Tuesday, August 22, 2023

3 Doa Yang Bagus Untuk Wanita Amalkan

 


Assalamualaikum wbt,

Hai Apa Khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan Allah lindungi dan kurniakan rahmah keberkatan dunia akhirat.

Ada pepatah menyatakan, 

Wanita Boleh Gegarkan Dunia!

Ramai menganggap wanita adalah insan lemah. Ye, ada kebarangkalian lemah dari segi fizikal berbanding lelaki. Namun begitu wanita terbukti kuat dari segi mental dan naluri.

Antara kekuatan Wanita adalah terletak pada DOA mereka.

Kak Fieza ada baca 1 petikan artikel, DOA yang paling mustajab di dunia ini adalah terletak pada WANITA.

3 DOA GOLONGAN WANITA PALING MUSTAJAB

#1 DOA IBU KEPADA ANAKNYA

#2 DOA ANAK PEREMPUAN KEPADA IBU BAPANYA

#3 DOA ISTERI KEPADA SUAMINYA


Jadi, para kaum adam tidak perlu mencari orang lain untuk menjampikan doa untuk anda. Carilah 3 golongan ini yang paling hampir dengan anda untuk mendoakan anda.

Wanita selalu diuji dengan pelbagai rintangan. Kekuatan wanita adalah dengan berdoa.

Dahului sesuatu usaha dengan doa. Antara fadhilat wanita berdoa ialah:

#1 Hadapi kehidupan dengan tenang

#2 Yakin Allah bantu setiap kesusahan

#3 Hadapi cabaran hidup dengan lebih berani

#4 Dapat keberkatan Allah

#5 Tanda kita berserah kepada Allah, kita hamba Allah.


3 DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA AMALKAN

Banyak himpunan doa yang Rasulullah ajarkan untuk wanita amalkan. Namun di sini saya hanya kongsikan 3 doa yang paling disukai oleh ramai wanita. Doa ini adalah DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA amalkan.


#1 DOA WANITA DI PAGI HARI



Sebelum memulakan rutin harian. Wanita digalakkan amalkan doa ini. Terutamanya selepas solat subuh kerana ianya pemula hari.

Fadhilat doa ini.

Membaca doa pagi hari juga dapat mendatangkan keberkatan pembuka pintu rezeki yang melimpah ruah dan lancar yang diinginkan oleh semua umat islam. Rasulullah juga mengajar kita agar sentiasa membaca doa dan berzikir seusai solat subuh ataupun di waktu pagi.

PAGI adalah permulaan hari. Islam memberikan perhatian khusus pada waktu pagi hari ini. Rasulullah bahkan memanjatkan doa khusus bagi umatnya terkait pagi hari:


اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِى فِى بُكُورِهَا 

“Ya Allah, berkahilah umatku di waktu paginya.”

Rasulullah Saw juga mengajarkan kepada kita untuk senantiasa berdoa seusai sholat Subuh atau waktu pagi hari sebagai berikut:


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Allahumma inni as aluka ‘ilman naafi’aa wa rizqan toyyibaa wa ‘amalan mutaqabbalaa

“Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rizki yang baik dan amal yang diterima.” (HR. Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah).


#2 DOA PENYERI WAJAH


Doa ini ramai wanita paling suka.

Siapa yang tak nak kelihatan cantik. Semua wanita dambakan kelihatan cantik dan berseri, wajah yang manis jadi impian dan badan yang ramping juga sangat diinginkan. 

Malah semenjak zaman Rasulullah lagi penampilan juga menjadi antara perbahasan penting sering dibincangkan dan doa agar muka nampak cantik dan wajah berseri. Tambahan lagi ianya telah disebut dalam AlQuran dalam surah Yusuf.

Kepada anda yang inginkan kelihatan cantik berseri dan manis dipandang amalkan surah Yusof ayat 4 ini konsisten. Pastikan anda lakukan doa ini dengan ikhlas dan tidak tinggalkan solat fardhu.

Fadhilat doa ini;

#1 Doa ini juga dikenali sebagai ayat pengasih untuk eratkan hubungan suami isteri. Niatkan supaya suami lebih menyayangi dan mengasihinya.

#2 Niatkan juga supaya anak-anak menghormati kita sebagai ibu-bapa mereka

#3 Doa ini juga supaya kita disenangi oleh keluarga dan sahabat handai.

#4 Dengan doa ini kita akan nampak cantik dan wajah bercahaya di depan suami

#5 Pemanis wajah supaya ramai orang sukakan kita.

Kaedah berdoa:

#1 Baca doa ini 3 kali berturut-turut.

#2 Selepas doa sapukan di wajah.


Sebaiknya selepas membaca Doa Surah Yusof Ayat 4 ini, doa ini dikembarkan dengan Surah Thoha ayat 39.

Selepas doa Surah Yusof Ayat 4 di atas. Berhenti sekejap selepas itu sambung dengan doa surah Thoha ayat 39 pula.


Anda juga disarankan membaca 2 ayat ini apabila bersua muka dengan orang yang dicintai kekasih, isteri atau suami untuk mendapatkan kesan yang lebih baik amalkan secara konsisten dan baca di hadapan orang yang kita sayang.

Anda tidak perlu membacanya dengan kuat. Cukup sekadar membaca dalam hati.

Sekiranya anda ingin disenangi oleh masyarakat, sahabat dan orang ramai anda boleh amalkan dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali dengan ikhlas. Niat kena betulkan.


#3 DOA AGAR ANAK JADI PENYEJUK MATA



رَبَّنَا هَبۡ لَـنَا مِنۡ اَزۡوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعۡيُنٍ وَّاجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِيۡنَ اِمَامًا‏

Maksudnya: “…Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan ayat 74)

Doa ini sangat elok diamalkan oleh setiap pasangan yang mendambakan keluarga yang bahagia. Ini kerana, doa ini bukan sahaja memohon agar beroleh pasangan serta anak-anak yang menjadi penyejuk mata dan penenang hati, malah, doa ini juga memohon agar kita sebagaiibu bapa dapat menjadi role model (qudwah hasanah) buat anak-anak.

3 doa ini Insya Allah menjadi panduan anda seorang wanita khususnya menghadapi kehidupan yang sangat mencabar dewasa ini.






Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.


#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan


-----------------------------------------------------------------------------------------


Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya

 HAFIZAH : 019-2118757



No comments:

Post a Comment