Vertigo bukan penyakit yang merbahaya. Tetapi jika diserang sewaktu memandu akan mendatangkan bahaya kerana anda tidak dapat mengawal diri anda secara normal andai diserang Vertigo.
Hai Assalamualaikum sahabat fiezabard yang dikasihi. Kak Fieza doakan anda dalam lindungan Allah swt.
Entri kali ini Kak Fieza nak story kisah tetiba Kak Fieza diserang VERTIGO buat kali ke-2 setelah 7 tahun lamanya.
Jemput baca kisah Kak Fieza pertama kali diserang MILD VERTIGO pada tahun 2016.
Baca :
AWAS! PERTAMA KALI DISERANG VERTIGO! SIMPTOM, PUNCA DAN RAWATANNYA
Vertigo menyerang lagi
Last month ntah kenapa saya diserang Vertigo sekali lagi untuk kali ke-2.
Pertama kali saya diserang vertigo pada tahun 2016. Setelah 7 tahun vertigo menyerang kembali.
Yang kali ni lebih teruk dari sebelum ni. Sebelum ni hanya MILD Vertigo. Kali ni Heavy Vertigo.
Ntah macam mana sedang sujud solat tahajud rakaat pertama tetiba dalam sujud tu rasa macam keadaan sekitar rumah berpusing-pusing. Mula-mula perlahan pusingannya lepas tu bertambah laju.
Pejam mata pun tak hilang pusingannya. Sehingga saya tak dapat teruskan solat. Terjelepuk tepi sofa. Panggil encik suami mintak pertolongan.
Kepala masih berpusing-pusing. Tak larat nak bangun. Solat subuh pun dalam keadaan yang tak berapa nak betul kepala.
Hari tu terpaksa ambil MC. Doktor beri 3 hari MC.
Sepanjang hari tak tahu berapa kali muntah air. Sebab tak selera makan. Apa yang keluar dari perut hanya air semata.
Dalam perjalanan nak ke klinik pun, termuntah tepi jalan. Depan klinik pun sedass muntah. Syukur en suami tak outstation. Dapatlah bantu bawa ke klinik.
Doktor bagi ubat tahan muntah, ubat tahan sakit. Tapi sebelum tu kena inject sedasss...huhuhuuu...walaupun jarumnya halus. Sakit woooo. 😱😱😱
Hari tu segala vitamin ku telan Vita-lize multivitamin, vitamin C, Performance Drink, B Complex, dan tak lupa juga Vivix.
Allah nak bagi rehat.
Dapat MC 3 hari. Dalam masa 3 hari tu kadangkala ada rasa 'weng' sikit. Macam mamai je keadaan masa tu.
Sebelum ni pernah kena vertigo tapi tak de la seteruk ini.
Tak tahu punca Vertigo kali ini berpunca dari apa?
Punca Vertigo
Mengikut pembacaan Kak Fieza vertigo ni berpunca dari gangguan keseimbangan dalam tubuh yang bergantung kepada sistem deria mata, saraf dan bahagian dalam telinga.
Gangguan pada dalam telinga membuatkan otak menerima isyarat yang tidak sesuai dengan apa yang diterima oleh mata dan saraf deria. Ini menjadikan otak mengalami kebingungan dan menjadikan anda merasa pening serta tidak seimbang.
2 jenis Vertigo
Terdapat dua jenis vertigo iaitu vertigo peripheral dan central.
1) Vertigo peripheral merupakan jenis yang sering dialami oleh kebanyakan orang. Ia adalah kerana gangguan pada telinga dalam yang berfungsi untuk mengatur keseimbangan tubuh.
Vertigo jenis ini disebabkan oleh beberapa perkara iaitu Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV), Labirintitis, Vestibular neuronitis dan Meniere.
Gejala yang sering terjadi adalah mual, muntah, hilang keseimbangan, sakit kepala, kurang jelas dalam pendengaran, sakit telinga serta demam.
Gejala ini yang Kak Fieza rasai semasa diserang vertigo tempohari tapi tak demam.
2) Vertigo central disebabkan oleh gangguan pada telinga dan organ keseimbangan. Ia terjadi akibat masalah pada bahagian otak iaitu cerebellum dan otak kecil.
Penyebab utama vertigo central ialah migrain, “multiple sclerosis”, neuroma akustik, tumor otak dan strok.
Punca Lain Vertigo
1) Peredaran darah yang lemah.
Peredarab darah yang lemah membuatkan jantung anda tidak cukup mengepam darah sampai ke otak atau bahagian dalam telinga, sehingga anda berasa pening, ingin pengsan dan rasa tidak seimbang.
2) Tekanan darah rendah.
Tekanan darah rendah menyebabkan aliran darah dari jantung ke otak dan bahagian dalam telinga tersekat, sehingga anda mengalami pening dan lemas. Biasanya, anda mengalami keadaan ini jika berdiri terlalu cepat dari duduk atau berbaring.
Semasa pertama kali Kak Fieza diserang mild vertigo 7 tahun lalu memang diakui tekanan darah ketika itu rendah, tapi serangan ke-2 Vertigo ini doktor memeriksa tekanan darah Kak Fieza NORMAL. Jadi tak tahu punca vertigo kali ni disebabkan apa.
3) Gula darah rendah.
Gula dalam darah berkurangan mungkin disebabkan kerana tiada pengambilan makanan ke dalam badan. Ini membuatkan anda berasa lemas, letih, dan pening. Ia juga boleh menyebabkan vertigo anda berulang.
Siapa yang mudah terdedah kepada vertigo?
Kebarangkalian diserang Vertigo semakin meningkat bila umur kita semakin meningkat. Tambahan lagi vertigo lebih mudah menyerang wanita 2-3 kali lebih berbanding lelaki.
Ia melibatkan 2.5% daripada penduduk umum.
1 daripada 5 orang dewasa yang terlibat.
Gejala vertigo juga sering menyerang mereka yang melebihi 65 tahun (65%).
Apakah tanda-tanda anda diserang VERTIGO?
- Rasa berpusing
- Pening
- Loya
- Muntah
- Ketidakseimbangan
- Penglihatan kabur
- Sukar berjalan
- Berehat
- Melakukan senaman ringan.
- Tidur dengan kepala sedikit terangkat atau tinggi.
- Jangan terus bangun dari tidur. Duduk beberapa minit sebelum berdiri dari tempat tidur.
- Menghindari garam, kafein, coklat, alcohol dan rokok.
- Elak dari membongkok dan mendongak
- Melakukan fisioterapi untuk mengatasi gangguan keseimbangan
- Akupuntur
- Terapi
- Ambil Nutrisi lengkap dan seimbang.
Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.
-----------------------------------------------------------------------------------------
HAFIZAH : 019-2118757
Kudos on your latest post. Insightful, engaging, and greatly appreciated.
ReplyDelete