Thursday, August 3, 2023

Coq-Trol Plus Shaklee Bukan Sekadar Coenzym Q10

 

Hai Assalamualaikum sahabat fiezabard yang dikasihi. Apa khabar anda hari ini? Kak Fieza doakan anda dikurniakan limpahan kebahagiaan dan keceriaan.

Anda pernah dengar Coenzym Q10?

Kak Fieza akui sebelum Kak Fieza kenal Shaklee tak pernah wujud pun dalam kamus bahasa Kak Fieza perkataan Coenzym Q10 ni. 

Rupanya Coenzym Q10 ini sangat penting dalam sistem badan kita. Mari Kak Fieza story apa benda Coenzym Q10 ni.

Apa Coenzym Q10?

Coenzyme Q10 adalah sejenis coenzyme yang juga dikenali sebagai ubiquinone, diambil dari perkataan bahasa Inggeris ubiquitous yang bermakna ‘didapati di mana-mana’. 

Ia didapati secara semulajadi di dalam sel-sel badan kita. Coenzyme Q10 adalah bahan yang larut di dalam lemak dan bentuknya seperti vitamin K. Ada orang yang memanggilnya ‘Vitamin Q’. Namun begitu Coenzym Q10 bukan sejenis vitamin.

Fungsi Coenzym Q10

Coenzyme Q10 berfungsi untuk membekalkan atau membuang oksigen dari molekul yang aktif. Ia penting dalam proses pembuatan ATP, iaitu sumber tenaga badan, dari sumber pemakanan. 

Proses pembuatan tenaga ini berlaku di dalam mitokondria. Oleh itu, Coenzyme Q10 sangat penting dalam kesihatan sel, tisu dan organ badan kita.

Apa itu Mitokondria?



SISTEM BADAN kita terdiri dari pelbagai ORGAN. ORGAN pula terdiri dari berjuta-juta TISU. TISU pula terdiri daripada berbillion-billion SEL. Dalam SEL ini ada MITOKONDRIA.

MITOKONDRIA merupakan penjana kuasa kepada sel untuk menghasilkan tenaga kepada sel.



Kedudukan Mitokondria dalam sel

Penghasilan tenaga dalam bentuk adenosina trifosfat (ATP) dibuat dengan kehadiran oksigen untuk menyokong kepelbagaian fungsi asas sel. Contoh fungsi sel adalah pembahagian sel, pengecutan otot, penghasilan dan pemecahan protein serta pengawal aturan keupayaan membran.

Tanpa mitokondria, SEL tidak dapat berfungsi dengan baik. Secara tak langsung sistem badan juga gagal berfungsi dengan baik juga.


Coenzym Q10 adalah Nutrien larut dalam lemak yang terdapat dalam hampir semua sel. Ia merupakan ANTIOKSIDAN semulajadi. 

Coenzym Q10 bertindak sebagai palam pencucuh (spark plug) untuk memulakan proses penghasilan tenaga untuk menukarkan makanan kepada tenaga (ATP).

Coenzyme diertikan sebagai bahan yang penting dalam fungsi enzyme yang besar dan kompleks. Ketiadaan coenzyme akan membuatkan enzyme tidak boleh menjalankan tugasnya dengan betul. Coenzyme bukanlah sejenis vitamin, mineral atau hormon.  

Dari Mana Boleh Kita Dapat Coenzym Q10?

Coenzym Q10 terbina dengan sendirinya dalam badan kita. Namun begitu semakin bertambah usia kita, penghasilan Coenzym Q10 semakin menyusut. Makanya, kita juga perlukan tambahan Coenzym Q10 dari sumber luar.

Antara Coenzym Q10 boleh didapati dari:

  • Daging
  • Ikan
  • Minyak sayuran
  • Sayuran segar
  • Buah-buahan
  • kekacang

Namun begitu Coenzym Q10 mudah rosak melalui proses memasak. Tambahan lagi bagaimana anda nak pastikan cukup sumber Coenzym Q10 yang diperlukan dalam tubuh anda.

Coenzyme Q10 didapati di seluruh selaput sel di dalam badan kita, terutamanya di selaput-selaput mitokondria. Ia paling banyak di bahagian jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, limpa, pankreas dan gland adrenal. Jumlah keseluruhan bahan ini di dalam badan kita ialah antara 500-1500mg

Apa keburukan sekiranya kekurangan Coenzym Q10?


Walaupun pada hakikatnya badan kita boleh menghasilkan Mitokondria dan Coenzym Q10 secara semulajadi, namun faktor-faktor berikut boleh menjejaskan penghasilannya.

Antara faktor-faktor merosotkan penghasilan Mitokondria dan Coenzym Q10:

  • Peningkatan usia
  • Pemakanan yang tinggi lemak dan gula
  • Tekanan (Stress)
  • Kurang bersenam
  • Pencemaran alam sekitar
  • Penggunaan Statin untuk menurunkan paras kolestrol

Kandungan Coenzyme Q10 berkurangan bila usia mencapai 30 tahun, di mana selepas itu ia akan terus menurun bila usia meningkat. Bila kandungan Coenzyme Q10 berkurangan kesihatan badan kita secara menyeluruh juga menurun. Dijangka, bila kandungannya menurun sehingga 25%, pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, angina, sistem imunisasi menurun, kurang bertenaga dan lain-lain mula dirasai.

Sebab itulah mengambilan suplemen juga amat penting untuk menampung kelompongan Coenzym Q10 dalam badan kita.

Suplemen Coenzym Q10 yang terbaik dan Natural yang boleh anda cuba adalah COQ-TROL PLUS SHAKLEE.

TADAAAA!!



Coq-Trol Plus Bukan Sekadar Coenzym Q10



Coq-Trol Plus Shaklee bukan hanya sekadar Coenzym Q10 malah ia membekalkan sebatian semula jadi dan proprietari dengan 100mg Coenzym Q10 bersama Resveratrol dan Tokoferol.

Disamping itu ramuannya juga dilengkapi dengan sistem penghantaran Minyak Zaitun untuk penyerapan optimum.

Lebih istimewa Coq-Trol Plus Shaklee ini adalah formulasi berpaten untuk meningkatkan penyerapan Coenzym Q10. Patennya telah didaftarkan dengan Paten No. MY-139379-A. Ini bermakna tiada syarikat lain yang boleh meniru formulasi Coq-Trol Plus Shaklee. Special kan?

Tambahan lagi Gabungan Coenzym Q10 dan Resveratrol adalah pelonjak tenaga yang mantap.

Resveratrol terbukti secara klinikal dapat meningkat jumlah bilangan mitokondria iaitu Penjana Kuasa bagi sel anda.

Manakala, Coenzym Q10 dimana Jumlah CoQ10 yang tinggi dalam setiap mitokondria dapat meningkatkan tahap tenaga dalam sel-sel anda dengan ketara dan optimum.

Sebab itu saya boleh katakan Coq-Trol Plus ini bukan sekadar Coenzym Q10 tetapi lebih dari itu di mana tiada produk lain yang boleh meniru patennya.

Tambahan lagi Coq-Trol Plus Shaklee telah memperbaharui formulasinya dengan lebih baik lagi. Jadi siapa yang consume akan dapat manfaat yang lebih optimum.





Bayangkan anda perlu makan 2kg daging merah, 100 cawan brokoli rebus, 3.3 kg kacang dan 100 sudu makan minyak kanola untuk mencukupkan keperluan harian Coenzym Q10 anda setiap hari. Sanggup ke?

Sedangkan Shaklee telah sediakan Coq-Trol Plus dengan khasiat 100mg Coenzym Q10 dalam 1 kapsul sahaja. Anda hanya perlu telan sebiji kapsul sehari anda dah dapat sama khasiat seperti di atas.

10 Manfaat Coq-Trol Plus



Siapa Perlukan Coq-Trol Plus?


Golongan yang perlu ambil Coq-Trol Plus:
  • Mereka yang inginkan Jantung yang sihat dan pengguna STATIN.
  • Mereka yang inginkan zuriat.
  • Mereka yang amalkan gaya hidup aktif.
  • Mereka yang ingin kekalkan kulit sihat berseri.
  • Mereka yang ingin kekalkan ketajaman minda.


Anda tergolong dalam senarai di atas. Jom apa lagi dapatkan Coq-Trol Plus anda hari ini.



Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.


#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan


-----------------------------------------------------------------------------------------


Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya

 HAFIZAH : 019-2118757



No comments:

Post a Comment