Thursday, June 1, 2023

Koleksi Mutiara Kata Motivasi Yang Menyentuh Jiwa

 




Hai, Assalamualaikum sahabat fiezabard yang dikasihi. Apa khabar semua? Kak Fieza doakan anda dilimpahi rahmah keberkatan dan kebahagian dunia akhirat.

Kali ini Kak Fieza nak share tentang MAKANAN JIWA.

Sekiranya jasad kita memerlukan makanan seimbang seperti karbohidrat, vitamin,protein dan mineral. Jiwa kita juga memerlukan makanannya. Sekiranya fizikal kita tak cukup vitamin kita boleh topup dengan makanan tambahan sebagai contoh VITAMIN SHAKLEE. Bagaimana pula dengan jiwa yang tak cukup vitamin?

Sebagaimana dengan tubuh fizikal, jiwa kita juga perlu diberi vitamin yang secukupnya.

Kenapa ada orang kaya, sihat tubuh badan tapi merasai jiwa mereka kosong? Ada sesuatu yang tidak lengkap dalam jiwa.

Apa vitamin jiwa?

1. Isikan jiwa yang kosong dengan bacaan AlQuran.
2. Jiwa akan tenang bila banyak berzikir.
3. Jiwa akan terisi bila sentiasa mendengar KATA-KATA MOTIVASI.

Kali ini Kak Fieza nak ulas tentang pentingnya Kata-kata MOTIVASI dalam pengisian JIWA anda untuk MOTIVATION kendiri.

Antara ilmuwan yang Kak Fieza suka ambil Mutiara Kata mereka adalah:
1) Profesor Dr Muhaya Mohamad
2) Dr Fadzilah Kamsah
2) Dr Azizan Osman

Mulakan hari anda dengan mendengar kata-kata yang baik-baik seperti kata-kata mutiara dan kata-kata motivasi. 

Kerana apa yang anda dengar, apa yang anda sentuh, apa yang anda buat, apa yang ada nampak dan apa yang anda katakan pada waktu pagi akan mempengaruhi hari anda seharian sepanjang hari.

Tambahan lagi kajian ada dibuat andai jasad kita ini diberikan kata-kata selalu POSITIF akan menarik magnet kekuatan yang sangat luar biasa.

Manakala,andai jasad kita ini diberikan walau satu kata-kata NEGATIF, secara langsung jasad kita akan menjadi lemah, longlai tidak bermaya.

Perkara ini Kak Fieza sendiri telah lakukan eksperimen bersama Prof Muhaya semasa mengikuti seminar beliau tempohari.

Sekiranya anda mulakan pagi anda dengan yang baik-baik makanya sepanjang hari anda akan baik-baik sahaja berlaku dan dipermudahkan Allah. Begitu sebaliknya. Pilihan ditangan anda. Sama ada nak yang baik atau yang tak baik berlaku.

Kak Fieza sendiri suka mendengat mutiara kata motivasi sebelum ke tempat kerja. Sepanjang perjalanan nak ke tempat kerja Kak Fieza akan mendengar motivasi pagi di radio ikim.fm. Kadang-kadang Kak Fieza dengar motivasi pagi daripada Profesor Dr Muhaya di FB livenya.


6 Manfaat Selalu Mendengar Kata-Kata Motivasi

1) Bersikap lebih matang dan lebih tenang bila menghadapi pelbagai situasi.
2) Jadi lebih sabar.
3) Mampu menyelesaikan pelbagai masalah dengan lebih bijak.
4) Sentiasa berfikiran positif.
5) Berupaya mengawal depresi.
6) Meningkatkan keyakinan terhadap diri sendiri.

Di sini Kak Fieza nak kongsikan beberapa koleksi Mutiara Kata Motivasi yang para ilmuwan. Kak Fieza pilih dari 2 orang idola Kak Fieza iaitu Prof Muhaya dan Dr Azizan Osman

Sekiranya anda rasa ingin melembutkan jiwa anda boleh belek-belek Mutiara Kata dari Prof Muhaya.

#1 "Orang yang bahagia adalah orang yang suka lihat orang lain bahagia"~ Prof Dr Muhaya Mohamad


#2 "Orang Yang Baik Adalah Orang Yang Maafkan Semua Orang" ~ Prof Muhaya


#3 "Kurangkan Berfikir Apa Yang Orang Kata. Banyakkan Berfiir Apa Yang Allah Mahu Daripada Kita." ~ Prof Muhaya



#4 "Lihat Apa Kita Fokus Pada Hari Ini. Kesyukuran Atau Kesukaran. Ia Menentukan Kualiti Hidup Kita Hari Ini" ~ Prof Muhaya


#5 "Tiga Perkara Seseorang Boleh Mencapai Kebahagian, Jangan Ada Perasaan Negatif, Jangan Menghukum Orang, Jaga Keseimbangan Dalam Semua Hal Terutamanya Hubungan Ibadah Dengan Allah" ~ Prof Muhaya.


Kak Fieza juga selalu baca dan dengar kata-kata motivasi dari Dr Fadzilah Kamsah

#6 "Ramai Orang Tidak Berubah Bukan Kerana Mereka Tidak Mahu Berubah, Tetapi Mereka Tidak Tahu Atau Tidak Nampak Keperluan Untuk Berubah"~DFK


#7 "Setiap Pagi Sedekahkan Al-Fatihah Kepada Kedua Ibu Bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada), nescaya Pintu Rezekimu akan terbuka buat kamu" ~FDK
#8 "Ubah Cara Berfikir Ke Arah POSITIF untuk Menangani Anak Bermasalah Kerana Apa Yang Kita Fikirkan Merupakan DOA Yang Sangat MUSTAJAB." ~DFK



#9 "Dipinggir Kerana Tidak Berjaya, Disisih Kerana Tidak Bergaya, Dihina KeranaTidak Berharta, Tapi Jangan Bersedih, Kerana ia hanya SEMENTARA" ~DFK




Sekiranya anda inginkan motivasi meningkat momentum bisnes anda, Dr Azizan Osman adalah individu yang berikan magnet kekayaan anda.

#10  "Apa Yang Kita Fikir, Apa Yang Kita Rasa, Apa Yang Kita Cakap, Apa Yang Kita Buat, Semuanya Adalah DOA" ~ DAO



#11 "Cabaran Paling Susah Di Dalam Proses Memperbaiki Kehidupan Diri Adalah Memperbaiki SANGKAAN dan NIAT" ~DAO




#12 "Dalam Bisnes Jangan MENJUAL, kita PERKENALKAN pada orang ramai. Kalau buat bisnes tujuan untuk untung MESTI takkan jadi KAYA, Kita buat bisnes tujuan untuk bantu menyelesaikan masalah orang, baru boleh KAYA dan BERJAYA" ~DAO




#13 "Lagi Best Hidup, Bila Anda Kawal Minda Anda Untuk Fikir POSITIF dan dikelililingi oleh Mereka Yang POSITIF" ~DAO




#14 "Orang Yang Berjaya Adalah Orang Yang Memulakan Sesuatu Dan Melakukan Sesuatu Dengan Hebat Sehingga Habis"~DAO



#15 "Jangan Berhenti Mengayuh Basikal Anda Ketika Mendaki Gunung Kejayaan, Walau Apa Pun Cabaran Atau Halangan, Jika Kita Terus Berkayuh Walaupun Perlahan, Kita Pasti Akan Sampai Insya Allah. Tetapi Jika Berhenti Berkayuh Kerana Melayan Batu Jalanan Yang Sibuk Bertanya,Kita Tak Akan Sampai Ke Puncak Dengan Pantas!" ~DAO


#16 "Perniagaan Yang Terbaik Adalah Perniagaan Yang Kita SUKA dan SERONOK jalankan serta MENGUNTUNGKAN Dunia Akhirat" ~DAO


#17 "Jangan pernah TUNDUK dan rasa kalah dengan kata-kata negatif orang. Kadang-kadang, kata-kata mereka yang buatkan kita rasa bengang dan PUSH kita untuk beraksi sehingga BERJAYA" ~DAO


#18 "Ramai Orang Yang Mampu Berubah. Tetapi, hakikatnya Tidak Ramai Yang Mampu ISTIQOMAH" ~DAO


#19 "Kita BERSYUKUR dengan apa yang kita ada, tetapi kita tak boleh rasa selesa. Sebab apa yang kita ada mungkin akan HILANG suatu hari nanti" ~DAO


#20 "Belajar Untuk BERSYUKUR kerana syukur itu mampu mengubah kehidupan kita menjadi lebih baik" ~DAO



Kata-kata Mutiara ini memberi inpirasi mendalam terhadap diri Kak Fieza. Sebab itu dengan kata-kata ini Kak Fieza bertahan dengan Empayar Bisnes yang Kak Fieza bina.

Cukuplah setakat ini dahulu perkongsian saya kali ini. Insya Allah saya akan terus menulis dan menulis.

Sekiranya anda suka entri saya kali ini sila SHARE dan LIKE supaya ramai lagi yang boleh dapat manfaatnya. Nak dapat saham kubur sila la SHARE.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~


SETIAP KEJAYAAN BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA!!



LANGKAH PERTAMA SAYA BERMULA DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE.


ANDA BAGAIMANA? :)


Nak tahu lebih lanjut bagaimana saya bermula?



#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan





 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)

No comments:

Post a Comment