Monday, May 25, 2015

PLASTIK BOCOR

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Saya doakan anda sihat dan ceria.

Entri kali ini saya nak berkongsi dengan anda satu sharing dari sahabat untuk sahabat yang saya fikir elok saya sharingkan di sini untuk manfaat anda semua.

Pernah dengar Plastik Bocor?


Bagaimana boleh bocor plastik tu?

1. Hati-hati dengan plastik bocor. Kamu ambil wudhuk dengan sempurna tapi mmbazir air (plastik bocor)

2. Kamu solat, sedekah, baca Quran, pegi haji dan umrah banyak kali tapi kamu membuat fitnah tentang orang.. So (plastik bocor)

3. Kamu beri banyak sedekah kat orang miskin tapi kamu mempergunakan dan melukai mereka (plastik bocor) 

4. Kamu bangun tahajud, puasa dan taat pada Allah tapi kamu putuskan tali silaturrahim dengan keluarga (plastik bocor)

5. Kamu puasa dan sabar dengan ujian lapar dan dahaga tetapi kamu bersumpah, mengganggu, mengacau dan tak boleh kawal marah kamu (plastik bocor)

6. Kamu pakai abaya dan tudung tapi minyak wangi kamu bau kuat (plastik bocor)

7. Kamu muliakan dan layan baik tetamu kamu tapi bila dia balik, kamu cakap belakang pasal semua kekurangan dia (plastik bocor)

8. Kamu berkorban kesenangan kamu demi anak dan suami tapi kamu merungut setiap masa membuatkan mereka rasa bersalah (plastik bocor)

9. Kamu doa mohon keampunan, Allah beri kamu sakit, kamu mula merungut buat orang sekeliling kamu tertekan (sedangkan sakit pengampun dosa) (plastik bocor)

Jangan kamu kumpul semua amalan baik kamu dalam plastik bocor. Kamu berusaha mengisinya tapi dengan senang ia jatuh tumpah ke bawah!

Nampak macam banyak, tapi di sana MUFLIS.

Muhasabah diri,
Hafizah

~design your life not by default

Sekiranya perkongsian ini beri manfaat kepada anda sila tekan button SHARE dan LIKE supaya lebih ramai lagi rakan-rakan yang mendapat manfaatnya.

0 comments:

Post a Comment