Wednesday, June 21, 2023

5 Petua Hilangkan Jeragat, No 5 Paling Berkesan dan Mudah




Jeragat?

Ini adalah isu yang sangat merimaskan dan menakutkan para wanita. Jeragat tidak merbahaya, tetapi ia akan memberi kesan kepada penampilan dan keyakinan diri individu.

Kak Fieza akui diri sendiri juga sedang mengalami fasa jeragat. Ye betul, bila usia dah menjangkau 40-an sedikit demi sedikit jeragat timbul. Sedikit sebanyak akan mengganggu keyakinan diri bila berhadapan dengan khalayak. 



Apa itu jeragat?

Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata. Bagi mereka yang berkulit cerah, kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat manakala mereka yang berkulit gelap pula akan mendapat tompok yang berwarna hitam. Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini akan kelama-lamaan membesar kemudiannya bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda. Ini menyebabkan wajah anda kelihatan tidak menarik dan gelap. 

Peliknya semasa usia 20-an, 30-an tak ada pun jeragat. Bila dikaji punca jeragat patutla muncul bila usia dah cecah 40-an.

Punca-punca jeragat

1) Terdedah kepada cahaya matahari

Anda tak dapat tidak akan terdedah kepada cahaya matahari. Tambahan lagi cuaca yang agak panas sekarang nih.  Sinaran matahari akan mengeluarkan sinaran Ultraviolet (UV). Sinaran UV terdiri daripada tiga jenis :

Ultraviolet A – Cahaya ini adalah cahaya yang paling banyak dalam matahari, ia mampu menembusi lapisan kulit atas dengan mudah. Cahaya UV A akan menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu penyambubg seterusnya menyebabkan masalah kulit kulit serta punca terjadinya jeragat dan yang lebih teruk kanser kulit.

Ultraviolet B – Cahaya ini adalah kurang berbanding UV A kerana UV B kebanyakannya telah diserap oleh lapisan ozon. Cahaya UV B ini akan menyebabkan kulit menjadi terbakar atau sunburn.

Ultraviolet C – Cahaya ini merupakan yang paling berbahaya terhadap kulit. Tetapi jangan risau kerana cahaya ini tidak sampai ke bumi disebabkan diserap oleh lapisan ozon.

2) Perubahan Hormon

Semakin berusia kita hormon juga akan berubah. Perubahan hormon juga antara punca terjadinya pembiakan jeragat.

3) Penggunaan Kosmetik

Penggunaan kosmetik yang berbahaya dan tidak sesuai dengan kulit akan menyebabkan kulit menjadi jeragat. Bahan-bahan terlarang yang digunakan boleh menyebabkan kerosakan kulit kepada pemakai. 

4) Pencemaran persekitaran

Zarah-zarah tercemar dari alam sekitar meningkatkan radikal bebas pada kulit bebas dalam badan. Pencemaran juga mengakibatkan microbiome kulit menjadi tidak stabil dengan cara menganggu pertahanan kulit. Ini akan meninggalkan kesan bintik-bintik hitam di kulit wajah terutamanya yang dinamakan jeragat.

5) Faktor keturunan

Jeragat juga boleh diwarisi. Pigmentasi kulit boleh turun kepada anak. Andai ibu pernah mengalami jeragat, anak juga berkemungkinan mengalami jeragat juga. Namun, tak perlu risau kerana ada cara untuk mengatasinya.

5 PETUA HILANGKAN JEJAGAT

1) Jus lemon

kandungan asid hidroksi dalam jus lemon adalah agen pengelupasan kulit berjeragat. Asid ini akan membuang sel kulit mati dan merangsang penghasilan sel kulit baru.

Kandungan astringen yang terkandung dalam jus lemon pula akan membuang minyak berlebihan di kulit wajah.

Caranya:

Oleskan jus lemon pada kulit muka dan kawasan berjeragat dan biarkan selama 15 - 20 minit. Kemudian cuci dengan air bersih dan ulang setiap hari sebelum tidur.


2) Aloe Vera

Pokok Aloe Vera banyak membiak di kawasan rumah Kak Fieza. Banyak rupanya khasiatnya. Antaranya boleh digunakan untuk masalah jeragat yang melanda.

Aloe vera dapat mengekalkan hidrasi kulit. Hasilnya, kulit kelihatan lebih anjal dan berseri. Tambahan lagi sebatian aktif aloesin dalam aloe vera berupaya melawan pigmentasi kulit. Jadi, sekiranya konsisten mengamalkan pemakaian aloe vera ini berupaya membantu memudarkan jeragat dan akhirnya hilang secara semulajadi. 

3) Serbuk Kunyit

Curcumin dalam kunyit bukan hanya memberikan warna dan rasa tetapi ia juga mengurangkan penghasilan melanin pada kulit.

Jeragat terjadi disebabkan penghasilan melanin berlebihan oleh sel melanosit tubuh kita. Perawatan serbuk kunyit satu kali seminggu boleh menghilangkan jeragat di wajah.

Cara-cara hilangkan jeragat dengan serbuk kunyit:

    Satu sudu teh serbuk kunyit digaulkan bersama jus lemon.
    Kacaukan hingga menjadi sebatian yang pekat.
    Ratakan di seluruh kawasan yang berjeragat dan biarkan hingga kering.
    Kemudian, cuci dengan air bersih.

4) Scrub Oat

Oat ialah agen pengelupasan semulajadi yang menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul di liang-liang pori.

Dua cara hilangkan jeragat dengan bijirin oat:

Campurkan dua sudu yogurt, satu sudu jus lemon, sedikit madu dan empat sudu serbuk oat. Sapukan di bahagian kulit yang berjeragat terutamanya pada kulit wajah. Selepas 20 minit, bilas dengan air bersih.
Campurkan serbuk oat dan air bersih. Sebatikan dan letakkan pada kulit berjeragat. Dalam masa yang sama, gunakan teknik scrub untuk membuang sel kulit mati. Akhir sekali, cuci dengan air bersih.
Lakukan secara rutin contohnya dua kali seminggu untuk mendapatkan kesan ketara. 

Tak ada masa nak buat petua ni, akhirnya kulit kekal jeragat.

Anda rasa anda ada masa nak gunakan petua di atas? Memandangkan lumrah hidup sekarang ni ramai yang bekerjaya. Sekiranya duduk di rumah pun tidak pasti ada masa untuk praktikkan amalan penjagaan kecantikan seperti di atas. Maklumlah di rumah juga lebih sibuk rutinnya. Menggunakan petua-petua seperti di atas agak ambil masa. Jadi ramai yang mencari produk kecantikan untuk mengatasi masalah kulit yang dihadapi. Mudah dan ringkas.

Biasanya petua dan produk kecantikan di pasaran lebih kepada penjagaan luaran. Namun begitu kecantikan yang paling efektif adalah lahir dari dalaman. Look Younger inside Out. begitu. 

lagipun anda tak tahu tahap keberkesanan dan ketulenan produk kecantikkan di pasaran. Silap langkah masalah jeragat anda semakin teruk bila terguna produk yang tak sesuai dan tak natural.

Jadi, Kak Fieza sarankan anda pilih PETUA HILANGKAN JERAGAT yang ke 5 ini lebih MUDAH, PANTAS dan TERBUKTI BERKESAN.

5) Set Vitamin Kulit Cantik Shaklee

Set Kecantikan Shaklee terdiri daripada:

💖ESP
💖Vita-C Sustained Release
💖ResV-Vix

Kenapa ESP, Vita-C dan ResV-vix pilihan untuk Vitamin Kulit tanpa jeragat?


ESP Soy Protein




Protein berasaskan tumbuhan lebih bermanfaat berbanding protein haiwan kerana ia menawarkan sumber protein yang kaya nutrien tanpa mengandungi lemak dan kolestrol. Shaklee ESP Soy Protein bukan saja lazat dan padat dengan protein tumbuhan , malah ianya membantu anda memiliki kulit yang berseri dalaman dan luaran.
Pernah tak dengar orang tua-tua dulu kata, nak anak cantik kulit halus mulus putih melepak amalkan minum air soya semasa hamil. Betul kata orang tua-tua. Cuma pastikan pengambilan soya yang diambil betul-betul natural dan bukan dari soya GMO. 

ESP Soy Protein Shaklee adalah protein Non-GMO, free gluten,tiada perasa tiruan, tiada bahan pengawet dan proses penyedian Soy proteinnya juga sangat teliti dan berkualiti. Jemput baca perkongsian Kak Fieza Vitamin Rahmah untuk info lanjut.

ESP Soy Protein membantu:

#1 : Memberikan Struktur Kulit

Kolagen, elastin dan keratin adalah protein yang sangat penting dalam tubuh badan anda untuk membentuk sebahagian besar daripada semua tisu penghubung bagi memberi sokongan struktur kepada kulit, rambut dan kuku anda. Protein soya membantu:

Meningkatkan penghasilan, pertumbuhan dan perkembangan sel kulit sihat.
Membaiki keanjalan kulit dan meningkatkan sintesis kolagen
Anda tahu tak?

kekurangan Kolagen dan elastin melemahkan struktur kulit anda, hingga menyebabkan kulit tenggelam dan membentuk kedutan.

#2 : Melembap dan Melicinkan Kulit

Kulit kita terdiri daripada faktor pelembap semula jadi (NMF) dengan asid amino sebagai komponen utamanya. Dalam ESP Soy Protein mengandungi asid amino. Asid amino ini membantu :

Menguatkan lapisan kulit yang paling luar, sekaligus mengekalkan kelembapan pada kulit supaya tak mudah kering.

Kulit anda akan kekal terhidrat, melengahkan kemunculan tanda-tanda penuaan seperti jeragat dan kedutan untuk memastikan kelicinan kulit.


Anda tahu tak?

Berada berjam-jam lamanya di dalam bilik berhawa dingin boleh menyebabkan kulit anda hilang kelembapan dan menjadi kering.


#3 : Melindungi Kulit daripada Kerosakan Radikal Bebas

Radikal bebas boleh menyebabkan tekanan oksidatif kepada kulit dengan merosakkan membran sel kulit, protein dan DNA yang mengakibatkan penuaan kulit pramatang seperti kedutan.

Isoflavon dalam protein soya membantu untuk:

Mengurangkan tekanan oksidatif, keradangan dan kerosakan sel kulit yang berpunca daripada pendedahan kepada UV kerana ia kaya dengan antioksida.

Ibaratnya seperti buah epal yang terdedah kepada udara. Lama kelamaan epal tersebut akan menjadi perang. Pengoksidaan yang disebabkan oleh radikal bebas berlaku dalam sel kulit dan mengakibatkan kerosakan dalam tempoh beberapa dekad.

#4 : Menyembuh dan Membaiki Kulit

Kulit kita mengalami kerosakan setiap hari. Asid Amino adalah penting untuk menyembuhkan dan membaiki tisu dan kulit yang rosak. Protein soya membantu untuk:

Bertindak sebagai blok binaan untuk sel dan mempercepatkan proses penyembuhan sel supaya kulit anda lebih cepat pulih.
Meningkatkan proses pusing-ganti sel yang bermakna menyingkirkan sel kulit/rambut/kuku yang lama untuk memberi ruang kepda sel baru.

Anda tahu tak?

Protein soya berasaskan tumbuhan biasanya kaya dengan zat besi yang penting dalam penyembuhan luka.

 




 Sebab itu pentingnya pengambilan Soy Protein untuk penjagaan kulit anda.

Vita-C Plus

Vita-C adalah vitamin penting untuk sistem imunasi badan. Namun, Vita-C juga penting untuk kesihatan kulit.

 



 
Vitamin C dikenali sebagai asid askorbik dan memainkan peranan penting dalam fungsi dan kesihatan tubuh terutamanya kulit anda.

Manfaat Vitamin C terhadap kulit

  • Bertindak sebagai antioksida
  • Melindungi daripada sinaran UV
  • Bertindak sebagai agen depigmentasi
  • Berfungsi sebagai agen antikeradangan
  • Menggalakan sintesis kolagen

Kenapa ambil Vita-C Plus Sustained Release banding Vitamin C lain untuk Kecantikan Kulit terutamanya untuk mengatasi jeragat?




#1 : Sistem Pelepasan Berperingkat

Canggihnya Shaklee telah menciptakan vitamin C yang berupaya melepaskan Vitamin C secara berperingkat setiap 1 jam 100mg dilepaskan. Jadi ini mengurangkan pembaziran dan pengunaan Vitamin C dalam tubuh dapat digunakan secara optimum.

Ini bermakna kulit anda akan sentiasa dilindungi sepanjang hari dari mengalami kerosakan. Jadi kurangnya terjadi jeragat.

#2 : Sumber semulajadi Vitamin C

Shaklee mengambil dari ekstraks jagung untuk serapan yang terbaik dan lembut pada perut.

#3 : Ditambah dengan Bioflavonoid

Bioflavonoid ini adalah lapisan selaput dalam kulit oren yang berwarna putih. Fungsinya untuk penyerapan lebih efektif Vitamin C ke dalam badan.


#4 : Kos Efektif
Hanya RM0.43 setiap biji dan mudah untuk ditelan.


ResV-vix



ResV-vix adalah minuman botanic dan suplemen semulajadi  yang terdiri dari anggur muscadine, lobak ungu, europena elderberry ,japanese knotweed, chebulic myrobalan, delima, black currant dan anggur pomace/anggur merah yang mempunyai nutrien Polifenols yang sangat tinggi. 



 
Spectrum Polifenols yang sempurna ini sangat powerful untuk  
 
▪︎melindungi sistem imun badan. 
▪︎memperbaiki kerosakan DNA 
▪︎membaikpulih saraf serta sistem imun yang telah diserang 
 
Sebab tu lah, orang kata ResV-vix ni tonik ajaib ! 
 
Bila sel diserang dengan penyakit, ini lah punca yang menyebabkan kerosakan pada DNA. 
 
Dari sini, penting utk kita ambil nutriens Polifenols ini kerana research tunjuk; Polifenols yg sempurna dpt melindungi sel sehingga ke peringkat DNA!  
 
Campuran Polifenols yg sempurna ada dalam botol ResV-vix! 
 
 
Dekat dunia Allah jadikan lebih 8000 jenis anggur.
 
Terdapat ada satu anggur yang Allah ciptakan sangat istimewa. 
 
Biasa buah,  kalau kene gigit dengan binatang atau dia berlubang, buah tu akan busuk kan? 
 
Tapi tidak pada anggur Muscadine,  
 
Anggur Muscadine ni, dia akan rawat sendiri badan dia untuk menjadi anggur yang asal, & ia tidak membusuk !  
 
MasyaAllah tabarakallah hebat ciptaan Allah kan?? 
 
Saintis Shaklee memang buat kajian dan mencari serata dunia buah yang mempunyai kadar tinggi antioksidan. 
 
Keistimewaan anggur muscadine ni dia mempunyai 20 pasang kromosom berbanding anggur lain yg ada hanya 19 pasang kromosom 
 
Dan ianya mempunyai powerful antioksidan yang terdapat pada biji dan kulit. 
 
Dalam anggur muscadine terdapat polifenol yang bernama "elargik asid" yang mana die merencatkan sel-sel abnormal. 
 
Jadi ia sangat bagus untuk anti kanser, anti keradangan dan anti aging.

Bagaimana ResV-Vix hilangkan kulit berjeragat?

1- Polifenol dalam ResV-vix sangat tinggi kandungan antioksidan. Antioksidan ini sangat penting dalam untuk membantu melambatkan tanda-tanda penuaan seperti:

❎Kedutan
❎Eye bag
❎Bintik hitam
❎Jerawat
❎Jeragat

Polifenol yang sangat tinggi antioksidan ini sangat bagus untuk anda yang banyak terdedah kepada cahaya matahari, UV, dan pencemaran yang boleh menyebabkan kadar penuaan tubuh dan kulit menjadi lebih cepat. Ini adalah punca utama kulit wajah mudah berjeragat. Polifenol berupaya membantu melambatkan proses penuaan kulit anda dari dalam.

2- Kandungan Resveratrol dan Polifenol ResV-Vix juga boleh mencerahkan kulit dan membuat kulit menjadi glowing tanpa perlu makeup. Jeragat juga cepat pudar.

3- ResV-Vix membantu kulit jeragat disebabkan antioksidan yang sangat tinggi. Antioksidan ini penting untuk membaiki dan memulihkan sel-sel kulit mati atau rosak. Sel yang rosak ini yang membuatkan pertahanan kulit lemah dan menyebabkan ia mudah naik jeragat.

Apabila sel-sel kulit yang lama sudah diperbaharui, automatik kulit pun jadi cantik, lebih bersih, cerah dan berseri! Best kan? Sebab itu ramai yang apabila rajin mengambil setiap hari produk ResV-Vix mendapat efek wajah nampak lebih muda dan berseri!

4- Kebaikan Polifenol dalam Vivix Shaklee juga bagus untuk kulit. Ia membantu dalam penghasilan kulit yang sihat dengan:

✅Melindungi kulit dari kerosakan UV
✅Mengurangkan penuaan pramatang dan pembentukan kedutan
✅Menyokong dalam pengeluaran kolagen yang sihat
✅Menggalakkan kulit yang lebih tegang dan kelihatan lebih muda berseri

5- Kebaikan ResV-Vix juga bantu meremajakan kulit dari dalam. Ini telah terbukti dimana satu ujian klinikal menunjukkan ramuan yang terdapat dalam sebotol ResV-Vix akan mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular! Maksudnya ResV-Vix ini membantu memperbaiki sel DNA kita dan melambatkan proses penuaan dari dalam, dari akar umbi!

Banyak kebaikan dan manfaat dalam sebotol ResV-Vix untuk kesihatan kulit kan. Rajin-rajinlah mengambil ResV-Vix setiap hari untuk anda kekal remaja,awet muda dan cantik!

Di sini Kak Fieza kongsikan TESTIMONI SHAKLEE dengan Set Vitamin Kulit Cantik Shaklee





(kredit to miracle)



Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah benar yang pengamal Set Vitamin Kulit Cantik ini dapat kesan yang sangat memuaskan hati. Orang kata alah membeli menang memakai. eh...vitamin ni kita makan tau. Jadi dapat kecantikan dari dalam hasilnya nampak di luar. Inside Out gitu!


Anda yang masih tercari solusi untuk mengatasi masalah kulit wajah anda terutama jeragat atau jerawat boleh cuba Set Vitamin Kulit Cantik Shaklee Anda hari ini.

Nak cantik menawan berseri-seri di pagi raya haji nanti, anda mulakan dengan Set Vitamin Kulit Cantik anda hari ini.

Jadi, tunggu apa lagi!

Dapatkan SET VITAMIN CANTIK anda hari ini sebelum HABIS STOK!

Anda nak SET VITAMIN CANTIK ?

Pilihan di tangan anda.

Untuk konsultansi percuma anda klik di sini

 


 ATAU

Anda Nak JOIN AHLI SHAKLEE secara PERCUMA

KLIK 👇👇



 

 

Living With Harmony With Nature

~falsafah Dr Forrest C Shaklee.

 

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.



#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleeSeriKembangan




 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)






Sunday, June 18, 2023

9 Amalan Gaya Hidup Sihat Pilihan Kita

 


Hai, Asssalamualaikum sahabat fiezabard yang dikasihi. Apa khabar? Kak Fieza doakan anda dilimpahi keberkatan dan rahmah. Terima kasih kerana sudi membaca coretan Kak Fieza.

Kali ini Kak Fieza nak story tentang amalan gaya hidup sihat pilihan kita. Kalau anda perasan, rakyat Malaysia sekarang ni dah kurang menitik beratkan gaya hidup sihat. 

Tambahan lagi, Malaysia terkenal dengan syurga makanan. Lagipun rutin harian masyarakat Malaysia memaksa kita lebih memilih gaya hidup yang tidak berapa sihat.

Bayangkan anda bekerja 9-5 , nama sahaja masuk opis jam 9 tetapi anda perlu bersiap 2 jam sebelum itu dan bersiap pulang juga 2 jam selepas itu. Orang kata pergi gelap ,balik pun gelap. Celah mana anda nak melakukan aktiviti riadah.

Tambahan lagi, timbunan tugasan-tugasan kerja harian kadang kala buatkan anda rasa stress. Belum lagi dapat tekanan dari orang atasan yang inginkan kerja diselesaikan dengan segera. Oh, memang mintak nyawa.

Perkara ini Kak Fieza alami sendiri. 

Baru-baru ini Kak Fieza ada terbaca AMALAN GAYA HIDUP SIHAT saranan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Amalan ini sangat baik untuk jadi panduan kepada anda dan diri Kak Fieza sendiri.

#1 Dapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti.

Tidur adalah suatu gaya hidup yang sangat penting. Tidur adalah cara badan untuk rehat. Bayangkan anda telah bekerja seharian tapi tak dapat rehat yang secukupnya. Lama kelamaan badan akan lemah dan tidak berfungsi dengan baik.

Cara yang paling baik untuk dapatkan tidur yang betul-betul berkualiti adalah anda disarankan tidur awal seawal jam 10 malam. Paling lewat pun jam 11 malam.

Kenapa ye kena tidur jam 10 malam?

Kak Fieza pernah dengar salah sorang ilmuan berkata, tidur awal sebelum jam 12 malam seolah-olah anda telah tidur selama 3 jam setiap 1 jam anda tidur.

Bermakna sekiranya anda mula tidur jam 10 malam dan berjaga jam 12 malam, seolah-olah anda dah dapat tidur selama 9 jam, begitulah.

Berbanding sekiranya anda tidur selepas jam 12 malam anda hanya dapat tidur tak sampai 5 jam sekiranya anda perlu berjaga jam 5 pagi. 

Sebab itu, perasan tak, beza sekiranya anda tidur awal dan tidur lewat. Anda akan rasa segar dan bertenaga bangun tidur sekiranya anda tidur awal walaupun anda perlu jaga jam 3 pagi esoknya, berbanding anda tidur lewat akan rasa badan lemah, susah nak buka mata walaupun anda bangun terlepas subuh sekalipun.

#2 Urus Tekanan Dengan Bijak

Tidak dinafikan pola kehidupan harian kita hari ini penuh dengan tekanan. Lebih-lebih lagi sewaktu PKP dahulu. Namun kesan saki baki tekanan masih dapat dirasai hingga kini.

Sesiapa sahaja tidak mengira golongan kanak-kanak,dewasa mahupun warga emas boleh mengalami tekanan/stress.

Tahap tekanan setiap individu berbeza-beza dengan individu yang lain.

Ada yang mengalami tekanan yang boleh dikawal dan kadang kala tekanan itu menjadi faktor pendorong kepada individu meningkat produktiviti.

Namun, ada juga tekanan yang tidak dapat dikawal dan keterlaluan untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani menyebabkan kesan negatif dan memjejaskan kesihatan dan menjadi asbab risiko penyakit kronik.

Oleh itu ada beberapa cara untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa tekanan/stress antaranya:

💓 Bertenang dalam menghadapi sesuatu situasi.

💓 Mengunakan teknik 'deep breath'.

💓 Bagi orang Islam boleh membaca Al-Quran dan berzikir.

💓 Beribadat

💓 Bercakap dengan seseorang yang dipercayai.

💓Berehat dan mendengar muzik.

💓 Beriadah

💓 Bersenam

💓 Sentiasa husnuzon dan berfikiran positif.

💓 Sering mendengar/membaca KATA-KATA MOTIVASI yang berikan ketenangan.


#3 Kurangkan pengambilan gula tambahan

Perasan tak ramai dikalangan individu suka makanan yang manis-manis. Kuih muih, minuman manis dan desert-desert yang dihidangkan semuanya sedap dimulutkan.

Namun yang sedap itulah membawa padah.

Gula memang manis tetapi pengambilan secara berlebihan boleh mejejaskan kesihatan anda. 

Makanan semuljadi seperti buahan, sayuran,hasil tenusu dan bijiran sebenarnya telah lengkap dengan gula semula jadi membuatkan badan mencerna karbohidrat dengan perlahan supaya sel mendapat bekalan tenaga secara stabil.

Manakala,gula tambahan (gula pasir) yang kebanyakkan terdapat dalam makanan dan minuman sebagai perasa kesedapan ianya tidak diperlukan langsung oleh tubuh malah ia boleh menyebabkan risiko penyakit kronik.


#4 Kekal Hidrat

Amalkan minum air secukupkan 8 gelas sehari sekurang-kurangnya untuk mengekalkan hidrasi badan.

Lebih-lebih lagi dalam cuaca panas luar biasa sekarang ini jangan biarkan badan anda terhidrasi.


#5 Kekal Berhubung

Kekalkan jalinan silaturahim dengan keluarga, sahabat dan saudara-mara. Ini adalah salah satu amalan gaya hidup yang dituntut oleh agama juga.


#6 Amalkan Makanan Sihat Dan Seimbang

Menurut pakar nutrisi, makanan seimbang perlu lengkap mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak,vitamin dan garam galian pada kadar yang betul.

Faktor umur, jantina dan aktiviti harian adalah penting dalam menentukan kuantiti makanan harian atau tenaga yang diperlukan oleh setiap individu.

Individu yang aktif dan banyak melakukan aktiviti akan memerlukan lebih banyak tenaga berbanding individu yang kurang aktif. Remaja yang sedang membesar akan memerlukan jumlah tenaga yang lebih tinggi berbanding warga emas.


#7 Hadkan Pengambilan Alkohol

Bagi orang Islam minuman beralkohol memang dilarang keras pengambilannya kerana minuman Alkohol akan menjadikan sistem badan manusia tidak normal. Ia juga boleh menyebabkan penyakit-penyakit kronik lain.


#8 Berhenti Merokok

Dalam fatwa Mufti di beberapa buah negeri juga mengharamkan rokok. Rokok ini jatuh haram disebabkan ianya boleh mengakibatkan punca banyak penyakit kronik.


#9 Lakukan Senaman

Setiap individu disarankan melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap sessi.

Ini kerana dengan bersenam anda dapat

💓Memperbaiki keseimbangan, koordinasi dan gaya jalan.

💓Meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan harian.

💓Mempertingkatkan harga diri dan mengurangkan keresahan.

💓Mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan mental.

💓Mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung.


Mudahan dengan panduan GAYA HIDUP SIHAT ini membantu kita semua menjalani kehidupan dengan lebih baik lagi. Sayangi diri kita sendiri sebelum kita menyayangi orang lain.


Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT, supaya lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah mereka menjadi lebih baik lagi. Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best. Kak Fieza doakan anda dapat berat ideal yang anda impikan kelak.






 

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023

#ShakleeSeriKembangan


-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:
hafizahmahfoz (tekan)

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)

Sunday, June 11, 2023

Pengedar Shaklee Seri Kembangan, Selangor

 



Hai, Assalamualaikum sahabat fiezabard yang dikasihi. Apa khabar ? Kak Fieza doakan anda berada dalam lindungan kesihatan yang melimpah ruah.

Dah lama Kak Fieza menulis diruangan blog ini. Tapi lupa pula nak memperkenalkan diri.

Baiklah, kali ini Kak Fieza nak mengadakan sessi taaruf diri.

Latar belakang wanita bernama Kak Fieza.


Keluarga besar fiezabard family

Nama penuh : Hafizah Binti Mahfoz (Kak Fieza)

Suami : Badrul Hisham Bin Abdul Muttalib (Bard)

Berasal dari Muar, Johor.

Bermastautin di Seri Kembangan, Selangor.

Mempunyai 6 cahaya mata, 4 lelaki dan 2 perempuan:

1. Muhammad Eizz Aqlan ( 19 tahun )

2. Muhammad Eizz Fitri ( 18 tahun )

3. Eizzatul Syarafana ( 16 tahun )

4. Muhammad Eizz Faris ( 14 tahun )

5. Eizzatul Syazwina ( 10 tahun )

6. Muhammad Eizz Affan ( 5 tahun )

Graduate Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Bekerja sepenuh masa sebagai Senior Engineer di sebuah syarikat tersohor di Malaysia.

Sejak tahun 2013 telah terjebak dengan Part-time job sebagai Pengedar Shaklee yang sah.

Kak Fieza merupakan Founder FBG Empire yang mempunyai hampir 200 orang individu berdaftar di bawah organisasi FBG Empire.


Founder FBG Empire


Kak Fieza merupakan Founder FBG Empire. FBG adalah nama singkatan daripada Fly Become Great. Nama FBG ini wujud bila Kak Fieza nak bina bisnes sendiri dengan berplatformkan bisnes Shaklee.

Ini yang seronoknya bisnes Shaklee, anda tak perlu modal besar untuk bina organisasi bisnes anda. Bukan itu sahaja, anda juga tidak perlu setup kedai untuk bina bisnes anda.

Bisnes anda boleh dilakukan everywhere, anytime full-time atau part-time. Anda hanya perlu ada handset dan talian internet untuk mulakan bisnes anda. Mudahkan?

Bagaimana Kak Fieza bermula?

Sebenarnya Kak Fieza tidak bercadang untuk jadikan Shaklee ini sebagai bisnes. Mulanya Kak Fieza tak tahu berbisnes langsung even jual sebatang pen. Malunya nak buka mulut nak suruh orang beli dengan kita. Kak Fieza bukan dari keluarga bisnes.

Hingga satu ketika Kak Fieza memerlukan suppliment untuk mengatasi sakit belakang ekstrem Kak Fieza selepas melahirkan anak yang ke-5. Waktu itu Kak Fieza ambil Ostenutrix dan Set Menyusu Shaklee. Alhamdulillah produk Shaklee berjaya meredakan sakit belakang atas izin Allah. Ini adalah TESTIMONI SHAKLEE pertama yang pernah dialami.

Dari situ, Kak Fieza terfikir kenapa tidak Kak Fieza kongsikan kebaikan produk-produk Shaklee ini kepada rakan taulan supaya mereka juga boleh dapat manfaatnya.

Sejak itu, Kak Fieza kongsikan kesan yang Kak Fieza dapat kepada sahabat dan saudara mara. Amazingly, ramai yang ada masalah seperti Kak Fieza dan ingin cuba produk Shaklee.


Pengedar Sah Shaklee Seri Kembangan, Selangor


Shaklee Brand Ambassador Certified

Kak Fieza merupakan PENGEDAR SHAKLEE sah Seri Kembangan Selangor khususnya dan seluruh Malaysia amnya. Kak Fieza adalah Shaklee Brand Ambassador Certified. 

Kak Fieza juga Pengedar Shaklee di jajahan Taman Lestari Putra (LEP), Equine Park, Puncak Jalil, Kinrara dan sekitar Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.

SILA KLIK MAP 👇



Kak Fieza sedia membantu anda untuk sebarang cadangan mana-mana produk Shaklee untuk menambah nilai kesihatan anda. Insya Allah Kak Fieza sedia membantu memberi KONSULTANSI SECARA PERCUMA.

Insya Allah Kak Fieza akan berikan Konsultansi produk manakah yang sesuai dengan anda dengan mengambil kira faktor sejarah kesihatan dan alahan. Jadi, Kak Fieza galakkan anda menghubungi saya dahulu sebelum dapatkan produk Shaklee untuk rundingan atau konsultansi percuma supaya anda tidak tersalah memilih produk Shaklee yang benar-benar anda perlukan.

Anda juga boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee untuk dapatkan banyak keistimewaan yang kami berikan.

Di bawah ini disenaraikan 10 Kelebihan Menjadi AHLI SHAKLEE bersama kami.




Sekiranya anda register Shaklee di bawah organisasi kami, anda berpeluang dapat :

💎 Yuran Keahlian hanya RM35 ATAU KEAHLIAN PERCUMA dengan belian produk 100 uv point ke atas (~RM350) dalam 1 resit ATAU KEAHLIAN PERCUMA sekiranya ada promosi yang ditawarkan oleh Shaklee dari masa ke semasa.

💎 Semua produk dapat potongan 20%.

💎 Setiap bulan ada Promosi Hebat yang jauh lebih jimat yang hanya ditawarkan untuk ahli sahaja.

💎 Berpeluang dapat REBATE CASH ( kepada yang cukup point walaupun hanya untuk makan sendiri).

💎 Jemputan ke Group eksklusif facebook dan whatsapp untuk ahli di bawah FBG Empire.

💎 Peluang jana income 4,5, dan 6 ANGKA SEBULAN.

💎 Peluang dapat REWARDS menarik (Car Bonus, Free Trip Local & International).

💎 Kelas bimbingan NUTRISI dari PAKAR NUTRISI SHAKLEE online dan offline.

💎 Kelas bimbingan BISNES dari SHAKLEE Leaders online dan offline.

💎 Marketing Plan yang ADIL dan MENARIK (Bukan Sistem Piramid).





Anda ingin menjadi individu yang baru dengan kesihatan anda lebih baik. Jangan tunggu lagi. Dapatkan produk Shaklee anda dengan pengedar yang betul-betul sah. Bukan dari Shopee, lazada atau mana-mana e-commerce yang anda pastinya tidak dapat KONSULTANSI yang betul.


UNTUK KONSULTANSI SHAKLEE PERCUMA, KLIK SINI
 
Sekiranya anda adalah ahli Shaklee, pastikan keahlian anda belum tamat tempoh untuk dapatkan banyak keistimewaan AHLI SHAKLEE. Sekiranya anda telah tamat tempoh keahlian, boleh buat RENEWAL SHAKLEE FREE di www.shaklee.com.my atau anda boleh hubungi orang yang telah registerkan anda dahulu untuk bantuan.


Sekiranya ahli di bawah FBG Empire boleh hubungi Kak Fieza ye untuk bantuan RENEWAL SHAKLEE FREE sahaja.

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT, supaya lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah mereka menjadi lebih baik lagi. Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best. Kak Fieza doakan anda dapat berat ideal yang anda impikan kelak.





 
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan
 

 

 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:
hafizahmahfoz (tekan)

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)


Saturday, June 10, 2023

Testimoni Shaklee Saya Jatuh Cinta Dengan Ostenutrix Kalsium Luar Biasa Shaklee



9 tahun alami sakit belakang ekstrem, Reda dengan Ostenutris dalam masa 1 malam.


Masih terkenang 6 tahun yang lalu dalam bulan March 2018, tak disangka bila Kak Fieza disahkan hamil untuk kali ke-6 dalam usia Kak Fieza 42 tahun ok.

Terngiang-ngiang lagi kata-kata doktor gynea Kak Fieza Doktor Khamsiah Doktor favorite Kak Fieza ketika itu.

"Lepas ni, rehat lah ye. You pun dah ada 5 kids, cukup-cukuplah ye"

Waktu tu Kak Fieza mengalami keguguran buat kali pertama dalam usia kandungan baru 2 bulan setengah.

Alhamdulillah, tahun ni 2018 Allah masih beri rezeki Kak Fieza hamil lagi.

Kalau nak ikutkan dalam usia sebegitu, memang tak berupaya mengusung perut boyot lagi kan. Beza tau hamil umur 20-an, 30-an dan sekarang 40-an ye. Energy semakin menyusut.

Ada satu pengalaman Kak Fieza nak kongsi dengan anda semua semasa Kak Fieza hamil anak sulong. Waktu tu umur baru 27 tahun, kira mudalah tu kan.

Jemput baca kisah tragis Kak Fieza 15 tahun lalu ye.


Kisah tragis 20 tahun lalu

20 tahun lalu, gembiranya dihati bila kami dapat berita, akan menimang cahaya mata yang pertama setelah hampir 3 bulan mendirikan rumahtangga.

Tapi perkara yang menyeksakan Kak Fieza saat itu masa bulan-bulan pertama usia kandungan, tetiba belakang Kak Fieza seperti ditarik-tarik, dirobek-robek, disiat-siat. Masa tu Allah saja yang tahu. Dah pergi berurut pun sakitnya masih sama. Beberapa bulan juga la Kak Fieza tanggung kesakitannya. Nak nangis pun ada bila menahan kesakitan tu. 

Nak baring tak selesa, nak duduk rasa urat tegang. Nak mengiring pun serba tak kena. Itu ramai orang kata pengorbanan seorang ibu.

Bayangkan masa tu kena driving hampir 30km pergi dan 30 km balik kerja. Tahan je la ketegangan tulang belakang yang ditarik-tarik semasa memandu. Serba tak kena sepanjang pemanduan. Padahal masih muda lagi tika tu. Baru 27 tahun.

Bila tanya orang yang lebih berusia, mereka kata biasalah tu, mengandung sulong, urat menegang. Jadi, kita pun percayalah metos itu.

Namun aduhai, tak tertanggung rasanya menahan sakit. Kak Fieza redha je la masa tu. Sebab tak de ilmu dan pengalaman. Iyakan je la kata orang-orang lama.

Sakit seperti ini berulang setiap kali Kak Fieza hamil hingga anak ke-5.

Sebenarnya bukan sakit belakang saja yang Kak Fieza tanggung. Ni nak bagitau senarai apa yang Kak Fieza alami sepanjang hamil dan selepas melahirkan:


Senarai Kesakitan Sepanjang Kehamilan:

😱 Gigi rapuh, tetiba sebatang gigi Kak Fieza sumpik. Kesian gigi.

😱 Gusi berdarah

😱 Sembelit yang keterlaluan (sehingga 3-4 jam dalam toilet, bayangkan)

😱 Krem kaki yang keterlaluan

😱 Sakit tulang belakang

😱 Sakit pinggang


Bila diingatkan balik, Allahuakhbar, tabahnya kumenanggung seksaan begitu ketika hamil dan lepas bersalin.

Alhamdulillah, sekarang dalam usia nak cecah setengah abad baru la dapat ilmu nutrisi yang diajar oleh pakar nutrisi Shaklee.


Keperluan Kalsium Bayi Dalam Kandungan Untuk Tulang Yang Sihat


"Bayi anda memerlukan Kalsium yang mencukupi untuk membina lebih daripada 300 tulang semasa kehamilan.

Sekiranya bayi tidak mendapat Kalsium daripada diet harian ibu, bayi akan mendapatkannya daripada tulang ibu, menyebabkan ibu mengalami osteoporosis pada peringkat umur ibu yang selanjutnya.

Oleh itu, tambahkan semula simpanan Kalsium anda dan pastikan tulang anda sihat."


Cukupkah Kalsium dan Mineral Untuk Ibu Hamil?

Rupanya, selama ni Kak Fieza kekurangan kalsium. Padahal, Kak Fieza dah ambil Kalsium yang dibekalkan doktor.

Barulah Kak Fieza tahu setiap individu dewasa memerlukan 1000mg sehari keperluan Kalsium harian mereka ye.

Tu orang normal, sekiranya ibu hamil perlu lebih banyak lagi keperluan sumber kalsiumnya.

Sehari seorang ibu hamil perlu 1200-1500 mg keperluan Kalsium untuk memenuhi keperluan ibu dan bayi.

Sekiranya ibu kurang kalsium, bayi akan mengambil sumber kalsium dari tulang ibu. Tu yang seperti terkerat-kerat tulang, terhiris-hiris tulang belakang Kak Fieza 20 tahun lalu. Rupanya Kak Fieza kekurangan sumber Kalsium yang berkualiti.

Nak kata minum susu, minum susu jugak. Soalnya

1. Konsisten ke kita minum susu setiap hari?
2. Yakin ke kita kuantiti susu tu cukup tampung kalsium kita setiap hari?
3. Penyerapan kalsium sepenuhnya ke daripada susu tu ke sistem badan kita?


1 Tablet Ostematrix = 80 biji badam


Satu lagi yang anda perlu tahu tentang Ostenutrix ni.

Sebiji ostenutrix ibarat kalsium dalam 80 biji badam. Sapa sanggup kunyah 80 biji badam demi nak dapatkan kalsium?

Bayangkan anda kena kunyah 80 biji badam sebelum tidur. Aduhai lenguh mulut dan nak tercabut gigi gamaknya.

Sebiji ostenutrix ni juga umpama segelas susu segar. Kalau harga jual hanya 65 sen je sebijik Ostenuttrix. Cer bayangkan, mana ada susu segar yang betul-betul fresh plus betul-betul dijamin boleh menyerap sempurna segala nutrien dalam badan hanya dengan harga 65 sen. Carilah kat speedmart ke? Jusco ke? Hero Mart ke? Tak de nye susu segar semurah itu.

Tapi Ostenutrix dirumus khas untuk  memenuhi keperluan nutrisi anda. Sebotol ostenuttrix ada 120 biji tau. Kiranya sebotol tu ada 120 biji gelas susu segar! Tapi kecik je botol nya. Comel je botolnya.






Kalsium Shaklee Ostenutrix Formulasi Baru

Lebih menggembirakan Kak Fieza Shaklee memperbaharui Formula Kalsiumnya. Dulu Ostematrix dan sekarang Ostenutrix dengan Formulasi Baru yang lebih baiklagi.






Kenapa Kak Fieza Suka Sangat Ostenutrix ni?

Sejak Kak Fieza telan biji pertama Ostenutrix, Kak Fieza terus jatuh cinta dan menjadi mengamal tegar Ostenutrix. Bak kata orang, kalau tak telan sehari macam tak keruan jadinya. Serba tak kena hidup.

Memang sayang sangat Kak Fieza kat Ostenutrix ni. Sebab ianya bukan sekadar Kalsium ye. Ia adalah penyelamat seksaan yang Kak Fieza alami setiap kali hamil sebelum ini.

Ini adalah TESTIMONI SHAKLEE Kak Fieza yang PERTAMA. SO Amazing Kalsium Ostenutrix Shaklee.



Ini adalah testimoni Kak Fieza sendiri sebagai pengamal Ostematrix tegar. Perkongsian ini lahir dari hati ok. Bukan tipu-tipu.

Nampak tak? Kak Fieza dapat kesan dari biji pertama Ostematrix yang Kak Fieza telan 5 tahun lalu. Malam Kak Fieza telan 3 biji Ostenutrix. Esok pagi Alhamdulillah, hilang sakit belakang serta-merta. Amazing!

Syukur sangat, masa tu macam nak menangis pun ada. Ya Allah, Allah dah tunjukkan jalan selesaikan masalah seksaan Kak Fieza selama ni dalam masa tak sampai 24 jam. Amazing!

Kadar serapan Ostenutrix adalah tinggi berbanding sumber Kalsium lain. Ostenutrix dapat diserap ke dalam sistem biologi kita dalam masa 12 jam.

Sebab itu kesan yang Kak Fieza dapat sangat pantas.



Perbezaan Ketara Hamil Sebelum dan Selepas Ambil Ostenutrix

Beza sungguh bila Kak Fieza hamil dalam usia 42 tahun, Alhamdulillah sikit pun tak ada rasa sakit tulang belakang. Kurang rasa sakit pinggang.

Even krem pun sesekali je datang. Tu pun bila Kak Fieza terlupa nak makan Ostenutrix.

Tu pun krem geli-geli je. 😁😁

Gigi pun tak rapuh. Kalau ikutkan gigi Kak Fieza dah rongaklah kan sekarang, memandangkan dah 5 kali hamil.

Buang air besar pun lancar dan lawas. No more sembelit yang menyeksakan. Tak perlu bertapa dalam bilik air sehingga berjam-jam.

Gusi pun dah jarang-jarang berdarah.

Padahal hamil kali ini Kak Fieza jarang minum susu. Kak Fieza rasa macam 20 tahun lebih muda dari usia.


Photo diambil di Taman Saujana Putrajaya yang berbukit ketika usia kandungan Kak Fieza 5 bulan. Awina interframe pulak ditepi tu....hehehhee
Dalam usia begini Alhamdulillah larat lagilah mendaki bukit di taman yang indah nih. 20 tahun lebih muda katakan. Alhamdulillah.

OSTENUTRIX - Lebih dari sekadar Kalsium!  👍

Ostenutrix ni lengkap dengan sumber kalsium dan magnesium serta vitamin D dan mineral lain. Magnesium dan vitamin D ibarat kembar kepada Kalsium yang penting untuk membantu penyerapan Kalsium dengan lebih sempurna ke dalam tubuh.

Magnesium dan Vitamin D ni ibarat kenderaan supaya Kalsium dapat dibawa keseluruh anggota badan.
Tanpa magnesium dan vitamin D, sia-sia je makan Kalsium tanpa fungsi.

Patutla dulu bila Kak Fieza makan Kalsium saja tak beri kesan langsung terhadap seksaan kesakitan tulang belakang kak Fieza. Kalsium tidak akan tersebar dengan sempurna tanpa magnesium dan vitamin D.

Jadi, sia-sia makan Kalsium sahaja tanpa memberi kesan. Malah, dikhuatiri juga Kalsium diserap tanpa magnesium boleh membahayakan kesihatan antara contohnya mudah mendapat serangan Batu Karang.


Kenapa Anda perlukan Kalsium dan Magnesium?



KALSIUM penting untuk kesihatan tulang, otot, ligamen, sementara MAGNESIUM perlu untuk PENYERAPAN KALSIUM ke dalam tulang, dengan MENCEGAH pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi.

Kebanyakan orang, mengambil terlalu BANYAK KALSIUM tapi TIDAK CUKUP MAGNESIUM!! 😱😱😱

Magnesium juga membantu MENGGABUNGKAN kalsium di dalam tulang.

Bila kalsium dah diserap dalam tulang, magnesium pula tolong untuk gabungkan dalam tulang. Satu bentuk bekerjasama antara Magnesium dan Kalsium yang tidak boleh dipisahkan untuk dapatkan kesan dan penyerapan yang terbaik.

Tiada Magnesium, Kalsium tidak bermakna. Dan tanpa Kalsium, Magnesium juga tiada ertinya untuk tubuh...chewahhh. dah macam lagu.

So, jangan ingat anda dah ambil cukup kalsium dah cukup bagus yer.

Tak guna ambil kalsium tapi ianya TAK DISERAP masuk ke dalam tulang.

Kalsium yang tak diserap boleh membahayakan kesihatan antara contohnya mudah mendapat serangan Batu Karang seperti yang saya ceritakan di atas.

Sebab tulah OSTENUTRIX menggabungkan KALSIUM + MAGNESIUM untuk PENYERAPAN TERBAIK! 

Disamping itu Vitamin D berfungsi meningkatkan penyerapan kalsium dan membantu mengawal atur penyimpanan kalsium dalam tulang. Ia juga mengekalkan penyimpanan mineral di dalam tulang.

Jika kalsium yang kita ambil (makan) tidak mempunyai vitamin D, itulah sebabnya kalsium yang kita makan tu tak dapat diserap dengan optimum. Jadi, tulang pun tak kuat. Lebih buruk lagi bila kalsium yang tak diserap ni la akan menjadi salah satu punca batu karang juga.

Manganese, Copper, Zinc berfungsi mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.

Selepas kalsium diserap dalam tulang, enzim akan diaktifkan untuk pastikan pula tulang kita ni padat. Bila padat barulah tulang jadi kuat dan sihat. Tiadalah mengadu sakit-sakit sendi. Sakit belakang yang pernah saya alami dulu.

Boron pula membantu dalam metabolisma tulang.

Saranan Kak Fieza , jika anda nak makan kalsium, pastikan ianya mengandungi Magnesium, Vitamin D, serta vitamin dan minerals seperti yang dikongsikan tadi bagi membantu penyerapan secara optimum. Barulah anda dapat kesan baiknya secara pantas.

Apa yang Kak Fieza rasa sekarang, bila ada teman baik (OSTEMATRIX) bukan saja semasa hamil, lepas bersalin dan diusia mencecah setengah abad ini,

💕 Tenaga semakin bertambah
💕 Tiada lagi sakit belakang
💕 Kurang sakit pinggang
💕 Sembelit pun dah tak ada. Lawas sangat.
💕 Tiada lagi kekejangan (krem)
💕 Tidur yang sangat berkualiti bak sleeping beauty
💕 Tiada gusi berdarah
💕 Gigi semakin kuat dan sihat, tak rapuh


Syukur Alhamdulillah, dipertemukan dengan Ostenutrix. Lebih-lebih lagi bila telah diformula baru, kesannya lebih efektif.










Ostenutrix ini bukan sahaja untuk ibu hamil dan bersalin sahaja. Kalsium diperlukan oleh setiap individu tak kira usia. 

Sekiranya anda adalah individu yang tersenarai di bawah, boleh ikhtiar dengan Ostenutrix.








UNTUK ORDER, KLIK SINI
 


 

Alhamdulillah semoga perkongsian pengalaman TESTIMONI SHAKLEE Kak Fieza dengan Kalsium Ostenutrix Shaklee ini memberi manfaat kepada anda semua.

Tambahan lagi, moga kali ini ada rezeki lagi dapat hadiah istimewa tajaan www.anakkuwira.com juga.

 

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT, supaya lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah mereka menjadi lebih baik lagi. Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best. Kak Fieza doakan anda dapat berat ideal yang anda impikan kelak.




 
#NextLevelBlogging

#TestimoniShaklee

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023

#ShakleeSeriKembangan
 

 

 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:
hafizahmahfoz (tekan)

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)