Thursday, September 15, 2016

BAHAYANYA PENYAKIT HATI DARI USTAZ SYAMSUL DEBAT

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard? Saya doakan anda sihat walafiat disamping keluarga tercinta.

Kali ini saya nak share dengan anda pengisian ceramah oleh Ustaz Syamsul Debat yang kami ikuti di Surau Abu Bakar Assiddiq, Taman Lestari Putra, Seri Kembangan pada 21/8/2016 yang lalu.

Selama ni saya hanya tonton saja ceramah Ustaz Syamsul di kaca tv. Alhamdulillah kali ini dapat face to face pulak.

Suami saya la untung. Dapat sembang lagi.

Kalau kita nak jadi baik, hampirkan diri kita dengan orang yang baik-baik. Kita adalah orang disekililing kita. Faham ke faham? Tak faham buat-buat fahamlah.

Jemput ye baca perkongsian saya. Insya Allah, ilmu Allah yang saya kongsikan dapat manfaat anda semua.

---------------------------------------------------------------------------
perkongsian kuliah malam tadi. Jemput baca dan amalkan.

PENYAKIT HATI

21/8/2016
Penceramah: Ustaz Syamsul Debat. 
Surau Abu Bakar As Siddiq

Syukur bukan hanya dimulut, tp juga dihati dan perbuatan.
contoh Syukur dilahirkan bukan dalam kuil.
Allah uji kekayaan dgn kecukupan.
Mak bapak kita dulu makan lauk pucuk ubi tapi Allah cukupkan.
Penyakit hati. tamak. dengki. hasad
jauhkan dari penyakit hati.
bila sebut pasal syukur ada penyakit hati.

3 penyakit hati

1. tamak
Allah sempitkan kubur hingga bertemu tulang rusuk.
biarlah kita susah asal org lain senang.
kalau bawak makanan jiran nampak kena bagi.
tayang makanan dalam FB kena bg semua yg tgk dlm FB. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
share perkara berfaedah dalam FB.
jangan cakap perkara yg negatif dlm FB.
Berlapang dada.
Alhamdulillah sekiranya ditimpa masalah.

2. dengki.
Nabi pesan dengki ibarat api membakar kayu. 
cerita kisah nabi. jumpa seorg lelaki nabi kata sesungguhnya ia ahli syurga. 3x nabi kata ia ahli syurga.
sehingga seorang sahabat intai apa yg dibuat

sebelum tido buat 3 perkara
1. sebelum tido maafkan semua org.
2. andai panjang umur bangun pagi esok aku tak nak dengki dgn org.
3. andai panjang umur esok aku nak buat baik dgn org.
jgn sombong. hebat mana pun jawatan mati takkan mandi sendiri.
sibuk tgk bini org lawa. berlagak la bini lawa.
bini kita pun lawa.
masalah bercerai setiap 13 minit di Malaysia semua muda2.

nak cari menantu tanya:
1. solat ke tidak?
2. belajar agama tak?
3. suruh baca fatihah depan kita.
syukur akan selesaikan semua masalah
cukupkan apa yg kita ada.

6 penawar penyakit dengki.
1. muhasabah diri. 
tgk apa kurang kita. 
apa keburukan kita.
2.kalau kita jaga aib org, Allah jaga aib kita.
jgn tengok kelebihan org shj.
3. bersyukur
4. memupuk sifat maaf.
maafkan org.
mintak maaf dgn ALLAH.
bersyukur...dgn nikmat.
nikmat umur. brp umur ekau sekrg?
nikmat muda. masa mude di mana?
nikmat harta. ada sedekah?
bila nampak tabung masjid senyumm..๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š senyum tu kan sedekah. lawak je.
dgn manusia senyum. dgn suami senyum.
5. bersangka baik.
suami dan isteri jgn bersangka buruk.
keluarga jgn bersangka buruk.
6. Ikhlaskan diri.
Tak harapkan balasan.

Punca dengki.
1. permusuhan.
2. ta ayus. merasa diri ini lebih dari org lain.
3. takabur. bangga dan sombong.
4. takut kehilangan.
rumah besar takut rumah tu hilang.
takut bini lawa kena ngorat org lain.
5. mencintai kedudukan dan pangkat
6. jiwa hati yg kotor
7. kedekut.
8. rungsing.
hebatnya sedekah, org yg mati nak hidup balik sbb nak bersedekah.
harta yg kita ada Allah bg. bila2 boleh tarik balik.
keindahan kejayaan bukan pd kejayaan itu. Tp pd perjalanan mencapai kejayaan.
Bila ujian smpi pd kita jangan merungut.
Ibarat garam dlm cawan. dan garam dlm baldi mana yg lebih masin.??
Kalau tayar kereta pancit meletup...ckp Alhamdulillah...ada hikmah sebalik tu.
kita jalan 30 km suami isteri.
hikmahnya dpt pegang tangan selama dlm perjalanan.
imbau kenangan lalu. kembalikan bibit2 cinta.

Kesan penyakit hati.
1. harapkan org lain susah.
2. tak reda.
kalau anak tak lulus periksa jgn marah. dapat 8E. Alhamdulillah.
Doakan anak.
Ya Allah dapatkan keputusan anak aku keputusan yg baik. Walau apa pun keputusan yg Allah beri adalah yg terbaik utknya.
Serah kpd Allah beri yg terbaik utknya.
Sekiranya dgn suami. doa juga. Ya Allah berikan yg terbaik utk aku.
masak utk suami. seolah2 mengerjakan haji dan umrah.
suami nak makan apa masakkan saja.
mandi dgn suami pahala besar
apa suami tak cukup isteri lengkapkan.
apa isteri tak cukup suami tampungkan.
3. suke mencela.
4. suka menghina
5. sakitkan hati org lain.

Atasi penyakit hati.
1.istighfar
contoh doa, Ya Allah kalau ada kebaikan panjangkan umurkan aku dpt pakai baju raya ni tahun ini.
2. kawan dgn org soleh/ org yg baik.
3. berlapang dada kepada Allah
sentiasa tengok org yg rendah dgn kita jgn tgk org yg tinggi dr kita.
org naik kapal terbang tgk org naik bas. org naik bas tgk org naik kereta.
org naik kereta tgk org naik moto.
org naik moto syukur tgk org naik basikal.
org naik basikal syukur tak kena roadblock tgk org jalan kaki.
org jalan kaki syukur tgk org yg terbaring.
org yg terbaring tgk org dah mati.
umur paling lama pun 60 tahun.
ada penyakit sombong tamak dengki buangkan.
ubatnya BERSYUKUR.
gantikan ucapan 'nasib baik' dengan ucapan ALHAMDULILLAH...
kalau suami berdengkur syukur sbb dia ada disebelah kita, bukan tido dgn org lain.
Harap dapat manfaatnya.
Maaf atas kekurangan. ada note yg miss ambil...

Live Video Ustaz Syamsul Debat

Don't worry suami saya ada sharekan live video FB ceramah Ustaz. Mohon saya share di sini. Jemput tonton ye.

Pasti anda tergelak tak senang duduk.

video

Sambungannya selepas azan Isya'

video

Sekiranya anda suka entri saya kali ini dan anda rasa sangat perlu dimanfaatkan oleh orang lain, mohon tekan button SHARE dan LIKE supaya ramai yang dapat manfaatnya. Insya Allah anda dapat pencen kubur.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Pemburu Ilmu,
Hafizah

#UstazSyamsulDebat

0 comments:

Post a Comment