Friday, March 25, 2016

MOTIVASI ALIHAN PELAJAR DR TENGKU ASMADI 12-13 MAC 2016 DI HOTEL NOVOULLE KUALA LUMPUR

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda sihat sejahtera. Agak lama saya tak menulis sebarang entri di sini. Rindu dengan anda semua. Bagaimana ye cuti sekolah yang lalu. Apa aktiviti anda bersama keluarga?

Pergi bercuti? ke Ho Chin Min? ke Australia? ke Sabah? Alhamdulillah ada yang mengerjakan umrah sepanjang cuti sekolah selama seminggu tu ye?

Saya pula ada plan lain sepanjang cuti sekolah yang lalu. Cuti sekolah selama seminggu tu saya isikan masa anak-anak dengan program motivasi pelajar. Almaklumlah Abang Long Eizz ni nak menduduki peperiksaan UPSR tahun ni.

2 minggu sebelum cuti sekolah bermula saya telah daftarkan Abang Long Eizz untuk mengikuti Motivasi Alihan Pelajar anjuran pakar motivasi pelajar yang tak asing lagi namanya Dr Tengku Asmadi.

Saya follow FB Dr Tengku Asmadi dan join telegram Channel Parenting Skillnya dan saya sangat tertarik dengan penyampaian Dr Asmadi dan mengharapkan anak saya juga dapat 'something' untuk masa depannya.

Pada hari pertama program apa yang menarik perhatian saya, anak-anak diwajibkan mendaftar sendiri. Ibu-bapa tidak dibenarkan mendaftarkan anak-anak. Di sini apa yang saya lihat program ini menekankan sikap berdikari.

 Dah bujang anakku sorang ni. Rasa macam baru semalam kat labour room lahirkan dia. Snap photo sikit sebelum kaunter dibuka.


Mamat baju hitam tu beri pengumuman, kepada ibu-bapa yang hadir tidak dibenarkan masuk, hanya anak-anak saja dibenarkan masuk untuk pendaftaran. (sepanjang saya berada di situ dah 3-4 kali kot mamat tu ulang perkataan yang sama)

Ada juga parent yang curi-curi jenguk anak mereka seolah-olah masih tak yakin dengan tahap berdikarinya anak mereka termasuklah saya...hehehehe



Tu yang saya curi-curi masuk snap gambar tu. Lagipun saya nak pastikan Abang Long Eizz duduk di barisan hadapan untuk dapat lebih fokus dan berkat ilmu-ilmu yang diberikan nanti.

Saya kata kat Eizz "Lagi depan lagi bagus, kena air liur cikgu lagi mudah nak faham dan dapat berkat terus serap dalam otak"

Budak-budak mana nak faham hal ini.


 Tengok tu ramainya parents yang menghantar anak-anak mereka ke Program MAP ni. Bukan FREE tau program ni. Demi kemajuan anak-anak tercinta parents sanggup 'invest' sesuatu yang berharga untuk anak-anak mereka. Harapnya menjadi saham akhirat kelak.


Petangnya selepas pick up Cici, Faris dan kakak Eizzatul di Program yang berasingan ( Program Tahfiz Cilik di Masjid Al-Quddus Equine Park) kami bergegas semula ke Hotel Novoulle untuk ambil abang pula.




Macam-macam gaya pulak anak-anak comel ibu nih.


Sebelum program saya diberitahu pada hari kedua program ini iaitu pada keesokkan harinya ada 'SLOT PARENTING SKILL'. Wah!! ini yang saya suka. Bukan anak saja yang dapat ilmu, ibu pun boleh dapat ilmu hebat ni. Kira bonusla nih ye.

Hari Kedua Program

 Along dah berani duduk di barisan paling hadapan. Dia yang rela suka duduk di hadapan. Hari ni saya tak paksa pun. Alhamdulillah, nampaklah perubahan walaupun baru saja sehari program.




Dah sengeh hari ni. Bezakan dengan wajah hari pertama program?

Ok ibu tinggalkan awak dulu ye, petang karang ibu pun join program sekali.

Petangnya jam 4 petang saya dah sampai ke Hotel Novoulle ini semula untuk mengikuti majlis penutup Seminar Motivasi Alihan Pelajar ini. Beruntung la parents yang dapat turut sama memeriahkan Majlis Penutup ini dalam slot parenting skill.



Selfie dulu sebelum majlis bermula.


Antara peserta yang dipanggil untuk berikan sedikit ucapan di hadapan hadirin.



Saya sangat kagum dengan anak-anak ini yang sangat berani bercakap di hadapan khalayak. Bukan hanya bercakap di hadapan rakan sebaya mereka tapi di khalayak ibu-bapa yang memenuhi hampir separuh dewan ini. Hebat mereka semua.

Dipenghujung Majlis, barulah penganjur Program selaku penaung Motivasi Alihan Pelajar Dr Tengku Asmadi memberikan kata-kata hikmahnya. Saat ini yang saya tunggu.



Di sini saya kongsikan apa yang saya sempat salin semasa program tersebut.

Dr Asmadi kata, Motivasi Alihan pelajar (MAP) bermula sejak tahun 1994. Lama kan? Dr Asmadi telah membuat research semasa menjadi pensyarah dahulu selama 6 bulan. Research bagaimana MAP boleh membantu untuk mengubah mindset pelajar.

Beliau berkata, program motivasi banyak sangat dianjurkan tetapi beliau kata MAP hanya ada satu sahaja. Apa yang istimewanya MAP ini adalah ada pada Dr Asmadi sendiri. Beliau telah memulakan MAP ini sejak umur 29 dan sekarang beliau berusia 52 tahun. Hebatkan???

Yang menjadi kerisauan Dr Asmadi apabila beliau meninggal dunia nanti, siapa yang meneruskan perjuangannya nanti.

Sebab itu, atas kesedaran tersebut beliau melatih 2 orang pelapis iaitu cikgu rashid - pakar otak dan cikgu hanis - guru disiplin. Cikgu Hanis ini lelaki tau bukan perempuan.

nabi kata kita mati bawa 3 perkara
1. amal jariah
2. ilmu dimanfaat
3. doa anak yang soleh.

Anak yg soleh dan solehah yg menjadikan cabaran kita.

kita boleh hantar anak kita hingga ke Al-Azhar. Itu ilmu yg mereka dapat. 
Persoalannya, sejauh mana kita menjaga amanah Allah kepada kita supaya jadikan anak yang soleh.

Didik mereka untuk sentiasa mengingati Allah.

Sekiranya kita ada anak yang soleh, dan anak itu doakan kita Alhamdulillah.

Sekiranya kita ada anak yg soleh, tapi tak doakan kita. kita jadi orang yang rugi.

Sebab hanya Doa anak yang boleh tolong kita ketika kita tak berupaya apa-apa kelak di 'SANA'.

Kenduri Arwah Panggil Ustaz VS Kenduri Arwah adik-beradik.


Dr Asmadi ada bercerita, satu hari dia nampak isterinya menangis teresak-esak di tikar sembahyang. Bila ditanya kenapa, isterinya menjawab dia teringatkan Arwah Bapanya.

Lantas Dr Asmadi menyuruh isterinya doakan Arwah ayahnya. Isterinya nak buat Kenduri Arwah. Dr A kata nak panggil ustaz dan orang ramai ke?

Isterinya kata tak perlu, cukup sekadar kenduri adik beradik saja (kebetulan isterinya mempunyai keluarga yang besar dan adik beradik yang ramai).

Bila Dr A cerita begini terdetik di hati saya, untungnya kalau anak ramai. Ramai yang boleh mendoakan kita bila kita dah tiada nanti, Insya Allah. Alangkah ruginya kepada mereka yang tak nak anak ramai walaupun berupaya. Sebab itu, Rasulullah mensarankan umatnya menambahkan zuriat.

Bila kita buat kenduri arwah sesama adik beradik. Rasanya dan suasananya tak sama dengan kenduri panggil ustaz.

Doa anak-anak sampai berbanding doa dari orang lain.

Bila Dr Asmadi cakap begitu, saya teringat masa kami adik-beradik buat family gathering di Afamosa Resort tahun 2015 yang lalu, kami berpakat buat kenduri Arwah untuk Allahyarham Bapa kami dan akak kami yang baru saya meninggal.

Jemput baca kisah gathering kami di link FAMILY GATHERING DI AFAMOSA RESORT MELAKA.


Allah terima doa bukan semudah doa sekali lalu. 4 kreateria yang harus dijaga.

1. Fokus
2. Kita perlu ada kontek/connection dengan Allah
3. Bersungguh-sungguh
4. Doa sekali lalu rugi kita.

Dr Asmadi sarankan supaya setiap parents yang hadir minta anak mereka jadikan doa ibu dan ayah sebagai habit mereka. Kalau tak buat tak boleh tidur.

Diakhir kata, Dr Asmadi kata jangan terpedaya dgn anak-anak yang tetiba berubah.

Persoalannya berapa lama mereka konsisten berubah?

Mereka yang berubah secara drastik, Insya Allah percayalah hanya bertahan 2-3 hari pertama saja. Paling lama pun seminggu. Selepas itu mereka akan kembali normal seperti biasa. Kesiannnn...

Biarlah perubahan anak-anak nampak sedikit demi sedikit berubah tapi apa yang penting adalah istiqomah.

parents perlu beri support.
puji mereka.
bila kita puji. Mereka akan rasa dihargai dan akan buat sekali lagi perkara yang baik tersebut.

Arahan yang Jelas

Bila bercakap dengan anak-anak tidak boleh secara umum. dia tidak faham apa yang nak disampaikan oleh ibu-bapa mereka.

Kesilapan yang sering ibu-bapa lakukan menjadi penyebab kenapa anak tidak/susah berubah.

sebab arahan kita tak jelas. otak mereka yang lengkapkan sendiri.

Dalam komunikasi otak akan bertindak apa yg dicakapkan.

Contoh situasi 1

Contoh bila budak kecik pegang gelas kaca. Apa yang kita selalu cakap?

"adik jangan pegang gelas kaca tu nanti pecah" (belum habis cakap lagi confirm gelas jatuh dan pecah)

cuba ubah kata

"adik pegang kuat-kuat gelas kaca tu" (adik akan pegang erat gelas tu supaya tidak terjatuh)

tindakannya berbeza kan??

Contoh situasi ke 2

Di highway dalam perjalanan pulang, saya nampak satu kemalangan lori terbalik. 

Saya ceritakan dengan kawan saya kejadian tersebut.

Persoalannya di sini, lori apa yang kemalangan itu? Jadi sudahnya ceritanya jadi begini bila rakan-rakan saya bercerita kepada orang lain.

Rakan A : "Tadi ada kemalangan lori ayam terbalik di Highway."

Rakan B : "Tadi ada kemalangan lori minyak di Highway."

Rakan C : "Tadi ada kemalangan lori kontena di Highway."

Silap saya juga tidak ceritakan dengan jelas kepada kawan saya lori apakah yang kemalangan itu.

Oleh kerana maklumat kita tak jelas. otak mereka yang lengkapkan sendiri. Itu yang wujudnya lori ayam, lori minyak, lori kontena sebab otak mereka yang lengkapkan sendiri 'fill in the blank' cerita tak jelas tadi.

Begitu juga sekiranya anda nak berdoa kepada Allah. Mintak dengan jelas, spesifikkan apa yang nak dipinta. Insya Allah, Allah akan makbulkan.

Bila anak tak berubah, apa yang perlu dilakukan?

1. bercakap dengan mereka waktu mereka tidur
2. contoh anak saya malas belajar -> doa: saya nak anak rajin belajar
    Anak tak solat -> doa: saya nak anak saya solat 5 waktu.
    Anak bangun lambat ->doa: saya nak anak bangun awal.

ulang sebanyak 1 2 3 4 kali....hingga ada respon. Respon yang bagaimana?Bila badan bergerak atau bola mata bergerak.

hati kita pandang Allah. hati ingat Allah. fikiran kita ingat Allah.

doa utk dia. hati pada Allah.
doa utk dia. hati pada Allah.

insya Allah berubah paling lama 3 minggu.

kita tanamkan pesanan minda bawah sedarnya.

kita minta anak doakan kita. kita juga doakan mereka.

Kaedah ini kalau salah sikit tak jadi. Perlu buat betul-betul baru jadi.

Satu lagi pesanan terakhir Dr "kalau nak anak berubah. kita kena berubah."



Dapat gak Abang Long Eizz bergambar dengan Dr Asmadi pakar motivasi pelajar ni.


Sebenarnya banyak lagi ilmu yang saya ambil dari Slot Parenting selama 1 jam 1/2 tu. Tapi saya rasa itu belum cukup untuk memantapkan ilmu parenting saya. Almaklumlah nak menghadapi 5 orang anak yang berbeza kelakuan dan tingkat perlukan Ilmu berharga.

Insya Allah pada 30 Julai 2016 yang akan datang saya akan join Seminar parenting Skill. Nak jadi parent bukan semudah menanam ubi. Pacak kayu ubi di tanah, siram sikit-sikit dan tinggal. Tunggu je la ubi membesar untuk dituai.

Tidak semudah itu, jadi ibu-bapa sangat mencabar terutamanya zaman yang penuh dengan pengaruh dan cabaran ini.

Sebab itu saya sering dahagakan ilmu parenting untuk memantapkan seni didikan saya kepada anak-anak.




Anda juga boleh dapatkan tips parenting percuma di channel Telegram Dr Asmadi. Dr Asmadi sering berkongsikan tip-tip yang menarik dan mudah difahami. Insya Allah diamalkan dalam rutin harian bersama keluarga.

Kepada anda yang ada Telegram boleh klik https://telegram.me/powerparenting
untuk dapatkan tips PERCUMA dari Dr Tengku Asmadi.

Selain itu anda juga boleh layari www.powerparenting.net . Banyak yang saya belajar dari perkongsian ilmu Dr Asmadi.

Terima kasih kepada Dr. Tengku Asmadi yang tak jemu-jemu berkongsi ilmu dan pengalaman yang tiada galang gantinya. Mudahan Doktor sekeluarga beroleh kesejahteraan dan saham akhirat dan dijanjikan syurga tanpa hisab, Aaaminnn...

Semoga sedikit perkongsian saya ini dapat memberi manfaat kepada anda. Mohon anda tekan button LIKE dan SHARE kan entri saya ini supaya ramai lagi rakan-rakan kita yang dapat manfaatnya.

SHARE ye!

Terima kasih kerana sudi membaca,

Ibu dahaga ilmu,
Hafizah

No comments:

Post a Comment