Showing posts with label Buat duit hari-hari. Show all posts
Showing posts with label Buat duit hari-hari. Show all posts

Sunday, March 12, 2023

10 Tahun Merasa Duit Raya Awal Dengan Shaklee

Assalamualaikum Sahabat fiezabard yang dikasihi. Kak Fieza doakan anda sihat dan berbahagia selalu disamping keluarga.

Diam tak diam dah hampir 10 tahun Kak Fieza  berkecimpung dengan dunia bisnes Shaklee. Bermula  sebagai pengguna produk Shaklee dengan Set Menyusu Shaklee.

Buat pertama kali Kak Fieza menggunakan produk Shaklee ini, bila dapat kesan yang sangat baik terutamanya kesan dari  pengambilan Ostenutrix iaitu produk Kalsium Magnesium Shaklee, sakit belakang serta merta hilang.

Jemput ikuti kisah sakit belakang  Kak  Fieza di sini Klik

>>  Kisah Sakit Belakang Yang Tidak Tertanggung Sejak Hamil Anak Sulong

Berkongsi Manfaat Shaklee

Sejak  itu Kak Fieza terpanggil untuk berkongsi dengan rakan-rakan  yang mengalami masalah yang sama dengan Kak Fieza akan kebaikan produk Shaklee untuk mengatasi masalah mereka.

Tanpa disangka dengan hanya share kebaikan Shaklee kepada rakan-rakan Kak Fieza dapat CEK TUNAI bernilai RM36.80 dari pihak Shaklee.  Wow, itu baru geli-geli je. Tak serius lagi Shaklee dah bayar CASH.

Ini adalah CASH BONUS pertama Kak Fieza yang buat Kak Fieza sangat bersyukur. Buat geli-geli je pun dapat CASH BONUS.

Sejak itu dari CASH 2 ANGKA yang Shaklee berikan bertambah dari 3 ke 4 ANGKA  dari  tahun ke tahun. Masya Allah.

10 Tahun Merasa Duit Raya Awal Dengan Shaklee

Kak Fieza adalah seorang engineer di sebuah Syarikat Tersohor di Malaysia. Jawatan engineer yang Kak  Fieza pegang  tidak menjanjikan kehidupan selesa sangat dalam keadaan ekonomi yang bergolak.

Tambahan lagi keluarga pun semakin besar dari tahun ke tahun. Dulu kereta Kancil anak sorang.  Tapi anak dah 6 orang dah tak selesa nak berkancil lagi. Bila keluarga besar, perbelanjaan juga besar.

 

Inilah keluarga besar kami seramai 8 orang semunya. Duit Raya Awal Shaklee membantu kami buat persiapan awal hari raya dengan gembira.

Paling terasa bila tiba musim raya, mana nak korek duit  raya awal untuk menyediakan kelengkapan raya.

Baju raya sekarang sepasang bukan murah-murah. Baju kanak-kanak pun cecah ratusan ringgit. Belum lagi biskut raya. satu balang biskut cecah puluhan ringgit. Belum lagi peruntukan duit raya untuk mereka dan sedara mara lagi. Takkan kita nak gigit jari kenang duit tak ada nak sediakan kelengkapan raya.

Alhamdulillah, Shaklee sangat menjaga kebajikan para distributornya. Tak kira sama ada anda serius berbisnes atau  sekadar makan sendiri. Tiap-tiap bulan Shaklee akan beri duit tunai awal kepada mereka yang layak.

Lebih-lebih lagi bila tiba musim Raya, Shaklee akan beri DUIT RAYA AWAL. Biasanya Shaklee akan bayar Tunai kepada penerima CASH BONUS pada 14hb setiap bulan tak pernah miss. Kadang-kadang Shaklee akan beri DUIT RAYA AWAL bila tarikh perayaan jatuh sebelum 14hb. Best ke best.

Selain dari Duit Tunai yang ditawarkan, Shaklee juga menawarkan peluang 3C iaitu

🎁 CASH BONUS

🎁 CAR BONUS

🎁 CONVENTION TRIP


 Jemput klik photo untuk info peluang 3C yang Shaklee tawarkan

 

Modal RM35 Mampu Raih Duit Raya 3, 4, 5 dan 6 ANGKA

Lebih mengujakan Shaklee bayar CASH pada 14hb setiap bulan. Disaat gaji kerja hakiki sedang menyusut, bila dapat CASH ditengah bulan muka  yang murung kembali tersenyum. Sapa tak  gembira dapat duit  raya awal.

Malah Shaklee boleh berikan CASH BONUS unlimited. 4, 5 atau 6 ANGKA tak mustahil anda dapat kecapi.


 

Sejak tahun 2020 hingga tahun 2023 Shaklee telah membayar sejumlah RM 372 Juta kepada Shaklee Distributor yang layak. Banyakkan.

Anda boleh menentukan berapa banyak duit raya yang bakal anda nak terima nanti. Shaklee akan bayar unlimited mengikut kelayakan anda. 

Disaat Kak Fieza masih bekerja makan gaji, bila dapat duit lebihan begini sangat membantu. Masih Kak Fieza ingat mula-mula mendaftar Shaklee dulu RM65. Tapi sekarang Shaklee baik hati, hanya mendaftar RM35 atau FREE registeration dengan belian produk RM450 +- dalam 1 resit anda berpeluang dapatkan DUIT RAYA EXTRA anda hari ini. Anda berpeluang dapatkan Duit Raya sebanyak 3, 4, 5 dan boleh cecah 6 ANGKA SEBULAN.

Tambahan lagi bila tiba musim naik sekolah dan musim hari raya. Bila anak dah ramai,  duit raya awal sangat diperlukan. Syukur  ada duit lebih  dari CASH yang Shaklee bank in kan.


Ini adalah contoh DUIT RAYA AWAL SHAKLEE bakal bankin yang tercatat dalam Dashboard Sistem Shaklee. Baru 8 hari di bulan Mac dah cecah 4 ANGKA CASH. Bayangkan bila 31 Mac 2023 nanti. Berapa banyak duit raya yang diperolehi. Bonus Cash ini akan di bankin pada 14hb April beberapa hari sebelum hari raya. Best kan bila ada duit raya awal Shaklee beri.

Nak Buat Apa Dengan Duit Raya Awal Dari Shaklee

Bila dapat duit raya awal dari Shaklee, banyak urusan dan persiapan dapat diselesaikan dengan sempurna dan senang hati. Tambahan lagi Duit Raya Awal Shaklee di bankin pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan iaitu pada 14hb manakala raya Insya Allah 22hb Mac 2023. Antara persediaan yang boleh digunakan dengan Duit Raya Awal Shaklee:

✅ Lebih banyak boleh bersedekah pada 10 malam terakhir.

✅ Beli baju anak-anak.

✅ Hadiahkan baju raya baru suami.

✅ Persediaan juadah raya seperti biskut raya, kek dan kuih muih.

✅ Perbelanjaan balik kampung (duit minyak, tol, jajan waktu perjalanan pulang). 

✅ Peruntukan duit raya untuk mak, ayah, anak-anak, anak sedara, cucu sedara.

✅ Dapat infaq kepada anak yatim dan yang lebih memerlukan.

Masya Allah, banyakkan duit raya nak guna untuk persediaan menyambut raya nanti. Kalau tak ada duit mahu garu kepala gayanya.

Duit Raya Awal Shaklee sangat banyak membantu mengurangkan kekusutan anda.

Siapa Yang Boleh Dapat Duit Raya Awal Shaklee?

Senarai ini adalah ciri ciri mereka yang SANGAT SESUAI DAPAT DUIT RAYA AWAL SHAKLEE dan seterusnya menjadikan bisnes Shaklee sebagai sumber pendapatan.

✅ Individu yang teringin nak buat bisnes tetapi tak tahu nak buat bisnes apa.
Individu surirumah yang nak buat income dari rumah.
Individu yang masih bekerja tetapi nak tambah income secara part time.
Individu graduan yang masih menganggur.
Individu pelajar kolej dan universiti yang memerlukan duit poket tambahan secara part time.
Individu yang minat sangat bisnes tetapi tiada modal besar nak setup kedai.
Individu yang mempunyai impian untuk buka empayar bisnes sendiri.
✅ Invidu lepasan SPM yang nak duit extra dan nak duit raya awal.
Individu yang berkerjaya, tetapi rasa NAK BERHENTI KERJA tetapi ada sumber pendapatan yang melebihi gaji sekarang.

 

Anda masih tak percaya kelebihan Bisnes Shaklee boleh beri DUIT RAYA AWAL? Tak percaya tak pe buat je. Masih tak percaya lagi anda dijemput baca perkongsian Duit Raya Awal Shaklee dari salah seorang leader kami Puan Rusimah yang telah dapat Duit Raya Shaklee sejak 1993. Kagum saya. 

>> Duit Raya Awal Shaklee

Sekiranya anda ingin bersama-sama kami dapatkan CASH FREE dan DUIT RAYA AWAL dengan SHAKLEE dengan bimbingan mentor-mentor yang terbukti berjaya.

ANDA INGIN DAPAT DUIT RAYA AWAL ANDA TAHUN INI?

HUBUNGI SAYA


SETIAP KEJAYAAN BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA!!


LANGKAH PERTAMA SAYA BERMULA DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE.

ANDA BAGAIMANA? :)

Nak tahu lebih lanjut bagaimana saya bermula?

  KLIK DI SINI


Sekiranya anda suka entri saya kali ini sila SHARE dan LIKE supaya ramai lagi yang boleh dapat manfaatnya. Nak dapat saham kubur sila la SHARE.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 

 #blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#ShakleeSeriKembangan
 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:
hafizahmahfoz (tekan)

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)
 
 
 
 
 

Wednesday, October 3, 2018

TWB Success Story : Ujian Demi Ujian Tidak Jadi Halangan, TWB Beri Sinar Untuk Teruskan Kehidupan Lin


Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi?

Saya doakan anda dikurniakan kesejahteraan dunia dan akhirat.

Entri kali ini, Kak Fieza nak share satu kisah sangat memberi inspirasi dan sangat menginsafkan.

kepada yang tak tahan air mata, sila bawa tisu siap-siap ye.

Kisah ini agak panjang. Kisah duka seorang wanita yang sangat tabah setelah diceraikan baru-baru ini. TWB membuatkan beliau bangkit tanpa toleh ke belakang.

Nama dan gambar empunya diri perlu dirahsiakan demi menjaga hati keluarga beliau dan semua pihak. Semoga kisah beliau menjadi ikhtibar buat semua wanita. Jom ikuti kisah beliau.


"Jika akak tak join kursus mobile spa bulan lepas, akak tak tahu nak makan apa hari ini...."


Kisah saya agak panjang juga walaupun semua baru berlaku, akak cuba ringkaskan.

Saya Lin (bukan nama sebenar), menetap di Putrajaya.

Berusia 43 tahun, ada seorang anak perempuan 16 tahun. Saya merupakan penghidap Diabetes, hypertension, neuropathy dan retinopathy.

Sejak setahun yang lalu, masalah rumah tangga dan kesihatan saya semakin kronik. Beberapa hari sebelum raya haji penglihatan saya terganggu di mana saya tak dapat melihat jelas menggunakan kedua-dua mata.

Pada raya haji bebaru ini, saya diceraikan suami melalui text wasap.

Sebelum ni asalnya hidup selesa. Dah 6 tahun saya surirumah sepenuh masa. Tiap-tiap bulan suami bank in RM2k dalam akaun bank.

Langit tak selalu cerah. Saya tak pernah terfikir akan berpisah, lagi-lagi suami baik orangnya. Bekerja keras utk cukupkan segala.

Namun siapalah saya, nak menentang takdir Allah. Jodoh kami setakat ini saja.

Petang tu saya terima text tu...maghrib tu saya pergi surau...lama saya sujud...Ya Allah...aku redha dengan ketentuanMu...

Dua hari saya menangis. Dan menangis. Saya redha, cuma agak tak sangka terjadi perpisahan jiwa ni waktu mata saya bermasalah.

Saya tiada savings. Tiada harta. 6 tahun senang lenang semua suami tanggung. Apa saya nak buat?

Mana saya nak mula? Macam mana? Pelajaran tak tinggi...dah agak berusia...sakit pulak. Majikan mana nak ambil pekerja macam saya yang tiap-tiap minggu kena ke hospital, ke klinik, yang asyik sakit.

Selain mata, saya ada luka diabetic kat tapak kaki. Jari-jari kaki kanan saya dah 4 kali kena amputate...dah takde 4 jari.

Orang cakap...jangan risau sangat...jangan pikir banyak...Allah ada. Cakap senanglah, kalau kena baru tahu.

Saya percaya, kalau takde usaha, macam mana rezeki nak masuk? Saya kena buat sesuatu!

Semua orang diduga dan diuji. Lain-lain ujian dan tahap aje kot. Bagaimana kita melepasinya, itu kita yang kena fikir.

Macam-macam cadangan saya pertimbangkan. Akhirnya saya ikut kawan saya pergi preview career talk mobile spa satu projek group yg lain.

Saya tekad. Ni lah penyelamat saya! Senang aje. Gosok-gosok muka orang aje! Kena cari modal RM5k aje! Kalau saya ada RM5k, buat apa saya nak gosok-gosok muka orang?

Malam tu kawan saya yang lain bagi saya nombor Maria Firdaus.

24 Aug 2018, saya join Free Preview The Walking Beauty (TWB) di bawah Master Maria Firdaus.

Okay. Nekad dah...this is it! Cari RM2k aje. Tak susah kot. Kalau tak berjaya buat duit. Tak ralat hilang RM2k.

Saya ni ego agak tinggi juga. Bukan jenis pinjam-pinjam duit orang. Tak suka berhutang. Saya pernah beli kereta alza ambil loan bank. Tapi bila saya jadi surirumah, saya nak cut monthly expense, saya bagi orang sambung bayar, supaya saya takde hutang bulanan. So, nak pinjam-pinjam duit bukan mudah bagi saya.

"Instead of saya meratap menangis lama-lama. Saya dah plan perjalanan hidup saya seterusnya"

Saya call salah seorg ahli keluarga rapat saya dan ceritakan masalah saya. Ni minggu yg sama saya kena cerai ni. Instead of saya meratap menangis lama-lama. Saya dah plan perjalanan hidup saya seterusnya. Ini redha pada saya.

Saya luahkan pada kakak angkat saya, dia surirumah jugak.

Tetiba esok hari dia bagitau saya. Dia dah minta tolong anak dia bank in cash RM2k ke akaun saya.

Dia cakap..."Adik, i believe in you. Akak tahu adik boleh berjaya. Adik gunalah duit akak dulu...no hurry to pay back..."

Masa tu saya pikir...Ya Allah, betul ke ni nak guna duit orang untuk terjun bidang yang not my flare ni?

Saya PM Maria..saya tanya macam macam.

Ok puas hati...29 Aug 2018 saya bayar RM1999 + RM100 kelas penjagaan berpantang.

31 Ogos 2018 lepas perarakan Merdeka, saya masuk training dengan Master Ainul. Habis training nekad cari customer.

Dengan mata yang tak berapa nampak. Saya ni gemuk, kaki masalah saraf. Susah nak duduk bersila bagai. Tapi nak cari duit punya pasal, saya tak nak minta duit orang...ehsan orang. Saya mesti berusaha sendiri.

Masa training. Nampak mata saya sepet sebelah. Otot saya lemah tak boleh fokus dua biji mata tu.

Owh ye. Anak perempuan saya 16 tahun tolong hantar saya dari Putrajaya ke Bangi naik motor. Dia lesen L aje. Belasah jer la. Sakit punggung jangan cerita.

Waktu tu, saya dah tak boleh drive. Mata tak berapa nampak. Duit tak ada nak naik uber. Motor pun motorlah.

Kawan saya tanya...'Acaner ko nak facial muka orang, muka ko pun tak berapa nak elok ni?' Hahaha

Ada saya down?? Tidakkkkk

Saya perfectkan skill eye and face massage saya. Saya buat HOMESPA saya betul-betul macam SPA.

Apa yang Master Ainul ajar, saya dengar. Baca group telegram..dapat ilham.

Facebook saya ada 200 kawan je masa tu. Asalnya set private. Atas nasihat mentor dalam TWB, saya publickan.

Saya start sharing pasal aktiviti saya. Saya tak promote lagi.

Saya masih tak yakin, so saya offer free full facial kat 7 orang. Mentor dalam TWB yang suruh.

Sebelum buat servis berbayar, belajar buat yang free. So kalau buat silap orang tak marah.

Saya tak yakin jugak nak offer servis. Tapi yang dapat free facial saya ni..dah war2kan kat kawan2 lain...

"Best giler kena ulit-ulit muka dengan Lin..."

Then 9 Sept 2018...duit kat tangan saya tinggal RM18. Dlm bank ada RM109.50 tak silap

Naik motor anak bawak dari bank ke bank...kenapa tak boleh withdraw?? Tak boleh transfer??

Kena timpa tangga lagi. Rupa rupanya, orang yang sambung bayar kereta saya, dah 3 bulan tak bayar! Bank sekat akaun saya!

Tu je duit saya ada. Dah terdesak...saya mula iklan servis by wasap dulu. Offer RM30 aje. Ni dah terlebih murah dari market price. Tapi sebab saya tak berapa yakin, saya rasa murah pun tak per lah. Janji dapat duit.

Saya dibayar RM100. Nangis terus....saya bgtau Maria. Customer cakap puas hati kerja saya. Alhamdulillah.

Next customer RM50 pakej mak anak, dia bayar saya RM100 juga

Pada waktu tu, hanya Allah yang tahu perasaan saya. Betapa gembiranya dapat duit cash dikala betul betul tak ada duit.

Saya pernah naik motor dari Putrajaya ke Setiawangsa buat facial.... Sakit bontottttt.

Naik motor pergi Hotel Marriot. Parking motor pun tatau kat mana. Ni semua semata-mata nak buat servis untuk customer.

Kemudian, kakak saya baru dpt tahu kesusahan saya. Saya kena sound sebab tak bagitau dia, dia terus bank in RM 1K dlm akaun saya. Akaun yang kena beku tu. Huhu.

Saya mampu tengok baki...tapi tak mampu keluarkan.

Lepas tu saya tak berapa kisah dah apa jadi dengan duit dalam akaun tu...

Ikhlas hati, saya bukan seorang yang suka menyusahkan orang lain. Even adik beradik sendiri. Selagi mampu, saya akan berusaha sendiri.

"cash masuk almost hari-hari melalui servis mobile spa"

Sejak buat Mobile SPA, cash masuk almost hari-hari melalui servis mobile spa.

Melalui teknik marketing yang team TWB ajarkan, saya berjaya dapatkan customer dari kawasan sekitar.

Namun, tahap kesihatan saya belum sembuh sepenuhnya. Seminggu 2 atau 3 kali saya kena ke hospital dan klinik kesihatan.

Saya mohon belajar kelas pemakanan, penjagaan diabetes, kelas bersenam. Saya susun semua hidup balik. Tapi hari-hari saya akan sebut TWB...TWB... "Ya Allah, tolonglah aku..."

Saya ke jabatan agama, JKM, mahkamah etc...tapi saya masih boleh buat duit masuk...susun jadual saya.

Hari saya sihat...saya go MOBILE SPA! Hari saya tak sihat...saya panggil kawan-kawan datang rumah buat HOME SPA.

Tengah hari saya akan senang pitam. So no appointment masa tu.

Sekarang, Alhamdulillah. Mata saya semakin pulih. Kurang sepet skit dah. Darah tinggi saya minggu lepas doktor dah potong satu ubat sebab dah turun. Gula saya dah bawah paras 10.

Saya rasa semua related to stress.

Saya dulu tak minat beauty. Saya tak minat spa2 ni. Tapi saya nampak jalan keluar dari masalah saya.

Walaupun kecantikan mahupun spa bukan dunia saya. Tapi selepas saya belajar dalam mobile spa, saya rasa ia seperti memberi satu keseronokan dan kepuasan buat saya.

Ilmu yang saya peroleh dari Team TWB sangat berharga. Ilmu urutan spa, barangan berkualiti yang disediakan, teknik marketing yang superb dan amazing, serta team yang sangat supportive.

Tadi naik court kes cerai saya...lafaz luar mahkamah. Ex husband cakap, saya nampak kuat, nampak happy dengan life saya.

Saya sedih sangat....tapi i will be okay now.

Kawan-kawan pun paham saya susah duduk bersila. Saya gemuk, diorang sendiri akan suggest facial atas katil. Today saya dapat hadiah katil spa dari seorang kawan. Lazada datang hantar kat rumah.

Saya dapat hadiah sauna FIR dari kawan jugak, Hahah ni peberet saya...

Sambil-sambil duduk tengok konsert Big Stage kat TV... Ada org datang sauna...dapat RM30. Boleh la lepas makan saya anak beranak.

22 Sept 2018 saya masuk kursus penjagaan berpantang TWB. Trainer saya haritu tegur saya nampak lain. Saya dah pandai gosok-gosok muka sendiri. Dah nampak berseri sikit wajah saya.

Semalam lepas maghrib, saya maafkan semua orang dan segala-galanya. Termasuk yang menyusahkan saya.

Saya jenis cakap, tulis takde hide2..berterus terang...kat fb wall saya, tulis dr hati.

Ada yang kurang senang...kata saya memalukan diri.

Sebenarnya, niat saya...saya tahu ramai kat luar tu...pun kurang baik...tapi malu nak ngaku...malu org tahu... Makan dalam. Saya share...supaya org tahu..life is not easy for everyone.

There's no fast track to success

Semalam saya dengar Datuk Seri Vida cakap...There's no fast track to success...

Kalau rajin nak usaha...TWB will lead the way to success. Tapi TWB tak boleh spoonfeed success to you.

Alhamdulillah, melalui servis mobile spa TWB ni, saya berjaya peroleh hampir RM2000 untuk bulan pertama ini.

Dalam keadaan saya yang tak berapa sihat ini, dalam keadaan berulang alik ke hospital, mahkamah, pejabat agama dan lain lain lagi, saya rasa ia pencapaian yang membanggakan untuk saya.

Bukan mudah seorang wanita seperti saya untuk mendapat apa yang saya dapat sekarang ini. RM2000 untuk bulan pertama satu dalam bidang ini sangat menggembirakan saya .Terima kasih ya Allah.

Dalam group mobile spa saya, ramai yang berjaya. Mereka yang sihat dan buat secara fulltime boleh peroleh income RM5k, RM7k, RM10k dan ada yang dapat RM20k melalui mobile spa ini.

Tambahan pula selepas ini team kami buat Pakej Berpantang pula, maka lebih mudahlah untuk saya memberikan servis nanti.

Syukur Alhamdulillah. Saya berada dalam group dan jalan yang betul.

Dalam sakit perit air mata yang macam telaga air zam zam tak pernah kering, Allah beri nikmat lain iaitu "Ketenangan Jiwa" buat saya.

Saya dah mula TWB SPA, saya nak grab peluang dalam pakej TWB penjagaan berpantang dan selepas bersalin tu.

Sebab saya nampak demand dan market di situ. Kalau kita mula lambat, orang lain yang ambil peluang dulu.

Terima kasih semua. Maafkan saya kalau menyinggung dengan bahasa tak seberapa ni.

Terima kasih buat Maria Firdaus. Terima kasih buat trainer. Terima kasih rakan rakan TWB atas ilmu yang kalian kongsikan.

Saya ni IG pun tak reti. Facebook pun terkial-kial, Nak edit iklan pun tak reti.

Tapi dalam TWB, ada aje org tunjuk ajar. Ada saja orang yang nak tolong. Kami semua dah macam adik beradik.

Dalam kekalutan dalam kehidupan, mentor saya berpesan kepada kami semua.

1) Untuk Yang Ada Suami Yang Baik:

❤ Berusahalah untuk stabilkan family sama. Jangan harapkan suami seorang untuk baiki kewangan.

 Kena gilap skills supaya ada back up if anything happened.

 Buat savings sendiri, reward suami dan anak anak untuk gembirakan mereka (redha mereka penting dlm bisnes).

2) Untuk yang ada suami tetapi tak bertanggungjawab:

 Focus dan usaha utk baiki diri demi anak2.

 Jangan jadi hamba pada lelaki , stand up!

 Doa setiap hari minta Allah beri hidayah pada suami, tetapi ini bukan jalan untuk you meredhai apa yang suami buat ( Bangkit n fight for your rights - cari 3rd party utk dptkan advice)

3) Untuk Yang Single Women / Moms :

 Jangan sedih bila tak ade suami

Percayalah, hidup single tetapi berduit adalah lebih bahagia dari hidup bersuami tapi tak berduit dan menyusahkan.

 Cari redha Allah, cari kasih sayang Allah kerana cinta Allah is the ultimate one!

Harap bermanfaat la sharing daripada saya. Doakan saya rezeki kebaboom keajaiban pada hujung minggu ni. Semoga Allah murahkan rezeki saya juga.

Lin,
TWB Beautician

Menawarkan Servis Mobile SPA sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya, Nilai.

=====

# Jika anda ingin mendapatkan SERVIS SPA Area Putrajya, KL, Cyberjaya, Nilai daripada Puan Lin, boleh hubungi beliau di : 010-2281141

# Jika anda ingin belajar jana pendapatan harian melalui Mobile Spa seperti Puan Lin, boleh hubungi Kak Fieza untuk maklumat lanjut.

Sila Share Jika Anda Rasa Sharing Ini bermanfaat

----------------------------------------------------------

Ini pula message terbaru Pn Lin


Syukur Alhamdulillah, Allah turunkan hujan dan petir di tengah hari. Rupanya nak beri Pelangi di petang hari.

---------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah. Sekarang Dah Ramai Yang Berjaya dengan TWB

Jika ada sahabat yang nak tahu detail pasal bisnes mobile spa ni. Boleh PM Kak Fieza di 019-2118757.

ATAU

klik  👇👇👇


Nanti Kak Fieza kongsikan detail macam mana anda pun boleh jana pendapatan melalui Mobile Spa seperti Lea.

#silasharekegrouplain
#semogabermanfaat
#thewalkingbeauty
#FBEEmpire
#TWB
#fiezaDBeautyHomeSPA
#TWBByMFMS
#TWBByFBE

Ini adalah peluang anda untuk mendapat income secara konsisten setiap bulan.

Perlu diingat, ini adalah BUSINES SPA ok! Bukan duduk goyang kaki duit tetiba datang bergolek. No...No...No....

Tiada istilah goyang kaki dapat duit. Sapa usaha dia dapat. Sapa tak buat melopongla dia.



Nak tahu lebih lanjut tentang TWB, jemput baca di sini ye. Klik LINK di bawah




Jangan tunggu lagi!

Trainers TWB berada di SELURUH MALAYSIA!
Jom sama-sama kita jana pendapatan dengan skill mobile spa dengan team TWB sekarang!

Sila hubungi saya untuk menjadi sebahagian daripada 
TWB BEAUTICIAN dalam team
FIEZABARD EMPIRE (FBE) !

Sila klik


Atau 

hubungi talian 019-211 8757

SEKARANG!

Sekiranya anda suka entri ini, sila Tekan Button LIKE dan SHARE supaya lebih ramai yang dapat manfaatnya.

Hafizah
019-211 8757
*Founder Fieza D'Beauty Home SPA*
*Certified TWB Beautician*

Thursday, September 27, 2018

TWB Success Story : Income TWB Menjadi Penyelamat Kewangan Ibu Tunggal 2 Anak




Assalamualaikum wbt

Apa khabar sahabat fiezabard? Saya doakan anda dikurniakan kesejahteraan dunia akhirat.

Malam semalam pada 26 September 2018, Di Group Whatsapp kami ada buat sharing pengalaman Beautician TWB yang menjadi inspirasi Kak Fieza.

Sangat-sangat inspirasi

Meh kita ikuti sharing beliau ok!

Sharing Dari Leanna Rafie


First sekali sebelum saya mulakan saya kenalkan diri dulu ye. 😍

Nama saya Lea. Umur 29 tahun. Saya duduk di Seremban Negeri Sembilan. Saya ada dua orang anak lelaki. Yang pertama 4 tahun. Yang kedua nak masuk 3 tahun.

Saya seorang ibu tunggal baru 2 tahun lepas. Lea masih bekerja as a Sales Marketing dan buat TWB ni part time insyaallah soon FULLTIME.

Lea join TWB baru je last month 1 August 2018. Lea training pada 11 August 2018 dan alhamdulillah seperti yang TWB janjikan training kita pakej heret bag. Kenapa heret bag? Sebab balik dari training terus boleh buat servis.

Lea balik dari training pun malam sebab Lea dengan anak naik train ehehehe.. Tapi sampai sampai rumah je dah gosok muka ayah. Gosok muka adik.

Excited punya pasal sebab Lea dah banyak survey pasal mobile spa lama dah sebenarnya.

Lea memang minat sangat sangat bab bab kecantikan ni. Ada first Lea survey satu mobile spa ni dia downkan semangat sungguh. Dia kata modal product je dekat 50k. Product je ok bukannya siap course and training!!



See 50k and dia sendiri dah malas nak buat katanya.

Kita ni RM1999 je siap training, siap sijil, siap complete barang, lepastu ada support group lagi!

Huish dah terlampau banyak dah apa yang kita dapat compare dengan hanya RM1999! Since Lea masuk TWB ni tak pernah lagi lah kita dibiarkan kontang kanting yang penting kita ni tanya! Usaha!

Satu lagi jangan hidup dengan alasan! Kalau semuanya "kalau", kalau semuanya "bolehke" duduk jelah diam diam tak payah bergerak.

Kenapa Lea cakap macamtu?

Lea start dari zero modal. Lea bukan datang dari orang senang. Family tak kaya. Ayah pun tak kerja. Nak pinjam siapa? Ex husband? Hmmmm.

Mana agaknya nak cekau RM1999 ni.

Otak negatif memang kata "Aduh banyaknya macam mana nak bayar".

Siapa nak bagi pinjam. Tapi kan usaha yang tak pernah putus doa yang tak pernah putus, kawan Lea setuju untuk bagi modal tapi dengan bunga 😁😁

Takpe Lea kata Lea sahut asalkan Lea dapat tambah duit. Ya alhamdulillah dipermudahkan dalam masa 10 hari Lea dapat kumpul RM1087!!

Bersyukur dan tak sampai sebulan Lea dapat bayar kat kawan FULL AMOUNT. Mula mula je dia kata bunga tapi dia tak ambil pun.

Nampak tak? Redah

Itu cerita modal, cerita pasal ibu ibu yang fikir anak tak ada siapa jaga. Macam mana nak buat?

Percaya atau tidak anak kita ni rezeki.

Ya Allah besar rezeki kita besarkan mereka ni. Macam Lea family Lea memang jenis yang tak suka kita tinggalkan cucu. Lea memang dah dididik dari awal macam tu. Anak Lea dua dua sekolah dari pagi sampai pukul 6. 

Lea tekad walhal yuran bulanan sekolah anak dua orang dekat RM800 every month tapi Lea tekad. Lea nak cari duit untuk besarkan mereka jadi biarkan mereka belajar dan berdikari kat sekolah. Dan pastikan mereka selesa!

Jadi appointment Lea kadang kadang memang ada bawa mereka. Awal awal dah bagitahu kat customer so far alhamdulillah diorang pun ada anak anak jadi main sama-sama. 

Hidup ini kita jangan terlalu fikir boleh ke mampu ke. Nanti susah, nanti siapa nak bantu, nanti siapa nak jaga! Masa tu tak tunggu kita taw "nanti" tu jadi sampai 10 tahun sudahnya jadi apa?



Lea pernah ye bawak anak anak sampai dua pagi mula mula appointment kat Seremban lepas tu Semenyih.. Lepastu Keramat ada tiga orang. Kawan kawan nak buat. Lea balik drive dekat 2 pagi. Tapi puas hati la sehari je RM4++ collection lagi pulak anak anak dapat upah dari customer 😂

Sekarang ni, waktu Lea memerlukan masa gawat belum gaji ni selalunya TWB la penyelamat buat Lea. Alhamdulillah Lea lebih terbuka minda sejak join TWB. Lea rasa TWB ni sangat boleh pergi jauh bukan sahaja dengan income spa semata. Kita ada 5 penjuru income yang lain. Lea nak pulun semua income 💪💪😍

Lea tak pernah rasa susah dengan dua kerja, kejar masa untuk anak anak.

Walaupun kadang kadang jadi singa 😂😂 Biar kita letih dengan ada income dari kita letih tak ada apa apa.

Alasan tak mampu, alasan tak boleh. Semuanya dari kita sendiri. Akal kita mengerakkan perjalanan kita. Insyaallah positif kan sekeliling kita insyaallah dipermudahkan. Buang aura negatif! Siapapun kita, dari mana pun kita, hanya diri kita yang mampu membentuk apa kita mahukan 💪💪😍


Betul.. kena ada dlm circle yg positif utk maju ke depan. Support group TWB mmg tempat aura2 positif je. Always support each other . Selalu share tips marketing, tips utk promo spa lah.

Bagi Lea TWB ini adalah platform yang paling murah, paling mesra rasa macam keluarga, paling tak lokek ilmu.

Lea rasa selesa dengan sekeliling Lea.Kita semua perlukan aura positif

Otai otai dalam TWB ni memang membawa aura yang sangat positif yang sentiasa bawak Lea bergerak ke hadapan 💪🏻

Orang tanya, "Lea yakin ke dengan servis mobile spa ni?"

Yakin?

First sekali Lea tau zaman sekarang makanan pun orang nak delivery ke rumah. Servis pun demand dah sangat tinggi. 

Second TWB ini dimana ada wanita disitulah ada jalan untuk kita. 

And paling paling paling meyakinkan Lea product yang kita guna! 

Dan mentor mentor kita yang sangat hebat 💪🏻

Permulaannya memang mostly orang tak de pengalaman, lepas join, kita akan bagi task untuk new member buat. dan masatu dah terus gerak. dah mula terus. Tak perlu tunggu apa apa dah sebab barang complete dah ada

Lepas dari training tu, semua duit yang korang buat hasil dari instant cash spa tu, semua milik korang. Semua 😍. Tak der share ngan sapa sapa dah. Tak perlu nak bayar komisen kepada sesapa dah.

Marketing kita kena jaga.. Yang penting pastikan customer puas hati sebab apa.. "Mulut ke mulut".

Betul setiap hari ada booking. Dan kadang-kadang booking nya sorang. Sampai rumah jadi dua jadi tiga orang 😅. Kebanyakan nya memang repeat service untuk bulan kedua ni.

Siap tambah Pakej pun ada 😍

Yang kenalkan kat kawan kawan pun sama. Bagi Lea yang penting kita jaga customer kita..

Once dah ada loyal customers thats it la.. Tak penat sangat dah nak buat marketing.

Bisnes yang bentuk services macam mobile spa ni mudah ada repetition.

Kita ada kitab harga.. Lea follow situ. And macam apa lea kata jangan malu bertanya sebab nereka semua tak kedekut ilmu,

Ini sajalah sharing daripada Lea. Semoga kisah Lea ini memberi semangat kepada rakan rakan semua.

Yang Berkongsi

Leanna Raffi

---------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah. Sekarang Dah Ramai Yang Berjaya

Jika ada sahabat yang nak tahu detail pasal bisnes mobile spa ni. Boleh PM Kak Fieza di 019-2118757.

ATAU

klik  👇👇👇


Nanti Kak Fieza kongsikan detail macam mana anda pun boleh jana pendapatan melalui Mobile Spa seperti Lea.

#silasharekegrouplain
#semogabermanfaat
#thewalkingbeauty
#FBEEmpire
#TWB
#fiezaDBeautyHomeSPA

Ini adalah peluang anda untuk mendapat income secara konsisten setiap bulan.

Perlu diingat, ini adalah BUSINES SPA ok! Bukan duduk goyang kaki duit tetiba datang bergolek. No...No...No....

Tiada istilah goyang kaki dapat duit. Sapa usaha dia dapat. Sapa tak buat melopongla dia.



Nak tahu lebih lanjut tentang TWB, jemput baca di sini ye. Klik LINK di bawah




Jangan tunggu lagi!

Trainers TWB berada di SELURUH MALAYSIA!
Jom sama-sama kita jana pendapatan dengan skill mobile spa dengan team TWB sekarang!

Sila hubungi saya untuk menjadi sebahagian daripada 
TWB BEAUTICIAN dalam team
FIEZABARD EMPIRE (FBE) !

Sila klik


Atau 

hubungi talian 019-211 8757

SEKARANG!

Sekiranya anda suka entri ini, sila Tekan Button LIKE dan SHARE supaya lebih ramai yang dapat manfaatnya.

Hafizah
019-211 8757
*Founder Fieza D'Beauty Home SPA*
*Certified TWB Beautician*

Anda mungkin berminat membaca perkongsian seterusnya