Wednesday, June 1, 2016

30 MENU LAZAT SEPANJANG BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda dilindungi Allah dunia dan akhirat.

Tak lama lagi kita kaum muslimin akan menyambut bulan Ramadhan.Insya Allah kalau ikut kiraan takwim rakyat di Malaysia bakal menyambut Ramadhan pada 6 Jun 2016 ( 1 Ramadhan 1437 H). 

Alhamdulillah Insya Allah kita dipertemukan dan diberi kesempatan bersama-sama meraikan Ramadhan Al-Mubarak. Seronok rasanya ketemu lagi tahun ni dengan bulan yang penuh Barakah.

Bila sebut pasal Ramadhan sudah tentu anda dah terbayang juadah yang lazat-lazat yang bakal dihidangkan sewaktu berbuka, betul..betul?

Alaaa,....jangan tipu saya lah tak terbayang. Malaysia ni memang terkenal dengan 1001 juadah yang melimpah ruah terutamanya bulan puasa. Kuih muih yang jarang jumpa, Insya Allah akan muncul pada bulan puasa ini.

Namun begitu kesihatan perlu jaga. Perlu diingat makan berlebihan membahayakan kesihatan dan bakal menjadi pembunuh senyap. Islam mensarankan umatnya bersederhana terutamanya dalam memilih makanan.

Kalau anda menyusuri Sirah Rasulullah, Rasulullah hanya makan sebiji tamar untuk berbuka dan sahur. Dan kadangkala Rasulullah mengikat perutnya dengan batu supaya tidak terasa lapar.

Bagaimana pula kita? Kalau meja tak penuh tu bukan berbuka namanya, betul..betul?
    
Sebelum ini dalam entri-entri saya ada saya kongsikan tentang berpuasa dan ramadhan. Jemput baca

1. 10 panduan menghadapai bulan Ramadhan (SILA KLIK)

2. 12 cabaran di bulan Ramadhan (SILA KLIK)

3. Cara Smart Detox di bulan Ramadhan (SILA KLIK)

4. 7 tips menghadapi anak-anak berpuasa (SILA KLIK)
   
Entri kali ini saya nak share dengan anda Menu lazat selama 30 Hari di bulan Ramadhan. Menu ni saya dapat dari group Muslimah. Jom kita kita tengok. Mudah-mudahan sepanjang Ramadhan nanti kita kenyang dengan menu-menu lazat ini.



30 Menu Lazat Sepanjang Bulan Ramadhan

1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar-bazar ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan-tangan orang yg fasik.
15. Jauhkan aktiviti yg lagha.
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dalam sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah.
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubung silaturrahim
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna ( bukan berpakaian tapi bertelanjang)
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara-perkara yang dilarang.
23. Tidak berlebihan maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan-amalan sunat- solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dalam urusan rumah tangga (terutama suami & anak-anak lelaki)
25. Lazimi utk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah utk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkcan syukur kepada Allah di kala senang maupun susah.
28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.

Banyakkan menu yang paling istimewa khas untuk bulan Ramadhan? Semoga Ramadhan kali ini kita berebut-rebut untuk menambahkan amal ibadah supaya kita kenyang dengan pahala di akhirat kelak.

Insya Allah mudahan, apa yang dikongsikan ini dapat dimanfaat kepada kita semua termasuk yang menulis entri ini.

Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang paling hebat.

Salam Ramadhan Al-Mubarak dari kami fiezabard sekeluarga. Semoga ukhwah berpanjangan.

Sekiranya anda suka dengan entri ini sila tekan button SHARE dan LIKE. Mudah-mudahan ramai lagi yang dapat manfaatnya dan anda dapat saham kubur di Bulan Ramadhan berlipat kali ganda, Insya Allah.

Love Ramadhan,
Hafizah
019-211 8757 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


INGINKAN TENAGA BERPANJANGAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN?

AMBIL SET RAMADHAN SEBAGAI MAKANAN TAMBAHAN ANDA SEPANJANG 30 HARI RAMADHAN.

INSYA ALLAH, ANDA TIDAK TERASA LETIH DAN SENTIASA BERTENAGA UNTUK BERIBADAH DI BULAN RAMADHAN.

  

KLIK GAMBAR UNTUK MAKLUMAT SET RAMADHAN

DAPATKAN SET RAMADHAN ANDA HARI INI, PERCUMA #LiveAmazing BAG UNTUK SETIAP SET YANG ANDA ORDER.

TAWARAN HANYA SAH HINGGA 30 JUN 2016. GRAB IT NOW!

 Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!

Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:
hafizahmahfoz

Mohon SHARE dan LIKE entri ini sekiranya ia memberi manfaat kepada anda semua.


Terima kasih kerana sudi membaca.


 

0 comments:

Post a Comment