Wednesday, May 29, 2019

Tazkirah Terawih : Adab Berhari Raya


Ustaz Khayrul selaku imam dan panel tazkirah terawih

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabar yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda sihat walafiat disamping keluarga tercinta.

Entri kali ini Kak Fieza nak berkongsi dengan anda semua apa yang anda dengar tazkirah terawih oleh Ustaz Khayrul di Surau Al-Mustaqqim pada 28 May 2019 bertajuk Adab Berhari Raya.

Apa yang perlu dibuat bila tiba Hari Raya?

1. Malam hari raya
✔doa paling mustajab. Pada malam tersebut mustajab berdoa.
✔selepas fardhu isya - bermunajat 15 minit.
✔Pada malam hari raya malam betul² kena bersangka baik. Husnuzon kepada Allah swt. 
Mudahan amalan sepanjang Ramadhan Allah terima. 
Mudahan jumpa ramadhan akan datang
Rasulullah bersabda
"barangsiapa yg boleh hidupkan malam hari raya aidilfitri (qiamulail) maka hati mereka tidak mati"
✔Hidupkan malam Hari Raya dengan bertahmid dan takbir.
2. Menjelang ptg hari raya (Pada petang Ramadhan terakhir)
✔ Bagi duit hari raya awal².
kebanyakan bagi duit pagi hari rayakan?
Adalah sebaiknya, Paling afdhal bagi duit ptg menjelang raya sebelum masuk maghrib. Fadhilatnya, dapat pahala zakat dan pahala sedekah bulan ramadhan (700x ganda).

Beri duit kepada isteri dan anak² pada petang Ramadhan terakhir menjelang Hari raya.

sunnah beri hadiah kepada orang tua. 
sekiranya umur 40 (40 ringgit beri ustaz kata๐Ÿ˜ƒ)

3. Isu ziarah kubur di pagi raya

✔menziarahi kubur sepatutnya tiap² hari.
adat kita pagi raya nak ke kubur.
lainlah kalau yg jauh. yg dekat tak perlu ziarah kubur dipagi raya tapi disarankan meraikan saudara yg nak ziarah.

afdhal ziarah kubur dipagi raya hanya kpd org jauh.
yg dekat diharuskan ziarah kubur bila² masa selain dipagi raya.

Adab Ziarah Kubur

Para ahli madinah, bila mana ziarah kubur baca surah Al Baqarah (panjang sangatkan 2 juzuk).

Jadi, seperti kita ni disarankan baca
๐Ÿ“–surah Alfatihah 1 x
๐Ÿ“–surah Al Ikhlas 11x
maka diampunkan segala dosanya org mati

๐Ÿ“–barangsiapa baca surah Al Ikhlas 11x
Allah taala bagi pahala brp ramai org yg mati tersebut.

Semasa menziarahi kubur dianjurkan pegang bahagian kepala ahli kubur (bahagian hujung batu nisan)

org yg dekat dgn kepala ibu atau bapa yang telah mati, Allah turunkan cahaya rahmah mawaddah.

Jgn duduk ditengah² kubur. HARAM.

4. Sunat makan dulu SEBELUM solat Aidilfitri sesudah subuh.
5. Sunat bersalaman mak ayah
Sebaiknya dianjurkan cium tapak kaki ibu. barakah Allah turunkan.
Merendahkan diri kpd ibu bapa.

berusaha jadi anak soleh dan solehah jd sumbangan pahala kpd ibu bapa.

6. Solat sunat hari raya
Jangan tunggu org lelaki sahaja pergi masjid. Orang perempuan juga disunatkan hadir solat dan dgr khutbah.

Walaupun wanita dalam haid sekalipun disarankan mendengar khutbah.

wallahualam.

perkongsian dari Ustaz Khayrul. Mudahan dapat manfaat.

Terlebih terkurang harap dimaafi
~HM

No comments:

Post a Comment