Tuesday, March 1, 2016

TERTIDUR SEMASA DRIVING, KEMALANGAN HINGGA PATAH BAHU INSAFKAN RIZAL

Assalamualaikum wbt,

Saya doakan anda sihat dan ceria selalu disamping keluarga tercinta.

Baru-baru ni rakan lama saya Rizal hantar photo terbaru dia di whatsapp group. Wahhhh!!! sangat berbeza. Alhamdulillah....Rizal kurus dengan jayanya.

Beza kan berbanding dulu.

Semakin sado gitu..

Untuk makluman anda, Rizal adalah bekas rakan pejabat saya satu ketika dulu. Rizal yang saya kenal memang terkenal dengan perut kedepannya. Mengandung tak bersalin-salin. Maaf ye Rizal gurau ye.

Dah banyak kali Rizal berusaha nak kurus. Tapi impiannya sering menemui jalan buntu. Hingga satu ketika Rizal mengalami tragedi yang tidak boleh dilupakan. 

Jom ikuti perkongsian syahdu Rizal 41 tahun merupakan peserta NECK batch 7. Rizal yang saya kenal dulu memang berbeza. Jauh berbeza dengan sekarang. Semoga dapat menjadi ikhtibar rakan-rakan.

**************

3 Mesej

Tahun lepas ( 2015 ), saya masuk umur 40 tahun. Saya dapat 3 message.

Mesej #1 : 'Life began at 40' , daripada pemerhatian saya, jika saya tidak buat apa dari sekarang, 'my life will end before turn 41'.

Mesej #2: 'You're 20 years old with 20 years experience' . Saya terfikir, boleh ker saya merasai seperti 20 tahun semula.

Mesej #3: 'Jagalah Solat dan kesihatan anda'. Yang ni dtg dari ayah saya dan buat saya terfikir sejenak, teruk sangat ker keadaan saya sekarang.

Bahu patah, tertidur sewaktu memandu

Untuk pengetahuan semua, pada tahun 2013, pada hari jadi saya , dalam perjalanan pulang , saya tertidur sewaktu driving dan 'kemalangan'. 

Di hospital, saya dapat tahu yang bahu saya patah. Tapi syukur saya masih hidup, tapi saya sedih saya sambut 'birthday' saya di hospital.

Jelas dari peristiwa ni dah 2 tahun berlaku, tetapi saya masih tak berubah.
Saya pergi jumpa doktor untuk dapat kepastian. 

Didapati saya ada tekanan darah yang tinggi, kolesterol yang sangat tinggi hingga mesin yang mengukur kadar kolesterol tidak dapat beri bacaan. 

Sleep Apnea

Tambahan lagi, yang memeranjatkan saya doktor beritahu yang saya ada 'masalah tidur' / sleep apnea / narkolepsi. Keadaan dimana saya boleh tidur pada bila2 masa dan apa jua keadaan.

Bila saya tidur malam, bekalan oksigen tidak mencukupi ke otak disebabkan aliran Oksigen (O2) terganggu disebabkan kandungan lemak terlalu banyak.

Jadi otak akan beri signal ke jantung , supaya pump lebih darah dan oksigen (O2) ke otak. Cuba anda bayangkan kesiannya jantung saya nak berkerja keras berbanding dengan orang biasa yang sihat.

Dan ini berlaku setiap 15 saat, sepanjang malam sampai saya bangun. Hakikatnya, saya tidak tidur sepanjang malam, setiap malam dan membuat saya sentiasa mengantuk. Kesian jantung saya tak berehat even waktu malam sekalipun.

Diet nak kahwin

Saya pernah diet sebelum ni, 6 bulan sebelum saya kahwin, saya ambik keputusan untuk kuruskan badan sebelum hari perkahwinan saya.

Saya ambil ubat. Ubat ni buat saya hilang selera makan, heart rate jadi laju. Hasilnyer pada hari perkahwinan saya, saya dapat turun berat badan hingga ke 80kg. 

Malangnya, selepas 2 minggu berat badan kembali ke berat lama saya dan jadi gemuk semula. Ini 13 tahun dulu ( 2003 ).

NECK bersamamu

Pada hari raya puasa tahun lepas (2015) , saya dapat whatsap daripada ejen NECK, Hafizah. Selepas saya baca e-book FORMULA MUDAH MESTI KURUS karangan Founder NECK iaitu En. Firdaus, saya terus berminat nak cuba sebab program NECK ini adalah satu-satunya program kurus 100% ONLINE. Dan saya pada masa tu memang sangat bz di ofis.

Selepas 2 minggu dalam program NECK berat saya dari 113 kg turun ke 108 kg. 5 kg turun, saya yakin apa yang saya belajar dan amal dari NECK ni berkesan.

Masa saya kecik, ibu saya seorang suri umah sepenuh masa, bagi makan 5 kali sehari , saya main waktu petang, dan kena marah bila tidur lewat.

Siapa sangka dalam NECK ni saya diminta buat benda yang sama waktu kecil dulu, kena makan , minum , tidur dan senaman. 

Makan sayur campur

Saya diperkenalkan dengan 2 benda yang saya tak pernah buat, makan sayur dan supplemen.

Dulu saya makan nasi campur, bermakna pinggan penuh dgn nasi, selepas tu campur dgn lauk. 

Sekarang saya makan sayur campur, bermakna , penuhkan sayur, nasi suku pinggan (bila beli dikedai) dan lauk.

100 hari 10 kg

Selepas 100 hari saya berjaya turun 10kg. Alhamdulillah.

Selepas tamat program 100 hari bersama NECK,s elepas tu saya bergerak sendirian, saya masih amalkan 3 supplimen , ESP , herbalax dan multi vitamin dalam diet saya. 

Saya juga ada join Kumpulan Diet lain selepas tu, tapi pada asasnya saya dah tahu apa yang perlu saya buat, cuma program diet lain ni , ada aktiviti bersama di hari minggu , seperti hiking, circut training dan dsb.

Tapi pada hari-hari biasa , saya sudah ada disiplin diri utk workout dengan sendiri, yang saya pelajari dari NECK.

2 exercise yang sentiasa saya amalkan adalah ABS training dan HIIT. Sebab tidak kira di ofis , taman , gym , dimana saya ada, saya boleh buat dan memang burn calories sebanyak-banyaknya. Orang kata, buat sikit tapi berkilo-kilo kalori boleh burn. Mudahkan?

Kepada anda yang nak turunkan berat badan, Bila anda daftar saja NECK , anda akan dapat belajar cara untuk kurus dan sihat dengan mudah dan betul. Belajar berdikari dan sentiasa disupport oleh rakan-rakan dalam group. itu yang penting dan hingga kini saya masih belum left Group 7 saya. Kerana kurus secara jemaah lebih afhdal.

Nasihat saya, jangan ulangi kesilapan silam saya. Nak kurus cari la mentor yang terbukti berjaya kurus. Dengan NECK ramai MENTOR yang boleh bantu anda kurus dengan jayanya. Follow MENTOR, Follow COACH anda pasti berjaya kurus.

Inilah program yang akan mengubah anda ke lifestyle yang sihat. Terima kasih.
**************

Kalau anda perasan sebelum ni saya pernah share kisah Rizal dapat mengatasi masalah tidur berdengkurnya selepas mengamalkan gaya hidup sihat.

Sila klik link ini WAJIB BACA : DENGKUR HILANG ISTERI SEMAKIN SAYANG (SILA KLIK)

Dalam masa hanya lebih kurang sebulan, Rizal dah bersalin.

Saya doakan Ahmad Ibrahim Rizal istiqomah apa yang dilakukan dalam mengamalkan gaya hidup sihat demi amanat ayahnya.

Saya doakan juga anda yang membaca luahan hati Rizal ini kurus dan sihat.

Ebook Now Everyone Can Kurus

Anda nak kurus? Tak tahu caranya?

Dah banyak kali cuba tapi tak berjaya?

Baca Ebook ini dahulu


DAPATKAN PERCUMA!!!

Anda serius nak kurus? Nak ebook ni? Ebook ni la yang Rizal baca sehingga beliau boleh transform dirinya.

Sila Whatsapp/Telegram saya Hafizah (019-211 8757).

1. Sila Taip " Saya Nak Kurus "
2. Tulis nama penuh
3. Beri Email

Saya berbesar hati nak beri PERCUMA ebook ini kepada ada. 

Saya doakan "Anda Sihat dan Kurus"

Terima kasih kerana sudi membaca kisah entri blog saya kali ini. Semoga anda dapat manfaatnya. 

Sekiranya anda suka entri ini sila tekan button LIKE dan SHARE supaya ramai lagi orang lain dapat manfaatnya.

Love, 
Team NECK,
Hafizah
019-211 8757

0 comments:

Post a Comment