Monday, August 31, 2015

HARI INI DALAM SEJARAH ANAK SEDARAKU AKMAL THE SEMPOI BOY- DAY 1 (NIKAH)

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar pembaca setia fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda sihat walafiat.

Cuti panjang hari merdeka selama 3 hari apa plan anda? Alhamdulillah cuti panjang ini saya masih berada di Lembah Kelang untuk meraikan pernikahan dan perkahwinan anak saudara saya Mohamad Akmal bin Nasrudin.

Hari ini dalam sejarah anak saudara saya yang paling sempoi ini melangkah ke alam rumah tangga lebih kurang jam 3.00 petang pada 29 Ogos 2015.

Jemput jamu mata rakaman photo yang sempat diambil kemeriahan Majlis nikah dan Majlis Perkahwinan. Biarlah photo yang berkata-kata.

Hari Sabtu 29 Ogos 2015

Kami berkumpul di rumah persinggahan kak Lik (Fauziah Mahfoz) di Bangi Seksyen 5 Tambahan yang berdekatan dengan rumah pengantin perempuan.


Sesekali berkumpul macam ni eratkan silaturahim keluarga. Bukan senang nak berjemaah macam ni.



Apalah yang menggelikan hati kak izah tu (mak pengantin)



Cikgu Ben (berbaju krim), sedang berpidato depan anak-anak buah.



Entah apa yang difikir dengan bakal pengantin ni (masa tu la bakal pengantin). Buat muka lucu pulak tu.


Dah ready nak jadi suami orang



Antara hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan.

Nikah di Masjid Al-Hidayah Seksyen 5 Bandar Baru Bangi.



Mas Kahwin dan cincin kahwin


Ibu pengantin berdebar menunggu anakandanya akad.


Adik pengantin pulak yang nevessss







Wajib tonton. Ada aksi lucu pengantin di sini.

Bezakan wajah sebelum dan selepas?
Tengok tu selepas, muka ada senyummmmm!!
Sekali lafaz akad sahaja Akmal dah sah bergelar suami kepada Syazni.


Apalah Fatimah (adik pengantin) gelakkan abang dia tu. Tergelak besar nampak.


muka sempoi pengantin lelaki. Sampai tersilap nak bagi Mas Kahwin kat bapak pengantin perempuan. Tu la kot Fatimah gelakkan dia.


Penyerahan Mas Kahwin kepada pengantin perempuan bernilai RM300 (Mas Kahwin untuk Negeri Selangor). Baru la tak silap orang lagi.



Lepas tu sarung cincin pulak ye.

Kami juga diraikan dengan jamuan makan oleh tuan rumah, parent pengantin perempuan Syazni. Terima kasih tuan rumah.






Sessi bergambar dengan famili pengantin lelaki.

Pengantin dan keluarga Cik Ben (Cikgu Jalal)



Pengantin dan keluarga Wak Long (Fuad)





Sepupu pengantin (Khadijah dan Fitri)


Khadijah dan adik pengantin (Fatimah) dan si bungaku Awina


Adik dan adik Awina

Pengantin dan famili makcik bongsunya (Cik Ann)



Terima kasih kerana sudi menatap photo-photo kenangan Hari Ini Dalam Sejarah Akmal.

Ini baru hari pertama. Hari kedua majlis persandingan ada banyak lagi photo nak dikongsi.


Tahniah kepada keluarga akak saya kak Izah dan Abang Din kerana dapat ahli baru dalam family yang awesome.

Entri ini sekadar untuk sharing gambar-gambar kenangan famili.

Love my big famili,
Hafizah dan famili.

Wednesday, August 26, 2015

10 “BAHASA DOSA” PENYEBAB ANAK DEGIL DAN BERMASALAH YANG WAJIB DIELAKKAN KETIKA BERCAKAP DENGAN ANAK

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar pembaca setia fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda sihat walafiat dan dilindungi Allah swt.

Kali ini saya nak share ilmu yang saya dapat dari Whatsapp Group. Ilmu ni saya wajib share dengan anda semua. Insya Allah menjadi manfaat dan panduan bersama.

Dua minggu lepas saya berkesempatan untuk menghadiri seminar pendek bertajuk “Memupuk Suasana Mawadah Wa Rahmah Di Sekolah dan Rumah” yang dianjurkan oleh sekolah anak kami. Penceramah yang dijemput adalah Dr. Azlina Roszy Bt. Mohamad Ghaffar, pakar psikologi klinikal di Hospital Pakar An-Nur (Bangi), yang juga pemilik Pusat Psikologi & Rehabilitasi Atfal Jannah di Bandar Putra, Kajang.

Saya tertarik dengan salah satu isi yang beliau kongsikan, iaitu mengenai “10 Bahasa Dosa Dalam Berbicara“. Sama ada sedar ataupun tidak, ramai daripada kita ibu bapa yang selalu menggunakan “bahasa dosa” ini pada anak-anak. Dan dalam kebanyakan keadaan, inilah antara penyebab anak degil dan bermasalah, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri/rendah diri, walaupun kita rasa sudah pun memberikan didikan agama dan mencukupi keperluan mereka.




1) Bahasa MELAKNAT
Contohnya, sumpah seranah, maki hamun, carutan menggunakan perkataan yang buruk.

Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious, ataupun seorang yang kurang keyakinan diri. Ini mengingatkan saya pada status FB seorang kenalan saya yang mengendalikan sebuah tadika. Kesian, kan?

2) Bahasa MENYINDIR (SARCASM)
Contoh :
“Asyik mintak duit aje. Kamu ingat ayah/ibu nie kerja cop duit?”
“Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”

Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tak faham bahasa sindiran. They won`t get the message. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang jelas dan mudah difahami.

Tak dinafikan budaya sindir menyindir sangat menebal dalam masyarakat kita. Tapi budaya sarcasm ini memang ALlah larang.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) menyindir dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan menyindir dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka.”
[al-Hujurāt 49: 11]
Artikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal @Abah.My sangat menginsafkan bahawa bahasa sarcasm boleh membunuh jiwa anak. Kita hentikan ya.

3) Bahasa BERDUSTA/MENIPU
Contoh :
“Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim….” (tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam)
“Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.”
“Jangan main kat situ, ada hantu.”

Ayat-ayat di atas biasa diucapkan oleh masyarakat kita. Saya kira, hadis di bawah sangat baik untuk dijadikan panduan. Jangan berbohong kepada anak! Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.

“Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.”
(HR. Abu Dawud)
Belajar untuk terangkan dan memujuk dengan lembut dalam bahasa yang mudah.

4) Bahasa MENEMPELAK
Contoh :
“Padan muka.”
“Tue lah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”

Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.

5) Bahasa MEMBANDINGKAN
Contoh :
“Cuba kamu tengok abang/kakak, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu nie, asyik nak bermain saja.”
“Kenapalah kamu nie tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot saja.”



Jangan bersikap pilih kasih terhadap anak-anak. *image googled*
Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan/menyayangi anak-anak tertentu (=favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed. Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam banyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak. Anda boleh baca rintihan seorang anak 12 tahun yang sangat terkesan dengan keadaan nie, seperti yang dicerikan oleh Ustaz Ebit Lew di FaceBook. Kesian, kan?

Saya suka dengan nukilan Encik Nazali di FaceBook tentang kesan perbuatan membanding-bandingkan anak. Saya yakin pengalaman tersebut dapat menginspirasikan dan memberikan pengajaran untuk semua ibu bapa supaya melayani anak-anak dengan adil dan penuh kasih sayang.

6) Bahasa MENGKRITIK/MEMBEBEL
Yang nie mungkin ramai ibu biasa buat, tapi ianya memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri. Kalau nak berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.

7) Bahasa MENGUNGKIT (Surah al-Baqarah, ayat 264)
Contoh :
“Kenapa result teruk macam nie? Buat penat je ayah/ibu hantar pegi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga..”

Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.

8) Bahasa MENGUGUT
Contoh :
“Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.”
“Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.”
“Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul.”

Jangan ugut atau menakut-nakutkan anak. *image google*
Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan di rumah beserta denda jika ia dilanggar, dan ini diterangkan kepada anak-anak. Yang penting, kena konsisten, tegas (bukan garang) dan hukumannya juga perlu berpatutan. insyaAllah anak-anak akan mudah faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin. Penggunaan STAR CHART juga sangat bagus untuk mendisiplinkan dan motivasikan anak berbuat baik.

9) Bahasa MENUDUH
Contoh :
“Macam mana barang boleh hilang? Nie mesti kamu yang cuai bermain sampai tercicir.”
“Kenapa adik menangis nie? Abang/kakak buat ya?”

Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar, dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis. Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.

10) Bahasa BISU (silent treatment)
Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.

Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan. Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing.

Sama-samalah kita usaha tingkatkan parenting skills dan elakkan bahasa percakapan seperti di atas ya.

Sama-samalah kita perbaiki yang salah..
Belum terlambat kalau nak ubah. Better late than never.



                                             
Anak ibarat kain putih. Ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkannya.


Salam sayang,
Hafizah
Sekiranya anda suka entri saya ini mohon anda tekan button SHARE dan LIKE. Mudah-mudahan lebih ramai yang dapat manfaatnya. Insya Allah anda diberikan ganjaran akhirat.

Sunday, August 23, 2015

BAPAK IN MY MEMORY

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabatku yang dikasihi? Saya doakan anda dalam lindungan Allah swt. Terima kasih kerana masih sudi membaca blog saya ini.

Maaf kerana dah lama tidak bersiaran atas urusan keluarga. Pada awal pagi Rabu 19/8/2015 sewaktu saya masih ditikar sembahyang mengadu dengan Allah, saya menerima panggilan yang menyedihkan dari anak saudara saya Fatimah.

"Assalamualaikum Cik Ann, Cik Ann bapak dah tak de"
(anak saudara saya panggil atok dia dengan panggilan bapak jugak)

Waktu tu saya tak boleh nak menahan air mata lagi dah dan tak boleh terkata.

Hembusan terakhir di Hospital KPJ Muar.
Bapak saya Hj Mahfoz Bin Hj Abu Bakar disahkan kembali ke Rahmatullah pada pagi Rabu jam 5.20 pagi di Hospital KPJ Bandar Mahari Muar, Johor semasa menerima rawatan sejak seminggu yang lalu kerana dehidrasi dan kegagalan fungsi buah pinggang.



 Bapak di Hospital menerima rawatan seminggu yang lalu di KPJ Bandar Maharani Muar.


 Waktu ni nampak kulit bapak sangat kering kerana dehidrasi.


 Awina keletihan menemankan ibunya di hospital.

Pada malamnya sebelum diberitakan ayahanda saya meninggal, akak saya dah beritahu supaya balik kampung memandangkan bapak dalam keadaan kritikal telah dipindahkan ke wad biasa. Waktu tu jam 11 malam menyukarkan saya untuk driving seorang diri bersama anak-anak memandangkan suami saya out-station.

Hajat memang saya nak balik kampung selepas subuh. Benar saya pulang ke kampung sesudah subuh pagi Rabu itu tapi dalam keadaan bapak saya sudah tiada.

Segerakan Urusan Jenazah
Saya sedia maklum urusan jenazah di kampung saya dilakukan dengan segera supaya tidak melangkau 2 waktu solat. Antara yang perkara yang dituntut dalam Islam untuk disegerakan urusan adalah pengurusan jenazah.

Sebelum ini urusan Allahyarhamah Akak saya selesai seawal jam 10 pagi. Jadi, saya perlu sampai ke kampung sebelum pukul 10 pagi. Saya nak sangat mencium ayahanda tercinta saya buat kali terakhir.

Alhamdulillah, Allah mempermudahkan urusan saya. Anak-anak pun dah pandai mengemas sendiri. Ala kadar kami mengemas. Jam 7 pagi kami bertolak dari Seri Kembangan ke Muar.

Alhamdulillah, saya sampai di Muar jam 10.20 pagi. Waktu tu jenazah ayahanda baru saja dikapankan sejurus selepas dimandikan. Ya, Allah ...syukur, saya masih sempat nak cium dahi dan pipi ayahanda buat kali terakhir sepuas-puasnya.

 Tempat mandikan jenazah Allahyarham

Pantas sungguh masa berlalu. Sejurus Allahyarham ayahanda disolatkan, urusan memasukkan jenazah ke keranda pula dilakukan dengan pantas.


Jenazah dimasuk ke dalam keranda dengan berhati-hati.

 Jenazah akan di bawa ke tanah perkuburan di Parit Sakai menggunakan Van Jenazah yang disediakan.

Alhamdulillah, ramai rakan taulan, jiran tetangga, sahabat handai yang jauh dan dekat menziarahi Allahyarham. Memandangkan bapak saya ini masa sihatnya sangat dikenali.

Bapak semasa mudanya adalah seorang guru agama yang disegani. Pernah suatu ketika bapak memegang jawatan imam masjid di Kampung Parit Keroma Jalan Dato' Hj Kosai, Muar.

Tambahan lagi bapak dan mak juga pernah mengajar mengaji anak-anak di kampung saya.

Bapak juga pernah mengajar kelas agama di Masjid Kampung Parit Keroma Jalan Dato' Hj Kosai sewaktu usianya 60-70an.

Disaat van jenazah bergerak ke Tanah Perkuburan Islam Parit Sakai Jalan Dato' Hj Kosai, kampung bersebelahan, saya bergegas ke kereta bersama-sama anak-anak saya untuk mengiringi Allahyarham ke tanah perkuburan.

 Jenazah diturunkan ke dalam liang dengan berhati-hati.

 Kerja-kerja pengkebumian sekarang sangat mudah kerana dibantu oleh jentera berbanding dahulu yang memerlukan tenaga manusia menggali dan mengambus liang.



 Bacaan talkin sedang dibacakan.

 Tenangmu di sana bapak


 mak bertabahlah

Malamnya kami sekeluarga berkumpul untuk kenduri Tahlil untuk Allahyarham bapak dan akak Anung yang baru 2 bulan yang lalu kembali ke rahmatullah.

Kenduri Tahlil
Kenduri Tahlil dibuat selama 3 hari berturut-turut.

Didoakan roh Allahyarham bapak dan kak Anung dicucuri rahmat disamping orang-orang yang bertaqwa dan dijanjikan syurga tanpa hisab.


Bersama sanak saudara yang hadir



Anak-anakku dan sepupunya juga turut membacakan yassin untuk allahyarham Atoknya.


Antara tetamu yang hadir kenduri tahlil.
 

Dari kiri : Hj Razib (abang ipar), Cik Din (pak sedara), Cu (mak sedara), mak, kak siti (akak ipar sulong) dan Abang Bin (abang sulong)
 

 Dari kiri : Cik Jenab (adik bongsu bapak), mak kak na, Kak Na (akak ipar)


Dari kiri : Kak Lik, Kak Izah, Mak dan saya
Tinggal 3 orang daripada 4 adik beradik pompuan. Adik beradik lelaki ada 3 orang lagi (tiada dalam gambar)

Bapak In My Memory

Dari kiri : Hjh Amah (mak), saya, Faizah (anak saudara sulong), Alin (anak saudara kedua, Hj Mahfoz (bapak)

Gambar ni gambar lama jumpa dalam almari kaca rumah mak. Sangat nostalgia. Diambil sewaktu hari raya yang lampau tak ingat tahun bila. Waktu itu saya berusia 6 atau 7 tahun. Sebelah saya anak sedara sulong saya Norfaiza Fuad yang hanya 4 tahun jarak usia kami.

Terkenang saya bersama bapak ketika mudanya. Kadang-kadang bapak hantar saya ke sekolah. Bapak bawa motor kapchainya.

Dari jauh saya dah nampak ada lubang lopak jalan raya. Yang peliknya, bapak takkan mengelak dari lubang itu, tapi dilanggar saja lopak itu.

Yang lebih menghairankan saya, saya yang membonceng di belakang tak sedikit pun terangkat punggung sebab bapak bawa motor sangat perlahan hingga tak terasa walaupun langgar lubang lopak. Tersangat penyabarnya bapak tergambar saat itu.

Kenangan yang masih segar dalam ingatan saya. Banyak lagi kenangan yang masih segar dalam ingatan bersama-sama bapak. Biarlah ia menjadi memori indah saya.

Tempat pembaringan bapak sebelum dia dibawa ke hospital.
Macam masih ada je dia.

Di saat ini hanya doa dan fatihah yang dapatku kirimkan untuk Allahyarham Bapak dan Allahyarhamah Akak Anung. Semoga mereka bersama-sama orang yang bertaqwa dan dijanjikan syurga tanpa hisab.Aaminn..

Mohon saudara-saudari yang beragama Islam yang membaca entri saya kali ini sedekahkan Al-fatihah kepada mereka Hj Mahfoz bin Hj Abu Bakar (Ayahanda saya) dan Eton binti Hj Mahfoz (kakak saya).


Terima kasih kerana sudi membaca entri saya.

Sayang bapak,
Hafizah.

Monday, August 17, 2015

GARAM BERLEBIHAN PUNCA DARAH TINGGI

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar pembaca setia fiezabard? Saya doakan anda sihat dan ceria. Terima kasih kerana setia membaca perkongsian saya.

Baru-baru ini saya ditanyakan soalan oleh seorang rakan. Kenapa kita tak boleh makan garam?

Soalan ini timbul bila syarat wajib makanan dalam program NECK yang kami ikuti adalah elakkan 5 makanan yang berunsurkan minyak, goreng, gula, santan, dan yang paling penting garam.




Garam tidak dinafikan bermanfaat untuk sistem tubuh tetapi sekiranya diambil secara berlebihan buruk padahnya.



Tahukah anda? Garam adalah salah satu punca mengapa ramai orang sakit dan mudah menjadi gemuk.

1 – Garam atau nama saintifiknya Sodium Chloride, terdiri daripada 2 komponen, iaitu 40% Sodium dan 60% Chloride.

2 – Dalam diet manusia, garam tergolong dalam kelompok mikronutrien – yakni nutrien yang diperlukan dalam jumlah yang kecil saja. Kalau kurang akan MENDAPAT penyakit, lebih pun akan mendapat penyakit. Ia bertanggungjawab membekalkan mineral “sodium” kepada manusia.

3 – Sodium sudahpun wujud secara semulajadi dalam semua makanan, maka pengambilan garam haruslah terkawal agar kuota pengambilan sodium anda tidak terlebih.

4 – Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sodium agak sukar berlaku kerana diet kita sendiri amat kaya dengan sodium. Makanan di sekeliling kita mengandungi sodium, meskipun makanan tu tak lah rasa masin mana pun.

5 – Sodium bertindak dalam mengawal jumlah air dalam badan (elektrolit), mengekalkan pH darah, membantu dalam transmisi isyarat saraf (neurotrasmitter) dan kontraksi otot.

6 – Sama seperti di UK, seorang dewasa di Malaysia harus mengambil garam tidak lebih 6g sehari(dalam satu sudu teh), manakala kanak-kanak pula haruslah kurang daripada itu.

7 – Secara purata, seorang dewasa di Malaysia mengambil garam sekitar 9g sehari, lebih banyak dari yang sepatutnya, dan kebanyakannya dari sumber makanan yang tidak sihat seperti makanan dalam tin, kerepek-kerepek, makanan segera dan beberapa jenis lagi makanan proses. Tidak mustahil juga akan ada dewasa yang mengambil sehingga lebih dari ini memandangkan 9g ini adalah sekadar nilai purata (9g adalah nilai tengah-tengah, ada yang ambil kurang dari itu, ada yang ambil lebih).

8 – Antara kesan ketara jangka masa panjang pengambilan garam berlebihan adalah masalah jantung dan juga penyakit darah tinggi (hypertension).

9 – Antara kaedah utama dalam mengurangkan pengambilan garam dalam sehari adalahkurangkan/berhenti makan kerepek jajan, kurangkan/berhenti makan makanan segera di luar(restoran makanan segera), sebaliknya lebihkan memasak sendiri makanan di rumah. Sudah pasti, kurangkan penggunaan garam dan tak perlu menggunakan penambah perisa (seperti Ajinomoto) ketika memasak.

10 – Jika ingin makan makanan dalam tin, pastikan tos dahulu makanan dalam tin sebelum menggunakannya. Peringatan juga buat abang-abang bina badan di luar sana yang sering menggunakan tuna dalam tin dalam kadar yang kerap.

11 – Baca dahulu label sebelum membeli kerana kebanyakan produk yang ada di pasaran sekarang ini rata-ratanya tinggi kandungan sodium. Kadang-kadang roti wholemeal yang menyihatkan pun mengandungi kandungan sodium yang tinggi, maka berjaga-jagalah.

12 – Selain roti, bijirin sarapan, biskut dan kek juga mengandungi sodium yang tinggi. Patutlah orang zaman sekarang ni mudah kena serangan jantung, ye tak? (tambah-tambah lagi kalau malas bersenam,just doubling the risk)

13 – Sekiranya anda gemar makan daging (lembu misalannya), maka lebih dari 1/4 kuota pengambilan sodium harian anda datang dari makanan ini.

14 – Sodium pada label makanan disukat dalam unit “miligram” (mg).


15 – Berapakah had maksima jumlah sodium yang anda perlu ambil dalam sehari? Mudah sahaja.

Dalam (6) tadi telah diberitahu seorang dewasa tak boleh ambil lebih dari 6g garam sehari, atau bersamaan dengan 6000mg sehari, manakala garam terdiri daripada 40% sodium, maka dengan itu, 6000mg x 40% = 2400mg sodium sehari 

Sebab itulah kami dalam NECK menekankan sesangat JANGAN MAKAN GARAM dalam menu makanan anda.

Percayalah sekiranya anda kurangkan GARAM nescaya anda akan lebih sihat dan yang bam bam pulak akan mudah nak turun berat badan.

Saya kata sebab saya dah lakukan.

Selama 100 hari dalam program NECK saya elakkan garam dalam masakan dan menu harian saya. 

Resultnya saya dapat turunkan berat badan saya sebanyak 9 kg.

Alhamdulillah, selama ni saya fikirkan timbang saya rosak. Rupanya silap. Saya boleh turun berat badan dengan mengamalkan cara makan yang betul dan senaman yang betul.

Kerana bentuk badan anda bergantung kepada 70% makanan yang anda ambil dan hanya 30% senaman yang anda lakukan.



Saya doakan anda kurus dan sihat.

Sekiranya entri beri manfaat kepada anda mohon anda tekan button LIKE dan SHARE supaya ramai rakan anda yang dapat manfaatnya juga nanti. Sharing is caring kan.


Sunday, August 16, 2015

HAZAMI SONATA MUSIM SALJU OBSES NAK KURUS

Assalamualaikum wbt,

Apa Khabar sahabatku sekalian? Saya doakan anda kurus dan sihat.

Baru-baru ni kawan saya ada cerita tentang penyanyi tersohor Hazami yang sangat-sangat nak kurus hingga menjejaskan kesihatannya. Sapa yang tak kenal Hazami kan? SONATA MUSIM SALJU.




Cerita begini,



JANGAN JADI BEGINI 

=================

Penyanyi Hazami mendedahkan sikap obses mahu menurunkan berat badan menjadi punca terjadinya pendarahan usus besar terhadap dia.

Hazami atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad, 40, berkata, sikap obsesnya itu bermula kira-kira 10 tahun yang lalu apabila dia merasakan imejnya kurang menarik ketika muncul dalam program televisyen.

"Saya mempunyai berat badan sebanyak 78 kilogram ketika awal pembabitan dalam dunia hiburan.

"Tetapi demi mahu melihat imej yang segak di televisyen, saya mengamalkan diet yang tidak sihat di mana saya hanya makan sekali sehari sahaja.

"Target saya tercapai. Saya berjaya menurunkan berat badan sehingga 50 kilogram pada tahun 2009. Dan saya mengamalkan diet tersebut sehinggalah sebelum dimasukkan ke hospital," katanya. yang ditemui di kediaman ibunya di Gombak, petang Jumaat.

Terdahulu Hazami telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana di sini pada 6 Ogos lalu akibat mengalami pendarahan usus.


Hazami (kiri) menerima lawatan Freddie (tengah) dan rakan artis Rozita Rohaizad.

Dalam pada itu, Hazami turut mendedahkan meminum terlalu banyak kopi pekat juga adalah sebahagian punca dia mengalami penyakit tersebut. Sejak pulang dari hospital beberapa hari lalu, dia mula belajar mengambil pemakanan yang lebih sihat.

"Ini satu pengajaran besar buat diri sendiri. Cuma susah juga nak biasakan diri makan banyak kali dalam sehari.

"Alhamdulillah, keluarga banyak menyokong dan membantu saya untuk makan secara teratur. Saya perlu berehat selama empat bulan sebelum kembali aktif dalam dunia seni," ujarnya.

Sementara itu, Hazami berkata, sejak terlantar di hospital, dia mula sedar bahawa rakan-rakan dan keluarga sentiasa di sisi, tidak seperti yang digambarkannya iaitu melawan penyakit seorang diri.

"Saya selalu menganggap tiada siapa yang akan berada di samping kita kecuali keluarga terdekat ketika kita dalam kesusahan.

"Tetapi saya silap. Rakan-rakan, keluarga dekat dan jauh termasuklah pelajar-pelajar saya bersilih ganti datang melawat dan memberi semangat kepada saya.

"Melalui pengalaman ini juga membuatkan saya mahu menjadi seorang manusia yang lebih positif selain mendekatkan diri kepada Allah," tuturnya.

***************************************************************

Allahuakhbar, cerita Hazami ni biarlah jadi teladan kepada kita.
Usah menyeksa diri nak kurus.

Bila kita ada ILMU, Bila kita ada MENTOR, kurus adalah satu proses yang sangat menggembirakan.

Dalam Now Everyone Can Kurus (NECK), banyak tips kurus akan dikongsikan.

Mudah sangat nak kurus sebenarnya.

Apa yang Hazami kata memang benar. Nak kurus kena makan banyak kali.

Since pengalaman saya join NECK, kami diwajibkan makan 5 kali sehari. Sapa tak makan 5 kali kena denda.

Dan wajib makan nasi. Orang Malaysia kan. Makan nasi tidak boleh dipisahkan.

Pelikkan! Anda tentu heran. Nak kurus tapi kena makan banyak kali.

Macam mana tu? Macam tak masuk akal kan?

Kepada anda yang dalam proses kurus tapi masih belum dapat berat yang diingini, Sila taip "Saya Nak Kurus Dan Sihat!" kepada saya Hafizah di 019-211 8757 (Telegram/ Whatsapp) dengan kadar segera.

Kepada 10 orang pertama akan dapat tips dan formula kurus dan sihat yang istimewa dari saya. Please Hurry! sebelum tawaran ditutup.

Saya doakan anda kurus dan sihat.

Pegang tips ni "Amalkan gaya hidup sihat, anda terpaksa jadi kurus dan sihat!"

Agen NECK anda,
Hafizah Mahfoz​
019-211 8757 (Telegram/Whatsapp)

Sekiranya entri ini menjadi teladan dan manfaat kepada anda sila tekan button LIKE dan SHARE. Semoga dengan sekali LIKE anda diharapkan ada rakan anda yang perlu dibantu mendapat manfaatnya. Insya Allah anda dapat saham akhirat kerana dapat membantu mereka.