Wednesday, September 6, 2023

Apa Wanita Mengandung Perlu Makan & Mitosnya

 


Assalamualaikum wbt. Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda dalam lindungan Allah swt.


FAKTA ATAU MITOS?

Pernah tak dengar. 

Kalau nak anak putih gebu -> minum air soya

Kalau nak anak tinggi lampai -> minum air tebu

Jangan makan kicap nanti anak gelap. 


Ini adalah antara kata-kata orang tua-tua dahulu bila saat ibu mengandung.

Ada yang diomok-omokkan dengan kata-kata begitu.

Kebenarannya Kak Fieza tak pasti. Sebab tak ada fakta yang membuktikan perkara tersebut benar.

Mengandung adalah satu pengalaman yang indah dan menarik. Dari saat mendapat keputusan ujian hamil positif, hadir temujanji doktor gynea. Saat ultrasound yang pertama, dengar degupan jantung bayi yang pertama dan lihat perut semakin hari semakin membesar. Itu adalah pengalaman indah yang hanya ibu mengandung dapat merasainya. Syoknya mengandung.

Tahukah anda, pengambilan makanan yang baik amat dititik beratkan terhadap wanita mengandung kerana apa yang ibu makan, nutrisinya juga akan diambil oleh bayi dalam kandungan.

Pengambilan nutrisi yang seimbang merangkumi pelbagai nutrien penting, vitamin dan mineral akan menentukan tahap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Perasan tak kepada ibu yang mengandung akan mengalami menambahan berat badan seiring dengan tumbesaran bayi dalam kandungan.

Namun begitu, ia tidak bermakna anda boleh makan sewenang-wenangnya dengan alasan makan untuk dua orang.


MITOS,

"TAK PE MAKANLAH BANYAK, MAKAN UNTUK DUA ORANG TU"



Berapakah Berat Ideal Ibu Mengandung?

Semasa mengandung, purata berat badan tambahan seorang ibu adalah kira-kira 11-15kg. Ini biasanya berlaku apabila anda mencecah minggu ke-20. Keperluan tenaga anda juga meningkat semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan.

Jadual di bawah adalah kenaikan berat badan yang disyorkan semasa mengandung.


Namun begitu anda disarankan dapatkan nasihat doktor gynea anda untuk berat ideal anda sewaktu mengandung.

Apakah Makanan Yang Perlu Wanita Mengandung Ambil?

Di sini Kak Fieza nak kongsikan garis panduan pemakanan untuk wanita mengandung terutamanya yang 1st time mengandung.


Wanita mengandung perlu pastikan makanan harian mereka kaya dengan nutrien:-

1) Protein, 

2) Kalsium, 

3) Asid Lemak Omega-3, 

4) Zat Besi

5) Vitamin B

6) Asid Folik.


Protein Soya




Kalsium



Multivitamin & Zat Besi


Vitamin B


Apakah Makanan Yang Boleh dan Tidak Boleh Untuk Wanita Mengandung?


Tukar diet harian anda dengan makanan yang mengandungi lebih nutrisi.


Kebiasaannya, wanita mengandung suka mengidam makanan. Kadangkala makanan yang diidamkan tidak berkhasiat. 

Sebenarnya sekiranya anda mengidamkan sesuatu ianya sebagai penunjuk aras anda kekurangan sesuatu nutrisi. Carta di bawah ini panduan apa yang anda perlu makan sekiranya anda mengidamkan sesuatu makanan yang tidak berkhasiat.



Apa yang anda makan itulah yang anda dan bayi anda dapat. Pastikan anda dan bayi anda dapat khasiat dari makanan yang terbaik untuk perkembangan kesihatan yang optimum.

Semoga perkongsian Kak Fieza kali ini beri manfaat terutamanya kepada WANITA MENGANDUNG yang inginkan diri dan bayinya dalam sihat dan ceria.

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.




#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023

#ShakleeSeriKembangan

No comments:

Post a Comment