Wednesday, October 31, 2018

Rahsia Kekal Cergas Hamil Dalam Usia 40 tahun ke atas

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi.

Kak Fieza doakan anda semua dalam lindungan Allah swt hendaknya.

Entri kali ini Kak Fieza nak share Rahsia Kak Fieza kekal cergas hamil walaupun usia dah mencecah 42 tahun.

Kehamilan kali ini tidak dirancang. Tambahan lagi tahun 2017 yg lalu iaitu setahun yang lepas Kak Fieza mengalami keguguran buat pertama kalinya dalam usia kandungan Kak Fieza 2 bulan.

Terngiang-ngiang lagi kata-kata Gynea kesayangan Kak Fieza masa dapat rawatan selepas keguguran tempoh hari.

Dr Khamsiah kata 

"Lepas ni, rehat lah ye. You pun dah ada 5 kids, cukup-cukuplah ye. Lainlah kalau kamu baru anak sorang"



Inilah doktor Gynea kesayangan saya Dr Khamsiah. 4 dari 5 anak saya refer dengan Dr Khamsiah. Beliau dah masak sangat dengan ragam saya. Beliau merupakan pakar O & G dan juga pakar perbidanan di hospital Wanita dan Kanak-kanak Andorra. Beliau juga merupakan founder hospital Andorra.

Kalau ikutkan, Kak Fieza dah pencen pregnant dari tahun lepas lagi. Perancangan Allah adalah sebaik-baiknya. Alhamdulillah. Tahun ni 2018, Kak Fieza disahkan pregnant lagi buat kali ke-7 dan bakal menimang cahayamata ke-6 pula. Setiap anak itu ada lubuk rezekinya. Doakan Kak Fieza menjaga amanah besar dari Allah ini sebaiknya.

Sepanjang hamil kali ini, Alhamdulillah Kak Fieza tak de la mengalami morning sickness yang keterlaluan begitu juga kehamilan sebelum-sebelum nih.

Loya-loya seperti biasa je la. Mood malas je yang melanda semasa 3 bulan pertama (1st trimester) yang tak dapat dielakkan.

Risiko hamil usia 40-an

Memang tidak dinafikan dalam usia begini ada rasa bimbang memikirkan risiko-risiko yang bakal dihadapi hamil dalam usia 40-an. Walaupun kajian menunjukkan ramai wanita berusia lebih 35 tahun mengalami pelbagai komplikasi ketika hamil, namun nasihat saya jangan dengar omong-omong negatif dari orang sekeliling. Sebaiknya dapatkan nasihat doktor perbidanan yang terdekat untuk pemeriksaan kehamilan. Insya Allah doktor akan membantu sepanjang kehamilan dan kelahiran bayi anda.

Biasanya umur seperti saya yang dah masuk 40 series ni banyak risikonya, antaranya:

1. Risiko keguguran.
Jangkaan dari statistik bahawa 25% kehamilan diusia 40-an berakhir dengan keguguran sebelum janin berumur 3 bulan (seperti yang pernah Kak Fieza alami tahun lepas). Namun begitu 75% pula selamat melahirkan bayi mereka dengan selamat. Jadi kita ambil statistik 75% tu ye.

2. Risiko Down Syndrome kepada janin.

Ada kajian melaporkan bahawa 1 daripada 106 wanita yang hamil pada usia 40 tahun akan mendapat bayi yang mengalami Down Syndrome. Namun ini adalah dalam kes terpencil. Insya Allah, bayi yang bakal lahir akan sihat walafiat.

3. Risiko kencing manis dan darah tinggi ketika hamil lebih kerap menyerang wanita hamil usia 40-an.
Jika ini berlaku, anda tidak perlu panik kerana doktor akan memantau masalah ini. Wanita yang mengalami masalah ini serta bayi mereka selalunya akan selamat dan sihat, dengan syarat ikut nasihat doktor gynea anda ye.

4. Risiko kelahiran ceasarian (LSCS)
Kajian menunjukkan bahawa lebih ramai wanita hamil usia 40-an memerlukan pembedahan untuk melahirkan bayi mereka. namun begitu ramai juga berjaya melahirkan secara normal. Doakan Kak Fieza melahirkan secara normal ye.

Risiko di atas tu hasil dari kajian. Manakala pengalaman Kak Fieza pula sepanjang kehamilan kali ini sangat berbeza dengan kehamilan yang sebelum ini.

Symptom Kehamilan Yang Biasa Wanita Hamil Hadapi

Kak Fieza terimbau kembali saat kehamilan pertama Kak Fieza 15 tahun yang lalu.

Pelbagai symptom yang Kak Fieza hadapi antaranya:

😱 Low Blood Preasure
😱 Selalu letih
😱 Sakit pinggang yang teramat sangat
😱 Gigi rapuh, tetiba sebatang gigi Kak Fieza sumpik. Kesian gigi.
😱 Gusi berdarah, bila gosok gigi mesti ada kesan darah.
😱Sembelit yang keterlaluan (sehingga 3-4 jam dalam toilet, bayangkan)
😱 Krem kaki yang keterlaluan
😱 Sakit tulang belakang
😱 Hemoglobin rendah
😱 Kurang selera makan terutamanya trimester pertama ( boleh telan kurma je, air masak pun rasa tak sedap ketika hamil )
😱 Tak lena tidur
😱 Pedih hulu hati
😱 Stress

Bak kata, semua serba tak kena, layankan je la saat kehamilan itu.
Kepada yang sedang hamil pasti akan mengalami seperti Kak Fieza.

Waktu tu Kak Fieza kurang ilmu nutrisi, apa yang Kak Fieza fikir tika itu, semua symptom itu perkara biasa yang perlu dialami oleh setiap wanita hamil.

Bila tanya orang yang lebih berusia pun berkata begitu. Jawapan mereka " Alahhh, biasalah mengandung. Biasalah tu"

Dah tu, terpaksalah kita pun mengiyakan je la kata mereka tanpa sebarang solusi. Tanggunglah sendiri, hadaplah sendiri sehingga menangis tak berlagu.

Rupanya anggapan Kak Fieza tak betul. Semua symptom diatas dapat diatasi sekiranya kita mengamalkan pemakanan mengikut nutrisi yang lengkap ikut keperluan ibu dan bayi.

Kak Fieza fikir, cukuplah makan apa yang kita makan setiap hari dah cukup keperluan ibu dan bayi.

Kalau cukup kenapa masih ada symptom-symptom yang menjengkelkan tu kan?

Doktor pakar pun nasihatkan ambil suppliment semasa hamil


Siapa yang tak kenal Dr Hamid Arshat pakar sakit puan yang tersohor. Beliau amat sarankan para wanita ambil suppliment sepanjang hayat.


Ini adalah senarai suppliment yang disarankan wajib diambil oleh ibu hamil dan selepas bersalin seperti saranan Doktor Hamid Arshat pakar sakit puan.

Kekal Cergas dan Bertenaga Hamil diusia 40-an

Berbeza hamil kali ini, dalam usia 40-an. Kak Fieza rasa lebih bertenaga berbanding usia 20-an. Walau hakikatnya memang tak terlarat nak bawa perut terutamanya dalam usia kandungan trimester ke-3.

Pada awal-awal kehamilan Kak Fieza dalam trimester 1, Alhamdulillah Kak Fieza tidak mengalami alahan yang begitu teruk. Adalah loya-loya, tapi Alhamdulillah Kak Fieza masih boleh menjamah makanan yang dihidangkan. Sebab itu Kak Fieza rasa lebih cergas hamil kali ini. Rasa nak muntah tu ada, tapi tak la diluahkannya balik.

Berbanding hamil yang lalu, lepas makan je Kak Fieza akan terasa nak muntah dan keluar balik apa yang Kak Fieza makan. Mana tak letih.

Pada awal-awal trimester hamil kali ini, ramai rakan-rakan tak perasan yang Kak Fieza hamil memandangkan Kak Fieza cergas seperti biasa.

Bila perut dah memboyot baru la rakan-rakan perasan rupanya Kak Fieza Hamil. Masa tu pun usia kandungan dah 7 bulan baru mereka perasan.

Apa Yang Diamalkan Ketika Hamil Untuk Kekal Cergas

Sepanjang kehamilan kali ini Kak Fieza makan makanan yang rutin seperti biasa disamping ambil makanan tambahan.

Sebenarnya, sebelum hamil lagi Kak Fieza dah amalkan suppliment sejak 5 tahun lalu secara konsisten. 




Dah dekat setengah abad usia barulah Kak Fieza sedar pentingnya suppliment dalam nutrisi harian kita setiap hari terutamanya ibu hamil

Antara makanan tambahan yang Kak Fieza ambil adalah Set Lengkap Kehamilan Shaklee.



Nak tahu setiap kelebihan Set Lengkap Shaklee ni.

1) VITALEA WITH IRON (Multivitamin)

Mengandungi 28 jenis vitamin & minerals yg diperlukan badan. Mengurangkan keletihan, dan untuk kesihatan & kecergasan badan ibu sepanjang hamil, bersalin dan menyusu. Iron penting bagi menjaga tahap hemoglobin (hb) yang sihat untuk ibu. 

Vitalea ni wajib diambil oleh setiap wanita hamil untuk memastikan hemoglobin (hb) normal.

Macam Kak Fieza selalu mengalami tahap Hb yang rendah. Dengan konsisten pengambilan Vitalea, mudahan Hb Kak Fieza bertambah baik.

2) B-COMPLEX WITH FOLIC ACID

Folic acid melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan sistem sarafnya seperti spina bifida. BComplex adalah vitamin Anti-Stress, terutama bila ibu kurang tidur di akhir kehamilan dan semasa dalam pantang.

3) VITA-C

Tingkatkan sistem imunisasi ibu & bayi.

4) ESP PROTEIN POWDER

Protein membantu kecergasan badan ibu hamil & menyusu. Ia juga menggalakkan kecantikan kulit ibu & baby. Dalam susu ibu, komposisi terbesar juga adalah PROTEIN. Dengan ESP, dapat bantu pekatkan susu ibu & baby akan lebih cepat kenyang.


5) OSTEMATRIX (Calcium & Magnesium)

Kalsium berfungsi untuk pembinaan tulang dan gigi yang kuat. Ketika hamil & menyusu, semua kalsium dlm badan ibu akan disalurkan kepada bayi dalam kandungan dan ke dalam susu ibu yang diminum bayi. Komposisi terbesar dalam susu ibu selepas protein adalah KALSIUM.

Jadi, kalau ibu tidak cukup tambahan kalsium setiap hari, ibu akan mudah mendapat osteoporosis, sakit-sakit tulang & gigi luruh. Itu lah yang terjadi kepada Kak Fieza hamil sebelum ini. 

Ia juga membantu masalah susu merudum ketika haid dan membantu melegakan sakit-sakit badan, pinggang & belakang serta mengurangkan masalah sembelit bagi ibu hamil, berpantang & menyusu
6) OMEGAGUARD (DHA)

Mengandungi DHA yang penting untuk perkembangan sel-sel otak bayi dalam kandungan dan bayi yang menyusu. Omega juga membantu membakar lemak agar ibu cepat kurus semula selepas bersalin.




7) ZINC (Tambahan selepas bersalin)

Cepatkan penyembuhan luka bersalin (Paling penting bagi yang bersalin secara ceaserean). Juga membantu mengurangkan keguguran rambut selepas bersalin.

8) ALFAFA (Tambahan semasa menyusu)

Sebagai milk booster, herba utk bantu tambah penghasilan susu ibu.


Ok, Kak Fieza share dalam bentuk visual pulak. Nampak lebih jelas lagi.


"Apa yang kita makan, apa yang kita ambil dalam nutrisi harian seorang ibu hamil bukan untuk dirinya saja. Ingat ada mahkluk Allah lain dalam dirinya."


Kesan Pengambilan Nutrisi Lengkap SET HAMIL SHAKLEE

Alhamdulillah dengan izin Allah, Kak Fieza cergas dan bertenaga sepanjang kehamilan sambil melayan suami dan anak-anak yang 5 orang lagi tu.




Anak kucing pun akak kena layan tau. Si Cap yang Faris peluk tu bukan main manja lagi dengan Kak Fieza. Kalau Kak Fieza bangun malam solat, Si Cap la meneman di tikar sembahyang.

Apa yang Kak Fieza rasa sekarang, bila ada teman baik Suppliment Mesra wanita hamil ini bukan saja semasa hamil, lepas bersalin dan diusia mencecah setengah abad ini?

💕 Tenaga semakin bertambah
💕 Tiada lagi sakit belakang
💕 Kurang sakit pinggang
💕 Sembelit pun dah tak ada. Lawas sangat.
💕 Tiada lagi kekejangan (krem)
💕 Tidur yang sangat berkualiti bak sleeping beauty
💕 Tiada gusi berdarah
💕 Gigi semakin kuat dan sihat, tak rapuh
💕 Tahap Hemoglobin (Hb) bertambah baik
💕 Kurang rasa loya-loya
💕 Tak ada mengalami kurang selera makan ketika trimester 1
💕 Tiada pedih hulu hati
💕 Kurang rasa stress

Disamping itu Kak Fieza juga terpaksa berulang alik dari tempat kerja ke rumah sejauh 30 km balik dan 30 km pergi yang memakan masa 1-2 jam sekali perjalanan. Tambahan lagi keadaan jalan raya yang Kak Fieza lalui sentiasa mengalami kesesakan. Alhamdulillah dengan bekalan Set Lengkap Hamil Shaklee Kak Fieza dapat kawal tekanan yang dihadapi (BComplex Shaklee suppliment Anti-Stress). Mak Yong mana boleh stress-stress kan. Nanti akan menjejaskan emosi kandungan.

Syukur Alhamdulillah dipertemukan dengan SET HAMIL SHAKLEE yang selama ini saya cari sebagai solusi hebat symptom-symptom yang dialami semasa hamil.

Testimoni Set Hamil Shaklee

Di sini saya nak share beberapa testimoni yang pernah amalkan SET HAMIL SHAKLEE





Sekiranya anda seusia dengan Kak Fieza atau mengalami masalah seperti Kak Fieza suatu ketika dahulu boleh hubungi Kak Fieza untuk khidmat nasihat kekal cergas semasa hamil.

Mudahan Kak Fieza doakan anda juga dikurniakan kesihatan sepanjang kehamilan, melahirkan dan sepanjang berpantang.

Doakan Kak Fieza juga melalui proses kehamilan dan proses bersalin nanti dengan mudah dan bersalin normal ok!

Sekiranya anda suka dengan entri saya sila tekan button SHARE dan LIKE di bawah. Semoga dengan sekali tekan anda ramai yang akan dapat manfaat. Anda akan dapat pahala FREE je.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:


pages:


Purplehomeshoppe

1 comment: