Assalamualaikum wbt,
Apa khabar sahabat dan pembaca setia fiezabard. Saya doakan anda sihat dan ceria di Bulan Ramadhan Al-Mubaraq ini. Semoga bulan ini lebih bermakna buat anda semua.
Di sini saya nak nak share apa yang saya pernah baca,
SMART DETOX DI BULAN PUASA
Kredit to Dr. Suriyakhatun
Semasa berpuasa sistem tubuh akan keluarkan toksin dari dalam sel, terutama sel lemak .
Semasa kita tidak puasa, diperingkat sel, badan kita akan cuba keluarkan kesemua kimia dan bahan perkumuhan sel dari dalam sel balik ke darah.
Dari darah, bahan buangan dan kimia yang tidak diperlukan di keluarkan dari badan melalui air kencing, peluh, wap nafas dan juga berak melalui hempedu.
Toksin yang tidak berjaya dikeluarkan dari dalam badan dimasukkan kedalam sel lemak.
Lemak dibakar menjadi tenaga
Apabila kita berpuasa, bila bekalan karbohidrat sudah habis digunakan, lemak akan mula dibakar untuk jadikan tenaga .
Proses ini akan berlaku lebih baik jika semasa puasa, dalam masa yang sama kita banyak gunakan tenaga fizikal atau kita bersenam .
Kajian menunjukkan hormon endorphin akan mula meningkat dalam darah semasa puasa dan orang yang puasa akan mengalami perasaan positif dan segar dengan syarat berbuka dengan makanan seimbang dan bersih dari toksin, senang hadam serta mengandungi khasiat secukupnya .
Air juga perlulah yang bersih, bebas dari kimia, mengandungi zat galian yang selalunya ada dalam air mineral dari sumber yang baik .
Ginjal ( kidney) amat efisyen mengimbangi kandungan air dalam badan ( intracellular) serta kandungan zat galian sel seperti natrium dan kalium .
Zat galian ini akan keluar dari badan melalui peluh maka makanan berbuka perlu mengandungi zat galian dan protein serta karbohidrat complex serta lemak.
Rumusan
Makanan berbuka perlu mengandungi:
protein
karbohidrat
lemak
zat galian
vitamin asli
air secukupnya (at least 3 liter sehari)
Tips minum air at least 3 liter sehari di bulan puasa ada saya kongsikan dalam entri saya SILA KLIK
Makanan Siap Proses
Perasan tak, lately ramai ibu bapa tak kisah tentang khasiat makanan yang diberikan untuk anak-anak mereka.
Mereka lebih kepada mementingkan ringkas dan pantas. Apa makanan yang ringkas dan pantas?
Fast Food, Frozen food dan pelbagai makanan yang siap diproses contohnya sosej, nugget, fun fries, burger dan lain-lain lagi yang melambak di pasar-pasar ramadhan.
Nampak mengiurkan kan sosej bakar ni.... |
Anak-anak saya juga sering merengek-rengek inginkan makanan sebegini. Kanak-kanak memang sukakan makanan seperti ini.
Rasanya yang sedap dek kerana perasa tiruannya yang sangat melampau, padahal setiap gigitan mereka tidak ada khasiat langsung.
Adalah amat ditekankan bahawa memakan makanan berkimia, berproses, tercemar semasa berbuka mengurangkan khasiat puasa.
Halalan Toiyiban
Apa erti halalan toyiban? Cukupkah halalan toyiban jika kita memakan daging yang disembelih dan juga tidak memakan babi ?
Apa pula jika kita makan daging yang sudah disembelih tetapi sudah melalui proses pembusukkan atau daging dicemari kimia sedangkan kita ketahuinya dan kita berikan pula makanan itu kepada ahli keluarga kita ? Maksud saya daging tak fresh, daging penuh kimia seperti sosej dan burger seperti itu .
Mungkin saya tidak ada kepakaran untuk huraikan akibatnya diakhirat. Namun didunia ini jika kita memakan makanan tersebut pada waktu berbuka, kesannya kita akan dapat rasakan secara tunai !
Muhasabah diri,
Salam Ramadhan,
Hafizah
No comments:
Post a Comment