Monday, June 23, 2014

9 LANGKAH MUDAH MINUM 3 LITER AIR DI BULAN PUASA


Bismillahirahmanirahim.

Dijangkakan bulan Ramadhan pada tahun 2014 berlakunya fenomena kepanasan yang melampau. Sehinggakan dijangkakan suhu di Malaysia terutamanya di Lembah Kelang purata 35 darjah Celcius. Laporan dari Berita Harian bertajuk Bahaya Panas Melampau.



Tahu tak kepanasan yang melampau boleh membawa ke tahap kritikal terhadap sistem tubuh hingga boleh mengakibatkan strok.

Oleh itu pastikan tubuh kita tidak dehidrasi dengan mendapat bekalan air secukupnya untuk sistem badan kita.

Macam mana tu? Kalau bukan dalam bulan puasa boleh lah kita minum air di siang dan malam hari. Bulan puasa macam mana?

Antara tips yang boleh diamalkan untuk mengambil air secukupnya 3 liter dalam sehari. Tapi ini kalau bukan bulan puasa ye!


9 Langkah Mudah Minum 3 Liter dan lebih di Bulan Puasa.


Oleh kerana masa untuk minum air pada bulan puasa sangat terhad. Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk mencukupkan keperluan air harian kita.





Nota : Pastikan segelas air sukatannya 250 ml.Untuk mencukupkan 2 Liter air = 2000 ml air bersamaan dengan 8 gelas air bersukatan 250ml segelas.
INGAT!!

Untuk setiap 25 kg berat badan anda memerlukan 1 liter air.
Jadi, sekiranya berat anda 50kg anda memerlukan 2 liter air atau lebih. 
Sekiranya anda 100kg anda memerlukan 4 liter air atau lebih.

Disarankan setiap orang dewasa mengambil sekurang-kurangnya 3 liter = 3000 ml air sehari.

Panduan mencukupkan 2 liter air dalam bulan puasa

1. Semasa berbuka, sila mulakan berbuka anda dengan  1 gelas air suam (250ml )kemudian disusuli dengan buah kurma ( sunnah ). - 1 Gelas Pertama

2. Hindarkan dari minum air manis atau berperisa lebih dari 1 cawan kerana boleh menyebabkan anda kurang minum air suam nanti.

3. Sebelum solat maghrib minum 1 gelas air suam. - 1 Gelas Kedua

4. Sebelum solat isya' minum 1 gelas air lagi - 1 Gelas Ketiga

5. Sebelum solat Terawih minum 1 gelas air lagi - 1 Gelas Keempat

6. Selepas solat Terawih minum 1 gelas air lagi - 1 Gelas Kelima

7. Sebelum tidur minum 1 gelas air lagi - 1 Gelas Keenam

8. Sebelum bersahur 1 gelas air lagi - 1 Gelas Ketujuh

9 Selepas bersahur 1 segelas air lagi - 1 Gelas Kelapan

Sekiranya anda ingin minum lebih dari 2 liter, anda boleh tambah segelas lagi setiap sessi minum. Contoh sebelum solat maghrib minum 2 gelas air bersamaan 500 ml setiap sessi.

Insha allah dengan usaha kita untuk mencukupkan 3 liter sehari tercapai pada bulan puasa ini.

Saya doakan ujian kepanasan ini menjadi iktibar kepada kita semua untuk mendapat pahala yang lebih lagi.

Lagipun percayakah anda, berat badan anda pasti berkurang dengan mengamalkan minum air 3 liter sehari secara konsisten.

Tak percaya tak apa, buat je!

Salam Ramadhan kepada anda semua.

Semoga entri saya ini dapat dimanfaatkan.

Sekiranya anda suka entri ini sila LIKE dan SHARE.

Salam ramadhan buat anda semua dari kami sekeluarga.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!






0 comments:

Post a Comment