Sunday, July 20, 2014

7 TIPS MENGHADAPI ANAK BERPUASA

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dihormati,

Dah pun masuk 10 malam terakhir bulan ramadhan, agak terlambat saya nak share kan TIPS yang saya rasa amat perlu dikongsikan diruangan blog saya ini.

Menghadapi anak-anak berpuasa saya akui sangat mencabar. Sudah hampir 5 tahun saya tercabar dengan karenah anak-anak yang mula dilatih untuk berpuasa.

Anak saya yang sulong berusia 10 tahun dan kedua berusia 9 tahun. Yang ketiga 7 tahun sedangkan yang ke empat 5 tahun. Yang baby tak payah ceritalah. Baby asyik bergayut saja.

Saya tidak menaruh KPI yang tinggi dengan anak-anak saya berpuasa. Seawal umur 7 tahun baru saya melatih anak-anak saya berpuasa. Tetapi tidaklah saya memaksa mereka supaya mereka merasa seronok puasa tanpa paksaan.

Apa yang perlu ditekankan terhadap anak-anak adalah solat mereka. Solat adalah tiang segala amalan. Sekiranya solat dah betul dan tertil secara tak langsung amalan yang lain pun senang kita nak latih.

Latihan solat saya cerita dalam slot lain ye. Kali ini saya nak tumpukan pada latihan anak-anak berpuasa.

Jom kita tengok apa tips yang saya nak kongsikan.

7 TIPS menghadapi anak berpuasa

1. Ikut peringkat usia

Saya mempunyai 4 anak yang mempunyai peringkat usia yang berbeza tidak termasuk baby. Jadi saya perlu melayan ke-empat-empat orang ini dengan pendekatan yang berbeza.

Sekiranya yang sudah besar seperti anak sulong saya yang berusia 10 tahun sudah tentu saya berkompromi sekiranya dia nak berbuka waktu petang.

Dengan berhemah saya akan meminta si abang meneruskan sedikit lagi waktu hingga sampai berbuka.

Saya percaya dia boleh tahan lagi berpuasa untuk beberapa jam lagi.

Berlainan untuk adik-adiknya yang masih kecil. Saya melonggarkan sedikit waktu berpuasa mereka sehingga tengah hari sekiranya mereka tidak tahan berpuasa.

2. Buat aktiviti yang melekakan

Tujuan melakukan aktiviti melekakan ini supaya mereka tidak terlalu mengingati kelaparan dan kehausan mereka.

Aktiviti melekakan bukan minta mereka main games atau tengok tv sepanjang hari. Maksud saya buat aktiviti yang berfaedah seperti membuat kuih muih untuk hari raya bersama-sama seperti yang saya lakukan semalam.

Saya yakin mereka tidak ingat pun mereka berpuasa hari itu. Awas! pastikan mereka tidak ngap cebisan kuih ke mulut mereka. Batal puasa.

anak-anak riang ria buat kuih conrflakes

3. Bangun sahur

Sebagai ibu jangan lalai walau sehari untuk bangun sahur dan mengejutkan anak-anak untuk turut bersahur.

Sahur sangat penting untuk memastikan anak-anak kita tidak kelesuan sepanjang berpuasa.

Di samping itu mak perlu menerangkan apa fadhilat sunat kita bangun bersahur dan dapat pahala.

Kesian kalau mak tak bangun sahur, automatik anak pun tak bersahur. akibatnya, keesokan harinya mereka tentu tak tertahan untuk menahan lapar dan dahaga.


kesian saya tak sahur hari ni
4. Pergi ke sekolah

Alhamdulillah anak-anak saya bersekolah sehari suntuk pagi dan petang. Sama ada sekolah agama atau sekolah kebangsaan.

Kebiasaannya, di kantin-kantin sekolah agama akan tutup sepanjang bulan ramadhan. Jadi ini tidak menjadi masalah untuk mereka melatih berpuasa.

Masalahnya di kantin-kantin sekolah kebangsaan masih di buka untuk pelajar-pelajar bukan islam. Saya tidak lah menyekat sangat-sangat mereka.

Kan saya kata, saya melatih anak-anak saya mengikut peringkat usia. Anak yang besar saya hanya bekalkan RM 1 sahaja ke sekolah berbanding adiknya yang masih berusia 7 tahun, belanja sekolah seperti biasa.

Aktiviti sekolah seharian ini yang melupakan mereka bahawa hari itu adalah hari puasa mereka kerana mereka balik pun betul-betul sehingga waktu berbuka.

5. Tekankan solat

Saya selalu tekankan kepada anak-anak. Puasa wajib tapi solat adalah yang paling wajib. Kalau puasa penuh sebulan tapi tak solat Allah tak terima puasa kita.



6. Melengah-lengahkan persiapan berbuka


Kebiasaannya, saya akan masak hanya awal 1 1/2 jam sebelum berpuasa. Ini untuk mengelakkan anak saya terliur kalau hidangan dihidangkan awal.

Itupun, baru saja saya goreng bawang yang harum terus minta nak buka puasa. Bahaya betul anak-anak ini.


lambat lagi ke nak buka ni???
7. Sediakan juadah kegemaran mereka

Haaa...inilah yang mengujakan mereka. Anak-anak suka kalau buat sesuatu sekiranya mereka diberi ganjaran. Oleh itu, sekiranya mereka dapat menamatkan puasa dengan jayanya hari itu, saya akan sediakan makanan kegemaran mereka.

Macam anak-anak saya suka makan makaroni cheese bakar. Jadi selalu jugak lah saya buat hidangan berbuka mereka dengan makanan kegemaran mereka ini.

Jom singgah link resepi makaroni cheese campak-campak saya di sini. Sila klik gambar.

 
http://fiezabard.blogspot.com/2014/05/makaroni-cheese-bakar-campak-campak.html
Makaroni Cheese



Saya juga tidak lupa anak-anak saya dengan SET RAMADHAN Shaklee untuk tenaga dan kecergasan sepanjang hari berpuasa mereka.


http://fiezabard.blogspot.com/2014/06/10-panduan-menghadapi-bulan-ramadhan.html
Set Ramadhan
Set Ramadhan di atas adalah untuk seisi keluarga. Khas untuk kanak-kanak hanya mengambil Mealshake bersama-sama dengan Milo sewaktu bersahur dan Performance drink campur dengan air kegemaran mereka contohnya air ribena untuk hidangan berbuka.

Insha allah mereka akan menggemari juadah sepanjang berpuasa pada tahun ini.


Salam ramadhan dan sayang,
~Hafizah dan famili.

Sekira anda suka entri ini sila LIKE dan SHARE.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!
 

No comments:

Post a Comment