Wednesday, September 7, 2016

RESEPI CHEESY LASAGNA MUSIM UPSR YANG MARVELOUS

Assalamualaikum wbt,


Apa khabar sahabat fiezabard? Saya doakan anda sihat walafiat disamping keluarga tercinta.

Entri kali ini saya nak share Resepi 'Cheesy Lasagna UPSR'. Saya namakan dia sempena minggu UPSR yang dilalui oleh anak sulong saya Muhammad Eizz Aqlan. Dan Lasagna ni adalah Lasagna pertama yang pernah saya buat atas permintaan Eizz yang bakal menghadapi UPSR waktu tu.

Dah lama Eizz ngecek Lasagna ni. selalunya order je. Tapi memandangkan ibunya terlebih rajin dan mood memasak sudah kembali, makanya terjadilah juadah Lasagna hari itu.

Tak de la susah sangat nak buat Lasagna ni, bahan-bahannya sama je macam nak buat spegathi bolognese, macaroni bakar atau yang seangkatan dengannya. Italian food you kita hari ini.

Jemput jenguk resepinya ye. Terima kasih kepada Che' Nom (blogger resepi) yang sudi share resepi paling ringkas Lasagna.


yummyyyy!!!!

Masa
Penyediaan: 30 minit | Memasak: 40 minit | Keseluruhan: 70 minit

Jumlah Hidangan : 6 orang



Bahan-Bahan:

kepingan lasagna segera, tak perlu rebus
parutan keju mozarella, secukupnya
serbuk keju parmesan, secukupnya

Bahan untuk sos bolognese
300 gram daging atau ayam kisar
379 gram @ 1 jar kecil sos spagethi traditional (saya guna 1 jar kimball spagethi sos)
3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
1 biji bawang besar kuning, potong dadu kecik
4 ulas bawang putih, hiris nipis
1 biji capsicum hijau, potong dadu
6 biji cendawan butang, hiris nipis
1 cawan carot yg dipotong dadu kecil
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
garam dan gula secukup rasa
*amaran garam bubuh sikit je sebab cheese dah masin. Kalau tak bubuh pun tak pe.

Bahan untuk sos putih
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 keping keju cheddar cheesedale
1 sudu besar serbuk parmesan cheese
1 1/2 cawan fresh milk atau susu full cream
lada putih dan garam secukup rasa

Nota: guna 3 keping cheese jika tiada keju parmesan

Cara-caranya memasak

Cara untuk masak sos bolognese
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga lembut, kemudian masukkan bawang putih dan diikuti daging kisar. 
  • Kacau sehingga daging kering airnya.
  • Masukkan serbuk lada hitam, cendawan, dan apabila cendawan sudah layu masukkan pula capsicum, karot dan sos spegathi. 
  • Masak sehingga karot lembut. 
  • Perasakan dengan garam dan gula secukupnya (saya tak bubuh garam sebab cheese dan masin)
  • Tambahkan air jika kuah kering. 
  • Perlu dilebihkan kuah kerana kepingan pasta yang digunakan adalah yang segera atau kering.
campakkan carrot, capsicum, cendawan butang dan sebarang sayuran yang anda gemari boleh mix dalam kuah bolognese tu
Tuangkan sos spegathi dalam ramuan
Menarikkan sos bolognese ni...yummy!!

Cara untuk memasak sos putih

  • Panaskan 2 sudu mentega dalam periuk kecil. 
  • Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
  • Tuangkan susu dan masukkan cheddar cheese bersama parmesan cheese.
  • Kacau seketika sehingga kuah sedit pekat dan masukkan lada putih serta secubit garam (secubit je ye, cheese dah masin). 
  • Hati-hati bila masukkan garam kerana cheese sudah rasa masin.
  • Angkat dan sejukkan.

Cara untuk membuat lasagna



Rupa paras Lasagna sebelum dibakar. Melelehhh beb!!
  • Panaskan oven kepada suhu 180°C.
  • Sapu bekas caserole mentega supaya tidak melekat. Susun kepingan lasagna rapat-rapat.
  • Kemudian tuang sos bolognese, ratakan. 
  • Sendukkan pula sos putih diikuti mozarella dan parmesan cheese.
  • Ulang semula dengan menyusun kepingan lasagna, sos bolognese, sos putih, mozarella cheese dan sedikit parmesan cheese.
  • Last sekali taburkan daun oregano dibahagian atas sekali.
  • Tutup bahagian atas dengan aluminium foil.

  • Bakar di dalam oven selama 25minit. 
  • Kemudian buka aluminium foil dan teruskan membakar sehingga bahagian atas keperangan.
Tadaaaaa!!!! ni la rupa paras Lasagna yang sungguh cheesy!!
Nampak tak meleleh cheese dia.....


one slice of Lasagna....tak sabar nak makan you!

Dek kerana terlampau cheesy sehingga lasangnaku tak boleh nak didirikan tegak. So creamy you!

Semoga perkongsian resepi ini dapat manfaat anda semua. Sudi-sudikan mencuba resepi Lasagna yang mudah ini.

@dapurfizah

Kredit to Resepi Che' Nom

-------------------------------------------------------------------


Saya percaya anda mesti hairan saya selalu share makanan yang tinggi kalori kan? Tak takut bam bam ke? kata Agen NECK..

Sapa kata makan Lasagna boleh menggemukkan.

BERAPA KALORI LASAGNA??

Untuk makluman anda sekiranya anda makan 1 cawan Lasagna, kalorinya tak la banyak sangat. Hanya 408 kalori. Senang je tu nak bakar. Sila tengok jadual exercise di Figure 1 : Exercise and Calories Burn. Anda hanya perlu main squash je.. kalau laratlah. Boleh kalahkan Dato' Nicole David.


Sekiranya anda hanya mengambil hanya 1/6 daripada 8 inci Lasagna anda hanya menyumbangkan 336 kalori dalam badan anda. Apalah sangat 336 kalori yang anda perlu bakar. Anda hanya perlu lakukan berbasikal, jogging atau main roller skating. Best kan?





Figure 1 : Exercise and Calories Burn

Persoalannya, berapa lama anda boleh konsisten melakukan senaman yang boleh membakar kalori yang anda telah ambil seperti di atas? Untuk minggu pertama bersemangatlah. Minggu kedua, ketiga kelaut jadinya. Jogging kemana, berbasikal pun tah kemana.

Dan sejauh mana anda boleh menahan nafsu untuk mengambil hanya 1 slice lasagna sekali hidangan?

Tepuk dada tanya imannnn....

Sebab itu dalam Now Everyone Can Kurus (NECK) Program, kami ada pelbagai cara nak bakar lemak dengan mudah. Tak perlu penat-penat nak berjogging berpanasan dan berjerebu di luar rumah.

Hanya dari rumah anda boleh #KURUS dengan mudah.

Apa yang perlu anda ingat Kurus ke bam bam ke anda bergantung kepada 70% makanan yang anda ambil dan hanya 30% senaman.

Nak ambil Lasagna tak salah, cukuplah sekadar merasa bukan melantak ye.

Disamping itu, untuk mengelakkan lemak dan kolestrol terus masuk ke dalam darah kita boleh kawal dengan mengambil suppliment.

Sebab itu, sebelum saya makan makanan yang berkalori dan berkolestrol tinggi dan berlemak saya akan pastikan ambil sebiji Phytocol dahulu. Manakala lepas makan contohnya makan Lasagna saya akan ambil 1 biji Omega Guard dan 2 biji Lechitin.

Inilah yang saya ambil. Ilustrasi bagaimana kolestrol amat merbahaya jika dibiarkan berleluasa dalam saluran darah kita.

Alhamdulillah sejak saya amalkan pengambilan suppliment ini tahap kolestrol saya terkawal dan normal disamping saya dapat mengekalkan berat badan saya. 

Sapa kata makan Lasagna boleh menggemukkan? Kalau anda makan secara berilmu, Insya Allah anda tak akan menghadapi masalah kegemukan atau kolestrol tinggi.

Anda juga boleh dapatkan tips mudah kurus di link ini.
11 TIPS KECILKAN PEHA DAN PERUT (KLIK DI SINI)

Saya dapat ilmu pemakanan secara sihat semuanya dalam Program NECK.

Ebook Now Everyone Can Kurus

Anda nak kurus? Tak tahu caranya?

Dah banyak kali cuba tapi tak berjaya?

Baca Ebook ini dahulu


DAPATKAN PERCUMA!!!

Nak ebook ni? Sila Whatsapp/Telegram saya Hafizah (019-211 8757).

1. Sila Taip " Saya Nak Kurus "
2. Tulis nama penuh
3. Beri Email

Saya berbesar hati nak beri PERCUMA ebook ini kepada anda. 

Saya doakan "Anda Sihat dan Kurus"

Terima kasih kerana sudi membaca resepi Lasagna saya ini. Semoga anda dapat manfaatnya. 

Sekiranya anda suka entri ini sila tekan button LIKE dan SHARE supaya ramai lagi orang lain dapat manfaatnya.

Love, 
Hafizah

#design yourlife not by default

0 comments:

Post a Comment