Assalamualaikum wbt,
Apa khabar sahabat sekalian. Saya doakan anda sihat dan ceria. Apa khabar ibu-bapa yang dihormati. Anda nak anda cemerlang? Baguskan hantar anak tusyen?
Saya juga bergelar ibu kepada 5 orang anak. Sapa yang tak nak anak mereka sering naik Pentas bila ada Hari Anugerah Sekolah setiap hujung tahun betul betul?
Baru-baru ni saya ada ikuti seminar MAP Training parenting slot selama 1 jam 1/2 bersama Dr Tengku Asmadi. Pakar motivasi pelajar yang tersohor.
Pada mulanya saya daftarkan anak saya ikuti programnya selama 2 hari. Alhamdulillah..dipenutup program parents dijemput untuk turut serta. Walaupun sekejap saja, namun banyak ilmu parenting yang saya dapat.
Di sini saya nak kongsi sikit apa yang di share oleh Dr Tengku Asmadi di telegram channelnya.
FITRAH ANAK ITU BERMAIN
===================
1. Hari ini impian mak ayah semakin menggila, anak seusia tahun dua sudah diajar ke tusyen segala.
2. Anak kecil ini terlena ditangga tuisyen sebab mak ayahnya lambat ambil.
3. Saya yang lihat rasa nak menangis pun ada. Hati kita dimana?. Saya benar benar terluka melihat sikap ayahnya.
4. Pagi sekolah agama, petang sekolah vernakular dan malam tuisyen segala. Kita nak dia jadi Profesor? atau Menteri serba guna?
Ibubapa yang mulia
5. Fitrah anak itu bermain, berkawan dan bercerita. Bukan belajar sepanjang masa.
6. Zaman ketawa, menangis, mengusik adik, kotorkan baju dan kasut sekolah itu mesti ada.
Zaman makan aiskrim, beli jajan, tangkap kucing, naik basikal, mandi kolam, kejar anjing itu wajib ada.
7. Jangan rosakkan zaman emas mereka dengan belajar dan hilangkan senyum ketawa dimuka.
8. Semua ibubapa nak anaknya berjaya tetapi jangan jadikan anak kita 'trophy' yang kita boleh banggakan waktu cerita dengan kengkawan di tempat kerja.
Waktu Faris dapat anugerah di Tadikanya. Sebagai ibu rasa bangga tu tetap ada. Tapi inikah yang saya mahu sebenar-benarnya.
9. "Anak aku semua masuk smart reader, khalifah, smart kids segala bagai". Apakah kita nak anak kita jadi bijak pandai seperti menteri itu?
10. Takut sangat anak gagal dan tidak cemerlang, pandai sangatkah kita dulu hingga nak anak hebat begitu?
11. Bila anak tidur, lihatlah wajah mereka. Letihnya mereka dengan sistem pendidikan yang ada, yang berubah sepanjang masa.
12. Kita selalu kata, "anak tak pandai pun tak mengapa, yang penting solatnya terjaga".
Tetapi bila tak dapat cemerlang tahun dua dah hantar tusyen sampai tidur atas tangga.
Jangan jadi ibubapa yang hilangkan senyum ketawa anak dimuka mereka.
Cuti ini bawaklah mereka bermain bagi kembalikan senyum dan ketawa. Fitrah anak anak itu bermain kengkawan, jangan bunuh jiwa mereka.
Nota: Disalin dari edaran media sosial
Semasa kami bercuti di Afamosa Perium Outlet tahun 2015. Hujung tahun ni kami belum plan lagi nak ke mana.
Setiap tahun, insya Allah kami akan bercuti bersama even hanya dalam negeri. Dalam negeri pun tak habis lagi.
Kepada sahabat-sahabat yang bergelar ibu dan bapa, kasihanilah anak-anak kita.
Sila "SHARE" sekiranya anda rasa artikel ini memberi manfaat dan boleh beri manfaat kepada rakan-rakan lain.
terima kasih Dr Tengku Asmadi for a good sharing.
Love anak-anak,
Hafizah
Info yang sangat bagus Kak Fiza.
ReplyDeletebetul betul Kam, anak bukan trophy yang kita nak banggakan. Sedih tengok parents sekarang berebut nak dapatkan A's sampai jiwa anak tertekan.
ReplyDelete