri ramai yang tak ambil cakna.
Gambar kenangan bersama Yang Berbahagia Ustazah Syarifah dan Ustaz Ahmad Misbah
Mudah-mudahan ilmu dikongsikan ini dapat manfaat anda semua. Mohon ustaz dan ustazah halalkan. Mana yang baik datangnya dari Allah dan yang kekurangannya dari diri saya sendiri dan mohon maafi.
Wallahu'alam.
Sekiranya anda suke entri saya kali ini sila tekan button SHARE dan LIKE supaya ramai lagi yang dapat manfaatnya. Nak dapat saham kubur silalah SHARE.
Tuesday, October 28, 2014
KULIAH DHUHA MUSLIMAH : HAID DAN ISTIHADAH PART 3
Assalamualaikum wbt
Apa khabar rakan-rakan, sahabat-sahabat yang budiman. Saya doakan anda berada dalam naungan Allah swt. Saya doakan anda kaya dan berjaya ( heehheeee..trademark Dr Azizan Osman, pinjam sekejap)
Ada juga orang yang sudi follow topik hot saya ni, HAID DAN ISTIHADAH dan menunggu-nunggu tarbiah selanjutnya.
Seperti biasa, saya tak akan terlepas peluang untuk kongsikan apa yang saya dapat di Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Ustazah Syarifah, penceramah tetap kuliah dhuha di Surau Al-Mustaqim Taman Lestari Putra, Seri Kembangan Selangor.
Pada kali ini ustazah masih membincangkan tentang Haid dan Istihadah. Kan saya dah kata, topik 2 darah ini makan berminggu-minggu untuk diperbincangkan. Sesiapa yang terlepas dengan kuliah sebelum ini sila klik link di bawah supaya anda lebih faham apa yang diperbincangkan. Entri ini adalah kesinambungan kepada kuliah-kuliah yang lepas.
KULIAH DHUHA MUSLIMAH : HAID DAN ISTIHADAH PART 1
KULIAH DHUHA MUSLIMAH : HAID DAN ISTIHADAH PART 2
Saya agak terkilan sebab saya masuk lewat kuliah pagi ini kerana perlu menyiapkan hal-hal rumahtangga dulu kerana suami saya out-station.
Masuk saja kelas, semua tempat duduk dah penuh. Terpaksalah saya duduk menyelit. Tapi tak perlu risau sebab Madrasah Al-Mustaqim sentiasa menyediakan keselesaan untuk kariahnya. Saya dan Awina saya duduk menumpang meja dengan Cikgu Ayu. Terima kasih cikgu Ayu.
![]() |
| terima kasih cikgu Ayu |
Ustazah masih menyambung perbincangan tentang Haid dan Istihadah.
Apakah tanda-tanda terkena Istihadah?
1. Biasanya kanak-kanak yang belum sampai usia baligh. Dalam islam, kanak-kanak perempuan mencapai usia baligh dalam usia 9 tahun. Bermakna sebagai contoh sekiranya kanak-kanak ini keluar darah dalam usia 7 tahun dikira darah istihadah.
2. Darah yang keluar dari wanita hamil.
3. Darah yang keluar bukan dalam tempoh minimum haid. Dalam Islam, darah haid keluar paling minimum sehari semalam, kebiasaannya 7-8 hari, maksimum 15 hari. Sekiranya wanita tersebut mengalami keluar darah dalam jangka masa sangat pendek contoh 1/2 hari saja. Ini bermakna darah tersebut adalah darah istihadah.
4. Darah yang lebih daripada tempoh 15 hari. boleh juga dikenalpasti melalui warna darah tersebut. Sekiranya darah haid warnanya agak kecoklatan. Sedangkan darah istihadah warnanya seakan merah darah. Sekiranya yakin darah tersebut ialah darah istihadah wajib mereka solat.
5. Darah yang lebih dari tempoh darah nifas maksimum 60 hari.
Dalam kes, sekiranya wanita tersebut hanya berdarah nifas seminggu saja sebagai contoh. Selepas suci selama seminggu kemudian keluar semula darah, ini bermakna darah tersebut adalah darah haid.
![]() |
| Awina jadi PA saya catat isi penting |
Antara perkara yang bersamaan hukumnya dengan kes istihadah
1. kencing berterusan yang tidak boleh dikawal.
2. Keluar air mazi berterusan.
3. Sentiasa keluar angin.
4. Sentiasa keluar najis dari duburnya.
Cara dan ikhtiar untuk mengatasinya
1. Masukkan kain/kapas tempat yang bermasalah. Caranya:
- bersihkan tempat tersebut.
- masukkan kain/kapas di dubur atau di qubul.
soalan: memadaikah sekiranya pakai pad/tuala wanita sahaja?
sekiranya memakai pad sahaja ditakuti cecair masih terasa mengalir dan bocor. Masih terasa sesuatu keluar.
2. Setiap kali nak solat perlu memperbaharui wudhu'nya.
Ustazah ada menyatakan sekiranya ingin solat 2 waktu dalam satu wudhu' diharuskan tetapi dengan syarat buat solat pertama dah nak dekat-dekat waktu solat kedua.
Contoh, solat zohor dan asar. Buat ZoSar (Zohor dan Asar) la nampak gayanya. Untuk keuzuran seperti ini diharuskan.
![]() |
| Anak-anak kecil seperti ini perlu dididik menghadiri majlis ilmu |
![]() |
| Awina tenung ustazah ke? |
Bila ustazah bercerita
Ada satu kisah ustazah menceritakan tentang gangguan syaitan. Ada seorang hamba Allah bila nak mengangkat takbir seperti ada sesuatu yang menarik tangannya balik. Sedangkan semasa ia nak mengambil wudhu' juga mengambil masa yang agak lama ( penyakit was-was melanda ). Bila masa ingin bersolat, seksanya dia nak membaca fatihah hingga menggelembung-gelembung mulutnya. Dalam kes seperti ini diharuskan untuk melakukan Jama'.
![]() |
| Ustazah bercerita |
![]() |
| kami khusyuk mendengar |
Apa yang harus dilakukan bila berada dalam istihadah
1. Wajib solat.
2. Iktikaf dalam masjid.
3. Tawaf.
Orang yang dalam haid sekiranya terpaksa melalui atau menyeberangi kawasan masjid kerana tiada laluan laluan lain ketika itu adalah diharuskan dengan syarat mereka tidak berhenti di tengah masjid. Berjalan hingga ke tempat tujuan non-stop.
Sekiranya ada ceramah atau majlis nikah di dalam masjid, tetamu yang dalam keadaan haid diharamkan berada dalam masjid. Mereka perlu berada di luar kawasan masjid. Sekiranya di surau dibolehkan. Surau bukan kategori masjid.
Hukum bersetubuh dengan Wanita Istihadah
Kaum wanita pada zaman Rasulullah lumrahnya ada Istihadah. Allah tidak melarang menyetubuhi wanita istihadah.
Dibolehkan guna alat pelindung seperti kondom untuk elakkan kemudaratan kerana dinding rahim lemah ketika itu.
Sekiranya bersetubuh dengan wanita istihadah boleh memudaratkan sebelah pihak atau kedua-duanya hukumnya HARAM bersetubuh.
Niat Wudhu' untuk Wanita Istihadah
Niat umum
"Nawaitu wudhu' Lillahitaala"
Boleh buat semua ibadah dengan niat seperti ini.
"Nawaitu istibahatusolah" ( untuk yang beristihadah)
Boleh berniat seperti ini untuk mengharuskan solat
Perbezaan darah HAID dan ISTIHADAH
Ada pendapat sesetengah darah keruh dan kuning bukan darah haid.
Ustazah membawa beberapa situasi untuk dibincangkan.
Situasi 1
Seorang wanita didatangi haid selama 15 hari. Warna darah hari pertama hingga hari ke-10 adalah kehitaman. Hari yang ke-11 hingga ke-15 berwarna merah darah. Berapa hari waktu haid sebenarnya?
Jawapan: 10 hari
Situasi 2
Seorang wanita mengalami pendarahan selama 15 hari. Kebiasaannya haidnya adalah 5 hari. Berapakah hari haidnya?
Jawapan : 5 hari
Pertanyaan dari Muslimah
Soalan 1
Bagaimanakah dikategorikan sekiranya seminggu haid, seminggu suci. Selepas seminggu datang haid semula?
Jawapan Ustazah
7 hari -> HAID
7 hari -> SUCI
7 hari -> HAID
haid tidak teratur boleh dilihat dari 3 kategori
1. warnanya
2. kepekatan
3. baunya
rujuk seperti di atas.
![]() |
| kena conteng juga di whiteboard lebih faham |
![]() |
| haaa...baru la jelas gituu... |
Soalan 2
Sekiranya pakai IUCD darah kadang kala keluar non-stop sebulan. Bagaimana nak kenal pasti jenis darahnya?
Jawapan Ustazah
Ada beberapa kes contoh sekiranya 5 hari datang haid kemudian 25 hari adalah istihadah ( boleh dikenalpasti melalui kepekatannya, bau dan rasa seperti jadual kategori di atas ).
Kes lain boleh juga 15 hari haid dan 15 hari istihadah.
Soalan 3
Adakah dibolehkan wanita dalam haid dan istihadah menziarahi kubur?
Jawapan Ustazah:
Diharuskan.
![]() |
| tulisan doktor...alahai asalkan faham. sebab itu kena catat kat blog pulak. |
Seperti biasa kami para muslimah akan di jamu sedikit juadah sarapan pagi sebelum bersurai.
Opsss!! hari ini ada mesyuarat muslimah. Walaupun orang kuat Muslimah Kak Normah tak dapat hadir hari ini, tapi mesyuarat diteruskan juga oleh orang kuat kedua Muslimah LEP7 iaitu Puan Nor Hafizah.
![]() |
| Muslimah LEP7 yang menghadiri mesyuarat |
![]() |
| Puan Hafizah selaku orang kuat yang menjayakan aktiviti Muslimah LEP7 |
- Kuliah Feqah untuk wanita
- Kelas memasak Siri 2 (yang pertama telah berjaya dilaksanakan-kelas membuat kek coklat moist)
- Masak cara mudah 'Nasi Maglubah @ Nasi Arab Terbalik (yang ni saya pun nak cuba).
- Kelas Aerobik ( I LIKE ).
- Jom kita jogging.
- Jom berkraftangan Siri 1 - "Kelas Felt".
- Kursus pengendalian makanan.
- Kelas berzanji/Marhaban.
- Lawatan ziarah Rumah Warga Emas/ Anak Yatim.
- Lawatan ekonomi & sosial @ Rombongan Cik Kiah ( waaahhhh!!! ni yang menarik ni ).
![]() |
| Kak Ani dan Kak Aiza dah terbayang nak join rombongan Cik Kiah la tu...hehehhehehe |
Saya doakan anda mendapat manfaat dari sedikit perkongsian saya yang tidak seberapanya ini. Yang baik datangnya dari Allah. Yang kurang dari saya dan harap maafi. Sekiranya ada tokok tambah sudikan lah KOMEN di bawah ye!
Sekiranya entri ini sangat bermanfaat untuk dikongsikan kepada rakan-rakan anda sila LIKE dan SHARE di button bawah.
SALAM UKHWAH DARI,
Hafizah Mahfoz.
Subscribe to:
Posts (Atom)

























