Monday, September 19, 2016

KEMENSAH WATERFALL, SATU LAGI TEMPAT PICNIC YANG MENARIK DILAWATI

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda sihat walafiat disamping keluarga tercinta

Entri kali ini saya ingin bercerita kejadian baru je semalam, memandangkan cuti sekolah penggal ini kami tidak ada plan untuk bercuti kemana-mana. Lagipun cuti ini bergandingan dengan cuti Hari Raya Haji. Masa banyak dihabis di kampung meraikan Hari Raya Haji.

Pada hari-hari terakhir seminggu cuti sekolah, saya berhasrat nak membawa anak-anak mandi-manda. Anak-anak memang suka main air.

Persoalannya sekarang 'AIR' mana yang saya nak bawa memandangkan suami saya outstation. Jadi saya hanya mampu bawa anak-anak di kawasan yang berhampiran rumah saja.

Dalam senarai main 'AIR' saya ketika itu hanya Putrajaya. Putrajaya hanya 20km saja dari rumah saya. Tapi yang saya tak berapa berkenan sebab di Putrajaya hanya ada kolam mandi dan kolam permainan kanak-kanak. Mana nak jumpa waterfall area rumah ni.

Cuma yang terfikir waktu tu Air Terjun Kemensah. Antara air terjun yang paling dekat dengan rumah kami. Kedudukannya yang berada berhampiran Zoo Negara, memudahkan saya untuk sampai ke sana tanpa driver saya iaitu suami saya.

Jalan nak ke Kemensah Waterfall tu jalan biasa saya ke office. Jadi saya tak ragu-ragu untuk memandu bersama anak-anak.

Tapi saya tetap guna Google Map untuk pastikan perjalanan saya dan anak-anak lancar. Co-pilotnya sapa lagi kalau bukan anak-anak saya. Cari kemensah Waterfall tak jumpa searching dalam Map. Yang ada ATV Adventure.

ATV Adventure

Rupanya di sini terkenal dengan aktiviti lasak ATV Adventure. Alaaa...yang naik moto lasak dalam denai tu. Tak pe ye anak-anakku, next time kita ber'ATV' pulak ye. Kali ni kita fokus mandi sungai...yehhh!!!!


KLIK MAP INI UNTUK KE PAUTAN GOOGLE MAP

Jauh juga route perjalanan saya dari rumah ke Kemensah Waterfall. Biasalah di MRR2 Highway pasti ada traffic jammed. Kesempatan ini saya sembang dengan anak-anak saya, inilah perjalanan ibu pergi balik office dengan traffic jammed setiap hari even bukan waktu bekerja.

Perjalanan saya dan anak-anak sebenarnya bukannya dari rumah tetapi dari Putrajaya sebab mulanya kami hanya nak mandi kolam di Persint 9. Kami terpaksa mengubah haluan bila Kolam tersebut ditutup untuk kerja-kerja pembaikan.

Elok jugak kami ke Kemensah Waterfall, at least kami dapat menikmati kehijauan hutan sambil menikmati bunyi-bunyian deruan sungai yang mendamaikan.

Lagipun, kalau anda nak tahu. sekiranya kita berada di kawasan hutan dan sungai yang mendamaikan cas-cas negatif akan dibebaskan sementara cas-cas positif akan terserap ke anggota badan kita.

Sebab tu sekiranya kita berada di dalam hutan yang menghijau kita merasa sihat dan segar.


Seronok bila berada dalam air. Dengar deruan air yang mendamaikan. Bunyian air ini seperti berzikir dengan Allah. Damai sangat. Sejuk tau..

Chalet Kemensah Waterfall (Mohamad Chalet)

Dari Putrajaya saya ambil jalan MEX Highway turun susur Bukit Jalil untuk ke Bandar Tasik Selatan dan terus ke MRR2 Highway. Dari MRR2 kami perlu U-turn di Taman Melawati untuk ke Jalan Zoo Negara. Jalan Kemensah Waterfall ini betul-betul bersebelahan dengan Zoo Negara. Tak sangka pulak dikesibukan bandar yang hiruk pikuk masih ada kampung yang masih terpelihara ekosistemnya.

Jalan nak ke Kemensah Waterfall ini agak sempit. Muat-muat untuk sebuah kereta bersaiz besar sahaja. Mujur saya bawa kereta comel Axia, jadi tak jadi masalah nak menciluk. Tapi cuak jugak sekiranya lalu dihujung tebing dan berselisih pula dengan kereta lain.

Ada banyak Chaket di sini, tapi saya memilih Chalet Pakcik Mohamad memandangkan kedudukannya yang tak begitu jauh dari jalan besar dan tempatnya agak menarik.

Antara kemudahan yang disediakan.
1. Pangkin berkelah
2. Chalet/pondok untuk kemudahan berehat sekeluarga dan menyalin pakaian
3. Buaian dalam air.
4. Pelantar terjun air.
5. Tandas
6. Ada juga chalet bermalam
7. Tempat BBQ


Inilah pangkin picnic yang disediakan di sini. Sangat selesa. Kebetulan saya tak bawa tikar pun. Jadi tempat macam ni memang sangat selesa untuk kami sekeluarga picnic. Ada bumbung lagi tak risau panas atau hujan.


Saya decide ambil sewa pangkin ini saja memandangkan sampai sini pun dah tengah hari. Lagipun anak-anak ni bukan duduk dalam chalet pun. Seharian berendam kan.

Untuk sewa pangkin ini Pakcik Mohamad mengenakan RM20 termasuk mengunakan bilik air yang disediakan.

Sekiranya nak menyewa chalet Pakcik Mohamad mengenakan RM40 untuk sebuah chalet.

Untuk chalet yang besar RM150 untuk seharian sewaan. Manakala untuk bermalam dikenakan RM180.

Memandangkan saya sampai di sini dah hampir pukul 1 PM. Saya menumpang solat di sini. Pakcik Mohamad tak berkira. Walaupun saya tidak menyewa chalet tapi beliau membenarkan saya solat di salah sebuah chalet di situ. Alhamdulillah mudah sangat di sini.

Saya suka tempat ini kerana tak begitu ramai orang yang berkunjung di sini walaupun hari minggu. Jadi, suasana tidak begitu sesak. Hanya ada 2 keluarga berada di sini sebelum saya sampai.

Tak de la nak berebut bilik air seperti tempat-tempat picnic lain yang terpaksa beratur nak masuk salin pakaian.

Inilah chalet yang boleh bermalam tu. Cantikkan?


Ada banyak pangkin/Chalet yang boleh disewa.


Awina suka bermain di pangkin ni. Ada peneman rupanya.



Entah apa disembangkan Awina dengan kucing tu.



Posing maut dik Awina


Syoknya dia bersantai.


Seronok tau bila badan kita kena hempas air terjun macam urutan semulajadi



Air terjun di sini sangat sesuai untuk kanak-kanak. Tidak terlalu tinggi. Kawasan yang landai mudah untuk mengawal mereka. Pakcik Mohamad cuma pesan di kawasan biru itu adalah kawasan sedikit dalam. Berhati-hati dan dilarang menghampiri kawasan tersebut.


Bertambah seronok di sini anak-anak boleh terjun dari pelantar yang dibina. Boleh training untuk Olimpik ni. Abang Long Eizz dah ready untuk terjun.



Buaian atas air pun disediakan di sini. Lebih seronok mereka berendam lelama sambil bergayutan.



Di sini juga dibina tangga untuk memudahkan pengunjung menyusuri air, macam di swimming pool tu.






Abang Long tak jemu-jemu terjun sungai. Lagak orang kampung la tu. Puas mereka main terjun sungai.



Fitri lagi hebat. Dialah yang mulakan dulu terjun sungai nih...1 2 3 terjunnnnn!!!


Belajar mengapungkan badan. Berjaya tu. Fitri memang suka mencuba sesuatu yang baru.




Dah terjun ni. Sapa tah terjun dah dalam air...kedebussss!!!




Terjun lagi...


Jom tonton video mereka yang saya rakamkan.


Percubaan pertama Eizz Fitri terjun



Seronok kan main mereka berpusing-pusing lagi dalam air


Belek-belek gallery dalam handphone terjumpa video ni (Abang Long Eizz yang ambil video ni). Subhanallah air yang mengalir sungguh tenang.


Ada satu lagi video tak dapat nak upload kerana saiznya besar. Insya Allah saya akan share bila dah alter saiz nanti.

Alhamdulillah mission completed. Seronok rasanya dapat menggembirakan anak-anak walaupun suami saya out-station waktu ni. Nak tunggu ayahnya balik alamat tak kemana-mana gayanya. Sebagai Iron Lady...hahahhaa...konon, saya rasa sangat puas hati bila anak-anak gembira. Anak gembira saya pun gembira. Syukur mereka dapat menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.

Kepada anda yang tak ada idea nak pergi ke mana-mana hujung-hujung minggu boleh beriadah bersama keluarga di sini.

Gunakan Quality Time anda di sini sambil menikmati kebesaran Allah.

Selamat bercuti!

Iron Lady,
Hafizah.

4 comments:

  1. maaf bertanya, chalet tu muat berapa orang ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. chalet yg saya duduk tu muat 5 org rasanya. 1 family.

      Delete
  2. as salam puan...bole share tak no.tel mohamad chalet...TQ

    ReplyDelete
  3. maaf. sy tak ambik no phone. nanti sy jumpa sy msg semula ye

    ReplyDelete