Saturday, April 28, 2018

Program Duo Muslimah Surau AlMustaqim LEP 7

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan.

Pada 22/4/2018 yang lalu kami Muslimah AlMustaqim telah mengadakan program serampang 2 mata. Dalam 1 masa 2 penceramah yang kami jemput.




Pertama~Slot Khas Rohingya Menangis oleh Saudari Asiah Ishak dari IMWU-Malaysia



Kedua~Siri Wanita Syurga Siti Fatimah Azzahra oleh Da'i Adibah Juara Da'i Melinia Musim 1


Alhamdulillah, pagi kami di kejiranan AlMustaqim penuh dengan pengisian ilmu demi menyahut cabaran ustaz Omar malam tadi, kepada siapa yang berada di majlis ilmu mendapat 700 darjat tidak dilepaskan.




2 ilmu sekaligus kami dapat sepagi dalam kesibukan ibu-ibu dengan urusan rumahtangga diberi rezeki utk sama-sama meraikan majlis ilmu yang tiada tolok bandingnya.




Ramai juga yang bawa anak-anak kecik bersama termasuk Da'i Adibah sendiri. Da'i Adibah kata bawa anak-anak kecil ke majlis-majlis ilmu untuk membiasakan mereka dalam suasana ilmu. Mereka anak-anak ni akan jadikan kita sebagai idola.




Sekiranya kita rajin tengok senetron, rajin tengok mentor (program hiburan tv) begitulah juga anak-anak kita nanti.




Begitu juga dengan kisah perkongsian Saudari Asiah dalam travelog nya menyusuri kem-kem pelarian Rohingya yang sangat menyayat hati. Akak sebak dengar...Terasa insaf, bersyukurnya kita di sini dengan serba kemewahan. sedangkan mereka sangat daif.




Jom kita sorot satu persatu perkongsian mereka.




Slot Khas Rohingya Menangis




Seawal pagi jam 9.00 pagi lagi para ibu dah bersedia mendengar perkongsian Saudari Asiah yang banyak pengalaman mengembara ke kem-kem Rohingya.



Boleh dikatakan penuh juga surau AlMustaqim pagi tu


Biasalah sebelum mula majlis Kak Fieza suka selfie.


Selfie pulak dengan Pn Nurmalis dan Awina buah hati saya



Saudari Asiah juga agak terkejut sambutan yang begitu menggalakkan dan di luar jangkaan. Biasanya beliau hanya berceramah kepada orang ramai tak lebih dari 10 orang.




Alhamdulillah, Insya Allah para Muslimah AlMustaqim istiqomah dalam mengejar ilmu.



 Puan Hafizah selaku penggerak utama program hari ini memulakan majlis dengan kata alu-aluan.


Diikuti bacaan doa pembuka majlis oleh Ustazah Rugayah


Saudari Asiah memulakan kisah pengalamannya ke kem-kem Rohingya

Misi Kem Pelarian Rohingya ( Cox's Bazar, bangladesh )

Saudari Asiah merupakan setiausaha IMWU-Malaysia yang banyak mengikuti misi-misi ke kem-kem pelarian Rohingya untuk memberikan bantuan.

Saudari Asiah kongsikan kenapa beliau berbuat demikian secara sukarela. Mereka ini para sukarelawan tidak dibayar gaji untuk aktiviti sukarelawan mereka. Malah mereka keluarkan duit poket sendiri untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Even, tiket kapal terbang mereka pun atas usaha poket mereka sendiri.

Kebaikan yang Saudari Asiah buat ini atas dasar besarnya pahala bersedekah. Antara keistimewaan bersedekah dari persepsi beliau:

1) Hati tenang
2) Lebih baik buat daripada tak buat
3) Pahala berpanjangan

Orang yang nazak nak meninggal dunia perkara yang mereka ingat dan terkilan adalah SEDEKAH. Kalau boleh mereka nak Allah panjangkan usia untuk mereka menaburkan SEDEKAH. tetapi dah terlambat.

Saudari Asiah kongsikan terdapat 500,000 orang pelarian Rohingya dari Myanmar mengikut statistik pada Jun-Julai 2017.

Dan kebanyakan mereka di tempatkan di Bangladesh.

Anda bayangkan negara kecil Bangladesh lebih kurang hanya separuh bahagian dari Malaysia besarnya nak menampung kehadiran pelarian Rohingya. Sedangkan rakyat Bangladesh sendiri seramai 163 juta berbanding hanya 32 juta rakyat Malaysia. 

Anda bayangkan, padat ke padat negara Bangladesh ketika ini.

Difahamkan, Negara Myanmar yang tidak pernah mengiktiraf kerakyatan etnik Rohingya sengaja nak menghapuskan etnik Rohingya ini di salah satu kawasan Myanmar memandangkan kawasan tersebut terdapat Uranium. Satu-satunya kawasan yang ada Uranium di Myanmar. dan kawasan itu hendak diambil oleh China untuk menghasilkan Nuklear.

Namun begitu cerita sebenarnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Maaf, kerana saya tak dapat bercerita di sini kisah travelog Saudari Asiah ke kem-kem Rohingya yang menyayat hati. Saya tak dapat nak menyalin nota ketika itu kerana hati saya sangat sebak.

Segala apa yang diceritakan ada terkandung dalam satu-satunya buku hasil nukilan Saudari Asiah sendiri


Kepada anda yang ingin memiliki buku ini boleh menghubungi Saudari Asiah terus


Kepada anda yang ingin menghulurkan sumbangan dan sedekah kepada mereka di Rohingya boleh terus menghubungi nombor tertera atau terus bank in sumbangan seperti nombor akaun di atas.



Gambar kenangan bersama Saudari Asiah pengarang buku Debu Merah Kota Rohingya, kisah benar semasa pengembaraan di Kem kem Rohingya.

Aktiviti wajib setiap kali program Muslimah Al-Mustaqqim - Makan time

Acara makan-makan ni memang wajib setiap kali program Muslimah Al-Mustaqqim diadakan.

Yang lebih menyeronokkan juadah makan-makan ni kami bawa secara pot-luck oleh setiap jemaah yang hadir.

Jadi, kita boleh merasa kepakaran masakan setiap orang jiran.

Ada yang pandai buat pizza, ada yang pakar kuih talam, ada pakar kuih tradisional, ada juga pakar masakan barat, ada yang pakar kek. Saya pula hanya bawak cekodok udang kering dari Sabah. Itu je la kepakaran saya...hahahha...lebih-lebih kurang arif.

Alhamdulillah, orang kata muafakat membawa berkat. Syukur makanan yang dibawa dapat dirasa bersama.









Siri Wanita Syurga Siti Fatimah Azzahra oleh Da'i Adibah Juara Da'i Melinia Musim 1

Selepas makan, kami sambung semula program dengan perkongsian dari Da'i Adibah dengan tajuk yang sangat menarik Wanita Syurga Siti Fatimah Azzahra.

Kali ini Da'i Adibah berkongsi kepentingan menuntut ilmu. Beliau menjelaskan dalam mencari ilmu kita diibaratkan seorang nelayan. Nelayan mencari ikan bukan semata-mata untuk makanan dirinya sendiri saja. Bahkan mereka mencari ikan untuk menampung keperluan keluarga. Begitu juga analoginya dalam menimba ilmu terutamanya ilmu akhirat. Ilmu yang ditimba bukan semata-mata untuk keperluan akhirat diri sendiri. Ia juga wajib dikongsikan kepada seluruh keluarga dan sahabat-sahabat sekeluarga muslim supaya sama-sama dapat meraih saham akhirat. Tak de la masuk syurga sorang-sorang.

Da'i Adibah juga ada kongsikan, anak-anak kita ni mudah terpengaruh dengan persekitaran.

3 elemen diserap anak:
1) Apa yang anak lihat
2) Apa yang didengar
3) Apa yang dimakan


Da'i Adibah membawa anaknya sekali. Cayalah...demi meyampaikan ilmu, anak tetap di sisi.

Saidatina Fatimah paling banyak melihat perjuangan Rasulullah kerana Saidatina Fatimah adalah anak yang paling bongsu dalam 7 orang anak Rasulullah. Jerit perih Rasulullah dalam menyampaikan dakwah Islam, Saidatina Fatimah selami. Saidatina Fatimah wafat dalam usianya yang masih muda iaitu 26 tahun.

Dedahkan anak-anak dengan serikandi Islam

Da'i Adibah pesan, anak-anak yang telah meningkat remaja seperti anak-anak yang telah melangkau ke sekolah rendah, tak perlu lagi dedahkan dengan kisah-kisah Fairy Tales seperti Frozen, Cinderella dan Barbie yang membawa mereka ke alam khayalan.

Dedahkan mereka, anak-anak yang melangkau ke alam remaja ini dengan kisah-kisah realistik serikandi-serikandi Islam seperti perjuangan Saidatina Siti Khadijah isteri Rasulullah, ketabahan Saidatina Fatimah (anak Rasulullah) dan perjuangan Saidatina Aisyah isteri Rasulullah.

Saidatina Fatimah sangat sabar dan tabah orangnya dalam menghadapi ujian Allah. Antara ujian Allah yang Saidatina Fatimah lalui
1) Kewafatan ibunya Saidatina Khadijah
2) Kewafatan kakak-kakaknya
3) Anak-anaknya yang wafat dalam usia muda
4)Ambil tugasan ibunya selepas kewafatan ibunya dalam menjaga dan menguruskan Rasulullah.
5) Kewafatan Rasulullah

Apa sahaja ujian dan takdir Allah pasti ada rahmah yang Allah nak turunkan.

Sifat Rasulullah yang tabah dan sabar hadapi ujian Allah, sifatnya turun kepada Saidatina Fatimah.

Hadam untuk Saidatina Fatimah

Dalam satu kisah Saidatina Fatimah, saat Saidatina Fatimah terasa sangat lelah dalam membuat kerja-kerja rumah. Bayangkan Saidatina Fatimah perlu mengisar gandum, menguli dan memasaknya pula untuk seisi keluarga. Saidatina Fatimah juga manusia yang akan terasa sangat penat dengan kerja rumah mengadu kepada suaminya Saidina Ali. Saidina Ali menyarankan supaya meminta seorang hadam (pembantu) dari bapanya Rasulullah.

Bila hasrat ini diajukan kepada kepada Rasulullah, Saidatina meminta seorang hadam untuk meringankan tugasan harian, Rasulullah berkata hadam-hadam semua telah diberikan kepada orang yang lebih memerlukan.

Lantas Rasulullah beri tips kepada Saidatina Fatimah untuk meredakan keletihannya.

Rasulullah sarankan membaca

Subhanallah   33X
Alhamdulillah  33X
Allahu Akhbar  34X (mencukupkan 100X zikir)

Dengan cara ini, kita bukan tak rasa penat atau letih langsung tetapi kita rasa kuat dan sabar.

Ajari anak dengan :

1) Al Quran
2) Mencintai Rasulullah
3) Mengenali ahli keluarga Rasulullah.

Da'i Adibah pesan, berhati-hati dalam memilih buku kisah nabi, Ada yang anti nabi.

1)Puak orientalis - orang yang cerdik pandai yang memburukkan Islam
2)Puak Syiah - pro kepada Saidatina Fatimah tetapi anti kepada Saidatina Aisyah.

Cari buku-buku yang berlandaskan AlQuran, jangan janji beli lepas tu serah  kepada anak baca. Ditakuti sekiranya salah pilih buku-buku yang dipengaruhi oleh puak yang terpesong.

Keperibadian Saidatina Fatimah

Saidatina Fatimah ->
1) Seorang yang taat kepada ayahnya
2) Jaga nabi dengan penuh tertib
3) Orang yang terdekat ketika nabi wafat selain Saidatina Aisyah.
4) Menjaga makan/minum nabi menggantikan ibunya. Digelar ummu Abiha ( ibu kepada ayahnya )
5) Tidak bernikah selagi Rasulullah tidak berkahwin dengan Saidatina Aisyah.
6) Redho menghadapi kesusahan.
7) Hantaran perkahwinan sangat-sangat sederhana
8) Taat setia kepada suami Saidina Ali
9) Buat kerja rumah seorang diri kerana Saidina Ali menumpukan kepada pembangunan Islam.

Siapa yang jaga harta/rumahnya dikala suami berjihad ke jalan Allah sama pahalanya dengan suaminya yang berjihad.

Hal ini menjawab soalan Saidatina Asma menyoal, Orang lelaki berjihad. Orang perempuan macam mana nak dapat pahala jihad sekiranya duduk di rumah saja.

Saidatina Fatimah membantu Rasulullah ketika gering.

Anak bukan kuda tunggangan, boleh canang sana, canang sini.

Anak mendapat no 1 nak dibanggakan.
Nak jadikan anak doktor untuk dibanggakan itu silap.
Sekiranya nak jadikan anak doktor, niat supaya anak itu dapat bantu ramai orang itu betul niatnya.

Jangan berhenti doakan anak
Keterlanjuran anak berpunca dari didikan anak yang jauh dari landasan Islam. Mereka hanya didedahkan dengan keseronokkan duniawi saja.
Biasa dedahkan anak-anak dengan kepada orang yang lebih susah seperti pelarian Rohingya.

Jangan banyak dedahkan anak-anak dengan perkara-perkara negatif. Perkara negatif hanya dijadikan sempadan dan iktibar.

Jadikan kisah positif serikandi Islam sebagai contoh kepada anak-anak dengan cara beli buku, ibu baca dan story telling kepada anak-anak. Ini lebih berkesan berbanding kita beli buku suruh mereka baca sendiri.

Kesimpulannya, Saidatina Fatimah adalah seorang wanita yang bertuah tetapi disebaliknya diuji dengan seribu dugaan.

Dugaan yang dilaluinya tak mungkin kita boleh hadapinya sekiranya kita berada dipihaknya.

Semoga perkongsian saya kali ini dapat manfaat anda yang setia membaca.

Sekiranya anda suka dengan entri kali ini sila tekan button LIKE dan SHARE. Mudahan ramai lagi sahabat-sahabat yang dapat manfaatnya nanti.

-----------------------------------------------------------------

Jemput tatap photo-photo yang sempat diambil semasa hari kejadian.


Bersama Da'i Adibah


Selfie sikit


Lagi gambar kenangan bersama Da'i Adibah


Kenangan terindah bersama Da'i Adibah. Mudahan perkongsian ilmu dapat dimanfaatkan.

Dahaga Ilmu,
Hafizah


No comments:

Post a Comment