Saturday, June 10, 2023

Testimoni Shaklee Saya Jatuh Cinta Dengan Ostenutrix Kalsium Luar Biasa Shaklee



9 tahun alami sakit belakang ekstrem, Reda dengan Ostenutris dalam masa 1 malam.


Masih terkenang 6 tahun yang lalu dalam bulan March 2018, tak disangka bila Kak Fieza disahkan hamil untuk kali ke-6 dalam usia Kak Fieza 42 tahun ok.

Terngiang-ngiang lagi kata-kata doktor gynea Kak Fieza Doktor Khamsiah Doktor favorite Kak Fieza ketika itu.

"Lepas ni, rehat lah ye. You pun dah ada 5 kids, cukup-cukuplah ye"

Waktu tu Kak Fieza mengalami keguguran buat kali pertama dalam usia kandungan baru 2 bulan setengah.

Alhamdulillah, tahun ni 2018 Allah masih beri rezeki Kak Fieza hamil lagi.

Kalau nak ikutkan dalam usia sebegitu, memang tak berupaya mengusung perut boyot lagi kan. Beza tau hamil umur 20-an, 30-an dan sekarang 40-an ye. Energy semakin menyusut.

Ada satu pengalaman Kak Fieza nak kongsi dengan anda semua semasa Kak Fieza hamil anak sulong. Waktu tu umur baru 27 tahun, kira mudalah tu kan.

Jemput baca kisah tragis Kak Fieza 15 tahun lalu ye.


Kisah tragis 20 tahun lalu

20 tahun lalu, gembiranya dihati bila kami dapat berita, akan menimang cahaya mata yang pertama setelah hampir 3 bulan mendirikan rumahtangga.

Tapi perkara yang menyeksakan Kak Fieza saat itu masa bulan-bulan pertama usia kandungan, tetiba belakang Kak Fieza seperti ditarik-tarik, dirobek-robek, disiat-siat. Masa tu Allah saja yang tahu. Dah pergi berurut pun sakitnya masih sama. Beberapa bulan juga la Kak Fieza tanggung kesakitannya. Nak nangis pun ada bila menahan kesakitan tu. 

Nak baring tak selesa, nak duduk rasa urat tegang. Nak mengiring pun serba tak kena. Itu ramai orang kata pengorbanan seorang ibu.

Bayangkan masa tu kena driving hampir 30km pergi dan 30 km balik kerja. Tahan je la ketegangan tulang belakang yang ditarik-tarik semasa memandu. Serba tak kena sepanjang pemanduan. Padahal masih muda lagi tika tu. Baru 27 tahun.

Bila tanya orang yang lebih berusia, mereka kata biasalah tu, mengandung sulong, urat menegang. Jadi, kita pun percayalah metos itu.

Namun aduhai, tak tertanggung rasanya menahan sakit. Kak Fieza redha je la masa tu. Sebab tak de ilmu dan pengalaman. Iyakan je la kata orang-orang lama.

Sakit seperti ini berulang setiap kali Kak Fieza hamil hingga anak ke-5.

Sebenarnya bukan sakit belakang saja yang Kak Fieza tanggung. Ni nak bagitau senarai apa yang Kak Fieza alami sepanjang hamil dan selepas melahirkan:


Senarai Kesakitan Sepanjang Kehamilan:

😱 Gigi rapuh, tetiba sebatang gigi Kak Fieza sumpik. Kesian gigi.

😱 Gusi berdarah

😱 Sembelit yang keterlaluan (sehingga 3-4 jam dalam toilet, bayangkan)

😱 Krem kaki yang keterlaluan

😱 Sakit tulang belakang

😱 Sakit pinggang


Bila diingatkan balik, Allahuakhbar, tabahnya kumenanggung seksaan begitu ketika hamil dan lepas bersalin.

Alhamdulillah, sekarang dalam usia nak cecah setengah abad baru la dapat ilmu nutrisi yang diajar oleh pakar nutrisi Shaklee.


Keperluan Kalsium Bayi Dalam Kandungan Untuk Tulang Yang Sihat


"Bayi anda memerlukan Kalsium yang mencukupi untuk membina lebih daripada 300 tulang semasa kehamilan.

Sekiranya bayi tidak mendapat Kalsium daripada diet harian ibu, bayi akan mendapatkannya daripada tulang ibu, menyebabkan ibu mengalami osteoporosis pada peringkat umur ibu yang selanjutnya.

Oleh itu, tambahkan semula simpanan Kalsium anda dan pastikan tulang anda sihat."


Cukupkah Kalsium dan Mineral Untuk Ibu Hamil?

Rupanya, selama ni Kak Fieza kekurangan kalsium. Padahal, Kak Fieza dah ambil Kalsium yang dibekalkan doktor.

Barulah Kak Fieza tahu setiap individu dewasa memerlukan 1000mg sehari keperluan Kalsium harian mereka ye.

Tu orang normal, sekiranya ibu hamil perlu lebih banyak lagi keperluan sumber kalsiumnya.

Sehari seorang ibu hamil perlu 1200-1500 mg keperluan Kalsium untuk memenuhi keperluan ibu dan bayi.

Sekiranya ibu kurang kalsium, bayi akan mengambil sumber kalsium dari tulang ibu. Tu yang seperti terkerat-kerat tulang, terhiris-hiris tulang belakang Kak Fieza 20 tahun lalu. Rupanya Kak Fieza kekurangan sumber Kalsium yang berkualiti.

Nak kata minum susu, minum susu jugak. Soalnya

1. Konsisten ke kita minum susu setiap hari?
2. Yakin ke kita kuantiti susu tu cukup tampung kalsium kita setiap hari?
3. Penyerapan kalsium sepenuhnya ke daripada susu tu ke sistem badan kita?


1 Tablet Ostematrix = 80 biji badam


Satu lagi yang anda perlu tahu tentang Ostenutrix ni.

Sebiji ostenutrix ibarat kalsium dalam 80 biji badam. Sapa sanggup kunyah 80 biji badam demi nak dapatkan kalsium?

Bayangkan anda kena kunyah 80 biji badam sebelum tidur. Aduhai lenguh mulut dan nak tercabut gigi gamaknya.

Sebiji ostenutrix ni juga umpama segelas susu segar. Kalau harga jual hanya 65 sen je sebijik Ostenuttrix. Cer bayangkan, mana ada susu segar yang betul-betul fresh plus betul-betul dijamin boleh menyerap sempurna segala nutrien dalam badan hanya dengan harga 65 sen. Carilah kat speedmart ke? Jusco ke? Hero Mart ke? Tak de nye susu segar semurah itu.

Tapi Ostenutrix dirumus khas untuk  memenuhi keperluan nutrisi anda. Sebotol ostenuttrix ada 120 biji tau. Kiranya sebotol tu ada 120 biji gelas susu segar! Tapi kecik je botol nya. Comel je botolnya.






Kalsium Shaklee Ostenutrix Formulasi Baru

Lebih menggembirakan Kak Fieza Shaklee memperbaharui Formula Kalsiumnya. Dulu Ostematrix dan sekarang Ostenutrix dengan Formulasi Baru yang lebih baiklagi.






Kenapa Kak Fieza Suka Sangat Ostenutrix ni?

Sejak Kak Fieza telan biji pertama Ostenutrix, Kak Fieza terus jatuh cinta dan menjadi mengamal tegar Ostenutrix. Bak kata orang, kalau tak telan sehari macam tak keruan jadinya. Serba tak kena hidup.

Memang sayang sangat Kak Fieza kat Ostenutrix ni. Sebab ianya bukan sekadar Kalsium ye. Ia adalah penyelamat seksaan yang Kak Fieza alami setiap kali hamil sebelum ini.

Ini adalah TESTIMONI SHAKLEE Kak Fieza yang PERTAMA. SO Amazing Kalsium Ostenutrix Shaklee.



Ini adalah testimoni Kak Fieza sendiri sebagai pengamal Ostematrix tegar. Perkongsian ini lahir dari hati ok. Bukan tipu-tipu.

Nampak tak? Kak Fieza dapat kesan dari biji pertama Ostematrix yang Kak Fieza telan 5 tahun lalu. Malam Kak Fieza telan 3 biji Ostenutrix. Esok pagi Alhamdulillah, hilang sakit belakang serta-merta. Amazing!

Syukur sangat, masa tu macam nak menangis pun ada. Ya Allah, Allah dah tunjukkan jalan selesaikan masalah seksaan Kak Fieza selama ni dalam masa tak sampai 24 jam. Amazing!

Kadar serapan Ostenutrix adalah tinggi berbanding sumber Kalsium lain. Ostenutrix dapat diserap ke dalam sistem biologi kita dalam masa 12 jam.

Sebab itu kesan yang Kak Fieza dapat sangat pantas.



Perbezaan Ketara Hamil Sebelum dan Selepas Ambil Ostenutrix

Beza sungguh bila Kak Fieza hamil dalam usia 42 tahun, Alhamdulillah sikit pun tak ada rasa sakit tulang belakang. Kurang rasa sakit pinggang.

Even krem pun sesekali je datang. Tu pun bila Kak Fieza terlupa nak makan Ostenutrix.

Tu pun krem geli-geli je. 😁😁

Gigi pun tak rapuh. Kalau ikutkan gigi Kak Fieza dah rongaklah kan sekarang, memandangkan dah 5 kali hamil.

Buang air besar pun lancar dan lawas. No more sembelit yang menyeksakan. Tak perlu bertapa dalam bilik air sehingga berjam-jam.

Gusi pun dah jarang-jarang berdarah.

Padahal hamil kali ini Kak Fieza jarang minum susu. Kak Fieza rasa macam 20 tahun lebih muda dari usia.


Photo diambil di Taman Saujana Putrajaya yang berbukit ketika usia kandungan Kak Fieza 5 bulan. Awina interframe pulak ditepi tu....hehehhee
Dalam usia begini Alhamdulillah larat lagilah mendaki bukit di taman yang indah nih. 20 tahun lebih muda katakan. Alhamdulillah.

OSTENUTRIX - Lebih dari sekadar Kalsium!  👍

Ostenutrix ni lengkap dengan sumber kalsium dan magnesium serta vitamin D dan mineral lain. Magnesium dan vitamin D ibarat kembar kepada Kalsium yang penting untuk membantu penyerapan Kalsium dengan lebih sempurna ke dalam tubuh.

Magnesium dan Vitamin D ni ibarat kenderaan supaya Kalsium dapat dibawa keseluruh anggota badan.
Tanpa magnesium dan vitamin D, sia-sia je makan Kalsium tanpa fungsi.

Patutla dulu bila Kak Fieza makan Kalsium saja tak beri kesan langsung terhadap seksaan kesakitan tulang belakang kak Fieza. Kalsium tidak akan tersebar dengan sempurna tanpa magnesium dan vitamin D.

Jadi, sia-sia makan Kalsium sahaja tanpa memberi kesan. Malah, dikhuatiri juga Kalsium diserap tanpa magnesium boleh membahayakan kesihatan antara contohnya mudah mendapat serangan Batu Karang.


Kenapa Anda perlukan Kalsium dan Magnesium?



KALSIUM penting untuk kesihatan tulang, otot, ligamen, sementara MAGNESIUM perlu untuk PENYERAPAN KALSIUM ke dalam tulang, dengan MENCEGAH pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi.

Kebanyakan orang, mengambil terlalu BANYAK KALSIUM tapi TIDAK CUKUP MAGNESIUM!! 😱😱😱

Magnesium juga membantu MENGGABUNGKAN kalsium di dalam tulang.

Bila kalsium dah diserap dalam tulang, magnesium pula tolong untuk gabungkan dalam tulang. Satu bentuk bekerjasama antara Magnesium dan Kalsium yang tidak boleh dipisahkan untuk dapatkan kesan dan penyerapan yang terbaik.

Tiada Magnesium, Kalsium tidak bermakna. Dan tanpa Kalsium, Magnesium juga tiada ertinya untuk tubuh...chewahhh. dah macam lagu.

So, jangan ingat anda dah ambil cukup kalsium dah cukup bagus yer.

Tak guna ambil kalsium tapi ianya TAK DISERAP masuk ke dalam tulang.

Kalsium yang tak diserap boleh membahayakan kesihatan antara contohnya mudah mendapat serangan Batu Karang seperti yang saya ceritakan di atas.

Sebab tulah OSTENUTRIX menggabungkan KALSIUM + MAGNESIUM untuk PENYERAPAN TERBAIK! 

Disamping itu Vitamin D berfungsi meningkatkan penyerapan kalsium dan membantu mengawal atur penyimpanan kalsium dalam tulang. Ia juga mengekalkan penyimpanan mineral di dalam tulang.

Jika kalsium yang kita ambil (makan) tidak mempunyai vitamin D, itulah sebabnya kalsium yang kita makan tu tak dapat diserap dengan optimum. Jadi, tulang pun tak kuat. Lebih buruk lagi bila kalsium yang tak diserap ni la akan menjadi salah satu punca batu karang juga.

Manganese, Copper, Zinc berfungsi mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.

Selepas kalsium diserap dalam tulang, enzim akan diaktifkan untuk pastikan pula tulang kita ni padat. Bila padat barulah tulang jadi kuat dan sihat. Tiadalah mengadu sakit-sakit sendi. Sakit belakang yang pernah saya alami dulu.

Boron pula membantu dalam metabolisma tulang.

Saranan Kak Fieza , jika anda nak makan kalsium, pastikan ianya mengandungi Magnesium, Vitamin D, serta vitamin dan minerals seperti yang dikongsikan tadi bagi membantu penyerapan secara optimum. Barulah anda dapat kesan baiknya secara pantas.

Apa yang Kak Fieza rasa sekarang, bila ada teman baik (OSTEMATRIX) bukan saja semasa hamil, lepas bersalin dan diusia mencecah setengah abad ini,

💕 Tenaga semakin bertambah
💕 Tiada lagi sakit belakang
💕 Kurang sakit pinggang
💕 Sembelit pun dah tak ada. Lawas sangat.
💕 Tiada lagi kekejangan (krem)
💕 Tidur yang sangat berkualiti bak sleeping beauty
💕 Tiada gusi berdarah
💕 Gigi semakin kuat dan sihat, tak rapuh


Syukur Alhamdulillah, dipertemukan dengan Ostenutrix. Lebih-lebih lagi bila telah diformula baru, kesannya lebih efektif.










Ostenutrix ini bukan sahaja untuk ibu hamil dan bersalin sahaja. Kalsium diperlukan oleh setiap individu tak kira usia. 

Sekiranya anda adalah individu yang tersenarai di bawah, boleh ikhtiar dengan Ostenutrix.








UNTUK ORDER, KLIK SINI
 


 

Alhamdulillah semoga perkongsian pengalaman TESTIMONI SHAKLEE Kak Fieza dengan Kalsium Ostenutrix Shaklee ini memberi manfaat kepada anda semua.

Tambahan lagi, moga kali ini ada rezeki lagi dapat hadiah istimewa tajaan www.anakkuwira.com juga.

 

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT, supaya lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah mereka menjadi lebih baik lagi. Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best. Kak Fieza doakan anda dapat berat ideal yang anda impikan kelak.




 
#NextLevelBlogging

#TestimoniShaklee

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023

#ShakleeSeriKembangan
 

 

 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:
hafizahmahfoz (tekan)

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)




No comments:

Post a Comment