Hai Assalamualaikum wbt sahabat fiezabard yang dikasihi. Kak Fieza doakan anda dikurniakan limpahan kesihatan.
Kali ini Kak Fieza nak story tentang Vitamin E. Vitamin E ini bukan vitamin essential tetapi ianya juga penting untuk tubuh badan kita.
Apa itu Vitamin E?
✅ Vitamin E dikenali sebagai vitamin larut lemak.
✅ Vitamin E mempunyai ciri antioksidan yang melawan radikal bebas di dalam badan.
✅ Vitamin E merupakan vitamin yang penting dan diperlukan tubuh badan untuk organ-organ tubuh badan berfungsi.
✅ Vitamin E juga dikenali sebagai VITAMIN JANTUNG dan mempunyai manfaat-manfaat penting untuk kesihatan.
FAKTA
Vitamin E adalah sebahagian dari antioksida yang melindungi sel dan tisu dari kerosakan akibat serangan radikal bebas yang terhasil. Ia melindungi lemak dan kolestrol menjadi teroksida dan akhirnya jika tidak dihalang, akan membentuk artherosclerosis dan memulakan proses pembentukan kanser. Ia sangat baik diambil dengan vitamin C.
Kedua-dua vitamin E dan C membentuk satu pasukan yang lengkap untuk menghentikan kerosakan akibat serangan radikal bebas. Gabungan keduanya sangat bermanfaat. Vitamin E adalah vitamin yang paling banyak dikaji dalam makmal dan secara klinikal dalam ilmu perubatan moden.
Kegunaan Vitamin E
Vitamin E telah lama diberikan kepada pesakit sebagai rawatan Bersama (adjuvant) dengan ubat-ubatan sintetik yang biasa diberikan kepada pesakit. Ia sangat baik untuk sistem pembiakan kita (terdiri dari organ seksual, pembentukan benih sperma dan ovum dan hormone seksual). Tidak hairanlah jika vitamin E selalu diberikan kepada pasangan yang mengalami masalah sukar hamil (sama ada disebabkan oleh faktor lelaki atau wanita).
Ia juga digunakan sebagai antioksida yang kuat untuk melambatkan proses penuaan, masalah kesihatan seperti kardiovaskular, saraf dan pernafasan. Ia juga digunakan sebagai suplemen yang mengelakkan dari mendapat penyakit kanser.
Sumber Asli Vitamin E
Vitamin E boleh didapati dari sumber:
🌰minyak sawit dan minyak kelapa.
🌰Minyak sayur-sayuran yang lain juga menjadi vitamin E dalam dos yang kecil berbandingan dengan minyak sawit.
🌰kekacang (nuts),
🌰bebenih (seeds),
🌰sayur-sayuran yang berdaun hijau gelap, dan
🌰bijirin.
Bagi mereka yang mengalami kekurangan vitamin E, mereka lebih boleh mengalami masalah kesihatan apabila terdedah pada kerosakan dari radikal bebas yang datang dari persekitaran (contohnya cahaya ultraviolet dari matahari, asap rokok, asap kereta), dan pendedahan pada bahan kimia pada makanan dan minuman (contohnya baja dan racun kimia yang masih melekat pada sayur-sayuran, kesan bahan kimia pada haiwan ternakan dan pencemaran dari penyediaan makanan seperti pewarna, perasa dan pengawet).
Oleh itu bagi mereka yang berisiko seperti pesakit diabetis dan mempunyai kolestrol yang tinggi, dicadangkan pengambilan vitamin E.
Satu lagi sebatian vitamin E yang dinamakan Tokotrinol (tocotrienol) adalah keluarga vitamin E. Ia merupakan sebatian natural yang diekstrak daripada buah kelapa sawit. Ia mengandungi 3 ikatan kembar pada rantaian seisi keluarga. Menawarkan lebih banyak kebaikan pada kesihatan berbanding vitamin E biasa.
Dos yang dicadangkan
Biasanya (tokofenol) antara 400-800 IU. Sementara tokotrinol antara 50-150mg sehari.
Kemudaratan
Jika dos terlalu kecil (kurang dari 200 IU), ia tidak memberikan sebarang manfaat sementara jika terlalu banyak ia boleh (tokorfenol melebihi 2000 IU) atau tokotrionol 1000mg, ia boleh mendatangkan keburukan.
sumber artikel : Dr Zubaidi Hj Ahmad
-------------------------------------------------------------------------------------------
Keistimewaan Vitamin E Shaklee ( Shaklee Difference )
Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan
-----------------------------------------------------------------------------------------
HAFIZAH : 019-2118757
No comments:
Post a Comment