Wednesday, May 29, 2019

12 Tips Adab Hari Raya Dari Imam Al-Ghazali, Jadikan Hari Raya Satu Ibadah

Jemaah Muslimah LEP7 bergambar kenangan bersama Ustazah Syarifah yang dikasihi.

Assalamualaikum wbt,

Hai apa khabar pembaca setia fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda dikurniakan kesihatan yang melimpah ruah.

Pada hari Sabtu lepas iaitu pada 25 Mei yang lalu iaitu bersamaan 20 Ramadhan 1440H surau Al-Mustaqqim, LEP 7 Seri Kembangan mengadakan Solat Tasbih Muslimat berjemaah.

Seronok bila setahun sekali dapat bersolat tasbih. Kalau nak buat sendiri memang kena jiwa kental. Iman tak begitu kuat lagi untuk bersolat tasbih sendirian. Bila diberi peluang berjemaah begini, mempermudahkan amalan kita.

Syukur Kak Fieza diberi rezeki untuk bersama-sama berjemaah solat tasbih.

Selepas solat tasbih Ustazah Syarifah menyampaikan tazkirah bertajuk


Perkara Yang Perlu Diamalkan Pada 10 Ramadhan Terakhir (Kritikal Zon Amal Ramadhan)

1. Jangan tinggalkan Al-Quran.
Perlu set target tinggi. 1 juzuk tak cukup.

2. Zikir
Target - Istighfar 1000 X
          - Selawat 1000 X

3. Banyak BERDOA
- Doa untuk anak 
- Doa untuk suami
- Doa untuk ibu bapa

Insya Allah DOA kita Allah makbulkan. Janji Allah.

4. Banyak buat baik contoh bercakap hanya perkara-perkara yang baik-baik. Buat perkara yang baik-baik. Sekiranya anda menghadapi sahabat mengumpat, cara menghadapinya bangun saja dari tempat duduk dan beredar darinya. Tak perlu kata apa-apa.

"Sesungguhnya, syaitan wujud bulan puasa tetapi ianya dilemahkan sekiranya kita banyak berbuat kebaikan. Syaitan tak suka kepada mereka yang berbuat baik." 

5. Banyakkan puji-pujian.

Puji kawan kita. Pandang baik. Husnuzon.
Jadikan pandangan kita bagaikan MATA LEBAH dengan sentiasa mencari kebaikan. Jangan jadi MATA LALAT, asyik cari kesalahan orang. Bersangka baik sentiasa.


Khusyuk jemaah muslimah mendengar tazkirah selepas solat tasbih

6. Banyak SEDEKAH

- Sedekah SENYUM
- Sedekah MAKANAN
- Sedekah PAKAIAN

Sedekah secara jemaah adalah lebih baik sebagai contoh Misi Bantuan Sedekah.




Antara aktiviti Surau AlMustaqqim, misi mengagihkan sedekah kepada asnaf di Baling, kedah. Ini adalah salah satu sedekah jemaah yang disarankan.

7. Banyakkan SOLAT SUNAT

- Sunat FAJAR
- Sunat Dhuha

- Sunat 12 RAKAAT ( Allah janjikan istana mahligai di syurga )



8. Mulakan semua perbuatan dengan Bismillah

9. Banyak mohon maaf dengan 

- mak ayah
- anak-anak
- adik beradik
- sahabat
- orang yang pernah sakitkan hati kita

10. Husnuzon. Sentiasa bersangka baik.

11. Utamakan ibadah dari perkara-perkara lain.

12 Tips Adab Hari Raya Dari Imam Ghazali Jadikan Hari Raya Satu Ibadah

1. Pada malam hari raya disarankan pelbanyakkan mengagungkan Allah.

Yang selalu diamalkan bertakbir dan kunjung mengunjung ke rumah sahabat dan jiran.

2. mandi pagi Hari Raya dengan Niat

"Sahaja aku mandi sunat Hari Raya kerana Allah Taala"

Rugi sekiranya mandi pada pagi Hari Raya tetapi tidak berniat. Tak dapat pahala sunat.

3. Pakai baju cantik-cantik dan berwangi-wangian 

Sebagai tanda kita bergembira tanda kemenangan setelah berhempas pulas melawan nafsu.

4. Makan sarapan pagi sebelum Solat Hari Raya walaupun hanya seteguk air.

5. Pergi ke masjid

Wanita juga sunat pergi ke masjid. Sebaiknya pergi ikut jalan depan dan balik ikut jalan berlainan dari jalan pergi tadi, amalan ini adalah sunnah nabi.

6. Banyak bertakbir

7. Banyakkan berzikir

8. Banyakkan tasbih

9. Banyakkan takbir raya

10. Aktif mendengar khutbah. Maksudnya tidak tidur semasa mendengar khutbah raya.

11. Pergi ke masjid jalan lain, balik dari masjid ikut jalan lain.

12.  Bertegur sapa

Perkara Menyalahi Sunnah Yang Dilakukan Pada Hari Raya

1. Tidak solat hari raya
beralasan nak masak. Sedangkan masa boleh diurus. Boleh masak selepas balik masjid.

2. Banyak tonton televisyen
Boleh tonton tv tetapi tidak tengok perkara yang melalaikan.

3. Tidak menutup aurat. Jaga tatatertib berpakaian.

4. Pasang lagu raya berlebihan.
Pasang lagu boleh tetapi jangan sampai melalaikan.

5. Beraya rumah rakan dalam tempoh yang panjang.
Pergi berkunjung ke rumah rakan-rakan sekejap sahaja.

6. Mengkritik makanan dan hidangan.

7. Jangan biasakan anak-anak mintak duit raya. Sekiranya ada yang memberi itu adalah rezeki, sekiranya tiada duit raya jangan pula meminta.

8. Bersalaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram

9. Beraya sehingga lupa solat.
Boleh buat solat jama' tamam (alasan meraikan tetamu), syaratnya perlu berniat.

10. Lupa menziarahi fakir miskin

11. Tidak berpuasa sunat 6 di bulan Syawal

12. Kurang bersedekah

13. Berlebih-lebihan dalam pakaian dan hiasan

14. Berkumpul beramai-ramai tanpa melakukan perkara-perkara berfaedah (bersalahan dengan sunnah)

15. Tidak menziarahi sahabat yang sakit dan berada di hospital.

Banyakkan Istighfar. Istighfar penghapus dosa dan sumber rezeki melimpah ruah.

Soalan:

Ustazah, adakah menziarahi kubur di pagi raya itu sunnah?

Jawapan:
Ziarah kubur sunnah. Seeloknya ziarah sebelum 1 syawal atau hari-hari lain selain 1 Syawal kerana 1 Syawal adalah hari kegembiraan tanda kemenangan. Sekiranya menziarahi kubur pada hari raya akan menimbulkan rasa kesedihan.

Lainlah sekiranya mereka datang dari jauh yang tidak berkesempatan menziarahi kubur pada hari lain.

Yang dekat diharuskan ziarah kubur pada hari-hari lain selain hari raya.

Wallahualam.

Sekiranya anda rasa perkongsian Kak Fieza memberi manfaat, jemput tekan button SHARE dan LIKE. Mudah-mudahan ramai lagi rakan-rakan anda dapat manfaatnya.


Sebelum pulang snap selfie sikit dengan Ustazah Syarifah


No comments:

Post a Comment